Anda di halaman 1dari 1

aku

Sudah 4 tahun aku berada di wilayah ini, dalam tempoh itu aku masih tercari-cari diriku yang sebenar. Kemana arah tuju hidupku? Siapa aku selepas ini? Sampaikan kadang-kadang letih untuk memikirkannya. Dalam tempoh 4 tahun itu, aku belajar erti mempercayai daripada sebuah pengkhianatan, aku belajar erti sahabat daripada sebuah pengorbanan dan aku belajar erti kekecewaan daripada sebuah perhubungan. Disebalik semua itu, aku bangkit mencari diriku yang baru. Sehingga kini aku belum menemui diriku yang baru. Diriku yang lama juga telah jauh ditinggalkan. Aku tak tahu dimana diriku sekarang, yang baru atau yang lama. Yang pasti bukan baru dan bukan lama. Pernah selepas suatu kekecewaan, barulah aku mencari Tuhan, Allah. Sememangnya pencarianku hanya seketika, aku kembali dalam keadaan awal. Dalam urusan keluarga, sejak ketiadaan ayahku yang kembali menemui penciptanya. Keluargaku sedikit terumbang-ambing umpama kapal yang kehilangan enjinya. Seketika dipukul ombak dan sekadar bergerak mengikut pukulan ombak laut. Banyak perkara yang sebelum ini dirujuk pada ayahku tidak lagi dapat dilakukan. Kami seolah olah hilang tempat untuk merujuk. Jika pemandu boleh tersesat tanpa panduan arah yang tepat. Kami tersesat tanpa ayah yang kami rujuk suatu ketika dulu. Sesat ini bukan dari segi agama, tetapi sesat ini dari aspek perkara dalam kehidupan.

Anda mungkin juga menyukai