Anda di halaman 1dari 38

JABATAN PENGAJIAN UMUM

TATABAHASA

Khairul Azlan Taib BSc .(hons) UiTM

DEFINISI DAN BIDANG TATABAHASA


Secara umumnya, tatabahasa bahasa Melayu mencakupi dua bidang:
Morfologi: kajian tentang kata dan pembentukan kata,

kelas kata dan imbuhan.


Sintaksis: kajian tentang pembentukan ayat.

Morfologi
Morfologi ialah bidang yang mengkaji

struktur, pembentukan golongan kata.

kata

dan

struktur kata (morfem)


Morfem ialah unit terkecil yang menjadi unsur perkataan. Sekiranya kata tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau

nahu yang lebih kecil, maka kata-kata ini terdiri daripada satu unit atau satu morfem.
Misalnya "minum". "Minum" tidak akan berfungsi dan memberi

makna jika dipecahkan kepada mi dan num.


Sebaliknya, kata "diminum" boleh dipecahkan kepada dua morfem,

iaitu "di" dan "minum".


Kesimpulannya, perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem.

Kata Tunggal
Kata dasar, yakni kata yang tidak menerima apa-apa bentuk imbuhan atau kata dasar yang lain.
Contoh:
Itu Bakal ke.

Pengimbuhan (kata terbitan)


kata dasar yang menerima imbuhan. Dikenali sbg kata terbitan.
Contoh:

berlari memasak

Pemajmukan ( kata majmuk)


Kata yang wujud apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang membawa makna tertentu.
Contoh:
Bumiputera air mata.

Penggandaan ( kata ganda)


Kata yang dihasilkan dengan menggandakan

atau mengulangi kata dasar sama ada kata ganda tersebut diulang secara keseluruhan atau pada bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.
Contoh:
kanak-kanak, rumah-rumah, Lelangit, Saudara-mara

kata nama
Kata Nama Am
digunakan untuk menjelaskan

Kata Nama Khas


Khusus digunakan untuk menyebut

nama sesuatu yang bernyawa seperti


orang: ayah, polis, perempuan . haiwan: ayam, itik, buaya . benda: televisyen, komputer,

nama sesuatu benda sama ada benda yang bernyawa(nama manusia, binatang) dan yang tidak bernyawa (nama tempat, bangunan).
benda: Sri Aman, Volvo, Parker 45 orang: Cik Rafidah, Inspektor Azman,

bank . tempat: stadium, jalan raya, pulau .

Dr. Long binatang: Blacky, Pak Belang, tempat: Kampung Bahru, Shah Alam, Kuala Lumpur

kata kerja
merupakan golongan kata yang menjadi inti dalam

frasa kerja, sama ada yang berlaku atau dilakukan.


Contohnya, berjalan, makan, memakan, dimakan dan

sebagainya.
Kata kerja terbahagi kepada, kata kerja transitif ( Perbuatan Melampau ) kata kerja tak transitif ( Perbuatan tidak Melampau ).

Kata Kerja Transitif


-ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuatnya kepada benda lain. -biasanya mempunyai imbuhan me-

Kata Kerja Transitif Aktif


mesti disertai oleh objek,

Kata Kerja Transitif Pasif


disertai oleh objek, dan

iaitu kata nama dan ayatnya berbentuk aktif.


menggunakan imbuhan Men men ...i men ...kan Memper memper...i memper...kan.

ayatnya berbentuk pasif. menggunakan imbuhan


di-.

Penyambut Kata Kerja Transitif Radio itu Ikan itu Sayur itu didengari dijala oleh dijual oleh

Pembuat Atan Pak Abu seorang perempuan

Kata Kerja Tak Transitif


- ialah segala perbuatan yang dilakukan oleh pembuat itu sendiri kepada diri sendiri - tidak memerlukan penyambut Kata Kerja Tak Transitif Berpelengkap
memerlukan pelengkap merupakan kata atau frasa yang

Kata Kerja Tak Transitif Tak Berpelengkap


tidak memerlukan penyambut mahupun pelengkap. Selalunya berada di hujung ayat.

melengkapkan ayat supaya tidak kelihatan tergantung (penyambut)


Pembuat Kami Air sungai Kata Kerja Tak Transitif mandi beransur Keterangan di tasik surut

Pembuat Rumahnya Radio itu

Kata Kerja Tak Transitif roboh berbunyi

kata adjektif
dikenali sebagai kata sifat menjadi inti dalam frasa adjektif boleh dikenali jika kata berkenaan didahului oleh kata

penguat seperti
amat, sangat, sungguh, sekali, paling, agak, benar.

terbahagi kepada 9 subgolongan:


Sifat = baik, cerdik, berani, lemah
Warna = merah, jingga, ungu, putih Ukuran = panjang, tebal, nipis, dalam Bentuk = bujur, lurus, bulat

Jarak = dekat, hampir, jauh


Cara = selalu, jarang, kerap, jelas Perasaan = takut, rindu, marah, sayang Pancaindera = rasa: sedap/ Lihat : cantik/ Dengar: bising / bau: wangi / sentuh: halus

Waktu = lama, lambat, lewat, segera

kata tugas
ialah golongan perkataan selain kata nama, kata kerja dan kata sifat

yang mendukung sesuatu tugas tertentu dalam binaan ayat, klausa dan frasa.
Kehadiran kata tugas dalam ayat tidak berfungsi mendukung sesuatu

tugas sintaksis tertentu sama ada sebagai penghubung, penerang, penentu, penguat, pendepan, pembantu, penegas, penafi, pembenar pemeri atau tugas-tugas lain.
Terdapat 16 jenis kata tugas iaitu Kata________
Kata adverba Kata hubung Kata sendi Kata seru Kata bantu Kata perintah Kata pangkal ayat Kata penguat Kata penegas Kata nafi Kata pemeri Kata pembenar Kata pembenda Kata arah Kata bilangan Kata penekan

Sintaksis
Sintaksis merupakan satu cabang ilmu

bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.
Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses

pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.

Frasa
Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang

terdiri daripada sekurang-kurangnya dua perkataan atau jika terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.

jenis frasa
Frasa endosentrik
ialah frasa yang

Frasa eksosentrik
ialah frasa sendi

mengandungi satu unsur inti.


FN, FK dan FS ialah

nama yang tidak mempunyai unsur inti

frasa endosentrik

binaan frasa
FN, FK dan FS ialah frasa

frasa sendi nama yang tidak

endosentrik. Ini kerana kata nama, kata kerja, dan kata adjektif boleh menjadi unsur inti setiap frasa endosentrik.
Contohnya: sepasang mata

mempunyai unsur inti


contohnya di sekolah .

biru (FN. Inti frasa ini ialah mata, jenis kata nama)

(Kewujudan sendi nama di bergantung pada sekolah. Oleh itu, frasa jenis ini dikatakan frasa eksosentrik kerana pusatnya bergantung pada suatu unsur luaran).

Klausa
Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan

yg mengandungi subjek dan predikat.

Klausa terbahagi kpd 2 jenis iaitu klausa

bebas / ayat induk dan klausa tak bebas / klausa kecil.

klausa bebas
boleh berdiri sendiri dan boleh bersifat sbg ayat lengkap apabila diucapkan dgn intonasi yg sempurna. Cth : kamu pandai saya akan hadir dia sedang bekerja kami sudah makan

klausa tak bebas


tidak dapat berdiri sendiri. Cth : Kamu pandai kerana kamu rajin belajar.

(ayat induk)

(ayat kecil)

Klausa tak bebas hanya dapat hadir sekiranya wujud ayat

induk. Klausa tak bebas yang hadir bersendirian dianggap tidak gramatis spt: Walaupun hari telah gelap. (salah)
Walaupun hari telah gelap, mereka tetap meneruskan

pertandingan itu. (betul)

Definisi ayat
Ayat ialah unit pengucapan yang paling

tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.

Binaan ayat (subjek dan Predikat)


Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau

susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulai dan diakhiri dengan kesenyapan dan mempunyai intonasi yang sempurna.
Ayat terdiri daripada subjek dan predikat.
Contoh:Ahmad sedang membuat kerja rumah.

Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian iaitu (i) Ahmad sedang dan (ii) membuat kerja rumah. Bahagian subjek dan predikat, merupakan bahagian utama yang membentuk klausa atau ayat bahasa Melayu. Subjek dan prediket pula mempunyai unsur-unsur, iaitu sama ada frasa nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FS).

Pola ayat dasar


Ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan

semua ayat yang lain. ayat dasar ialah ayat yang paling sederhana. Ada 4 pola ayat dasar dalam bahasa Melayu. Pada umumnya, bahagian subjek diisi oleh frasa nama. Bahagian predikat pula diisi oleh 4jenis frasa: Frasa Nama (FN)

Frasa Kerja (FK)


Frasa Adjektif (FA) Frasa Sendi Nama (FS).

contoh
Pola Pola 1 Pola 2 Subjek Ali bin Ahmad Engkau (FN) (FN) Predikat Pelajar lelaki Memberi aku dorongan (FN) (FK)

Pola 3
Pola 4

Sahabatku
Abang

(FN)
(FN)

Pintar sekali
Ke kedai buku

(FA)
(FS)

Dalam Pola 1-4, Frasa Nama (FN) berfungsi sebagai subjeknya. Bahagian predikat pula terdiri daripada empat jenis frasa.

JENIS-JENIS AYAT

ayat penyata
Ayat yang diucapkan dengan maksud membuat satu penyataan, iaitu

mempunyai tujuan menyatakan atau memberi keterangan tentang sesuatu hal.


Juga dikenali sebagai ayat berita atau ayat keterangan. Contoh :

1) Pemuda itu seorang jurutera.


2) Bunga Mawar itu sangat wangi. 3) Bangunan itu sangat tinggi. 4) Abdullah seorang doktor.

ayat tanya

Ayat yang digunakan bertujuan untuk menanyakan sesuatu hal. Berdasarkan nada suara dan penggunaan perkataan tertentu, ayat tanya dapat digolongkan kepada dua jenis:
Ayat tanya tanpa kata tanya. Ayat tanya dengan kata tanya.

1) Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya.


> Diucapkan dengan nada suara meninggi sebelum kesenyapan pada akhir ayat. > Menggunakan lambang tanda soal (?). > Contoh :1) Ayah masih bekerja?
2) Mereka sedang menonton televisyen? 3) Orang tua itu sakit?

Ayat perintah
Ayat perintah bertugas untuk menyatakan sesuatu yang berupa perintah, larangan, suruhan, permintaan, ajakan, silaan, doa, dan harapan.
Jenis perintah Perintah Suruhan Larangan Permintaan Ajakan Silaan Doa Harapan Contoh penggunaan Berdiri di atas kerusi itu. Ikat tali kasut anda dengan betul. Jangan pergi ke sungai yang dalam airnya. Tolong angkat baju itu. Mengucaplah banyak-banyak. Sila jamu selera. Syukurlah kamu sudah kembali. Harap harap hari tidak hujan.

ayat seruan
Ayat yang diucapkan dengan nada atau intonasi seruan

bertujuan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah, sedih, sakit, geram dan sebagainya.

Menggunakan lambang tanda seru (!) yang diletakkan pada

akhir ayat.

Kata seru yang sering digunakan ialah oh, amboi, wah, cis,

eh, aduh, syabas.

Contoh :

1) Oh, Tuhanku!
2) Aduh, sakitnya!

3) Syabas, anda telah berjaya!

Ragam ayat

ayat aktif
Ayat aktif ialah ayat yang mana pelaku terletak di

hadapan (sebagai subjek ayat) manakala benda yang kena buat terletak di belakang (sebagai pradikat ayat)
Biasanya kata kerja berimbunan meN., men.kan

dan men.i.
Contoh : Ali sedang memancing ikan. (Ali ialah pelaku (di depan) dan ikan ialah benda kena buat).

ayat pasif
Ayat pasif ialah ayat yang mana benda kena buat terletak

di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala pelaku terletak di belakang (sebagai pradikat).
di.i.

Biasanya kata kerja berimbuhan di; di..kan atau Kekecualian untuk pelaku ganti nama diri pertama dan

kedua yang mesti mendahului kata kerja tanpa imbuhan.


i. Ikan itu dipancing oleh Ali. ii. Ikan itu kamu pancing. (pelaku diri kedua) iii. Ikan itu saya pancing. (pelaku diri pertama)

Contoh :

Bentuk ayat

ayat tunggal
Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis. Contoh : Lelaki gemuk itu \ sedang menembak burung.
Subjek = Lelaki gemuk itu Predikat = sedang menembak burung.

ayat majmuk
Ayat Majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih

ayat - ayat tunggal

Disambungkan oleh perkataan Kata Hubung seperti dan,

atau, kecuali, tetapi, sambil, seraya dan lain-lain.

Ayat ini juga dikenali sebagai ayat Selapis.


Contoh :
A) Razak mengambil sebuah buku cerita. ( Ayat Tunggal) B) Razak membaca buku itu. ( Ayat Tunggal ) C) Razak mengambil sebuah buku cerita lalu membaca buku itu.

( Ayat Majmuk )

ayat majmuk campuran


Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, iaitu yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan jenis ayat majmuk dengan menggunakan pelbagai kata hubung.
Contoh:

Orang Malaysia memang terkenal di seluruh dunia dengan sifat lemah lembut serta sopan-santun yang tinggi nilainya lagi mulia.
Ada beberapa jenis ayat kecil yang membentuk ayat majmuk di atas iaitu:

1. Orang Malaysia memang terkenal di seluruh dunia. 2. Orang Malaysia memang terkenal dengan sifat lemah lembut. 3. Orang Malaysia memang terkenal dengan sopan santun yang tinggi nilainya lagi mulia.

Sekian. Terima Kasih!!!!

Anda mungkin juga menyukai