Anda di halaman 1dari 4

Pantun Keluarga Penyayang

Kasih saying kasih bertaut


Harum sejati mawar memekar
Siang bergaduh malam bertengkar
Kerana kasih masih bertaut

Terbang tekukur tinggi di awan


Hinggap sihelang dipokok delima
Tolak ansur jadikan amalan
Kasih dan sayang di jalin bersama

Merbuk menyepi didalam sangkar


Cantik menawan dipandang sekilas
Siang bergaduh malam bertengkar
Mengapa anak masih berbelas

Pergi ke taman berhati senang


Tersadung batu tiada di elak
Bercinta berkasih lautan direnang
Akad dijalin mengapa di talak

Puisi balada sungguh menyayat


Menjadi bualan para tetamu
Disayangi keluarga sepanjang hayat
Leraikah kasih tidakkah jemu

Pantun Budi

Dari Daik pulang ke Daik


Sehari-hari berkebun pisang
Budi baik dibalas baik
Dalam hati dikenang orang

Tanam lenggun tumbuh kelapa


Terbit bunga pucuk mati
Budi tuan saya tak lupa
Sudah terpaku di dalam hati

Tenang-tenang air laut


Sampan kolek mudik ke tanjung
Hati terkenang mulut menyebut
Budi baik rasa nak junjung

Kapal belayar dari Arakan


Ambil gaji jadi jemudi
Mati ikan kerana umpan
Mati saya kerana budi

Banyak ubi perkara ubi


Ubi keledek ditanam orang
Banyak budi perkara budi
Budi baik dikenang orang

Lipat kain lipat baju


Lipat kertas dalam puan
Dari air menjadi batu
Sedikit tak lupa budi tuan

Jentayu burung jentayu


Hinggap di balik pokok mayang
Bunga kembang akan layu
Budi baik bilakan hilang

Jika belayar ke tanah Aceh


Singgah dulu di kota Deli
Jika hendak orang mengasih
Hendaklah baik bicara budi

Pantun Sambutan Hari Kemerdekaan

Pantun Merdeka ini untuk semua


Untuk semua penduduk Malaysia
Negara yang kita amat sayang dan cinta
Kini sudah berumur 51 tahun lamanya

Teringat suatu peristiwa di Stadium Merdeka


Stadium yang penuh dengan sejarah
Tunku and rakyat berdiri dengan megah
Menjerit tujuh kali ‘Merdeka’

Kaum Melayu, India dan Cina


Agama Islam, Hindu and Buddha
Pelbagai bahasa pelbagai budaya
Tapi cuma ada satu bangsa, bangsa Malaysia

Kini sampailah masanya


Untuk kita membalas jasa
Berganding bahu bekerjasama
Menjulang Malaysia di persada antarabangsa

Malaysia oh Malaysia
Tanah tumpah darah kita
Tempat kita dilahirkan, tempat kita dikuburkan jua
Kita berbangga digelar rakyat Malaysia

Pantun Pelancongan

dikandung tanah

Budi baik membawa faedah;

Pemandu teksi berhemah amanah

Kekalkan imej Malaysia indah


Pantun Alam Sekitar

Dari emas biarlah permata


Dalamnya digali berbatu-batu
Alam ternoda didepan mata
Masihkan saja di biar begitu.

Hembus pawana bayu terasa


Hati kehendak merasa sepi
Indah buana ciptaan esa
Mengapa tidak di jaga rapi

Terang malam kerana bulan


Pucuk paku delima batu
Indah alam ciptaan tuhan
Kemusnahan berlaku mengapa begitu
Berseri putih kain peteri
Pula ditambah hiasan beribu
Alam merintih tanpa disedari
Kesan apakah bakal berlaku

Tepian pantai tumbuhnya bidara


Kamilah tahu dari dahulu
Keindahan sungai khazanah Negara
Pencemaran berlaku mengapa begitu

Cenderawasih terbangnya rendah


Peliharaan puteri menjadi temannya
Persekitaran bersih Negara indah
Kepada diri apa pentingnya

Daun selasih di tepi sumur


Di petik sudah si anak pertapa
Negara bersih rakyatnya makmur
Persekitaran indah tanggungjawab siapa

Bunga selasih di petik nyonya


Lalu di ikat di dalam perahu
Persekitaran bersih banyak faedahnya
Badan sihat ceria selalu

Kerana cinta ku hantar tanda


Ku semat dihati si mawar putih
Kerana harta jiwa ternoda
Angkara nafsu buana merintih

Pantun Budaya Nasional


pucuk muda bagai dicita
buah mangga dalam perahu
orang muda bermain cinta
orang tua menanggung malu

ke sawah menanam padi


rehat makan di tengah bendang
elok budi, elok pekerti
kelak hidup disanjung orang

hinanya besi kerana karat


indah bahasa dalam perbualan
biar miskin biar melarat
budi bahasa jadi amalan

harum sungguh si Bunga Tanjung


mekar indah di dalam taman
bahasa dijunjung budaya disanjung
mekar harapan sepanjang zaman

Pantun Media Massa

cincin suasa tumpuan pameran,


warisan pusaka hati terpikat,
media massa sumber hiburan,
andai terleka apa hakikat?

anak rusa mencari teduhan,


dibawah angsana berdahan rendah,
media massa rujukan pilihan ,
disalah guna apa penyudah?

cantik bahasa tidak tergambar,


tersusun indah mengikut irama,
media massa wadah penyebar,
apa faedah nak watan terima?

Anda mungkin juga menyukai