Anda di halaman 1dari 23

IPG Kampus Sultan Abdul Halim, Jalan Kuala Ketil, 08000 Sungai Petani, Kedah

Kertas kerja

Karnival Permainan Tradisional 2013

"Permainan Tradisional Identiti Bangsa"

TEMPAT : Padang dan Astaka Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim

TARIKH : 10 FEBRUARI 2013 - 11 FEBRUARI 2013

ANJURAN BERSAMA: Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, IPG Kampus Sultan Abdul Halim .

1.0 Pengenalan

Penganjuran Karnival permainan tradisional merupakan salah satu tugasan yang perlu dilaksanakan bagi memenuhi keperluan sukatan PJM3112 iaitu Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani. Pendedahan awal mengenai kepentingan pengurusan pertandingan sukan membantu guru pelatih merancang sebuah pertandingan sukan yang baik dan lebih bersistematik.

Permainan Tradisional merupakan warisan bangsa yang tidak ternilai. Sudah menjadi tanggungjawab kita memelihara warisan yang menjadi identiti kita. Malah permainan tradisional ini mencakupi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mementingkan keseimbangan individu dari segi jasmani, rohani, emosi, intelek dan sosial. Permainan tradisional merupakan salah satu cara bagi rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat kerana mengunakan kemahiran asas antaranya pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor serta manipulasi alatan. Antara contoh permainan tradisional ialah ketingting, galah panjang, batu seremban serta lain-lain. Diharap penganjuran permainan tradisional ini akan memberi pengetahuan serta kesedaran terhadap genarasi muda mengenai kewujudan permainan tradisional sekaligus memelihara warisan ini dari terus pupus.

2.0 Rasional

2.1 Memenuhi keperluan pro forma PJM 3112 iaitu Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani bagi amali pelaksanaan karnival permainan tradisional. 2.2 Memberi pendedahan awal kepada guru pelatih mengenai prosedur menguruskan pertandingan sukan dengan betul. 2.3 Penganjuran Karnival Permainan Tradisional merupakan salah satu cara untuk

memelihara permainan tradisional dari terus pupus. 2.4 Memupukkan perasaan cinta dan bangga terhadap permainan tradisional di kalangan generasi muda. 2.5 Merupakan satu alternatif sebagai permainan sosial yang mengeratkan perpaduan antara kaum di Malaysia. 2.6 Menarik minat generasi muda terutama murid sekolah untuk mengamalkan gaya hidup sihat.

3.0 Objektif

3.1 Guru pelatih dapat mengenali jenis-jenis permainan tradisional serta peraturannya. 3.2 Guru pelatih dapat mengorganisasikan sesuatu pertandingan dengan baik dan sistematik. 3.3 Guru pelatih dapat mengetahui prosedur penganjuran sesuatu pertandingan dari penyediaan kertas kerja sehinggalah ke peringkat pengelolaan pertandingan. 3.4 Guru pelatih dapat mengelolakan pertandingan sukan dengan mengaplikasikan teori pentadbiran sukan yang dipelajari melalui PJM 3112. 3.5 Meningkatkan kemahiran interpersonal guru pelatih dengan pihak-pihak tertentu dalam situasi yang pelbagai semasa mengelola penganjuran Karnival Permainan Tradisional. 3.6 Guru pelatih dapat melaksanakan tugas organisasi dalam satu pasukan dengan semangat kesukanan yang jitu. 3.7 Melaksanakan aktiviti kemasyarakatan dengan memelihara warisan bangsa di samping mengeratkan silaturahim sesama guru pelatih.

4.0 BUTIRAN PROGRAM

4.1 NAMA PROGRAM Karnival Permainan Tradisional 2013 4.2 TARIKH 10 Februari 2013 - 11 Februari 2013 4.3 MASA 8.00 pg - 12.00 tgh 4.4 TEMPAT Padang dan Astaka, Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim 4.5 PENYERTAAN Pengelola Peserta . 4.6 ANJURAN Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, IPG Kampus Sultan Abdul Halim : PISMP Semester 5, (5A,5B,5C,5D,5E,5F,5K) : Semua guru pelatih semester 5 (Ambilan JAN 2011)

5.0 AHLI JAWATANKUASA PERLAKSANA

PENGERUSI

: Muhammad Hamizan B.Mohd Hatta

NAIB PENGERUSI

: Nor Atiqah bt nor Azizan

SETIAUSAHA

: Saranya a/p Selvadorai

TIMBALAN SETIAUSAHA

: Jegadeswaran a/l Subramaniam

BENDAHARI

: Yip Fuh How

NAIB BENDAHARI

: Mohd Azhari B Adnan

PENGURUS TEKNIK

: Muhammad Zikri B Yussof

PENOLONG PENGURUS TEKNIK : Soo Yong Seng

ALATAN SUKAN

: Mohammad Faisal Bin Karim : Gopala Rao a/plSimanchalam : Ang Chia Wen : Mohammad Syuhail Azmin Bin Omar

SIARAYA

: Khairil Izzudin B Zaini : Yusra Asyraff Bin Yusoff

DOKUMENTASI

: Muhammad Nadjmi B Musa : Ahmad As Sauqay Bin Mohamad : Mohamed Alafiq Bin Ismail

PUBLISITI/ HEBAAN

: Jenny Wong Siew Yieng : Ong Ai Ying

KEPEGAWAIAN : PENGADIL : Izam bin A.Bakar

PENOLONG PENGADIL

: Toh Yong Chun

PENGURUS PENYELIA PESERTA

: Muhd Khairul Fahmie B.Abdul Hamid

PENOLONG PENGURUS PENYELIA PESERTA : Shin Shu Ting

KETUA PERTANDINGAN : Sabran Solihin Bin Mohd Safian

PENOLONG KETUA PERTANDINGAN: Darmaraj a/l Sakaria

AJK PERMAINAN

Chong Swee Hoon Parames a/p Mariappan Ooi Swee Qin Ruttini a/p Vellu Karthikesan a/l Sandasewan Sanjay a/l Sathyanathan Gaanesh a/l Ambalagan Sarojini a/p Appalasamy Choo Jia Hui Sasireka a/p Murugiah Krishnamoorthi a/l Armugham

Gumaranathan a/l Sivapragasam PENGURUS STATISTIK : Nur Hikmahana Bt Fauzi

PENOLONG PENGURUS STATISTIK : Nurul Nadia Fauzi

AHLI JAWATANKUASA PROTOKOL MAJLIS:

BUKU PROGRAM

: Noor Hidayah Binti Hassan : Nor Amaliena Binti Mohd Faudzi

CENDERAHATI

: Marina Misa Bt Muhsin : Ng Jie Ying

PENYAMBUT TETAMU

: Nur Hazira Bt Osman : Suhaiza Bt Mohamed Ghani : Naziatul Hawa Bt Abdul Halim : Ruziatul Izni Bt Abdul Hamid

PENGERUSI MAJLIS

: Mohd Zamri B Johari

AJK KESELAMATAN/ KECEMASAN

: Mohanasundari a/p Muniandy : Chai Yee Kar : Ong Ngan Looi

AJK MAKANAN

: Chan Siew Yen : Ong Zhee Chei : Yeema a/p Moghan : Jayanthi a/p Ammathilinggam : Nur Amalia Auni Bt Redzuan

6.0 SENARAI TUGAS DAN SPESIFIKASI JAWATANKUASA JAWATAN Pengurus Penolong Pengurus Setiausaha Penolong Setiausaha Jawatankuasa Istiadat Perasmian, Penutup dan sambutan. TUGAS Ketua pengurusan program Mempengerusikan mesyuarat Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan Menjadi rujukan setiap ahli jawatankuasa program Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh penasihat dari semasa ke semasa. Memantau dan menyelaras tugas-tugas ahli. Membantu pengurus dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberi. Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengurus. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pensyarah penasihat dan pengurus dari masa ke semasa. Menyediakan kertas kerja program Menguruskan hal-hal surat menyurat. Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-kegiatan. Mencatat kehadiran ahli semasa mesyuarat diadakan. Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan program. Menyediakan laporan akhir program. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pensyarah penasihat dan pengurus dari masa ke semasa. Membantu setiausaha dalam menjalankan tugas yang diberi. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pensyarah penasihat dan setiausaha dari masa ke semasa. Bertanggungjawab ke atas semua hal kewangan program. Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya. Menyediakan laporan Penyata Kira-Kira program. Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pensyarah penasihat dari masa ke semasa. Merancang, mengatur dan menjalankan perbarisan lintas hormat. Mengadakan pasukan-pasukan pancaragam, kompang bunga manggar, silat untuk istiadat sambutan.

Bendahari

Jawatankuasa Teknik dan Petandingan -

Menentukan kedudukan ahli-ahli sambutan.

jawatankuasa semasa istiadat

Menyediakan dan menyematkan rozet. Menentukan kedudukan pasukan-pasukan di tempat permulaan perbarisan, di padang dan di astaka. Menentukan pasukan-pasukan mempunyai bendera, papan nama dan pakaian kemas serta berdisplin. Menyusun aturcara istiadat perasmian. Mengadakan raptai Menyediakan juruacara perasmian. Menempah / meminjam stadium. Memeriksa dan menentukan keadaan gelanggang dan kawasan permainan yang sesuai untuk digunakan. Menyediakan alat-alat sukan, alat-alat untuk hakim dan lain-lain pegawai sukan. Menyediakan pembantu-pembantu yang cukup dan menentukan tugas serta mengawal displin mereka. Menyediakan minuman dan makanan sekiranya perlu.

Menjemput dan mengatur jadual bertugas untuk pegawai-pegawai sukan dan mengadakan taklimat untuk mereka. Mengatur acara-acara sukan yang dipertandingkan dan mempastikan ianya berjalan secara lancer.. Mengembalikan peralatan sukan tradisional dalam keadaan yang selamat. Menguruskan secret-borang penyertaaan dan lain-lain secret untuk pegawai. Menguruskan secretariat dan menyediakan juruacara pertandingan. Menyediakan dan memasang bendera-bendera hiasan, bendera negeri dan Malaysia, kain bunga raya.

Jawatankuasa keselamatan dan keceriaan

Menyediakan pasu-pasu bunga dan meletakkan di tempat-tempat yang sesuai. Menguruskan penyiramnya.

Memastikan kebersihan astaka, arena pertandingan / gelanggang

bilik-bilik semasa dan selepas pertandingan. Menyediakan bakul-bakul sampah, penyampu, berus dan kain pengelap. Menyediakan tugas jadual bertugas pembantu-pembantu serta memastikan ianya dijalankan. Mengemas digunakan. Jawatankuasa Sijil, Hadiah dan Cenderahati Jawatankuasa Peralatan Menjaga keselamatan peserta sepanjang perjalanan program. Menjaga kebajikan para peserta program. Menyediakan kotak kecemasan. Memberi pertolongan cemas kepada peserta yang cedera. Mencari contoh-contoh hadiah/cenderahati dan harganya sesuai untuk acara pertandingan. Menempah secukupnya selepas dipersetujui. Menyemak secukupnya selepas dipersetujui. Menyemak bekalannya dalam keadaan baik bilangan. Menyusun mengikut giliran penyampaiannya. Membawa semua hadiah dan cenderhati ke tempat penyampaian. Memastikan ada meja, alas meja, dulang dan lain-lain alat diperlukan. Mengiringi penyampai hadiah. Menjalankan upacara penyampaian hadiah / cenderhati selaras dengan bahagian pertandingan dan juruacara. Menempah , Menaip dan mengedarkan sijil-sijil penyertaan dan penghargaan. Mendapatkan senarai peralatan yang diperlukan dari pengerusipengerusi jawatankuasa kecil. Mendapatkan /meminjam peralatan tersebut dari pihak-pihak tertentu. dan mencukupi semula dan memulangkan alat perhiasan yang

Mendapatkan bantuan kenderaan dari pihak IPGKPM atau lain-lain punca sekiranya terpaksa. Memastikan peralatan diangkut dan diserahkan di tempat-tempat yang memerlukannya dalam masa yang ditetapkan dalam keadaan yang baik.

Jawatankuasa Dokumentasi dan Tugas-tugas Khas

Mengemas / memulangkan peralatan tersebut selepas

selesai

pertandingan. - Menyediakan Jadual Tugas mencatat / melapor setiap aktiviti yang dijalankan. - Menyediakan dan melengkapkan borang penilaian aktiviti semasa Karnival - Mengumpul semua catatan / laporan untuk didokumentasikan. - Menyediakan filem yang mencukupi untuk rakaman gambar dan slaid dan bertanggungjawab mencuci filem-filem tersebut untuk tujuan dokumentasi. - Mengumpul dan menyediakan dokumentasi Karnival. - Menyediakan Juri Rayuan. - Menghubungi saksi-saksi berkenaan apabila diperlukan. - Menjalankan tugas seperti diminta oleh pegawai misalnya dalam hal protokol dan cenderamata.

7.0 Anggaran belanjawan Karnival Permainan Tradisional Bil 1. Perkara Makan Pagi 84 guru pelatih sem 5 Kuantiti/Jumlah Harga Catatan

RM3.00X84 orang

RM 252.00

Ditanggung guru pelatih

2.

Hadiah (Hamper)-Kategori Berpasukan

Johan

RM30.00X6 acara

RM180.00 Stor Pusat

3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. 11. 12. 13. 14. 15.

Naib Johan Sijil Penghargaan Sijil penyertaan Biskut(chips more, coklat wafer, dll) Air mineral (150 ml) Catridge HP 21 & 22 Belon pelbagai warna Reben plastik 1 inci (pelbagai warna) Paku besi panjang(2.5 inci) Roti Kertas bunga(sampul hadiah) Kertas A4 putih Kertas A4 warna (pelbagai warna) Whiteboard marker

RM30.00X6 acara 60 keping 84 keping 2 tin 6 karton 2 unit 2 paket 5 gulung 1 kotak 110 biji 10 helai 1 rim 1 rim 1 kotak biru 1 kotak merah

RM180.00 RM20.00 RM144.00 RM100.00 RM50.00 RM25.00 RM10.00 RM77.00 RM10.00 RM10.00 RM10.00

Stor pusat Stor pusat

Ditanggung pelajar

RM30.00 RM50.00 RM10.00 RM10.00 RM100.00 Ditanggung pelajar Stor Pusat Stor pusat

16. 17. 18. 19. 20.

Masking tape(1.5 inci) Gelang getah Tali rafia Banner Bendera I. II. Malaysia Melaka

1 kotak hitam 10 gulung (besar) 4 bungkus 2 gulung(besar) 1 keping 1 1 2 bungkus 1 unit 7 keping 1 unit 6 buah 45 buah 61 keping 1 buah

21. 22. 23. 24. 25. 26. 27 28. 29.

Plastik hitam sampah(tebal) Bendera hiasan Plak IPG Beg kertas IPG Cenderahati Perasmi Cenderahati untuk guru pengiring Buku Nota Logo IPG Tali name tag dan plastik nama Khemah (Makanan murid secara

RM10.00 -

Ditanggung pelajar Stor pusat Stor pusat Stor pusat Stor Pusat Stor pusat Stor Pusat Stor Pusat Stor Pusat

buffet)

Jumlah perbelanjaan:RM1575.00

8.0 Aturcara Majlis

Masa

Acara

Semua guru pelatih sem 5 berkumpul di padang IPG KSAH. 8.00 pagi 2.15 petang Ketibaan Pengarah IPG Kampus Perempuan Melayu Ketibaan Guru besar SK (P) Durian Daun, Melaka

2.30 petang

Perasmian Pembukaan Karnival Bacaan doa Ucapan Pengarah Ucapan perasmian - Acara simbolik perasmian - Penyampaian cenderamata kepada perasmi - Jamuan VIP

3. 00 petang

Acara Pertandingan Permainan Tradisional Bermula Murid SK (P) Durian Daun / peserta Congkak Galah panjang Ketinting Batu seremban Dam Aji Lompat Getah Boling Kelapa

5.00 petang Penyampaian Hadiah Majlis penutupan 6.00 petang Bersurai

9.0 Jenis Permainan Tradisional

'Indoor' Congkak Batu Seremban Ketingting Dam aji Galah panjang Boling kelapa

'Outdoor'

10.0 BIL 1 .

Peraturan Permainan Tradisional NAMA PERMAINAN Congkak PERATURAN/ CARA BERMAIN Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masingmasing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan. Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan. Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati. Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada dipihaknya, maka

2 . Galah Panjang

giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan. Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap 'terbakar'. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua dan ketiga. Permainan diteruskan dengan papan kedua. Pemain yang menang dua papan diikira pemenang. Sekiranya seri, permainan diteruskan dengan papan yang kertga sebagai penentuan PENENTUAN KEMENANGAN Menang tapak (pihak lawan telah tiada buah) di tiap papan. Menang dua papan. Sekiranya seri diteruskan dengan papan yang ketiga sebagai permainan penentuan.

Kemengan diberikan kepada pemain yang menang dua papan daripada tiga. 1. Setiap pemain pertahanan hanya menjaga garisan masing-masing. 2. Apabila salah seorang pemain penyerang dapat disentuh semasa menyeberangi garisan, pasukannya dikira mati. Pemain yang berjaya melepasi garisan penamat akan menyebut perkataan Jeylon! sebagai tanda berjaya. Mata dikira berdasarkan jumlah pusingan yang dimenangi. Pemain dikira mati jika memijak garisan. Pemain akan mati jika buah tidak masuk ke petak sasaran Pemain akan mati jika membaling buah bukan di tapak permulaan. Pemain tidak boleh memijaknpetak rumah orang lain. Sebaliknya terus melangkaui petak tersebut. Cara bagi markah Mata dikira mengikut petak. (1 petak mewakili mata). 1. Untuk set pertama, mata akan dikira selepas orang pertama dapat menamatkan 1 pusingan 2. Untuk set kedua dan ketiga, mata akan dikira sebaik sahaja pemain mati. 3. Setiap peserta mempunyai 1 buah yang sama saiz. Namun dibezakan mengikut warna iaitu

3 . Ketingting

merah, biru, hijau dan kuning. 4. Setiap set permainan diberikan masa 10 minit untuk setiap pemain. Undi pemain untuk mendapatkan giliran. Set pertama Buah dicampak ke dalam petak pertama oleh pemain pertama. Dengan menggunakan kaki sebelah, pemain tersebut hendaklah melompat terus ke petak 2 dan 3. Lompat ke petak 4 dan 5 dengan kedua belah kaki serentak. Terus ke petak 6 dengan sebelah kaki. Lompat ke petak 7 dan 8 juga dengan kedua belah kaki serentak. Patah balik dengan memusingkan badan ke arah permulaan tadi. Lompat ke petak 6 dengan sebelah kaki dan ke petak 4 dan 5 dengan kedua belah kaki serentak. Teruskan lompatan ke petak 3 dan 2 dengan sebelah kaki. Ambil buah yang berada di petak 1. Terus lompat ke petak 1 dan ke tapak permulaan. Teruskan balingan oleh pemain pertama sehingga mati. Kemudian, pemain kedua dan seterusnya pula bermain. Permainan akan tamat sebaik sahaja orang pertama dapat menghabiskan 1 pusingan. Set kedua Pemain pertama hendaklah melompat ke petak 1 sambil memegang buah. Kemudian, lambung buah ke belakang tapak tangan dan teruskan lompatan ke petak yang seterusnya sambil buah di belakang tapak tangan. Apabila sudah tiba di petak 1 semula, lambung dan sambut buah dan terus ke tapak permulaan. Teruskan melompat ke petak ke 2 dengan cara yang sama. Jika pemain tidak dapat menyambut buah lambungan, dia dikira mati dan pemain kedua dan seterusnya pula bermain sehingga ke pemain terakhir. Set ketiga Pemain pertama hendaklah melompat ke petak 1 dan meletakkan buah di atas kepala. Kemudian, lompat ke petak yang seterusnya sambil

buah dijunjung di atas kepala. Apabila sudah tiba di petak 1 semula, jatuhkan buah dari kepala dan sambut dengan sebelah tapak tangan di bawah aras pinggang. Pemain tidak boleh membongkokkan badan. Teruskan lompatan ke petak ke 2 dengan cara yang sama. Jika pemain tidak dapat menyambut buah, dia dikira mati dan pemain kedua dan seterusnya pula bermain sehingga ke pemain terakhir. Pemain perlu menimbang buah dalam setiap kumpulan sebelum memulakan permainan bagi menentukan giliran pemain. Terdapat 5 peringkat dalam permainan batu seremban. Pemain juga perlu menimbang buah bagi setiap peringkat. Pemain hendaklah menyambut buah sebelum jatuh ke lantai. Semasa bermain pada setiap peringkat, pemain akan dikira, jika : Tangan tersentuh buah seremban. Buah seremban bersentuhan antara satu sama lain. Tidak dapat menyambut buah seremban. Tidak dapat menimbang sebarang buah seremban untuk ke peringkat seterusnya. Menentukan Giliran Menimbang buah : Meletakkan kesemua buah di atas tapak tangan. Lambungkan ke udara. Menyambut buah dengan cara mencangkuk. Jumlah buah yang disambut itu sebagai penentu giliran dalam permainan. Cara Bermain : Terdapat 5 peringkat : Buah Satu Buah Dua Buah Tiga Buah Empat BuahLima Buah Satu Taburkan semua buah ke atas lantai. Buah dalam keadaan tidak bersentuhan antara satu sama lain Sebiji buah dijadikan ibu, dan dilambungkan ke udara.

4 .

Batu seremban

Semasa buah ibu masih berada di udara, sebiji lagi buah hendaklah dikutip. Dalam masa yang sama pemain hendaklah menyambut buah ibu sekali. Apabila telah disambut sebiji buah hendaklah digenggam di dalam tangan sebelah. Perlakuan begini dibuat berterusan sehingga kesemua buah di atas lantai itu habis dilambung dan disambut. Buah Dua Cara buah dua dimainkan serupa seperti buah satu. Tetapi, buah yang dikutip mestilah dengan dua biji serentak. Ini bermakna hanya dua kali lambungan buah ibu dilakukan. Buah Tiga Langkah pertama, mengutip sebiji buah dahulu. Pada lambungan kali kedua pemain dikehendaki mengutip tiga biji buah serentak. Buah Empat Pemain mengutip kesemua empat biji buah di atas lantai dan dalam masa yang sama hendaklah menyambut buah ibu yang telah dilambungkan. Buah Lima Di peringkat ini urutan dari memainkan buah empat, sementara di dalam tangan tergenggam lima biji buah, sebiji dari buah hendaklah dilambungkan dan empat biji buah baki hendaklah diletakkan di atas lantai pula serta menyambut buah ibu sahaja. Mati Permainan Sekiranya ibu tidak dapat disambut atau semasa mengutip buah di atas lantai tangan mengenai biji buah yang lain atau tidak dapat mengutip buah sehingga ibu jatuh atau semasa menimbang buah dan pemain tidak dapat walau sebiji buah ianya dikira mati (permainan di tamatkan) dan permainan akan diserahkan kepada pemain seterusnya.

5 .

Dam Aji

Giliran Mengikut persetujuan pemain, mana-mana pihak boleh bermula dahulu. Setelah pemain pertama menggerakkan satu buah, giliran pemain kedua pula.

Begitulah seterusnya sehingga permainan tamat. Cara bergerak

Setiap buah dam cuma boleh bergerak satu petak secara pepenjuru, sama ada ke kiri atau ke kanan, sekiranya petak tersebut masih kosong. Haji (buah dam yang telah sampai ke hujung papan sebelah lawan) bergerak dengan cara yang sama, tetapi boleh pergi seberapa banyak petak yang dikehendaki. Cara makan Buah biasa Sekiranya di pepenjuru kanan/kiri hadapan suatu buah sendiri ada buah lawan, dan di belakangnya kosong, maka buah lawan tersebut boleh dimakan (ditangkap dan dikeluarkan dari permainan) dengan melompat buah lawan tersebut. Ertinya, buah sendiri diletakkan di petak kosong di belakang buah lawan, kemudian buah lawan dikeluarkan dari permainan. Sekiranya selepas makan kali pertama, situasi yang sama berulang lagi, maka pemain berhak memakan lagi. Ertinya, seseorang pemain boleh memakan beberapa buah lawan dalam satu giliran. Perlu diingatkan bahawa buah dam biasa cuma boleh bergerak, dan oleh itu makan, ke hadapan. Buah haji Cara makan buah haji sama dengan buah biasa. Bezanya, bauh haji boleh bergerak banyak langkah, dan oleh itu boleh makan buah lawan yang jauh. Buah haji juga boleh makan ke belakang kerana ia boleh bergerak ke belakang. Peraturan makan

Sekiranya ada peluang memakan buah lawan, pemain diwajibkan melakukannya. Kegagalan untuk memakan buah lawan akan menyebabkan phak lawan berhak mengambil buah pemain yang gagal memakan dan mengeluarkannya dari permainan. Sekiranya terdapat pilihan untuk memakan buah lawan, pemain boleh memilih untuk memakan manamana buah yang dikehendakinya.

Sekiranya ada dua buah atau lebih untuk dimakan, pemain boleh memilih untuk makan seberapa banyak buah yang diingininya. Tamat Permainan dam tamat apabila

Seorang pemain kehilangan semua buah damnya. Dia dikira kalah. Seorang pemain tidak dapat menggerakkan buahnya kerana disekat. Dia dikira kalah. Seorang pemain menyerah kalah. Kedua-dua pemain bersetuju untuk seri, biasanya kerana kedua-dua pemain mepunyai buah haji yang tidak dapat dimakan atau disekat. KESALAHAN : 1. Mengarah pihak lawan jalan. 2. Dikira tiga kali sentuhan tidak jalan. 3. Berfikir lebih dari sepuluh saat. 4. Dikira tiga kali tir jalan undur sebelum Aji. 5. Tir kembali ke tapak yang sama tiga kali berturutturut. PENENTUAN KEMENANGAN : 1. Pihak lawan lumpuh langkah iaitu tiada lagi tir di papan. 2. Pihak lawan membuat tiga kali kesalahan, atau dibuang gelanggang. 6 . Lompat Getah A) CARA MENENTUKAN GILIRAN 1) Bagi menentukan giliran, kebiasaannya kaedah lai lai li tam plom akan digunakan, diikuti oleh ow som (jika tiga pemain sahaja). Jika ramai pemain, "ibu" kedua-dua pasukan perlulah ow som. B) CARA BERMAIN 1) Getah akan dipegang oleh 2 orang wakil penganjur yang mempunyai ketinggian dalam julat 155 cm hingga 157 cm. 2) "Ibu" memulakan permainan, diikuti "anak-anak". Jika "anak" melanggar giliran, kesemua ahli pasukan termasuk "ibu" akan mati dan pasukan lawan pula yang akan bermain.

3) Pada awal permainan, getah dipegang tegang pada paras tapak kaki. Semua yang melompat ketika ini perlu menyebut "zero point". Pemain tidak boleh menyentuh tali. Jika tidak, pemain itu akan mati. 4) Kemudian, getah dipegang pada paras lutut. Pemain perlu melompat tanpa mengenai getah. 5) Paras berikutnya ialah paras paha. Namun, paras ini boleh ditinggalkan dengan persetujuan kedua-dua pasukan. Lompatan tidak boleh mengenai getah. 6) Paras pinggang. Pemain boleh melompat dengan menyentuh getah. 7) Paras dada. 8) Paras telinga. (orang yang memegang getah perlu berwaspada demi keselamatan mata dan muka andai kata getah di hujung yang satu lagi terlucut daripada pegangan). 9) Paras kepala. Dibenarkan untuk menggunakan teknik tepis. 10) Paras sejengkal dari atas kepala. Boleh dikecualikan dengan persetujuan kedua-dua pasukan. Dibenarkan untuk menggunakan teknik tepis C) CARA MATI 1) Peserta tidak dapat melompat getah pada manamana paras. KESALAHAN : 6. Tidak mengikut giliran. PENENTUAN KEMENANGAN : 3. Peserta yang dapat melepasi getah pada aras yang paling tinggi di kira pemenang. 4. Walau bagaimanapun, jika terdapat kumpulan yang seri pemenang ditentukan melalui timbangan iaitu peserta yang dapat melompat sebelah kaki peserta sambil membelit getah pada kaki tersebut sebanyak 20 kali.

11.0 Pertandingan

Penyertaan pertandingan Karnival Permainan Tradisional melibatkan semua guru pelatih PISMP semester 5 (ambilan JAN 2011). Pertandingan ini menggunakan sistem pertandingan kalah mati bagi setiap permainan. Markah tertinggi yang berjaya dipungut akan dikira sebagai pemenang.

12.0

Penutup

Adalah diharapkan Karnival Permainan Tradisional ini dapat dijalankan dengan lancar dan teratur mengikut perancangan. Semoga perlaksanaan karnival ini akan terus berjaya melahirkan pelajar yang aktif dan bertanggugjawab serta komited terhadap tugas. Jawatankuasa kerja juga menaruh harapan dan keyakinan yang tinggi terhadap kerjasama dan komitmen semua ahli jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan Karnival Permainan Tradisional ini. Kami Jawatankuasa kerja amat berharap mendapat sokongan dan bimbingan sewajarnya untuk melahirkan pelajar PISMP selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Guru dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh yang demikian, adalah diharapkan program ini mendapat kelulusan dan sokongan penuh daripada pihak pengurusan Institut Perguruan Kampus Sultan Abdul Halim, Kedah.

Anda mungkin juga menyukai