Anda di halaman 1dari 5

A. Pilih jawapan yang paling sesuai untuk soalan-soalan yang berikut. 1. Semangat kekitaan bermaksud semangat...

A kebangsaan B persaudaraan C kekeluargaan D perkauman 2. Semangat kekitaan dalam diri kita akan menyebabkan kita berasa _______________terhadap pihak lain yang ditimpa bencana. A simpati B ralat C sedih D kasih Yang manakah bukan pertubuhan yang bergiat dalam aktiviti kesukarelawan di negara ini? A PBSM B Yayasan SALAM C UNHCR D MERCY Soalan 4 dan 5 berdasarkan pernyataan di bawah ini. 4. Seorang perempuan tua, Nek Jah, tinggal sendirian di sebuah pondok buruk. Khairul berasa simpati dan ingin membantu Nek Jah. Namun sebagai pelajar, Khairul tidak banyak mempunyai wang untuk diberikan kepada Nek Jah. Apakah tindakan yang dapat dilakukan oleh Khairul untuk membantu Nek Jah? A meminjam wang daripada orang lain untuk membeli barang-barang keperluan Nek Jah B menggalakkan Nek Jah meminta derma daripada orang lain untuk menampung Hidupnya C melaporkan kesusahan Nek Jah kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat agar nasibnya terbela D meminta Nek Jah bersabar hingga dia habis belajar dan mendapat pekerjaan sebelum dapat membantu Nek Jah 5. Selain bantuan dalam bentuk wang, apakah bantuan lain yang dapat dihulurkan oleh Khairul kepada Nek Jah? A selalu menjenguk Nek Jah untuk memastikan dia berada dalam keadaan sihat dan Selamat B selalu menasihati Nek Jah agar menjaga diri dengan sebaik-baiknya C selalu mendoakan kesejahteraan hidup Nek Jah D selalu mengingati Nek Jah dan berharap agar dia berada dalam keadaan sihat dan selamat
1

3.

7.

Antara yang berikut, yang manakah tarian tradisional orang Melayu? A tarian kenyah B tarian sumazau C tarian singa D tarian asyik Pernyataan yang berikut benar tentang tarian sumazau, kecuali A kedatangan pengunjung akan diraikan dengan tarian sumazau B penari-penari tarian sumazau terdiri daripada lelaki dan wanita C Pakaian para penari tarian sumazau berwarna serba hitam D Tarian sumazau biasanya dipersembahkan semasa Pesta Menuai Alat muzik yang berikut dimainkan dengan cara dipetik, kecuali A Gambus B Sitar C Sape D Rebab

8.

9.

10. Pernyataan manakah yang benar tentang permainan congkak? A Permainan congkak diperkenalkan oleh pedagang India ke negara kita B Pada asalnya, permainan congkak dimainkan hanya di istana C Rumah adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada buah congkak D Permainan congkak boleh dimainkan oleh dua pasangan 11. Antara yang berikut, yang manakah bukan permainan rakyat? A Wau B Dam C Lompat galah D Gasing 12. Menggunakan benang emas Dipakai oleh golongan bangsawan saja pada zaman dahulu Menghiasi beg tangan, dompet, dan kasut wanita Dipakai oleh orang kebanyakan pada majlis atau hari yang isimewa

Pernyataan di atas merujuk kepada sejenis hasil tenunan, iaitu A Pua B Batik C Songket D Telepuk 13. Berapa lamakah tempoh sesuatu pilihan raya umum diadakan? A Tiga bulan B Tiga tahun C Empat tahun D Lima tahun

14.

Sutrisno, warganegara Indonesia, berusia 30 tahun Langkau, berasal dari Sabah, berusia 19 tahun Anthony, berasal dari Kuala Lumpur berusia 25 tahun Kadeer, berasal dari Bangladesh, berusia 41 tahun

Berdasarkan maklumat di atas, siapakah antara mereka yang layak mengundi dalam pilihan raya? A Sutrisno B Langkau C Anthony D Kadeer 15. Warganegara Malaysia Berusia tidak kurang daripada 30 tahun

Perkara-perkara di atas adalah antara syarat-syarat kelayakan bagi A Pengundi dalam pilihan raya B Calon yang ingin bertanding dalam pilihan raya bagi Dewan Rakyat C Calon yang ingin bertanding dalam pilihan raya bagi Dewan Negara D Calon bagi ahli jawankuasa Suruhanjaya Pilihan Raya 16. Rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri disebut sebagai A Akta B Enakmen C Manifesto D Konsep 17. ______________ di Parlimen di sebut sebagai persidangan. A Wakil rakyat B Senator C Calon Pilihan raya D Hari mesyuarat 18. Pihak manakah yang mengendalikan hal-ehwal perundangan negeri? A Kerajaan pusat B Parlimen C Dewan Undangan Negeri D Yang di-Pertuan Agong 19. Majlis Raja-raja harus dibawa berunding tentang semua hal berikut, kecuali A Pilihan raya B Pelantikan hakim C Pendidikan D Ekonomi

20. Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dilantik oleh A Perdana Menteri B Menteri Besar C Majlis Raja-raja D Ketua Menteri 21. Pernyataan yang berikut, benar tentang tugas Majlis Raja-raja, kecuali A Memilih dan memecat Yang di-Pertuan serta Timbalan Yang di-Pertuan Agong sesuka hati B Menimbangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan dasar negara C Setuju atau tidak setuju terhadap sebarang undang-undang yang menurut perlembagaan memerlukan persetujuan D Menyetujui atau tidak menyetujui sebarang perkara yang berkaitan dengan adat istiadat

B. Isi tempat kosong dengan jawapan yang sesuai. 1. Antara golongan yang memerlukan bantuan dan sokongan daripada sukarelawan termasuklah (a)

(b)

(c )

(d)

(e)

2.

Persekutuan

Tanah

Melayu

mencapai

kemerdekaannya

pada

tanggal

________________ . Negara Malaysia kemudiannya terbentuk dengan kemasukan ________ buah negeri iaitu ___________, _________, dan ___________. Negeri-negeri tersebut telah merdeka di bersama-sama negara Malaysia pada _______________.

C. Isi tempat kosong di bawah dengan jawapan yang betul berdasarkan jawapan yang disediakan di dalam kotak. 1948 Lima tahun Ketua Agama Islam Sistem Raja Berperlembagaan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Yang di-Pertuan Agong

1. _________________ bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam perlembagaan. 2. Jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong disandang selama _______________ secara bergilir-gilir. 3. Majlis Raja-raja ditubuhkan pada tahun _________________. 4. ____________________________ bertindak sebagai setiausaha kepada Majlis Raja-raja. 5. Urusan pelantikan Ketua Hakim dan semua hakim adalah bidang kuasa _________________. 6. Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berperanan sebagai Ketua Negara, Panglima Tertinggi Angkatan Tentera, dan _________________ bagi negeri yang tidak bersultan atau beraja. 7. Lengkapkan gambarajah di bawah dengan jawapan yang sesuai.

NEGARA PERSEKUTUAN

* Kuasa pemerintahan terhadap semua negeri *hal-ehwal perundangan dipikul oleh Parlimen

*kuasa pemerintahan tertentu terhadap hal-ehwal negeri *hal-ehwal perundangan dipikul oleh Dewan Undangan Negeri

KERTAS SOALAN TAMAT

Anda mungkin juga menyukai