Anda di halaman 1dari 24

BMM 3104

PENGAJARAN KEMAHIRAN BAHASA MELAYU

TAJUK :
Teknik Pengajaran Kemahiran Membaca : Survey, Question, Read, Review, Recite, (SQ3R) ; Read, Review, Recite, (3R); Know, What, Learn, How, (KWLH); dan lainlain Lingkaran Soalan, Tatacerita Bimbingan Menjangka, Teater Pembaca

PENGENALAN Membaca Perlu :


Bergantung pada tujuan membaca. Kemahiran yang dapat membezakan isi penting dan sampingan. Teknik yang sesuai.

Tambah kelajuan membaca dengan membaiki teknik pemahaman membaca dan mengingat perkara yang dibaca.

Menyoal dan menilai sumber yang berwibawa dan bukti yang disampaikan oleh penulis.

SQ3R

TEKNIK PENGAJARAN KEMAHIRAN MEMBACA

LAIN-LAIN

KWLH

1. SQ3R

SQ3R ialah teknik membaca kritis yang memerlukan seseorang mempersoal kesesuaian maklumat yang terdapat dalam suatu bahan yang dibaca dengan tugasan yang perlu diselesaikan.

SQ3R adalah singkatan bagi :


S (survey) - tinjau

Q (question) - soal/ tanya R (read) R (recite) R (review) - baca - imbas kembali atau nyatakan secara lisan - baca semula

Survey ( tinjau)
Langkah membaca untuk mendapatkan gambaran keseluruhan tentang apa yang terkandung dalam bahan yang dibaca Dilakukan dengan meneliti tajuk besar, tajuk-tajuk kecil, gambar-gambar, atau ilustrasi, lakaran grafik, membaca perenggan pengenalan, dan perenggan terakhir di bahagianbahagian buku atau teks Teknik membaca pantas iaitu skimming dan scanning digunakan Question (soal atau tanya) Langkah yang memerlukan pelajar menyenaraikan satu siri soalan mengenai teks tersebut setelah mendapati teks tersebut berkaitan dengan keperluan tugasnya. Soalan-soalan tersebut menunjukkan keinginan pembaca tentang maklumat yang ingin diperoleh dari bahan tersebut, dan menjadi panduan semasa membaca. Pelajar akan cuba mencari jawapan kepada soalan-soalan tersebut.

Read (baca) Peringkat pelajar membaca bahan atau teks tersebut secara aktif serta mecuba mendapat segala jawapan kepada soalansoalan yang telah disenaraikan sebelum ini. Ketika membaca, pelajar mungkin juga akan menyenaraikan soalan-soalan tambahan, berdasarkan perkembangan kefahaman dan keinginannya sepanjang melakukan pembacaan. Pelajar mungkin juga mempersoal pendapat atau maklumat yang ditemuinya. Recite (imbas kembali) Setelah selesai membaca, pelajar cuba mengingat kembali apa yang telah dibaca dan meneliti segala yang telah diperoleh. Pemilihan maklumat yang sesuai dilakukan dalam konteks tugasannya. Pelajar juga boleh cuba menjawab soalan-soalan yang telah disenaraikan sebelumnya tanpa merujuk kepada nota atau bahan yang telah dibaca.

Review (baca semula) Peringkat terakhir. Pelajar membaca bahagian-bahagian buku atau teks secara berpilih untuk mengesahkan jawapan-jawapan kepada soalan yang telah dibuatnya. Pelajar juga memastikan tiada fakta penting yang tertinggal.

2. KWLH
KWLH adalah singkatan bagi :
K (know) W (want) - apa yang telah diketahui (sebelum membaca) - apa yang hendak diketahui (sebelum membaca)

L (learned) - apa yang telah diketahui (selepas membaca)

H (how)

- bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan yang


berkaitan (untuk membaca seterusnya)

Melalui teknik membaca kritis, pembaca disarankan mengingat dahulu apa yang telah diketahui, membayang atau menentukan apa yang ingin diketahui, melakukan pembacaan (bahan yang telah dipilih), mengetahui apa yang telah diperoleh dari pembacaan yang baru dilakukan dan menentukan apa lagi yang perlu diperoleh (sekiranya perlu membuat pembacaan seterusnya).

Teknik pembacaan akan membolehkan pelajar mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan apa yang dibaca, menentukan apa yang telah diperoleh dari pembacaannya, dan menentukan apa lagi bahan yang perlu dibaca sekiranya ingin mendapat maklumat tambahan.

Dalam konteks pengajaran, pelajar dibiasakan menggunakan borang menggunakan teknik KWLH.

3. RADAR
RADAR adalah singkatan bagi :
R (read) - membaca A (analogize) - menganalogi D (discuss) A (apply) - berbincang - mengaplikasi

R (review/ research) - menyemak/ menyelidik

Teknik Radar direka oleh Martin pada tahun 1983. Teknik ini membolehkan pelajar menghubungkaitkan apa yang diketahui dengan perkara yang baru.

5 langkah RADAR ialah :


R Pelajar dikehendaki membaca petikan serta mendapatkan maklumat yang dikehendaki. Pelajar juga boleh mendapat maklumat daripada teks yang diberi serta membandingkan dengan maklumat lain. Pelajar menerangkan bagaimana konsep, barang, idea, tempat berhubungkait, dan mempunyai persamaan. Pelajar menyenaraikan persamaan yang terdapat pada barang, idea, atau tempat. Guru membantu pelajar membuat perbandingan serta menentukan persamaan yang penting tentang konsep, barang, idea, atau tempat.

Bincang secara mendalam tentang dua perkara yang dibandingkan. A

Membuat penyelidikan lanjutan tentang apa yang dibincangkan atau merumus semula apa yang telah dibincangkan.

RADAR berfungsi untuk mengesan pengetahuan baru dan mengaitkannya dengan pengetahuan yang telah diketahui. Melalui kaedah ini pelajar berpeluang untuk membandingkan konsep yang akan dipelajari dengan pengalaman atau pengetahuan sedia ada pada diri mereka sendiri.

TEATER PEMBACA

Pengenalan :
Teknik yang melibatkan sekumpulan pelajar menghayati dan membaca skrip cerita dengan menggunakan sebutan, nada, dan intonasi yang betul bagi menggambarkan sesuatu cerita yang dipersembahkan.

Namun, seorang pelajar yang akan membaca cerita dengan lancar dan nada serta intonasi yang betul.

Penggunaan suara, sebutan, gerak badan dan mimik muka paling diutamakan bagi membantu pelajar/ penonton memahami dan menghayati cerita tersebut.

Juga melakukan gerak aksi yang sesuai dengan isi atau suasana cerita.

Langkah Pelaksanaan :
1. Memilih cerita yang sesuai dengan kebolehan.

2. Plot diperbanyakkan untuk dibahagi kepada pelakon-pelakon.

3. Pelakon memahami watak supaya dapat membaca dan beraksi mengikut dialog.

4. Pembaca dapat membaca dengan baik, nada dan intonasi yang sesuai.

5. Pelakon berbincang untuk mencari penyelarasan semasa persembahan.

6. Guru membimbing pelakon menjayakan lakonan.

7. Pelakon melakonkan watak mengikut skrip yang dibaca.

8. Pelajar-pelajar lain diberi tugas tertentu.

TEKNIK BERCERITA

Pengenalan :

Teknik Bercerita merupakan salah satu pendekatan yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.

Melalui teknik bercerita latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata dan tatabahasa dapat disampaikan.

Selain itu, penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis dalam kalangan pelajar dapat ditingkatkan.

Perkara yang perlu diberi perhatian dalam melaksanakan teknik bercerita ialah :

Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak, dan kesudahan cerita.

Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku, dan kawalan mata. Suara memainkan peranan yang penting dan harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidak menimbulkan kebosanan.

Tatacara dalam melaksanakan teknik bercerita ialah :


Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan dan minat murid-murid. BBM seperti gambar dan objek sebenar boleh digunakan untuk menguatkan penceritaan. Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa, atau ayat-ayat yang berkaitan dengan bahasa yang hendak disampaikan.

Sesuaikan dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.

Lakukan latihan.

Kaji cerita tersebut dan masukkan aspek-aspek bahasa.

Hafazkan frasa atau ayatayat penting.

Anda mungkin juga menyukai