Anda di halaman 1dari 21

KULIAH HADITS

PERKATAAN YANG BAIK


Ustaz Hj. Suhaimi bin Jairi
Surau Al-Falah 3 Muharam 1433H

-
-
Rasulullah saw bersabda: Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat maka dia hendaklah berkata yang baik atau diam. HR. Imam Bukhari dan Muslim)

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa

Kedudukan hadits
Imam Ibn Hajar berkata: Hadits

ini antara ungkapan yang pendek lagi padat daripada Rasulullah. Rasulullah menggalakkan kita melaksanakan amal kebaikan yang paling besar dan bermanfaat.

1. Manusia dan hubungan bermasyarakat


Manusia hidup di dunia ini

bersama dengan manusia lain. Mereka saling memerlukan. Islam menghendaki supaya hubungan ini berdiri di atas asas yang betul dan sejahtera.

2. Di antara kesempurnaan iman ialah berkata yang baik atau diam Rasulullah menerangkan bahawa antara kesempurnaan iman ialah seorang itu berbicara pada perkara yang bermanfaat kepadanya di dunia dan akhirat. Memegang prinsip DIAM pada perkara yang boleh menyakitkan orang lain atau menimbulkan

Lebih baik DIAM

Tidak lurus iman seseorang

hamba hingga lurus hatinya, dan tidak lurus hatinya hingga lurus lisannya. (Imam Ahmad)

Seorang hamba tidak sampai

kepada hakikat iman sehingga ia dapat menyimpan lidahnya. (HR. Tabrani) Ertinya menahan lidah daripada percakapan yang tidak ada kebaikan.

3. Banyak bercakap adalah sebab kecelakaan dan menjaga lidah adalah jalan keselamatan


Antara kebaikan Islam

seseorang ialah meninggalkan sesuatu yang tidak berkaitan dengannya. (Imam Ahmad dan Tabrani)

Kita Bertanggungjawab setiap yang diucapkan


Percakapan yang sia-sia boleh

menjadi sebab terhapusnya amalan dan tertegahnya dari memasuki syurga. Oleh itu hendaklah berfikir dahulu sebelum bercakap. Jika apa yang dibicarakan baik, teruskanlah. Jika sebaliknya,

Fikir dulu sebelum bercakap

Ini kerana semua kata-kata akan

dipertangjawabkan dan dibalas.

Tidak ada sebarang perkataan

yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya). (Qaf: 18)

Seorang hamba berbicara dengan satu perkataan yang diredhai Allah, maka Allah akan mengangkatnya dengan beberapa derjat. Dan seorang hamba yang berbicara dengan satu perkataan yang dimurkai Allah, maka Allah akan mencampakkan hamba ini ke neraka Jahannam. (HR. Imam Bukhari dan Ibn Majah)

4. Adab-adab bercakap
1. Berhati-hati supaya hanya

bercakap pada perkara yang baik dan menahan diri dari bercakap perkara yang haram.
Dan mereka yang menjauhkan diri

dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; (Al-Mukminun: 3)

Dan tiadalah seorang itu

mukanya dihumbankan ke dalam neraka selain daripada hasil lidah mereka. (HR. Imam Tirmizi dan Ibn Majah)

2. Tidak banyak bercakap

walaupun dalam perkara HARUS, kerana boleh membawa kepada yang haram atau makruh.

Janganlah kamu banyak bercakap

pada yang bukan zikrullah, kerana banyak bercakap yang bukan zikrullah akan membawa kepada keras hati dan yang paling jauh daripada Allah ialah orang yang keras hatinya. (Imam Tirmizi)

3. Wajib bercakap ketika

keperluan seperti menyatakan kebenaran, melaksanakan amar maruf dan nahi mungkar. Melaksanakannya adalah mulia dan mendapat pahala. Meninggalkannya adalah dosa.

Rumusan
1. Bercakap hanya perkara baik

dapat menyatupadukan masyarakat dan mengelakkan perpecahan. 2. Setiap perkataan yang baik akan mendapat ganjaran dan setiap perkataan yang buruk akan mendapat dosa. Seterusnya

WALLAHU ALAM

SEKIAN
TERIMA KASIH
http://zadud-duat.blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai