Anda di halaman 1dari 2

Jurnal Minggu 4 Masalah Sepanjang 4 minggu menjalani praktikum, saya berdepan dengan masalah penampilan dan kebersihan diri

murid-murid. Murid-murid tidak menjaga kekemasan dan kebersihan pakaian, dan diri sendiri. Saya dapati, murid-murid tidak mengambil berat dan memandang serius tentang kebersihan dan kekemasan diri. Murid-murid tidak memasukkan baju ke dalam seluar supaya Nampak lebih kemas. Selain itu, murid-murid akan bermain dalam berpakaian sekolah sehingga baju mereka kotor dan berbau. Kebanyakan murid-murid datang pada waktu pagi dengan berpakaian bersih dan kemas, akan tetapi, mereka akan mula berkeadaan kotor dan berbau setelah bermain-main terutama selepas waktu rehat. Perkara ini tidak sepatutnya berlaku kepada seorang murid-murid sekolah. Seharusnya, murid-murid menjaga penampilan diri dari segi kekemasan dan kebersihan diri. Malahan, terdapat murid-murid yang mempunyai bau badan yang busuk. Masalah kebersihan ini bukan sekadar berlaku kepada murid Tahap 1, malah melibatkan murid Tahap 2. Sebagai seorang guru, perkara ini membimbangkan kerana ianya melibatkan imej sekolah dan guru-guru. Sekiranya pihak luar datang ke sekolah dan mendapati murid-murid tidak berpakaian kemas dan kotor, mereka akan menyalahkan guru-guru dan pihak sekolah. Ini akan memberikan malu dan merosakkan imej guru dan sekolah.saya menyifatkan keadaan ini dalam fasa membimbangkan dan perlu diatasi segera. Selain itu, proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan baik dan lancar sekiranya murid-murid berkeadaan bersih dan kemas. Analisis masalah Dalam sesuatu kehidupan manusia, kebersihan diri merupakan salah satu unsur yang penting. Menjaga kebersihan adalah amalan terpenting dalam kehidupan seharian kerana kebersihan tonggak kehidupan yang selesa dan harmoni. Kebersihan menggambarkan perwatakan dan keperibadian seseorang individu di mata masyarakat. Kebersihan perlu diambil berat dan diamalkan sejak masih kecil lagi. Murid-murid sepatutnya menjadikan penampilan yang kemas dan menjaga kebersihan sebagai satu budaya hidup seharian terutama ketika berada di sekolah. Ini kerana, sekolah merupakan tempat murid-murid menimba ilmu pengetahuan. Sekiranya suasana dan diri tidak bersih dan kemas akan menyebabkan proses pembelajaran terganggu seterusnya mengganggu tumpuan dan perhatian murid-murid menimba ilmu pengetahuan. Menurut Islam: Islam menganjurkan umatnya sentiasa mengamalkan kebersihan mencakupi kebersihan diri, keluarga, tempat tinggal dan tempat beribadat kerana suasana bersih dan suci membawa kepada persekitaran sihat, selamat dan impak kesejahteraan kepada umum. Sementara itu, seperti yang kita semua sedia maklum, agama Islam menitikberatkan soal kebersihan. Menurut Sabda Rasulullah SAW: Kebersihan merupakan sebahagian daripada iman Kita harus sedar bahawa menjaga kebersihan dapat menghindarkan diri dari terkena jangkitan penyakit. Maka, kita bertanggungjawab menjaga kebersihan dan kekemasan diri. juga

Cadangan Dalam mengatasi masalah kebersihan dan kekemasan diri murid-murid, ianya menjadi tanggungjawab semua pihak di sekolah. Murid-murid bertanggungjawab terhadap diri sendiri, guru pula bertanggungjawab menegur dan menunjukkan contoh teladan yang baik kepada murid-murid. Pihak sekolah pula bertanggungjawab seperti mengadakan kempen kebersihan dan menguatkuasakan peraturan kebersihan dan kekemasan diri murid-murid. Guru-guru merupakan individu yang paling penting dalam memastikan murid-murid menjaga kebersihan dan kekemasan diri. Guru tidak seharusnya membiarkan perkara ini berlaku kerana ianya melibatkan imej guru. Guru perlu sentiasa menegur dan tegas terhadap kebersihan murid-murid. Teguran secara terus merupakan cara yang terbaik untuk mengatasi masalah ini. Sekiranya terdapat murid-murid yang kemas dan bersih dalam penampilan diri, guru perlu memberi pujian kepada murid tersebut dan menjadikan contoh kepada murid-murid lain. Selain itu, penampilan guru juga harus dijaga kerana murid-murid menganggap guru merupakan contoh yang terbaik kepada mereka. Sekiranya guru tidak menjaga kekemasan dan kebersihan akan memberi kesan kepada murid-murid. Murid-murid akan beranggapan kenapa mereka mesti menjaga kekemasan dan kebersihan diri sekiranya guru tidak melakukan sedemikian. Tempoh penyelesaian 10/04/2011 hingga 14/04/2011 iaitu selama 5 hari. Tindakan susulan Guru seharusnya memberi nasihat dan teguran secara berterusan. Ini kerana, menjadi tanggungjawab guru-guru untuk menegur murid-murid dan mengatasi masalah ini supaya tidak berlarutan. Ketika proses P&P, guru-guru mengingatkan dan menegur murid tentang menjaga kebersihan. Teguran tidak terhad di dalam kelas sahaja, tetapi boleh dilakukan di mana-mana sahaja sekiranya bertemu murid-murid yang tidak berpakaian kemas dan kotor. Catatan Dalam memastikan kehidupan selesa dan harmoni, kebersihan diri seharusnya diambil berat terutama kepada murid-murid yang sedang menimba ilmu pengetahuan. Murid-murid perlu berada dalam keadaan bersih dan kemas supaya proses P&P berjalan dengan berkesan. Selain itu, guru-guru semestinya menunjukkan contoh teladan kepada murid-murid kerana guru merupakan contoh ikutan terbaik untuk murid-murid. Kebersihan melambangkan keperibadian murid-murid, guru dan imej sekolah.

Anda mungkin juga menyukai