Anda di halaman 1dari 3

Ex-post facto berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud selepas berlakunya

Penyelidikan dibuat selepas berlakunya sesuatu peristiwa. Oleh itu penyelidikan itu tidak dirancang terlebih dahulu. Data yang digunakan telah wujud sebelum penyelidik merancang untuk menjalankan penyelidikan/kajian. Penyelidik tidak dapat mengawal secara langsung pengaruh pemboleh ubah bebas terhadap pemboleh ubah bersandar.
Contoh: 1) Penceraian mengakibatkan perubahan perilaku negatif anak-anak. - Dalam situasi di atas, penyelidik tidak dapat mengeksperimenkan suatu keluarga untuk melakukan penceraian. Penceraian dalam hal ini merupakan pemboleh ubah bebas yang tidak boleh dimanipulasikan. Oleh yang demikian, hanya penelitian dapat dilakukan pada keluarga yang bercerai. 2) Pengaruh merokok terhadap kemampuan menyerap oksigen dalam darah. - Dalam situasi ini penyelidik tidak mungkin melakukan eksperimen dengan menyuruh seseorang individu menghisap beberapa batang rokok dalam sehari untuk mengetahui pengaruhnya terhadap kemampuan darah dalam mengikat oksigen.

Anda mungkin juga menyukai