Anda di halaman 1dari 2

Wawasan 2020: Cabaran Dan Kesannya Terhadap Perpaduan Rakyat. Wawasan 2020 yang diperkenalkan oleh Tun Dr.

Mahathir bin Mohamad membawa pelbagai perubahan kepada pembangunan negara terutamanya dari segi ekonomi dan taraf hidup rakyat. Dasar ini telah memberi kesan yang mendalam, bukan sahaja dari segi struktur pentadbiran, malah dari segi pembangunan akhlak rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Tujuan dasar tersebut dilancarkan adalah untuk memupuk semangat perpaduan dalam masyarakat berbilang kaum. Cabarancabaran yang dispesifikasikan dalam Wawasan 2020 telah menyebabkan intergrasi dalam kalangan rakyat telah berkembang. Cabaran pertama yang menyatakan tentang mewujudkan negara yang bersatu telah dapat dicapai oleh rakyat Malaysia zaman sekarang. Sikap terbuka dan bersopan santun yang telah diterapkan dalam diri kita telah menjadi satu kebiasaan dalam kehidupan seharian. Masyarakat berbilang kaum tinggal dalam satu komuniti dan bekerjasama antara satu sama lain merupakan gambaran yang jelas mengenai cabaran yang telah ditetapkan dan dicapai oleh rakyat Malaysia sendiri. Malaysia merupakan negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen. Sistem ini memberi kelebihan kepada rakyat untuk menikmati kebebasan dengan had tertentu tanpa menganggu ketenteraman negara. Cabaran kedua dan ketiga yang menekankan persefahaman matang, demokatik dan berjiwa bebas adalah langkah yang rakyat sedang cuba untuk pupuk dalam era moden ini. Penyebaran maklumat yang berleluasa telah menjadi satu cabaran bagi generasi muda untuk mengetahui maksud dan mesej yang disampaikan. Cabaran ini menjadi satu elemen penting yang membezakan rakyat yang matang atau sebaliknya. Rakyat Malaysia kini sudah faham peranan mereka dalam memupuk semangat bersatu kerana rakyat sudah matang dalam membuat keputusan yang mementingkan kesejahteraan negara. Wawasan 2020 memberi harapan kepada rakyat Malaysia untuk melihat hasil yang bakal negara capai tetapi penglibatan rakyat adalah penting kerana rakyat harus bersikap progresif dan saintifik untuk berjaya dalam semua aspek. Dengan sistem pendidikan yang bersifat terbuka kepada semua kaum, rakyat berpeluang untuk maju bersama-sama dan membangunkan negara demi mencapai Wawasan

2020. Sistem yang adil membantu rakyat untuk memberi sumbangan kepada pembangunan dan seterusnya meningkatkan status masyarakat negara yang hidup bersama dalam komuniti berbilang kaum. Bekerjasama dan bersatupadu dalam negara berbilang kaum melambangkan kemajuan rakyat dalam aspek

membangunkan negara ke arah Wawasan 2020. Cabaran yang memberi penekanan kepada rakyat adalah mewujudkan mayarakat yang bermoral dan beretika. Walaupun generasi muda bersifat celik teknologi disebabkan oleh pendedakesimpulannyahan awal zaman teknologi, sikap moral dan etika telah mula pudar dalam diri mereka. Kalau dibandingkan dengan generasi zaman 90-an dan sebelumnya, sifat moral dan etika masih ditekankan dalam kehidupan seharian. Adalah tidak salah kalau generasi muda menyelami dunia moden, tetapi sifat moral dan etika harus dijaga. Sifat tersebut bukan sahaja demi diri sendiri, malah untuk masyarakat, bangsa dan negara. Kesimpulannya, Wawasan 2020 memberi penekanan kepada perpaduan kaum dan panduan untuk rakyat memupuk semangat bekerjasama dan harmoni dalam kalangan komuniti berbilang kaum. Cabaran-cabaran yang disenaraikan bukannya satu beban bagi rakyat Malaysia, tetapi satu cara untuk membentuk rakyat untuk menghadapi kelemahan yang membantutkan kemajuan negara dan keharmonian masyarakat dan seterusnya membuka mata dan fikiran rakyat untuk masa depan yang dibina oleh rakyat sendiri. Sebagai rakyat Malaysia, saya berbangga kerana dapat menjadi sebahagian daripada perubahan negara dalam keadaan yang harmoni dan selamat bersama kawan-kawan yang berbilang kaum, bahasa dan agama.

Anda mungkin juga menyukai