Anda di halaman 1dari 2

TEMA 3 : HIDUP BERMASYARAKAT OBJEKTIF PEMBELAJARAN : Menyatakan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.

. Menyenaraikan peranan dan tanggungjawab agensi yang berkaitan dengan penjagaan alam sekitar. Menunjukkan sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar. TEMA 3: HIDUP BERMASYARAKAT PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR Pemeliharaan alam sekitar Mengekalkan alam sekitar dalam keadaan asalnya. Pemuliharaan alam sekitar Usaha atau proses mengembalikan keadaan asal alam sekitar yang mengalami perubahan akibat tindakan manusia. LANGKAH-LANGKAH MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ALAM SEKITAR Mengitar semula, Menguatkuasakan undang-undang, menggunakan kaedah biologi dalam pertanian, menanam tanaman tutup bumi, penghutanan semula, mengurus sampah sarap secara sistematik, mewartakan hutan simpan dan taman negara. ANTARA AGENSI YANG BERTANGGUNGJAWAB MEMELIHARA DAN MEMULIHARA ALAM SEKITAR Jabatan Alam Sekitar (JAS) Institut Penyelidikan dan Perhutanan Malaysia. (FRIM) Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) Alam Flora Sdn. Bhd. JABATAN ALAM SEKITAR PERANAN Menerima aduan dan mengambil tindakan terhadap isu-isu alam sekitar. Membincangkan dan menentukan resolusi yang berkaitan dengan alam sekitar di dalam dan luar negara. TANGGUNGJAWAB Memantau aktiviti manusia yang menyebabkan pencemaran. Menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984. AKTIVITI MANUSIA YANG MENJEJASKAN ALAM SEKITAR PENEROKAAN HUTAN Tujuan pembalakan, pembinaan jalan raya, pertempatan , aktiviti pertanian pindah. AKTIVITI PERINDUSTRIAN Penebangan pokok, asap daripada kilang dan kenderaan, perataan lereng bukit. KEPEKAAN DAN TINDAKAN TERHADAP ISU DAN MASALAH ALAM SEKITAR PENCEMARAN UDARA PUNCA Asap kenderaan, pembakaran terbuka, proses industri kilang. KESAN Kesihatan terjejas, menyebabkan kemalangan, pertanian tidak produktif. PENCEMARAN AIR PUNCA Bahan kumuhan kilang, tumpahan minyak, aktiviti pertanian KESAN Hidupan akuatik mati, kesihatan terjejas, kekurangan bekalan air bersih. PENCEMARAN DARAT PUNCA Pembuangan sisa toksik, Penggunaan racun serangga, Pembuangan sampah sarap. KESAN

Ketidaksuburan tanah, mengeluarkan bau busuk, membahayakan nyawa. PENCEMARAN BUNYI PUNCA Kenderaan dan jentera berat, kegiatan perlombongan/kauri, kawasan perindustrian. KESAN Menjejaskan produktiviti, menyebabkan pekak, gangguan psikologi. CONTOH-CONTOH BENCANA ALAM Banjir, Tanah runtuh, Gempa bumi, Ribut, Tsunami, Kemarau. KESAN-KESAN BENCANA ALAM Ancaman penyakit berbahaya, kehilangan nyawa dan haiwan ternakan, tanaman musnah, mengubah landskap dan bentuk muka bumi, kemusnahan harta benda

Anda mungkin juga menyukai