Anda di halaman 1dari 3

SULIT MANUSIA/JAN 08

P4123-PENGURUSAN SUMBER

ARAHAN : Jawab SEMUA soalan. SOALAN 1 a) Apakah yang dimaksudkan dengan pengurusan sumber manusia? (5 markah)

b) Pengurusan sumber manusia yang terurus dan proaktif akan melakukan pelbagai

fungsi. Terangkan LIMA (5) fungsi pengurusan sumber manusia tersebut. (20 markah)

SOALAN 2 Salah satu cara untuk mendapatkan calon pekerja yang berkelayakan adalah dengan menggunakan sumber dalaman organisasi. a) Apakah yang dimaksudkan dengan sumber dalaman organisasi ? ( 2 markah ) b) Bincangkan TIGA [3] kaedah utama yang boleh digunakan oleh pengurus sumber manusia untuk mengambil calon pekerja daripada sumber dalaman organisasi ? ( 9 markah ) c) Senaraikan EMPAT [4] kebaikan dan EMPAT [4] kelemahan pengambilan pekerja daripada dalam organisasi. ( 8 markah )

SULIT MANUSIA/JAN 08

P4123-PENGURUSAN SUMBER

d) Jelaskan DUA [2] bentuk isu dan cabaran yang dihadapi oleh seseorang pengurus sumber manusia dalam proses pengambilan pekerja. ( 6 markah ) SOALAN 3 a) Tujuan utama sistem penilaian prestasi adalah untuk memperbaiki prestasi pekerja. Selain dari itu, penilaian yang berkesan dapat digunakan untuk membuat keputusan pengurusan. Terangkan LIMA (5) ciri penilaian prestasi yang berkesan. (10 markah) b) Pendekatan yang paling ideal untuk penilaian prestasi adalah dengan menggunakan pelbagai sumber penilai. Cara ini dapat memberikan gambaran yang lebih menyeluruh tentang prestasi pekerja. Huraikan TIGA (3) daripada sumber penilaian prestasi. (9 markah) c) Nyata dan terangkan secara ringkas TIGA (3) jenis kesilapan yang mungkin wujud dalam proses penilaian prestasi. (6 markah)

SULIT MANUSIA/JAN 08

P4123-PENGURUSAN SUMBER

SOALAN 4 a) Apakah yang dimaksudkan dengan tawar-menawar kolektif menurut Akta Perhubungan Perindustrian 1967. Terangkan secara ringkas tahap-tahap dalam suatu proses tawar-menawar kolektif. (16 markah) b) Kadangkala, pihak kesatuan sekerja percaya bahawa tindakan langsung yang lebih agresif perlu diambil untuk mendesak pihak majikan supaya menerima tuntutannya. Bincangkan secara ringkas tindakan-tindakan agresif yang boleh diambil oleh kesatuan sekerja apabila mengalami kebuntuan dalam perundingan dengan majikan. (9 markah)

Anda mungkin juga menyukai