Anda di halaman 1dari 10

KEBERKESANAN PENGGUNAAN ALAT SEBENAR SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) DALAM PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI

MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP.

MOHD FIRDAUS BIN MOHD PAUZI

FAKULTI SENI DAN MUZIK UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

ABSTRAK Kajian ini adalah bertujuan untuk mengetahui tahap keberkesanan penggunaan alat sebenar dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebagai alat bantu mengajar (ABM) bagi matapelajaran Kemahiran Hidup. Penyelidikan telah dijalankan secara soal selidik kepada sampel pelajar seramai 50 orang iaitu daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Dapatan juga menunjukkan penggunaan alat sebenar dalam pembelajaran dapat menarik minat pelajar serta dapat memberikan kefahaman yang lebih mendalam terhadap matapelajaran

Kemahiran Hidup. Terdapat beberapa cadangan yang dikemukakan bagi memberikan keberkesanan yang lebih baik dalam memantapkan lagi pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Kemahiran Hidup. Kata kunci : Alat sebenar sebagai ABM.

BAB 1 Pengenalan Penguasaan ilmu kemahiran yang banyak merupakan satu kelebihan yang besar dalam kehidupan seseorang kerana membolehkan seseorang menceburi pelbagai bidang pekerjaan. Guru memainkan peranan yang penting dalam usaha memupuk dan menarik minat pelajar untuk mempelajari matapelajaran Kemahiran Hidup.

Pernyataan Masalah. Merupakan salah satu matapelajaran yang sukar dan susah untuk difahami apatah lagi untuk dikuasai sekiranya teknik pembelajaran dan pengajaran yang berkesan tidak dipraktikkan. Kurangnya minat pelajar terhadap matapelajaran Kemahiran Hidup adalah berpunca daripada kelemahan pelajar untuk membuat andaian, intuitif dan gambaran visualisasi bagi topik yang melibatkan kemahiran dan penggunaan anggota badan. Penggunaan alat sebenar dalam pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Kemahiran Hidup dapat membantu pelajar untuk lebih memahami isi kandungan pembelajaran.

Objektif Kajian. 1) Mengenalpasti keberkesanan penggunaan alat sebenar dalam meningkatkan kefahaman pelajar dalam matapelajaran Kemahiran Hidup. 2) Mengenalpasti kelemahan dan kekuatan penggunaan alat sebenar dalam pengajaran dan pembelajaran dalam matapelajaran Kemahiran Hidup. 3) Mengenalpasti pengaruh alat sebenar dalam pengajaran dan pembelajaran dalam matapelajaran Kemahiran Hidup. 4) Persoalan Kajian. 1. Adakah penggunaan alat sebenar sebagai alat bantu mengajar (ABM) berjaya menarik minat pelajar terhadap matapelajaran Kemahiran Hidup? 2. Adakah penggunaan alat sebenar sebagai alat bantu mengajar (ABM) membantu pelajar mengukuhkan pemahaman dalam matapelajaran Kemahiran Hidup dan mengaplikasikannya? Hipotesis Kajian. Bagi persoalan 1, hipotesis kajian adalah seperti berikut: 1. H1 : Penggunaan alat sebenar sebagai ABM berjaya menarik minat pelajar terhadap matapelajaran Kemahiran Hidup. Bagi soalan 2, hipotesis kajian adalah seperti berikut: 2. H2 : Penggunaan alat sebenar sebagai (ABM) membantu pelajar mengukuhkan pemahaman dalam matapelajaran Kemahiran Hidup dan mengaplikasikannya.

Kesignifikan Kajian KBSR dan KBSM menekankan pengajaran dan pembelajaran yang berpusatkan kepada pelajar dengan berbantukan alat bantu mengajar. Boleh dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu kepada pihak sekolah, guru, dan pelajar. Guru pula dapat menggunakan hasil dapatan. Bagi pelajar pula, kajian dapat membantu pelajar memahami kandungan pembelajaran.

Batasan Kajian Membataskan hanya dijalankan kepada perkara-perkara tertentu sahaja supaya skop kajian ini tidak terlalu meluas. Meninjau tentang keberkesanan penggunaan alat sebenar sebagai alat bantu mengajar (ABM) dalam menarik minat pelajar dan mengukuhkan kefahaman pelajar.

Definisi Istilah Keberkesanan = Perihal keberkesanan, berkesannya sesuatu tindakan, perubahan dan sebagainya. (Kamus Dewan, 1991). Pelajar = Individu yang selalu menerima bimbingan daripada guru. Pengajaran = Proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran. Pembelajaran = Proses mendapat, mengembang, dan menyerap kemahiran dan pengetahuan dalam bentuk maklumat, konsep dan idea melalui pengalaman dan aplikasi (Borman dan Levine, 1996). Alat bantu mengajar = Kelangkapan untuk membantu dalam menyampaikan pengajaran.

BAB 2 KAJIAN LITERATUR Pengenalan Penggunaan alat sebenar yang berkesan sebagai alat bantu mengajar (ABM) boleh menarik minat dan membimbing pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dapat meningkatkan dan mengukuhkan kefahaman pelajar terhadap kandungan pembelajaran. Pelajar dapat mengaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka berkaitan dengan apa yang telah mereka pelajari.

Penggunaan Alat Sebenar Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Matapelajaran Kemahiran Hidup. Pelajar lemah dan tidak berminat mempelajari matapelajaran Kemahiran Hidup disebabkan tidak dapat memahami kandungan pelajaran yang diajar. Mereka tidak dapat membayangkan secara intuitif perkaitan antara kemahiran yang dipelajari dengan keadaan yang sebenar. Penggunaan alat yang sebenar dalam pengajaran, pelajar akan lebih memahami dengan mendalam apa yang disampaikan. Alat bantu mengajar merupakan segala kelengkapan yang digunakan oleh guru untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam bilik darjah (Kamaruuin Hussin, 1986, m/s 133).

Perkaitan Penggunaan Alat Sebenar Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) Dengan Minat Pelajar Terhadap Matapelajaran Kemahiran Hidup. Minat adalah sesuatu yang boleh dibentuk dan dikembangkan. Ianya memerlukan bimbingan daripada orang disekeliling pelajar. Menurut Abu Zahari, (1988, dalam Rohani Kasmani, 1999, m/s 5), mengatakan minat dan kecenderungan memainkan peranan untuk mempengaruhi pencapaian pelajar. Dapat membantu pelajar memperkukuhkan dan mengaplikasikan hasil pembelajaran yang dipelajari oleh mereka. Penggunaan alat sebenar sebagai ABM berkesan dan mampu menarik minat pelajar terhadap proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Perkaitan Penggunaan Alat Sebenar Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) Dengan Kefahaman Konsep Matapelajaran Kemahiran Hidup. Boleh digunakan untuk membantu mencapai objektif pembelajaran. Dapat membantu meningkatkan kefahaman pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran. Daya kefahaman pelajar terhadap sesuatu pengajaran dan pembelajaran adalah tinggi berbanding hanya dengan tertumpu kepada teks dan bahan paparan saja. Penggunaan alat sebenar dapat memberikan pendedahan dan gambaran sebenar berkaitan yang dipelajari oleh pelajar. Ciri-ciri penting yang terdapat pada alat sebenar dalam pembelajaran adalah memudahkan kefahaman pelajar kerana dapat melihat benda sebenar yang akan dipelajari. Membolehkan pelajar mengaplikasikan apa yang dipelajari dengan cara pendedahan dan pengalaman yang betul.

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN Pengenalan. Menggunakan pendekatan kuantitatif soal selidik untuk mendapatkan maklumat berkenaan fakta-fakta, kepercayaan, kehendak dan sebagainya. Menurut Mohd Majid Konting (1993), soal selidik lebih praktikal dan berkesan digunakan untuk populasi yang besar. Pengkaji menggunakan kaedah ini kerana kaedah soal selidik mudah dijalankan kepada responden. Penyelidik juga akan mendapat tindak balas yang seragam daripada responden.

Reka Bentuk Kajian Untuk mendapatkan maklumat dan mengawal varians. Data-data kajian diperolehi dengan cara soal selidik. Segala maklumat yang diterima akan ditafsir secara kuantitatif. Reka bentuk kajian ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang perkara-perkara berikut: 1) Adakah penggunaan alat sebenar sebagai alat bantu mengajar (ABM) berjaya menarik minat pelajar terhadap matapelajaran Kemahiran Hidup? 2) Adakah penggunaan alat sebenar sebagai alat bantu mengajar (ABM) membantu pelajar mengukuhkan pemahaman dalam matapelajaran Kemahiran Hidup dan mengaplikasikannya?

Populasi Dan sampel Kajian Bertujuan untuk meninjau persepsi pelajar terhadap penggunaan alat sebenar sebagai alat bantu mengajar. Sampel kajian terdiri daripada 50 orang pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak. Responden yang dipilih adalah pelajar yang mengambil matapelajaran Kemahiran Hidup yang dibuat secara rawak. Menurut Webster (1985), sampel adalah bahagian set responden yang dipilih daripada populasi yang lebih besar untuk tujuan kajian.

Instrumen Kajian Instrumen yang digunakan dalam penyelidikan ini adalah soal selidik. Menurut Majid Konting (1998), penggunaan borang selidik dapat meningkatkan ketepatan dan kebenaran gerak balas yang diberikan oleh responden kerana ia tidak dipengaruhi oleh gerak laku pengkaji. Mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A, bahagian B, dan bahagian C. Soalan adalah berbentuk pilihan dengan menggunakan skala likert. Lima peringkat darjah kesetujuan terhadap soal selidik telah dikemukakan, iaitu sangat tidak setuju (STS), tidak setuju (TS), tidak pasti (TP), setuju (S), dan sangat setuju (ST).

Prosedur Kajian. Penyelidik perlu mendapatkan pandangan daripada orang yang lebih arif terlebih dahulu untuk menjalankan proses soal selidik. Penyelidik menjalankan uijian soal selidik di dalam kelas. Penyelidik memberi sedikit penerangan yang berkaitan untuk menjawab soalan tersebut.

Analisis Data Soal selidik digunakan untuk mengetahui persepsi pelajar terhadap penggunaan alat sebenar sebagai ABM dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Kemudiannya dikumpulkan dan disemak oleh pengkaji bagi memastikan pelajar telah menjawab dengan lengkap. Data yang dipungut daripada soal selidik akan dianalisa. Bahagian memerlukan responden menjawab dengan menggunakan skala likert. STS 1 TS 2 S 3 TP 4 SS 5

BAB 4 DAPATAN KAJIAN Pengenalan Mengemukakan dapatan kajian mengenai profail responden, perkaitan penggunaan alat sebenar sebagai alat bantu mengajar (ABM) dengan minat, kefahaman palajar dan mengaplikasikannya dalam matapelajaran Kemahiran Hidup. Perbincangan data adalah berpandukan jumlah skor dan peratusan. Selain itu, pandangan secara terbuka responden terhadap penggunaan alat sebenar dalam matapelajaran Kemahiran Hidup juga dianalisis untuk mendapatkan dapatan kajian.

Analisis Profil Responden (Bahagian A). Analisa data dibuat berhubung dengan jantina, agama dan bangsa responden. Dapatan kajian ini dikemukakan mengikut bilangan dan pertausan yang diperolehi. Bilangan dan Peratus Responden Mengikut Jantina. JANTINA Lelaki Perempuan JUMLAH JUMLAH (Orang) 20 30 50 PERATUS (%) 40 60 100

Bilangan dan Peratus Responden Mengikut Agama. AGAMA Islam Hindu Budha Lain-lain JUMLAH JUMLAH (Orang) 47 0 3 0 50 PERATUS (%) 94 0 6 0 100

Bilangan dan Peratus Responden Mengikut Bangsa. BANGSA Melayu India Cina Lain-lain JUMLAH JUMLAH (Orang) 47 0 3 0 50 PERATUS (%) 94 0 6 0 100

Analisa Bahagian Minat Dan Kefahaman (Bahagian B). Memerlukan responden memberi respon kepada pernyataan yang dikemukakan kepada skala likert lima aras. Bagi memudahkan penganalisaan data, respon ini akan diperingkatkan kepada tiga peringkat iaitu setuju, tidak pasti, dan sangat tidak setuju.

Perkaitan Penggunaan Alat Sebenar Sebagai ABM Dengan Minat Pelajar Terhadap Matapelajaran Kemahiran Hidup. Bahagian ini merupakan analisa data bagi item (1-10) dalam bahagian B borang soal selidik. Dapatan kajian ini akan dikemukakan mengikut bilangan dan peratusan yang diperolehi.
Item

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Purata

Setuju (S) Bil. % 43 86 38 76 39 78 37 74 45 90 1 2 5 10 44 88 40 80 46 92 33.8 67.6

Tidak Pasti (TP) Bil. % 5 10 8 16 6 12 10 20 4 8 2 4 10 20 3 6 6 12 3 6 5.7 11.4

Tidak Setuju (TS) Bil. % 2 4 4 8 5 10 3 6 1 2 47 94 35 70 3 6 4 8 1 2 10.5 21

Jumlah (%) 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100

Perkaitan Penggunaan Alat Sebenar Sebagai ABM Dengan Kefahaman Matapelajaran Kemahiran Hidup Terhadap Pelajar. Bahagian ini merupakan analisa data bagi item (11-20) dalam bahagian B borang soal selidik. Dapatan kajian ini dikemukakan mengikut bilangan dan peratusan yang diperolehi.
Item

11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Purata

Setuju (S) Bil. % 44 88 36 72 35 70 37 74 43 86 42 84 45 90 40 80 39 78 45 90 40.6 81.2

Tidak Pasti (TP) Bil. % 4 8 10 20 7 14 9 18 5 10 4 8 3 6 3 6 6 12 3 6 5.4 10.8

Tidak Setuju (TS) Bil. % 2 4 4 8 8 16 4 8 2 4 4 8 2 4 7 14 5 10 2 4 3.9 8

Jumlah (%) 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100 100

Analisa Pandangan Secara Terbuka Responden. Menarik minat mereka untuk belajar matapelajaran Kemahiran Hidup. Alat sebenar juga membolehkan pelajar memahami dengan lebih jelas malah pelajar didedahkan dengan tunjuk cara yang betul dalam mengendalikan sesuatu bahan. Ada memberikan pandangan tentang bagaimana cara untuk meningkatkan lagi minat dan pemahaman pelajar dalam matapelajaran Kemahiran Hidup.

BAB 5 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN Pengenalan. Merangkumi perbincangan dan kesimpulan kajian tentang persepsi pelajar terhadap penggunaan alat sebenar sebagai alat bantu mengajar. merujuk kepada ringkasan kajian, profail responden dan persoalan-persoalan yang telah dikemukakan di dalam bab satu.

Perbincangan. Dapatan kajian dibincangkan mengikut tiga bahagian iaitu bahagian A, bahagian B, dan bahagian C. Bahagian A akan membincangkan mengenai profail responden dan bahagian B akan membincangkan dua persoalan kajian, dan Bahagian C pula berkaitan dengan cadangan atau pandangan secara terbuka.

Kesimpulan Hasil Kajian. 1) Pelajar sedar dengan penggunaan alat sebenar sebagai ABM dapat menarik minat pelajar untuk mempelajari matapelajaran Kemahiran Hidup. 2) Penggunaan alat sebenar dalam pengajaran Kemahiran Hidup menjadikan pembelajaran yang tidak membosankan. 3) Penggunaan alat sebenar membolehkan pelajar mengaplikasikannya dalam kehidupan mereka. 4) Dapat membentuk keyakinan diri, bersikap positif dan pelajar lebih berdisiplin. 5) Pelajar dapat memahami langkah kerja sesuatu projek Kemahiran Hidup dengan baik.

Kesimpulan Penggunaan alat sebenar sebagai alat bantu mengajar mestilah dianggap sebagai suatu bahan yang padu. Bertujuan untuk menambahkan kelancaran proses pengajaran dan memudahkan kefahaman pelajar untuk lebih memahami sesuatu pembelajaran dengan lebih jelas dan berkesan. Dapat menarik minat pelajar untuk belajar dengan lebih baik. dapat membantu guru untuk menyampaikan mesej dengan jelas dan mudah difahami oleh pelajar. Dapat mengukuhkan pemahaman pelajar dan membolehkannya untuk mengaplikasikannya nanti.

BIBLIOGRAFI

Adiana Said (2005). Pembangunan Dan Pengujian Keberkesanan Modul Multimedia Bertajuk Ikatan Kovalen. Tanjung Malim : Perak. Atan Long (1998). Pedagogi Kaedah Am Mengajar. Petaling Jaya : Amiza Publishing Sdn. Bhd. Blake, J.A Dan Champion, D.J. (1976). Method And Issues In Social Research. New York : John Wiley And Sons. Borman, S & Levine, J. (1996). A Practical Guide To Elementary Intstruction : From Plan To Delivery. Boston : Allyn & Bacon. Cheong Lai Fong (2000). Keberkesanan Pendekatan Pengajaran Secara Inkuiri Penemuan Dalam Penguasaan Konseo-Konsep Fizik Berbanding Dengan Bab Keelektromagnetan Di SMK ST. Bernadettes Convent, Batu Gajah, Perak. Tesis. Universiti Pendidikan Sultan Idris. Kamarudin Hussin (1986). Panduan Latihan Mengajar. Petaling Jaya : Logman Malaysia Sdn. Bhd. Kamus dewan edisi kedua (1991). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Kamus dewan edisi ketiga (1997). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Kamus dewan edisi ketiga (1998). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Khalid Johari (2003). Penyelidikan Dalam Pendidikan : Konsep & Prosedur. Selangor : Prentice Hall. Maimun Aqasha (1991). Satu Perbandingan Kesan Dua Kaedah Pengajaran Bahasa Arab Terhadap Pencapaian Kemahiran Bahasa Di Pusat Matrikulasi UIA. Tesis Yang Tidak Diterbitkan. Bangi : UKM Mohd Majid Konting (1998). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Deawan Bahasa Dan Pustaka. Mok Soon Sang & Lee Shok Mee (1991). Pengajaran & Persediaan Mengajar. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mok Soon Sang (1993). Pengajian Matematik Untuk Kursus Perguruan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd Moon, B (1985). Introducing The Modular Curriculum To Teachaers. Moon, B. (Pernyataan) Kurikulim Modular. London : Paul Chopman. Mok Soon Sang (2008). Murid Dan Alam Belajar. Ipoh : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Musa Daia (1978). Prinsip Am Pendidikan. Kota Bharu : Kelantan Press Sdn. Bhd. Rohani Kasmani (1999). Tinjauan Mengenai Persepsi Pelajar Terhadap Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) Dalam Pengajaran Matematik Di Sekolah Menengah Dato Mohd Yunos Sulaiman, Pekan Nanas, Pontian. Tesis Sarjana Muda Yang Tidak Diterbitkan, Universiti Teknologi Malaysia, Jahor, Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai