Anda di halaman 1dari 2

Banyak pihak membangkitkan masalah peminggiran bahasa kebangsaan dalam pelbagai medium.

Media massa sebagai medium berpengaruh yang sepatutnya menyemarakkan penggunaan bahasa seperti sudah kehilangan fungsi untuk memartabatkan bahasa kebangsaan. Jika direnung-renung, pencemaran bahasa lebih banyak berlaku menerusi media massa elektronik di Negara ini. Media massa elektronik ialah wadah rasmi kerana melibatkan khalayak umum. Oleh itu, penggunaan bahasa Melayu baku yang berteraskan dialek bahasa Melayu Johor-Riau wajib digunakan. Senario yang berlaku kini ialah juruhebah dan pengantara rancangan lebih gemar menggunakan dialek negeri asal masing-masing. Kalau sesuatu rancangan itu disasarkan untuk penonton seluruh negara, pengantara rancangan tidak sewajarnya menggunakan dialek tertentu. Misalnya, dalam satu program dakwah, pengantara rancangan berkata Apa habak para penonton semua? Dah sembahyang ka belum? Jangan segan pi sembahyang, jangan lewat-lewat nanti tak dan, Cepat sembahyang no. Persoalan sama ada dialek yang digunakan dapat difahami oleh penonton di sesetengah negeri atau tidakbukan isu utama. Perkara pokok ialah dan pengantara rancangan gagal menggunakan bahasa rasmi negara ini dalam situasi rasmi maka hendak dikatakan memartabatkan bahasa kebangsaan adalah jauh panggang dari api. Rancangan berbentuk ilmiah seharusnya menggunakan bahasa rasmi yang dianggap sebagai bahasa tinggi. Nama-nama rancangan televisyen pula semakin menjengkelkan seperti Meletop, kita tidak tahu akan fokus penerbitnya sama ada sesuatu yang popular (top) ataupun sesuatu yang sangat menarik perhatian (meletup). Jika kata top dipilih, tiada imbuhan mele. Dalam bahasa Melayu dan kata meletop pula salah ejaannya kerana yang betul ialah meletup. Begitu juga rancangan Kembang Sa-Taman yang ejaannya sudah ketinggalan zaman. Atas apa-apa sebab pun, ejaan itu tidak memartabatkan bahasa Melayu. Selain itu, para penggiat rancangan media massa elektronik semakin menjadi-jadi menggunakan bahasa rojak dalam rancangan yang disiarkan. Pencemaran bahasa juga meliputi aspek salah guna diksi atau ayat mengikut sasaran audien. Dalam satu rancangan berbentuk kuiz, pengantaranya menggunakan ungkapan Gua kenal mak lu, betul ke bohong, kata gua dan lu itu dianggap bahasa kasar dan bersifat bahasa klik sedangkan diyakini penonton rancangan itu terdiri daripada golongan mudan tua. Selain itu, dalam budaya sesetengah kelompok orang Melayu, kata emak dan bapak sangat sensitif penggunaannya. Jika pengantara rancangan menggunakan ungkapan Shah Alam, Peace Yo! jelas menunjukkan gejala peminggiran bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan. Yang jelas, penerbit rancangan langsung tidak peduli. Penganjur acara juga lebih berbangga menggunakan bahasa asing sebaga nama cara mereka. Contohnya, Le Tour De Langkawi. Oleh sebab bahasa asing, hendak menyebutnya pun tidak betul kerana memang di luar pengetahuan kita. Kalau menggunakan bahasa Perancis sebutlah betul-betul mengikut sebutan bahasa itu. Tour sepatutnya disebut [tugh] bukan [tuwer].

Pengguna bahasa pun keliru tentang jenis bahasa yang digunakan. Kalau hendak disebut mengikut sebutan bahasa Inggeris, dalam bahasa Inggeris tiada kata le dan de. Bukankah senang jika menggunakan Jelajah Langkawi bagaimanapun umum memahami demi tuntutan komersial , bahasa Perancis dipilih supaya imej Le Tour De France dapat dieksploitasi. Golongan usahawan yang sesetengahnya dianggap sebagai pencipta inovasi pula dikatakan mendahului pakar bahasa. Biasa juga kita temukan sesuatu ciptaan terhasil, tetapi tiada namanya dalam bahasa Melayu, peliknya nama dalam bahasa Inggeris ada pula. Apabila usahawan mewujudkan pasar raya yang bersaiz luar biasa , pemiliknya menamakannya sebagai pasar raya besar atau pasar raya gudang. DBP menetapkan perkataan hiper digunakan menjadi pasar hiper tetapi tidak ramai yang memaklumi hal ini. Kata Pasar raya besar tentulah bersifat lewah manakala kata hiper berasal daripada bahasa Inggeris. Persoalan memartabatkan bahasa terletak pada diri sendiri. Kata orang, peduli pasti jadi, lalai pasti terabai.

DARIPADA: M Amin Kluang, Johor DT

Anda mungkin juga menyukai