Anda di halaman 1dari 7

GAYA BAHASA

Disediakan oleh: Arif Illyana Fatnin

Konsep Gaya Bahasa


Gaya bahasa ialah cara penulis menggunakan bahasa sebagai alat untuk menyampaikan pemikiran dan pandangan terhadap sesuatu tema atau persoalan mengenai karya mereka. Gaya bahasa bukanlah apa yang ditulis oleh pengarang, tetapi bagaimana pengarang menuliskan dan mempersembahkan ceritanya. Gaya bahasa juga melibatkan tanda baca, rima, tona, pengulangan, tekanan dan sebagainya. Melalui gaya bahasa yang digunakan penulis atau penutur, kita boleh mengenal peribadi seseorang.

Ambiguiti /Ketaksaan
Ambiguiti ialah ungkapan dalam ayat yang mempunyai pelbagai kemungkinan tafsiran iaitu lebih daripada satu makna tafsiran. Ayat yang dapat menghasilkan pelbagai maksud dikatakan ayat yang mempunyai unsur ketaksaan (ambiguity). Ketaksaan ditakrifkan sebagai satu binaan atau konstruksi yang dapat diberi lebih daripada satu tafsiran. Contoh :
Cikgu sejarah India. (Cikgu sejarah itu berbangsa India/Cikgu itu mengajar sejarah India) Menteri baru kahwin. (Menteri yang baru dilantik itu kahwin/Menteri yang sudah lama menjadi menteri tetapi kahwinnya baharu)

Konotatif
Makna konotatif ialah makna lain yang ditambahkan pada makna denotatif, yang ada hubungannya dengan nilai rasa orang yang menggunakan kata itu. Mempunyai makna yang bukan makna sebenar. Makna ini biasa digunakan dalam konteks sindiran. Contoh: babi = jijik dan kotor, rasa marah dan menyampah. gerombolan = kawanan perusuh atau penjahat perempuan = unsur negatif Contoh ayat : Perempuan itu buah hati saya / Memang dasar perempuan!

Denotatif
Makna denotatif lazimnya diberi penjelasan sebagai makna yang
sesuai dengan pemerhatian. Makna konseptual merupakan konsep makna yang terpenting sekali dalam bahasa. Kita tidak mungkin dapat menentukan makna, memahami ujaran atau membuat interpretasi dengan tidak mengaitkan makna konseptual tersebut. Makna konsep adalah mencakup komponen seperti benda,tindakan, proses, keadaan, atau konsep lainnya (Abdul Chaer, 1990). Menurut Leech(1974) di dalam makna konseptual, konsep merupakan sesuatu yang asas kerana pokok atau konsep itu sesuatu yang asas dalam

komunikasi linguistik. Palmer (1992)menyatakan bahawa konsep


adalah sesuatu yang menghubungkan kata dan bendamelalui perantaraan konsep pemikiran

Mempunyai makna yang sebenarnya. Makna ini dapat digunakan untuk menyampaikan hal-hal yang fakta. Ia tidak mengalami sebarang penambahan makna. Contoh ayat :
Awie makan roti. Syafiq minum susu.

Sekian. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai