Anda di halaman 1dari 7

Takut: Ketika rakan-rakannya menumpukan perhatian terhadap pembelajaran Kimia, Azfa Hanani diburu rasa takut sekiranya namanya

dipanggil pengetua kerana mencuri buku dari perpustakaan. Padanya, dia bukan bertujuan untuk mencuri sebaliknya hanya "meminjam" untuk mengulang kaji pelajaran kerana tidak mampu untuk membeli buku rujukan tersebut. Dia takut dibuang sekolah kerana perbuatannya mencuri, sekali gus namanya akan tercemar. Semua terjadi disebabkan kemiskinan keluarga pak long yang memeliharanya sejak kedua-dua ibu dan bapanya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Dia semakin takut apabila pengetua mahu menemuinya. Siapa Mereka?: Di bilik pengetua, terdapat tetamu yang begitu asing baginya, iaitu Tengku Mazran, Syafinaz dan Syarifah Rozan. Mereka memberitahu dirinya kembar seiras Tengku Murni, seorang remaja yang meninggal dunia dalam suatu kemalangan empat bulan lalu. Tengku Mazran dan Syafinaz memberitahu bahawa dia berkunjung ke rumah Syarifah Rozan semalam dan ternampak gambarnya dalam album. Gambarnya seiras wajah adiknya, Tengku Murni. Azfa Hanani ditawarkan menjadi anak emas keluarga kaya dan menyamar sebagai Tengku Murni kerana wajah mereka seiras, umpama kembar. Datin Maziah tidak dapat menerima hakikat bahawa anak gadis tunggalnya telah meninggal dunia. Dia menuduh anak-anak lelakinya telah melarikan Tengku Murni. Oleh sebab itu, mereka bercadang untuk mengambil Azfa Hanani menggantikan Tengku Murni bagi menenangkan hati Datin Maziah. Azfa Hanani agak risau untuk menerima tawaran itu walaupun dijanjikan dengan pelbagai kemewahan. Namun begitu, dia akan mencuba jika diizinkan oleh pak long dan mak longnya. Kerana Terdesak: Tengku Mazran dan Syafinaz yang ditemani oleh Abang Norman dan Pak Haji Arshad tiba di rumah pak long untuk berbincang dengan pak long dan mak long. Pak Haji Arshad menjadi orang tengah dalam perbincangan itu. Tengku Mazran menceritakan kemalangan yang menimpa adiknya, Tengku Murni. Menurut Tengku Mazran, apabila ibunya, Datin Maziah tersedar daripada koma, yang ditanya ialah Tengku Murni. Puas mereka berdalih dengan mengatakan Tengku Murni mengikuti program pertukaran pelajar di Jepun. Dia tidak mampu berterusan menipu dan tidak mahu ibunya menghadapi tekanan jiwa. Tengku Mazran meminta keizinan pak long dan mak long untuk membawa Azfa Hanani ke Kuala Lumpur. Sebagai balasan, sekiranya Azfa Hanani mahu menggantikan tempat "Tengku Murni", kos perubatan anak pak longnya, Zuraini yang hampir lumpuh akan ditanggung. Azfa Hanani berfikir, sekiranya dia masih kekal di Sekolah Menengah Sri Dian, dia akan dibuang sekolah kerana mencuri buku di perpustakaan. Selain itu, bila-bila masa sahaja pak longnya akan memberhentikan persekolahannya kerana kesempitan hidup. Setelah memikirkan masalah dirinya dan penyakit Zuraini boleh disembuhkan, akhirnya dia menerima tawaran Tengku Mazran.

PERSOALAN Ketaatan kepada agama. Ketabahan seorang gadis remaja menghadapi kehidupan yang penuh ranjau. Keberanian menghadapi risiko. Kegigihan menimba ilmu pengetahuan.

CONTOH Azfa Hanani sering berdoa dan membaca al-Quran kepada arwah ibu bapanya. Azfa Hanani dibesarkan oleh Pak Long Madi yang kurang berada. Dia juga tabah menghadapi liku-liku hidup di rumah banglo milik keluarga baharunya. Azfa Hanani, seorang gadis yang baru berumur 17 tahun tetap berani mengambil risiko menyamar sebagai Tengku Murni untuk membantu sepupunya. Sikap ini ditonjolkan Azfa Hanani, walaupun berasal daripada keluarga miskin, dia gigih belajar dengan tujuan untuk membaiki masa depan keluarga dan hidupnya. Tengku Datuk Makmur dan anaknya, Tengku Muzaffar begitu ego dengan status mereka sebagai golongan elit. Mereka memandang hina terhadap Azfa Hanani. Rakanrakan Azfa Hanani juga memandang rendah kepadanya kerana dia berasal dari kampung dan hidup miskin. Datin Maziah terlalu menyayangi Tengku Murni / Azfa Hanani.

Sikap mementingkan darjat atau pangkat.

Kasih sayang seorang ibu terhadap anaknya.

E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook

Teknik Plot Novel Azfa Hanani


PEMERIAN Pengarang memerihalkan perasaan Azfa Hanani sewaktu mula-mula tiba di rumah Datin Maziah.Contohnya , Begitu, aku terasa seperti berjalan di awang-awangan semasa mula-mula tiba di situ. Banglo itu terlalu besar,berganda-ganda kalau mahu dibandingkan dengan teratak buruk yang pernah kuhuni.

DIALOG Dialog antara Azfa Hanani dengan Ekran.Contohnya, Saya nak Tanya satu pekara lagi. Abang Mus datang ke mari ni ada kaitan dengan gerai burger Ran yang terbakar dulu ke ? Saya tak perlu beritahu,sebenarnya. Setakat saya tahu dan Nani juga tahu, cukuplah, jawab Ekran . IMBAS KEMBALI Afza Hanani teringat akan pak long, mak long, dan sepupu- sepupunya di kampung.Contohnya Masakan mama memang sedap, Aku menokok bersahaja kerana wajah Zahidin melintas di ruang mata.Dia akan kecur liur kalau sesekali mak long menggoreng ayam.dia akan makan nasi dengan sayur sahaja dahulu agar dapat meratah ayam goreng selepas itu. SUSPENS Ketika Syafinaz memberitahu Azfa Hanani bahawa Datin Maziah sudah sedar dan dia mengajak Azfa Hanani turun menemui Datin Maziah. Azfa Hanani berdebar-debar semasa menuruni anak tangga. Pembaca tertanya-tanya tentang apakah reaksi Datin Maziah apabila melihat Azfa Hanani buat kali pertama.

E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook

Latar Novel Azfa Hanani


LATAR TEMPAT

Makmal kimia

Azfa Hanani berasa bimbang setelah mendapat tahu perbuatannya mencuri buku-buku rujukan dari perpustakan telah diketahui dan dia mungkin akan dihukum atas kesalahannya itu.

Bilik pengetua

Ketika Azfa Hanani dikunjungi buat pertama kalinya oleh Tengku Mazran, Kak Finaz, dan Kak Rozan. Azfa Hanani telah diberi tunjuk ajar oleh Kak Finaz tentang cara Tengku Murni makan, bercakap, dan Iain-lain lagi. Azfa Hanani akhirnya menetap di banglo ini. Perjumpaan diadakan oleh pelajar-pelajar tingkatan lima bagi berbincang tentang projek Hari Sumbangsih. LATAR MASA Semasa Azfa Hanani menuntut di Sekolah Menengah Sri Dian dan kemudiannya meneruskan persekolahannya di Sekolah Menengah Taman Sari selepas berpindah ke rumah Datin Maziah. Azfa Hanani dengan bersungguh-sungguh membaca dan mengkaji diari Tengku Murni dalam usahanya mendapatkan jawaban siapakah yang menjadi penghalang hubungan antara Ekran dengan Tengku Murni.

Hotel Universe

Banglo milik Datin Maziah dan Tengku Datuk Makmur

Sekolah Menengah Taman Sari

Selama beberapa bulan

Pada waktu malam

Pada waktu petang

Semasa Datin Maziah mengadakan sambutan hari lahir Azfa Hanani/Tengku Murni yang ke-17. Azfa Hanani menjalani kehidupannya sebagai pelajar sekolah. Latar Masyarakat

Pada waktu pagi

Masyarakat yang sanggup berkorban demi kebahagiaan keluarga angkat serta kelangsungan masa depannya. Masyarakat elit yang bongkak dan sombong kerana statusnya. Masyarakat pelajar yang gigih menuntut ilmu.

Azfa Hanani sanggup memenuhi tawaran Abang Mazran bagi membantu sepupunya, Zuraini yang lumpuh mendapatkan rawatan.

Tengku Datuk Makmur yang memandang hina terhadap Azfa Hanani kerana berasal dari kampung dan miskin. Masyarakat pelajar di Sekolah Menengah Sri Dian tempat Azfa Hanani melanjutkan pelajarannya dalam Tingkatan Lima Kenanga. Tengku Mazran berusaha sedaya upaya membantu sepupu Azfa Hanani mendapatkan rawatan bagi menyembuhkan penyakit lumpuhnya dengan menghantar Zuraini ke Indonesia.

Masyarakat yang berpegang pada janji.

Masyarakat yang sanggup menyamar untuk menyelamatkan seseorang daripada menghadapi tekanan jiwa.

Azfa Hanani sanggup menyamar menjadi Tengku Murni supaya Datin Maziah kembali pulih daripada tekanan perasaan sebagai akibat kematian anak perempuan tunggalnya.

E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook

Secara keseluruhannya plot drama digarap mengikut kronologi.

PERMULAAN Pada peringkat permulaan cerita, pembaca diperkenalkan dengan watak Azfa Hanani yang berasa takut setelah mengetahui bahawa orang yang selalu mencuri buku-buku rujukan di perpustakaan telah dikenal pasti dan akan dirangkap, Dia kemudiannya dipanggil ke bilik pengetua. Wajahnya dikatakan seiras Tengku Murni oleh Tengku Mazran dan Kak Syafinaz. Tengku Mazran meminta Azfa Hanani menyamar sebagai Tengku Murni iaitu adiknya yang terbunuh dalam suatu kemalangan jalan raya. Memikirkan masa depan persekolahannya serta peluang untuk membantu sepupunya, Zuraini mendapatkan rawatan, Azfa Hanani bersetuju menerima tawaran Tengku Mazran. PERKEMBANGAN

Pada peringkat perkembangan, Azfa Hanani dibawa ke Hotel Universe dan diajar cara bertutur, makan, dan bergaul dengan Datin Maziah. Di rumah Datin Maziah, Azfa Hanani berjaya memainkan peranan sebagai Tengku Murni. Azfa Hanani kemudiannya dihantar ke Sekolah Menengah Taman Sari. Di sekolah barunya, Azfa Hanani telah berkenalan dengan Tengku Ellina, sepupu Tengku Murni dan rakan-rakan yang lain seperti Suzana, Adriani dan Ekran. Azfa Hanani turut terlibat dalam pertandingan Forum Remaja sekolahnya. KONFLIK (PERUMITAN) Cerita sampai pada peringkat perumitan apabila Azfa Hanani menerima bungkusan hadiah daripada Ekran ketika majlis sambutan ulang tahun Tengku Murni yang ke-17. Azfa Hanani mencari Ekran untuk mendapatkan penjelasan tentang hubungannya dengan Tengku Murni.Ekran mengaku bahawa hubungannya dengan Tengku Murni memang istimewa tetapi tidak disenangi oleh seseorang iaitu Tengku Muzaffar. KLIMAKS (PUNCAK) Klimaks cerita ini ialah apabila Azfa Hanani mengetahui bahawa abang Tengku Murni, iaitu Tengku Muzaffarlah yang menjadi penghalang hubungan Ekran dengan Tengku Murni. Pertengkaran antara Azfa Hanani dengan Tengku Muzaffar didengar oleh Datin Maziah. Rahsia penyamaran Azfa Hanani akhirnya terbongkar. Datin Maziah begitu marah kerana telah ditipu selama ini. Azfa Hanani telah ditamparnya lalu diusirnya keluar dari banglo tersebut. PELERAIAN Pada pengakhiran cerita, Datuk Tengku Makmur memberitahu bahawa dialah yang menyebabkan teksi yang dinaiki oleh ayah dan ibu Azfa Hanani terjunam ke dalam gaung 16 tahun yang lalu menyebabkan mereka terbunuh. Azfa Hanani kembali ke banglo Tengku Datuk Makmur dan Datin Maziah dengan identitinya sendiri setelah dipujuk. Pasukan Forum Remaja. Sekolah Taman Sari yang menyertai Forum Remaja telah menjadi johan peringkat negeri dan Azfa Hanani terpilih sebagai Pengerusi Forum Remaja Terbaik. Azfa Hanani juga telah mengetahui identiti sebenar Ekran dan berjaya mendapatkan kepastian daripada Ekran tentang hubungan mereka berdua.

E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook

PENGAJARAN

CONTOH Contohnya, Azfa Hanani sanggup menerima tawaran Abang Mazran dan Kak Finaz untuk menyamar sebagai Tengku Murni semata-mata kerana tidak mahu Datin Maziah terus tertekan sehingga mengganggu kesihatannya.

Kita hendaklah berkorban demi kebahagiaan orang lain.

Kita perlu gigih berusaha dan tidak mudah berputus asa.

Contohnya, Azfa Hanani sanggup berulang alik sejauh 30 kilometer semata-mata ingin melanjutkan pelajarannya dalam aliran sains.

Kita janganlah bersikap sombong atas kekayaan dan pangkat yang ada.

Contohnya, Tengku Muzaffar tidak dapat menerima hubungan adiknya, Tengku Murni dengan Ekran kerana menyangka Ekran berasal daripada keluarga yang miskin. Sebaliknya, Tengku Mazran begitu sederhana sifatnya walaupun berasal daripada keluarga elit.

Kita hendaklah bersedia membantu orang yang memerlukan pertolongan.

Contohnya, Abang Mazran bersusah payah mendapatkan rawatan bagi Zuraini yang lumpuh, sehingga akhirnya Zuraini dapat berjalan semula.

Kita hendaklah sentiasa bersikap sederhana dan merendah diri.

Contohnya, Azfa Hanani sentiasa bersederhana dalam segala hal walaupun keluarga angkatnya adalah golongan yang elit dan berada. Contohnya, Azfa Hanani tidak pernah melupakan asal usulnya yang datang dari kampung serta berasal daripada sebuah keluarga yang miskin. Dia tidak pernah mengambil kesempatan atas kebaikan Abang Mazran ataupun Datin Maziah.

Kita hendaklah sedar akan asal usul kita.

E-melkan IniBlogThis!Kongsi ke TwitterKongsi ke Facebook

Anda mungkin juga menyukai