Anda di halaman 1dari 2

Share

More

Next Blog

Create Blog

Mohd Syauqi Arshad


sekadar ingin berkongsi dan menyebarkan... kerana Allah

Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.

Jiwa yang tidak membaca Al-Quran umpama telefon bimbit yang kehabisan bateri. Betapa canggih sekalipun fungsinya dan betapa mahal sekalipun harganya, ia tetap tidak berguna jika kehabisan bateri. Begitulah jiwa yang mati, betapa segak, cantik, bertenaga dan anggun sekalipun jasad luaran seseorang, tanpa Al-Quran segalanya tidak bermakna.

25 August, 2008 KESAN BURUK PERGAULAN BEBAS


Pergaulan di antara lelaki dan perempuan yang tidak terkawal akan mendatangkan banyak kesan buruk kepada masyarakat. Contoh yang jelas dapat dilihat dalam masyarakat barat yang rata-rata mengamalkan pergaulan bebas. Sungguhpun dari aspek kebendaan mereka agak terkehadapan, namun dari aspek kerohanian dan akhlak mereka jauh ketinggalan di belakang. Antara kesan buruk daripada pergaulan bebas di antara lelaki dan perempuan ialah: 1) Keruntuhan akhlak Salah seorang Presiden Amerika Syarikat pernah mengeluarkan kenyataan akhbar pada tahun 1962 yang menyatakan bahawa para pemuda di negaranya telah rosak, tenggelam dalam kerosakan. Di antara tujuh orang pemuda yang ingin menyertai tentera, terdapat enam orang yang tidak layak disebabkan mereka leka dalam keseronokan seks. 2) Tersebarnya anak luar nikah Menurut statistik yang telah dibuat di New York pada tahun 1983, lebih daripada satu pertiga bayi yang lahir pada tahun tersebut adalah anak luar nikah. Kebanyakannya dilahirkan oleh pemudi yang berumur sekitar sembilan belas tahun dan ke bawah. Bilangannya secara tepat ialah 112,353 orang bayi iaitu 37% daripada bilangan bayi yang lain di New York. 3) Ramai pemuda pemudi yang tidak berkahwin Perkara ini berlaku kerana pergaulan yang bebas akan mewujudkan cara mudah untuk melempiaskan nafsu syahwat. Justeru, para pemuda akan memilih cara mudah ini daripada berkahwin. Statistik yang dilakukan di San Francisco menunjukkan bahawa majoriti penduduk di situ terdiri daripada golongan yang tidak berkahwin pada tahun 1982. Ini merupakan kali pertama perkara seumpama ini berlaku di bandar itu. 4) Berlakunya banyak perceraian dan keruntuhan rumahtangga Sekiranya sebelum proses perkahwinan pun sudah ada pelbagai halangan dan cabaran akibat pergaulan bebas, maka selepas berkahwin pun ia tidak akan kekal lama. Institusi keluarga akan mudah hancur, walaupun hanya disebabkan oleh perkara kecil. Ini dapat dilihat pada pertambahan kes perceraian di Amerika Syarikat dan negara-negara barat lain dari tahun ke tahun. 5) Tersebarnya penyakit-penyakit yang membawa maut Terdapat pelbagai penyakit yang lahir disebabkan oleh hubungan bebas di antara lelaki dan wanita, tidak kiralah mental mahupun fizikal. Antara penyakit tersebut ialah AIDS. Penyakit ini boleh membawa maut dan ubatnya masih belum ditemui sehingga ke hari ini. Dipetik daripada kertas kerja bertajuk: Ikhtilat Menurut Islam Oleh: Ustaz Anhar bin Opir Mula-mula duduk rapat, lepas duduk rapat, kemudian lawan peluk erat-erat, bila dah peluk erat-erat, akhirnya nafas naik tersekat-sekat, apabila nafas dah naik tersekat-sekat, usah dipeduli Allah dan malaikat, bila usah dipeduli Allah dan malaikat, usah dipeduli agama dan adat, bila tidak dipeduli agama dan adat, yang penting lepas ni apa kita nak buat kita buat,

Ana
Mohd Syauqi Sungai Petani &, Kota Kinabalu, Malaysia

Mengajar di Kolej Universiti INSANIAH, Kampus Induk Kuala Ketil View my complete profile

Sejak 15 April 2008

Jakarta

Today Total Online


Stats $$$

2 26049 1
Get widget

lepas mereka buat, perut yang kempis jadi bulat, bila perut dah membulat, maka sudah terlambat.

Islamic Calendar

Disebarkan oleh Mohd Syauqi pada 11:12 PM Reactions:


menarik (5) biasa (2) bosan (0)

No comments:
Post a Comment

pautan pada tulisan ini


Create a Link

Newer Post

Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Older Post

Waktu Di Mesir

Saya suka layari...


PERSATUAN SISWAZAH SABAH
Mahrajan Cinta Rasul 2 days ago

Celikkan Minda, Luruskan Budi, Halusi Pekerti


Agar Mati Mengajar Kita 1 week ago

ABU NUHA CORNER


KEPULAUAN NATURA : BERGEOGRAFIKAN MALAYSIA BERDAULATKAN INDONESIA 5 weeks ago

zukhruf el-mahfuz
2 months ago

Wardatul Asfar
Mad'u Istimewa (8) : Mujahadah Seorang Remaja Islam 5 months ago

Idea Islamic
Jadual Imam/Tazkirah/Kuliah/Qiamullail Ramadhan 1434H 6 months ago

:: Sahabat Blog Sabah ::


PEMUDA PAS SABAH DESAK MALAYSIA BATALKAN TPPA 6 months ago

Our products digital


: 6 months ago

MUJAHIDEEN ISLAM
#FreeGhazzah #FreeSyria 6 months ago

Anda mungkin juga menyukai