Anda di halaman 1dari 3

Bahan-bahannya:-

250gm tepung 2 sudu teh baking powder 1/2 sudu teh soda bikarbonat 2 sudu besar serbuk koko 175gm gula 150gm coklat cip 250ml susu segar 90ml minyak (saya gantikan dengan margerin cair) 1 biji telur A 1 sudu teh esen vanilla

Cara membuatnya:-

1. Ayak tepung, baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko. Masukkan kedalam bekas. Campurkan gula kedalam tepung. 2. Pecahkan telur kedalam bekas lain dan pukul sekejap hanya sekadar bercampur putih dan kunig telur 3. Masukkan susu cair kedalam tepung sedikit demi sedikit sambil digaul rata dengan senduk kayu. Masukkan telur, minyak dan esen vanilla. Gaul rata. 4. Panaskan oven dengan kepanasan 160-170 c selama 10 minit terlebih dahulu. 5. Masukkan bancuhan kedalam cawan muffin 3/4 penuh. 6. Taburkan sedikit coklat chip diatasnya sebagai hiasan. Tak letak pun tak apa sebab coklat chip dalam adunan dah terlalu banyak. 7. Bakar selama 20 minit (untuk cup besar seperti gambar diatas sekali). Bakar selama 16 minit untuk cawan muffin yang bersaiz sederhana.

Nota:-

- Jika anda lihat muffin anda naik tidak sekata, gemuk/tinggi/mengembang sebelah....itu disebabkan oven anda terlalu panas. kurangkan suhu oven. - Untuk mengetahui berapa minit muffin anda perlu dimasak, cucuk muffin dengan pencucuk kek/lidi pada 16 minit pertama, jika tiada bancuhan melekat kat lidi maka dah boleh angkat.....jika melekat teruskan kepada 20 minit. Tujuannya adalah supaya muffin anda moist. Jika terlebih tempoh bakar dalam oven atau suhu terlalu panas....tekstur muffin akan jadi kering dan tidak moist. - Masukkan bancuhan muffin dalam jug plastik untuk memudahkan ia dimasukkan kedalam cawan muffin. - Untuk bancuhan yang banyak, saya gandakan resepi diatas dengan 4 kali. Sekali bancuhan dibuat saya guna 1 kg tepung dan 1 kotak susu. Saya gaul dengan mixer.

Ingredients: 250g plain flour 2 tsp baking powder 1/2 tsp baking soda ~ k.nor letak secubit jer 2 tbsp good quality cocoa powder 170g caster sugar ~ k.nor guna 150gm 150g chocolate chips (save 1/4 of the chips for sprinkling, i use twist white choc and chocolate chips) 200ml milk 80ml vegetable oil 1 large egg 1 tsp pure vanilla extract

Method: 1. Preheat the oven to 200 deg C (next time I will reduce to 180-190c). 2. Put the flour, baking powder, baking soda, cocoa, sugar, and 3/4 of the chocolate chips into a large bowl and mix well. 3. Pour all the liquid ingredients into a measuring jug and mix well. 4. Mix the dry and wet ingredients together with slow and gentle strokes. Stop stirring once the last traces of flour disappear. Do not overmix. A lumpy batter will ensure the muffins stay moist and fluffy. 5. Spoon the batter into paper muffin cases. 6. Sprinkle the remaining 1/4 chocolate chips on top and bake for 20 minutes or until the muffins are dark, risen and springy.

Read more: http://www.secubitgaramnor67.com/2011/11/nigellas-chocolate-chips-muffin.html#ixzz2Kmfo9RPb Bahan-bahan ( 10 biji ) * 200g coklat masakan * 70g mentega * 2 biji telur * 50g gula halus * 60g tepung gandum * 1 sudu kecil baking powder Cara-cara 1. Cairkan coklat. Gunakan kaedah "double boiler" . 3.Kemudian masukkan mentega. Kacau sehingga mentega cair. Selepas tu bolehlah panaskan oven sehingga suhu 170C. 2. 3. 4. 5. Dalam mangkuk lain, masukkan telur dan gula. Kacau sampai sebati. Tak perlu penaik(kembang). Masukkan telur ke dalam mangkuk coklat. Kacau biar campuran sebati. Ayakkan tepung dan baking powder ke dalam mangkuk coklat. Gaul sehingga sebati. Isikan adunan ke dalam bekas muffin sehingga 1/2 penuh atau 60% penuh. Bakar selama 20 minit.

6. Selepas masak tu, mungkin muffin ni lembik sikit( sebab hanya sedikit tepung yg digunakan) tapi bila dah sejuk dia akan keras dengan sendiri. Jadi kalau lepas 20 minit tu, masih lembik tak payah bakar semula.

Anda mungkin juga menyukai