Anda di halaman 1dari 26

HBEF 3203 Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan

1.1 PENGENALAN Di dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid, peranan yang perlu dimainkan oleh para guru adalah amat penting sekali. Guru juga perlu merancang dan membina alat pengukuran, mentadbir ujian, merekod hasil pengukuran, menganalisis maklumat, menilai, melapor dan menjalankan tindakan susulan seperti melaksanakan aktiviti pengukuhan, pengayaan atau aktiviti pemulihan. Ujian adalah di antara salah satu kaedah atau prosedur yang boleh digunakan untuk memperoleh maklumat secara sistematik berkaitan dengan sifat seseorang yang berhubung dengan aspek pendidikan atau psikologi. Ujian juga adalah penting untuk menentukan kejayaan atau kegagalan calon dalam sesuatu peperiksaan yang dijalankan. Sebagai seorang guru, kita sudah semestinya perlu melalui suatu proses membuat pemilihan jenis item atau soalan untuk ujian pencapaian tertentu seperti pencapaian akademik pelajar di mana ianya agak sukar dan rumit, begitu juga dalam membina item/soalan tersebut. Dengan adanya penggunaan Jadual Penentuan Ujian (JPU), ia sudah pasti sedikit sebanyak akan dapat membantu kita untuk memilih jenis item yang diperlukan ataupun jenis soalan yang bersesuaian dengan keupayaan pelajar-pelajar kita. Selepas item soalan dibina dan ujian sudah digubal, analisis item dan ujian perlulah dibuat untuk memastikan item atau soalan dan ujian yang dihasilkan itu sesuai untuk digunakan. Analisis item akan membolehkan kita menilai kesesuaian item tersebut dari segi kesukarannya, yakni sama ada item tersebut terlalu mudah atau terlalu sukar bagi sesuatu kumpulan pelajar. Selepas membuat analisis item adalah digalakkan untuk membuat analisis ujian bagi menentukan darjah ketekalan ukuran yang dihasilkan oleh ujian tersebut. Analisis analisis ini akan menghasilkan indeks yang dinamakan Indeks Kesukaran Item, Indeks Diskriminasi Item, Indeks Kebolehpercayaan Ujian dan Indeks Kesahan Ujian. Analisis - analisis ini perlu dilakukan supaya ujian yang dihasilkan adalah sesuai dan sah bagi sesuatu tujuan tertentu. Berdasarkan tajuk tugasan yang telah diberikan, saya telah ditugaskan untuk membentuk satu Jadual Penentuan Ujian (JPU) yang meliputi salah satu sukatan
ABDUL HAADII BIN HAJI SAAD 830924025375

HBEF 3203 Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan

pelajaran sekolah enegah, di mana melalui JPU berkenaan saya perlu menggubal satu set instrument ujian aneka pilihan ( Bahagian A) sebanyak 20 soalan dan 2 item-item subjektif jawapan pendek (Bahagian B) serta yang sesuai dijawab oleh pelajar dalam tempoh 1 jam. Kemudiannya saya perlu menentukan indeks kesukaran, indeks diskriminasi dan menghuraikan keberkesanan item yang telah dipilih. Oleh yang demikian, bagi melaksanakan tugasan ini, saya telah memilih tajuk Modul 5 Sistem Penyejukan Dan Pelinciran yang diambil daripada huraian sukatan matapelajaran Automotif Elektrik Dan Diesel. Berdasarkan tajuk ini saya telah membina satu unit JPU bagi memudahkan saya untuk menggubal satu set soalan ujian aneka pilihan dan subjektif yang saya berikan di sekolah. Setelah soalan ini siap dibina, saya telah mentadbirkan soalan ini kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 yang terdiri daripada 20 orang pelajar dari Sekolah Menengah Vokasional Butterworth,Pulau Pinang. Ketika pertama kali saya menerima tugasan ini, saya merasakan tugasan ini amat berat dan sukar untuk dilaksanakan, terutamanya dalam menyediakan Jadual Penentu Ujian ( JPU ). Ini kerana, saya berasa agak keliru untuk membina soalan/item yang bersesuaian mengikut aras taksonomi Bloom seperti mana yang dikehendaki di dalam JPU tersebut. Di samping itu, saya turut mengalami masalah dan keliru dalam membahagikan soalan mengikut kemahiran dan aras kognitif berdasarkan sukatan pelajaran yang telah saya pilih. Mujurlah, pensyarah saya iaitu En.Azahari bin Abdullah banyak membantu saya dalam menyediakan Jadual Penentu Ujian ( JPU ) serta dalam membina soalan yang bersesuaian agar saya tidak akan menghadapi masalah dalam melaksanakan tugasan yang seterusnya. Di sini, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan guru di Sekolah Menegah Vokasional Butterworth,Pulau Pinang, di atas kerjasama yang telah diberikan ketika saya mentadbirkan soalan ini kepada pelajar-pelajar Tingkatan 5 di sekolah. Oleh yang demikian, saya merasakan tugasan yang telah diberikan ini banyak memberi pengetahuan dan manfaat yang berguna kepada saya yang menjadi warga pendidik. Di samping itu juga, melalui tugasan ini, ia memberikan pengalaman yang baru kepada saya terutamanya ketika saya mentadbirkan soalan ini kepada pelajar di mana
ABDUL HAADII BIN HAJI SAAD 830924025375

HBEF 3203 Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan

saya perlu mengawal suasana kelas agar tugasan ini dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan serta tidak menghadapi sebarang masalah. Akhir kata, saya berharap agar tugasan ini dapat dikekalkan pada tahun tahun yang berikutnya kerana ia banyak memberi manfaat kepada para pelajar sebagai persediaan untuk menjadi guru dan sekali lagi saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada En.Azahari bin Abdullah dan juga kepada warga pendidik Sekolah Menengah Vokasional Butterworth,Pulau Pinang di atas kerjasama yang telah diberikan. .

ABDUL HAADII BIN HAJI SAAD

830924025375

HBEF 3203 Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan

1.3 JADUAL PENENTU UJIAN ( JPU ) Menurut Kubiszyn dan Borich ( 2003 ), Jadual Penentu Ujian ( JPU ) adalah carta dua hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta ini menyenaraikan objektif objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsep konsep utama yang diajar dan ingin diukur. Antara ciri ciri yang terdapat pada Jadual Penentu Ujian ialah ia mengandungi kandungan sukatan pelajaran, jenis item yang digunakan, kemahiran dan aras soalan mengikut aras taksonomi bloom, nombor soalan serta jumlah keseluruhan soalan. JPU yang dibina dengan baik akan membantu penggubal kertas ujian dan pembina item/soalan ujian. Antara kepentingan JPU ialah, kertas ujian dapat digubal secara teratur dan bersistematik, untuk menjamin kesahan dari segi persampelan sukatan pelajaran, memberi keseimbangan terhadap taburan soalan mengikut tajuk yang telah ditetapkan dan perlaksanaan ujian adalah meliputi keseluruhan sukatan pelajaran yang telah dipelajari. Di samping itu juga, aras kesukaran ujian dapat dikekalkan dari tahun ke tahun, walaupun item dibina oleh pembina soalan yang berbeza. Berdasarkan tajuk tugasan yang telah diberikan, saya telah membentuk satu Jadual Penentu Ujian ( JPU ) yang meliputi sukatan pelajaran bagi Tingkatan 5 sepertimana yang terdapat pada Jadual 1.1 berikut. Berdasarkan JPU tersebut, saya telah memecahkan tajuk Sistem Penyejukan dan Pelinciran kepada 2 topik kecil iaitu Dan Asas Elektrik Automotif`. Daripada topik topik ini saya telah membina I set instrument soalan aneka pilihan yang meliputi kemahiran kognitif mengikut aras Taksonomi Objektif Domain Kognitif Bloom. Soalan soalan yang telah saya gubal adalah terdiri daripada 6 soalan aras pengetahuan, 3 soalan aras kefahaman ,3 soalan aras aplikasi , 3 soalan aras analisis, 2 soalan aras sintesis dan 3 soalan aras penilaian. Soalan soalan yang dibina juga adalah terdiri daripada 10 soalan aras rendah, 5 soalan aras sederhana dan 5 soalan aras tinggi.

ABDUL HAADII BIN HAJI SAAD

830924025375

HBEF 3203 Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan

SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL BUTTERWORTH JADUAL PENENTUAN UJIAN AUTOMOTIF ELEKTRIK DIESEL TINGKATAN 5 UJIAN KEMAJUAN 1 2012 (JADUAL PENENTU UJIAN)

ABDUL HAADII BIN HAJI SAAD

830924025375

HBEF 3203 Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan

1.4 SOALAN UJIAN Nama : _______________________________ Kelas:___________

Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan iaitu A,B,C dan D.Di antaranya hanya terdapat satu pilihan jawapan yang betul. Pilih jawapan yang betul. BAHAGIAN A 1. Fungsi sistem penyejukan ialah: a) Mencegah bahan penyejuk daripada mendidih b) Mencegah bahan penyejuk daripada membeku c) Membolehkan enjin dikendali dengan sejuk d) Membolehkan enjin dikendalikan pada suhunya pada setiap masa 2. Prinsip kendalian radiator system penyejukan ialah : a) Takungan untuk air b) Mengalirkan udara secara olakan arus c) Menyebarkan air panas pada permukaan yang luas d) Memusingkan halaju udara semasa mengalir pada permukaan 3. Bahagian pam air yang memusing untuk mengalir bahan penyejuk di antara radiator dan enjin dinamakan: a) Pendesak b) Kipas c) Badan d) Salur pirau

ABDUL HAADII BIN HAJI SAAD

830924025375

HBEF 3203 Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan

4. Bahagian larasuhu system penyejukan yang membuka dan menutup injapnya ialah; a) Muka b) Lilin c) Injap tekanan d) Injap vakum 5. Larasuhu pada kebiasaannya dipasanng pada sistem penyejukan diantara: a) Tudung tekanan b) Injap vakum c) Radiator d) Selubung air dan hos atas 6. Bahagian system penyejukan yang menaikan takat didih cecair pada system itu dinamakan : a) Tudung tekanan b) Injap vakum c) Radiator d) Selubung air 7. Tudung tekanan system penyejukan mempunyai dua injap iaitu: a) Injap tekanan dan injap pencuci (blow-off valve) b) Injap atmosfera dan injap vakum c) Injap tekanan dan injap vakum d) Tiada di atas 8. Daripada bahagian system penyejukan cecair berikut yang manakah haba terlesap ke udara: a) Teras pengalihaba b) Hos pengalihaba c) Jaket air
ABDUL HAADII BIN HAJI SAAD 830924025375

HBEF 3203 Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan

d) Pam air 9. Jika larasuhu terlekat tertutup enjin akan: a) Mencapai suhu kendalian dengan perlahan b) Lampau panas c) Tidak hidup d) Melahu dengan kasar 10. Jika larasuhu terlekat terbuka enjin akan: a) Mencapai suhu kendalian dengan perlahan b) Lampau panas c) Tidak hidup d) Tegun (stall) 11. Apakah tujuan dip stick: a) Mengukur kepekatan minyak b) Mengukur kualiti minyak c) Mengukur paras minyak d) Memberikan warna minyak 12. Tujuan dipasangkan sirip penyejuk ialah: a) Mengukuhkan lagi binaan silinder enjin b) Supaya silinder tidak cepat haus c) Supaya udara dapat bergerak bebas d) Supaya pergerakan udara dapat di aturkan 13. Dua jenis pam minyak pelincir ialah: a) Gear dan omboh b) Rotor dan omboh c) Gear dan rotor d) Aliran penuh dan pirau

ABDUL HAADII BIN HAJI SAAD

830924025375

HBEF 3203 Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan

14. Injap pelega tekanan di dalam system pelinciran adalah untuk; a) Mendapatkan tekanan terlalu tinggi b) Menghalang tekanan terlalu tinggi c) Mendapatkan tekanan yang mencukupi d) Mendapatkan aliran yang mencukupi. 15. Dua jenis penapis minyak pelincir enjin automotif ialah : a) Aliran pirau dan penuh b) Buka dan tutup c) Tekanan rendah dan tinggi d) Aliran penuh dan terus 16. Kelikatan minyak pelincir boleh ditakrifkan sebagai: a) Kesenangan pengaliran b) Rintangan kepada buihan c) Rintangan kepada pengaliran d) Tiada jawapan diatas 17. Radiator fan digunakan untuk : a) Menyejukkan enjin b) Menyejukkan air dalam radiator c) Mengatur udara d) Menyedut udara melalui penyinar (Radiator) 18. Waktu yang sesuai untuk menguji paras minyak di dalam enjin ialah: a) Ketika enjin sedang hidup b) Sebaik sahaja selepas enjin berhenti c) Selepas menukar minyak pelincir d) Sebelum menghidupkan enjin yang sudah lama berhenti

ABDUL HAADII BIN HAJI SAAD

830924025375

HBEF 3203 Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan

19. Pam jenis gear dalam system pelinciran biasanya dipacu (Driven) oleh: a) Aci sesondol (Camsyaf) b) Aci engkol (Cranksyaf) c) Gear pemasaan (Timing Gear) d) Aci pengagih (Distributor Syaf)

20. Rajah di atas menunjukkan sebuah penutup tekanan radiator. Komponen yang bernombor 1 ialah: a) Spring injap hampagas (Vacum valve spring) b) Spring injap tekanan (Pressure Valve Spring) c) Spring pelega tekanan (Pressure Relief Spring) d) Spring pelega hampagas (Pressure Relief Spring)

ABDUL HAADII BIN HAJI SAAD

830924025375

HBEF 3203 Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan

BAHAGIAN B JAWAB SEMUA SOALAN 1.

ABDUL HAADII BIN HAJI SAAD

830924025375

HBEF 3203 Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan

Laksanakan ujian bagi satu kelas pelajar dan periksa kertas jawapan pelajar. Catatkan markah pelajar seperti dalam jadual berikut.

ABDUL HAADII BIN HAJI SAAD

830924025375

HBEF 3203 Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan

1.5 JADUAL ANALISIS Setelah soalan ini siap dibina, saya telah mentadbirkan soalan ini kepada pelajarpelajar Tingkatan 5 yang terdiri daripada 20 orang pelajar dari Sekolah Menengah Vokasional Butterworth,Pulau Pinang. Hasil daripada ujian yang telah dijalankan ini, saya telah menyediakan sebuah jadual pencapaian untuk menunjukkan hasil pencapaian yang telah diperolehi oleh pelajar-pelajar ini seperti yang ditunjukkan pada jadual 1.2 di bawah. Di samping itu, melalui jadual pencapaian ini ia akan memudahkan saya untuk mengukur sejauh mana keberkesanan item soalan ini terhadap para pelajar di sekolah ini. Berdasarkan jadual pencapaian ini, seramai 20 orang pelajar telah dipilh untuk menjalani ujian ini yang terdiri daripada 19 orang pelajar lelaki dan 1 orang pelajar perempuan. Daripada sejumlah 20 orang pelajar dari kelas Tingkatan 5 ini, hanya seorang pelajar sahaja yang mendapat markah tertinggi iaitu Ahmad Syahid Bin Shaari yang berjaya menjawab 14 soalan dengan tepat dan diikuti dengan Adi Amirul Asyraf Bin Ali yang berjaya menjawab dengan betul sebanyak 13 soalan. Seramai 5 orang pelajar telah mendapat 12 markah, seorang mendapat 11,10 dan 8 markah serta seramai 4 orang pelajar telah mendapat 9 markah. Bagi pelajar yang mendapat 7 markah, hanya 2 orang pelajar sahaja yang mendapat markah ini. 2 orang pelajar pula hanya mampu menjawab 6 soalan dengan betul. Manakala, hanya 2 orang pelajar sahaja dicatatkan mendapat markah yang terendah iaitu memperoleh 5 markah sahaja. Berdasarkan pencapaian yang diperolehi melalui jadual ini didapati hampir 70% daripada pelajar kelas ini mampu menjawab soalan yang telah diberikan dengan baik. Manakala 30% pelajar lagi gagal menjawab soalan yang diberikan dengan jayanya. Oleh yang demikian, melalui pencapaian yang telah diperolehi tugasan saya yang seterusnya ialah menentukan Indeks Kesukaran bagi item soalan yang telah saya sediakan ini.

ABDUL HAADII BIN HAJI SAAD

830924025375

HBEF 3203 Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan

1.7 INDEKS KESUKARAN ITEM Ciri pertama yang dapat menentukan kualiti sesuatu item ujian ialah melalui Indeks Kesukaran Item (p).Indeks ini dapat menunjukkan aras kesukaran sesuatu item iaitu sama ada sesuatu item yang telah dibina itu mudah atau sukar untuk dijawab. Bagi ujian yang berbentuk soalan aneka pilihan, indeks ini dikira dengan menggunakan nisbah bilangan calon yang memberi jawpan betul bagi item tertentu kepada jumlah calon yang menjawab item tersebut. Pengiraannya adalah seperti persamaan berikut : p = Bilangan calon yang memberi jawapan betul Jumlah calon yang menjawab Berikut adalah jadual yang menunjukkan Aras Kesukaran dan Pengkelasan Item. Nilai (p) 0.00 0.20 0.21 0.40 0.41 0.60 0.61 0.80 0.81 1.00 Pengkelasan Item Terlalu Sukar Sukar Sederhana Sukar Mudah Terlalu Mudah

Dari segi kesesuaian soalan ujian rujukan norma, pembina soalan perlu ingat bahawa soalan yang terlalu mudah (p>0.85) atau yang terlalu sukar (p<0.15) tidak akan dapat memberi maklumat psikometrik ( ukuran psikologi ) yang bermakna. Ini adalah disebabkan, soalan yang terlalu mudah akan dapat dijawab oleh hampir kesemua pelajar, sementara soalan yang terlalu sukar pula tidak akan dapat dijawab oleh semua pelajar. Justeru, soalan soalan ini tidak dapat membezakan pelajar yang lebih rendah keupayaannya dengan pelajar yang tinggi keupayaannya. Antara tujuan indeks kesukaran ini diadakan adalah untuk mengenalpasti konsep yang perlu diajar semula, iaitu apabila guru mendapati ramai pelajar yang tidak dapat menjawab soalan tersebut dengan baik, untuk mengenalpasti serta melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian bahagian

ABDUL HAADII BIN HAJI SAAD

830924025375

HBEF 3203 Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan

kurikulum, memberi maklumbalas kepada pelajar bagi setiap tajuk pengajaran yang diuji dan untuk mengenalpasti soalan yang bias kepada sesuatu kandungan. Berdasarkan pencapaian yang telah diperolehi oleh pelajar selepas melaksanakan ujian di sekolah, saya telah membina jadual untuk menunjukkan indeks kesukaran item yang telah saya perolehi. Indeks kesukaran bagi item yang telah dijalankan adalah seperti yang terdapat pada jadual 1.3 berikut :

No.Soalan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

Nilai (p) / Aras Kesukaran 0.90 0.60 0.55 0.95 0.40 0.40 0.45 0.60 0.55 0.35 0.25 0.40 0.60 0.10 0.20 0.40 0.25 0.75 0.30 0.40 Jadual 1.3 : Indeks Kesukaran Item

Pengkelasan Item Terlalu Mudah Sederhana Sukar Sederhana Sukar Terlalu Mudah Sukar Sukar Sederhana Sukar Sederhana Sukar Sederhana Sukar Sukar Sukar Sukar Sederhana Sukar Terlalu Sukar Terlalu Sukar Sukar Sukar Mudah Sukar Sukar

Melalui jadual di atas, kita dapat melihat soalan 1 dan soalan 4 mempunyai aras kesukaran 0.90 0.95 di mana pengkelasan item menunjukkan soalan ini terlalu mudah untuk diselesaikan. Jika menurut ujian rujukan norma, soalan ini adalah tidak sesuai untuk ditadbirkan kerana ia tidak dapat membezakan di antara pelajar yang pandai dengan yang lemah. Bagi soalan 18 pula, seramai 15 orang daripada 20 orang pelajar telah berjaya menjawab soalan ini dengan betul. Ia mempunyai aras kesukaran 0.75 yang menunjukkan
ABDUL HAADII BIN HAJI SAAD 830924025375

HBEF 3203 Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan

soalan ini juga mudah untuk dijawab dan juga tidak sesuai untuk digunakan bagi ujian rujukan norma. Sebanyak 6 soalan mempunyai aras kesukaran 0.41 - 0.60 iaitu soalan 2,3,7,8,9 dan soalan 13 di mana soalan soalan ini dikategorikan sebagai soalan yang sederhana sukarnya. Soalan soalan seperti ini sesuai untuk ditadbirkan di dalam kelas kerana ia dapat membezakan keupayaan menjawab di antara pelajar yang lemah dengan pelajar yang bijak.Soalan seperti ini tidaklah terlalu mudah atau terlalu sukar untuk dijawab dan sesuai untuk menguji pengetahuan mengikut aras kemampuan kumpulan para pelajar yang tertentu. Soalan yang berada pada aras yang sukar iaitu pada aras 0.21- 0.40 adalah yang paling banyak terdapat pada ujian ini di mana terdapat sebanyak 9 soalan yang sukar di dalamnya. Antara soalan tersebut ialah soalan yang bernombor 5,6,10,11,12,16,17,19 dan 20. Di dapati agak ramai pelajar yang gagal menjawab dengan tepat soalan- soalan ini. Jika mengikut ujian rujukan norma, soalan soalan seperti ini juga agak sesuai untuk digunakan di dalam ujian kerana ia mampu membezakan pelajar yang rendah keupayaan dengan pelajar yang tinggi keupayaannya. Walaubagaimana pun, soalan soalan seperti ini, haruslah diperbaiki dan diseimbangkan mengikut aras kemampuan pelajar. Manakala yang terakhir soalan 14 dan soalan 15 adalah soalan yang paling banyak gagal dijawab oleh pelajar di mana hanya 2 orang pelajar sahaja yang berjaya menjawab soalan 14 dan hanya 4 orang pelajar sahaja yang berjaya menjawab soalan 15 dengan tepat. Oleh yang demikian, kedua dua soalan ini dikategorikan sebagai terlalu sukar dan soalan ini tidak sesuai untuk dikekalkan di dalam ujian ini.

1.8 INDEKS DISKRIMINASI ITEM Indeks diskriminasi item ialah indeks yang dapat membezakan/ mendiskriminasikan antara pelajar yang berkeupayaan rendah dengan pelajar yang berpencapaian tinggi. Indeks diskriminasi boleh dikira dengan membahagikan perbezaan ( RU RL ) dengan T(L+U). RU adalah bilangan pelajar yang menjawab dengan betul di kalangan pelajar
ABDUL HAADII BIN HAJI SAAD 830924025375

HBEF 3203 Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan

yang berpencapaian tinggi. RL pula ialah bilangan pelajar yang menjawab dengan betul di kalangan pelajar berkeupayaan rendah.T(L+ U) adalah jumlah pelajar berpencapaian rendah dan tinggi. Cara mengira indeks diskriminasi item adalah seperti yang berikut : Indeks Diskriminasi (d) = (RU RL) (1/2 T (L+U) ) Berikut menunjukkan jadual Aras Diskriminasi dan Pengkelasan Item : Nilai ( d ) 0.00 0.10 0.11 0.20 0.21 0.30 0.31 0.40 0.41 1.00 Pengkelasan Item Tidak Baik Kurang Baik Sederhana Baik Baik Sangat Baik

Indeks diskriminasi boleh bernilai antara -1.00 hingga 1.00. Indeks diskriminasi hampir kepada 1.00 bermakna soalan tersebut adalah baik untuk Penilaian Rujukan Norma ( PRN) kerana ia dapat membezakan pelajar yang berpencapaian tinggi dengan pelajar yang berpencapaian lemah. Bagi soalan yang mempunyai indeks diskriminasi positif menghampiri 0.0, soalan soalan ini dikatakan tidak sesuai untuk PRN kerana ia tidak berupaya membezakan pelajar pandai dengan pelajar lemah. Akhirnya, bagi soalan yang mempunyai indeks diskriminasi negatif yang menghampiri -1.00, dikatakan tidak baik untuk PRN kerana ia secara songsang membezakan pelajar pandai daripada pelajar lemah, iaitu lebih ramai pelajar lemah dapat menjawab soalan soalan ini dengan betul berbanding pelajar pandai. Antara tujuan indeks diskriminasi ini ialah , untuk mengenalpasti konsep yang perlu diajar semula, mengenalpasti serta melaporkan kekuatan dan kelemahan bahagian bahagian kurikulum yang tertentu, memberi maklumbalas kepada pelajar pandai tentang kelemahan mereka bagi setiap tajuk pengajaran yang diuji, mengenalpasti soalan yang bias kepada sesuatu kandungan dan mengenalpasti pelajar yang berpencapaian tinggiuntuk melanjutkan pengajian dalam bidang bidang tertentu. N0.SOALAN 1 2 Nilai (d) / Aras Diskriminasi 0.33 0.33
830924025375

Pengkelasan Item Baik Baik

ABDUL HAADII BIN HAJI SAAD

HBEF 3203 Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan

3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20

0.00 0.16 0.66 0.33 0.66 0.50 0.83 -0.33 -0.16 0.33 0.50 -0.16 0.00 0.66 0.16 0.50 0.50 0.66 Jadual 1.4 : Indeks Diskriminasi Item

Tidak Baik Kurang Baik Sangat Baik Baik Sangat Baik Sangat Baik Sangat Baik Tidak Baik Tidak Baik Baik Sangat Baik Tidak Baik Tidak Baik Sangat Baik Kurang Baik Sangat Baik Sangat Baik Sangat Baik

Berdasarkan pencapaian yang telah diperolehi oleh pelajar selepas melaksanakan ujian di sekolah, saya telah membina jadual untuk menunjukkan indeks diskriminasi item yang telah saya perolehi. Indeks diskriminasi bagi item yang telah dijalankan adalah seperti yang terdapat pada jadual 1.4 di atas. Contoh pengiraan untuk mendapatkan hasil analisa seperti yang di atas ialah : Contoh soalan 1 : Markah Tinggi (RU) Markah Rendah (RL) T(L+U) (RU-RL) T(L+U) =64 6 = 0.33 = 6 orang = 4 orang = 6 orang

ABDUL HAADII BIN HAJI SAAD

830924025375

HBEF 3203 Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan

ANALISIS ITEM Soalan/Item 1 - Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.33. Seramai 6 orang murid dari kumpulan pencapaian tinggi dan 4 orang dari kumpulan berkeupayaan rendah dapat menjawab soalan ini dengan betul. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana soalan ini dapat membezakan murid yang pandai dengan murid yang lemah. - Soalan ini sesuai dikekalkan di dalam ujian ini. Soalan/Item 2 - Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.33. Seramai 4 orang murid dari kumpulan pencapaian tinggi dan 2 orang murid dari kumpulan berkeupayaan rendah dapat menjawab soalan ini dengan betul. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana soalan ini dapat membezakan murid yang pandai dengan murid yang lemah. - Soalan ini juga sesuai dikekalkan di dalam ujian ini. Soalan/Item 3

ABDUL HAADII BIN HAJI SAAD

830924025375

HBEF 3203 Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan

- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.00.Bilangan pelajar berpencapaian tinggi dan rendah yang dapat menjawab soalan ini dengan betul adalah sama.Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang tidak baik untuk Penilaian Rujukan Norma kerana soalan ini tidak dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah. - Oleh itu, soalan ini perlu diganti dengan soalan yang lebih sesuai. Soalan/Item 4 - Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.16. Seramai 6 orang murid dari kumpulan pencapaian tinggi dan 5 orang murid dari kumpulan berkeupayaan rendah dapat menjawab soalan ini dengan tepat. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang kurang baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana soalan ini tidak dapat membezakan murid yang pandai dengan murid yang lemah - Soalan ini perlu diperbaiki atau digantikan dengan soalan yang lebih baik. Soalan/Item 5 - Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.66. Seramai 4 orang murid dari kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat. Manakala, tidak ada seorang murid pun dari kumpulan murid berpencapaian rendah dapat menjawab soalan ini. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam kelas. - Soalan ini sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini. Soalan/Item 6 - Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.33. Seramai 4 orang murid dari kumpulan pencapaian tinggi dan 2 orang dari kumpulan berkeupayaan rendah dapat menjawab soalan ini dengan betul. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana soalan ini dapat membezakan murid yang pandai dengan murid yang lemah. - Soalan ini sesuai dikekalkan di dalam ujian ini. Soalan/Item 7
ABDUL HAADII BIN HAJI SAAD 830924025375

HBEF 3203 Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan

- Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.66. Seramai 5 orang murid dari kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat. Manakala, hanya seorang sahaja murid dari kumpulan murid berpencapaian rendah dapat menjawab soalan ini. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam kelas. - Soalan ini sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini. Soalan/Item 8 - Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.50. Seramai 5 orang murid dari kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat dan hanya 2 orang murid dari kumpulan berpencapaian rendah dapat menjawab soalan ini dengan betul. Soalan ini juga berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam kelas. - Soalan ini juga sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini. Soalan/Item 9 - Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.83. Seramai 6 orang murid dari kumpulan pencapaian tinggi dan seorang murid dari kumpulan pencapaian rendah dapat menjawab soalan ini dengan jayanya. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk PRN kerana ia dapat membezakan di antara murid yang bijak dengan murid yang lemah di dalam kelas. - Soalan 9 ini sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini. Soalan/Item 10 - Bagi soalan nombor 10 ini, indeks diskriminasinya adalah -0.33 di mana seramai 3 orang murid dari kumpulan berpencapaian rendah telah berjaya menjawab soalan ini dengan betul berbanding hanya seorang sahaja dari kumpulan berpencapaian tinggi.Soalan ini tidak baik untuk PRN, kerana ia secara songsang membezakan pelajar pandai daripada pelajar lemah, iaitu lebih ramai pelajar lemah dapat menjawab soalan ini dengan betul daripada pelajar pandai.
ABDUL HAADII BIN HAJI SAAD 830924025375

HBEF 3203 Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan

- Soalan ini perlu diperbaiki atau diganti dengan soalan yang lebih sesuai. Soalan/Item 11 - Bagi soalan 11, indeks diskriminasi soalan ini juga adalah negatif iaitu -0.16 di mana seramai dua orang murid dari kumpulan berpencapaian rendah dapat menjawab soalan ini.Hanya seorang pelajar sahaja dari kumpulan pencapaian tinggi dapat selesaikan soalan ini dengan tepat.Soalan ini adalah tidak baik untuk penilaian rujukan norma. - Soalan ini juga perlu diperbaiki dan diganti dengan soalan yang lain. Soalan/Item 12 -Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.33. Seramai 3 orang murid dari kumpulan pencapaian tinggi dan seorang orang dari kumpulan berkeupayaan rendah dapat menjawab soalan ini dengan betul. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana soalan ini dapat membezakan murid yang pandai dengan murid yang lemah. - Soalan ini sesuai dikekalkan di dalam ujian ini. Soalan/Item 13 - Indeks diskriminasi item bagi soalan 13 ini ialah 0.50 di mana seramai 4 orang murid dari kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat .Manakala hanya seorang murid dari kumpulan berpencapaian rendah dapat selesaikan soalan ini dengan betul. Soalan ini juga berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam kelas. - Soalan ini juga sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini. Soalan/Item 14 - Bagi soalan nombor 14 pula ini, indeks diskriminasinya adalah -0.16 di mana hanya seorang murid sahaja dari kumpulan berpencapaian rendah telah berjaya menjawab soalan ini dengan betul.Manakala, tidak seorang murid pun dari kumpulan berpencapaian tinggi yang dapat menyelesaikan soalan ini.Soalan ini tidak baik untuk PRN, kerana ia

ABDUL HAADII BIN HAJI SAAD

830924025375

HBEF 3203 Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan

secara songsang membezakan pelajar pandai daripada pelajar lemah, iaitu lebih ramai pelajar lemah dapat menjawab soalan ini dengan betul daripada pelajar pandai. - Soalan ini tidak sesuai untuk dikekalkan di dalam ujian ini. Soalan/Item 15 - Indeks diskriminasi item bagi soalan ini adalah 0.00. Bilangan pelajar berpencapaian tinggi dan rendah yang dapat menjawab soalan ini dengan betul adalah sama iaitu seorang bagi kumpulan murid pencapaian tinggi dan juga seorang murid bagi kumpulan berpencapaian rendah.Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang tidak baik untuk Penilaian Rujukan Norma kerana soalan ini tidak dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah. - Oleh itu, soalan ini perlu diganti dengan soalan lain yang lebih sesuai

Soalan/Item 16 - Indeks diskriminasi item bagi soalan 16 ini ialah 0.66. Seramai 5 orang murid dari kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat. Manakala, hanya seorang sahaja murid dari kumpulan murid berpencapaian rendah dapat menjawab soalan ini. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam kelas. - Soalan ini sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini. Soalan/Item 17 - Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.16. Hanya seramai 2 orang murid dari kumpulan pencapaian tinggi dan seorang murid dari kumpulan berkeupayaan rendah dapat menjawab soalan ini dengan tepat. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang kurang baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana soalan ini tidak dapat membezakan murid yang pandai dengan murid yang lemah. - Soalan ini perlu diperbaiki atau digantikan dengan soalan yang lebih baik. Soalan/Item 18
ABDUL HAADII BIN HAJI SAAD 830924025375

HBEF 3203 Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan

- Indeks diskriminasi item bagi soalan 18 ini ialah 0.50 di mana seramai 6 orang murid dari kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat dan hanya 3 orang murid dari kumpulan berpencapaian rendah dapat menyelesaikan soalan ini dengan betul. Soalan ini juga berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam kelas. - Soalan ini juga sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini. Soalan/Item 19 - Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.50 di mana seramai 4 orang murid dari kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat .Manakala hanya seorang murid dari kumpulan berpencapaian rendah dapat menyelesaikan soalan ini dengan betul. Soalan ini juga berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam kelas. - Soalan ini perlu dikekalkan dalam ujian ini. Soalan/Item 20 - Indeks diskriminasi item bagi soalan ini ialah 0.66. Seramai 5 orang murid dari kumpulan pencapaian tinggi berjaya menjawab soalan ini dengan tepat dan hanya seorang murid sahaja dari kumpulan murid berpencapaian rendah yang dapat menjawab soalan ini. Soalan ini berada dalam pengkelasan item yang sangat baik untuk Penilaian Rujukan Norma (PRN) kerana ia dapat membezakan di antara murid yang pandai dengan murid yang lemah di dalam kelas. - Soalan ini sangat sesuai untuk dikekalkan dalam ujian ini.

ABDUL HAADII BIN HAJI SAAD

830924025375

HBEF 3203 Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan

Bibliografi
Ee Ah Meng.(2005). Penilaian Tahap Kecekapan :Kompetensi Khusus Pengurusan P & P(2nd ed.) .Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. Khoo Cheng, et al.(1999). Matematik Tambahan SPM .Selangor : Penerbit Pelangi Sdn.Bhd. Khoo Cheng , & Chong Pak Cheong.(1999).Siri Analisis Matematik Tambahan SPM .Johor Bahru: Penerbit Pelangi Sdn.Bhd. Mok Soon Sang.(1993). Matematik Untuk Dinamika Guru (3rd ed.). Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

ABDUL HAADII BIN HAJI SAAD

830924025375

HBEF 3203 Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan

Mok Soon Sang.(2005). Penilaian Tahap Kecekapan :Pengurusan Khusus Pengajaran Dan Pembelajaran. Selangor : Penerbit Multimedia-Es Resources Sdn. Bhd. Yoong Kwee Soon , Yang Chor Chaw , & Kho Choong Quan .(2004). Matematik Tambahan SPM .Petaling Jaya : Penerbit Sasbadi Sdn.Bhd.

ABDUL HAADII BIN HAJI SAAD

830924025375

Anda mungkin juga menyukai