Anda di halaman 1dari 2

Penulisan Esei Tidak Berformat Bidang : Bahasa/Sastera/Budaya Tugasan : Membuat ulasan .

Soalan : Unsur-unsur kebudayaan masyarakat perlu dipertahankan walaupun Negara kita pesat membangun dan hamper menempa nama sebagai Negara maju. Unsur kebudayaan ini mempunyai kepentingannya yang tersendiri dan akan mendatangkan kesan jika anggota masyarakat meminggirkannya. Buat ulasan tentang penyataan ini. Pendahuluan SKOP ISU Satu persepsi umum yang menyedihkan ialah segala aspek yang berkaitan dengan kebudayaan dikitkan dengan kekolotan. Malah segala unsur kebudayaan dianggap usang, kuno, ketinggalan zaman, dan tidak melambangkan kemodenan.Sesungguhnya, pandangan ini amat berbahaya dan akan membawa manusia kea rah kehancuran. Walaupun kemajuan sedang kita kecapi, segala-galanya tidak bermakna jika unsur kebudayaan dipinggirkan. Semua pihak harus mengakui bahawa pengekalan kebudayaan mempunyai kepentingannya yang tersendiri dan akan memnimbulkan kesan negatif jika ia dipinggirkan.

KEHENDA K SOALAN

Tugasan 1 : Isi 1 Kebudayaan masih signifikan dalam kehidupan moden hari ini kerana telah menjadi sebahagian daripada amalan hidup nenek moyang yang telah diwarisi sejak berzaman. Satu perkara yang perlu disedari semua pihak ialah segala amalan hidup ini bersulamkan nilai-nilai murni untuk kesejahteraan hidup masyarakat. Sebagai contohnya, budaya bergotong-royong dalam masyarakat berpaksikan nilai kesederhanaan, rendah diri dan kerjasama. Secara amnya, manusia yang mengamalkan budaya secara tidak langsung mengamalkan nilai-nilai murni yang sebati dalam budaya tersebut. Jelaslah, pengamalan unsur-unsur kebudayaan ini merupakan wahana terbaik untuk memastikan kita tidak melupakan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Tugasa 1 : Isi 2 Selain itu, unsur-unsur kebudayaan juga merupakan petunjuk yang membolehkan kita mamahamiasal usul diri dan bangsa sendiri. Dalam konteks ini, penghayatan kebudayaan bangsa menggambarkan pemikiran dan falsafah pegangan generasi terdahulu. Pada hakikatnya, dalam kebudayaan itu tersirat seribu satu rahsia

ketinggian adab, kreativiti, imaginasi dan cara hidup yang diamalkan oleh mereka. Oleh itu, seseorang individu yang sensitif berupaya menjadikan unsur-unsur kebudayaan sebagai bukti arkeologi yang berkesan untuk memahami sejarah hidup bangsanya. Tugasa 1 : Isi 3 Seterusnya, mengukuhkan jati diri gharga diri masyarakat. Kegemilangan pemikiran dan cara hidup masyarakat silam yang terpancar menerusi warisan budaya akan membuka minda generasi kini terhadap ketinggian peradaban generasi terdahulu. Dalam hal ini, generasi kini dapat menyedari bahawa mereka bukan berasal daripada titik kosong tetapi daripada satu keturunan yang bertamadun. Pendirian ini akan mengikis sikap terlalu mengagung-agungkan budaya asing dan memandang rendah budaya bangsa sendiri.

Anda mungkin juga menyukai