Anda di halaman 1dari 2

KAEDAH DAN TEKNIK BERPUSATKAN MURID

Satu pendekatan pendidikan di mana kurikulum, aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penilaian adalah berfokuskan kepada murid. Ciri-ciri :

Murid memainkan peranan penting Komunikasi dua hala. Guru lebih banyak menyoal serta membimbing. Objektif pencapaian murid diutamakan. Peluang interaktif di antara murid adalah positif.

Pendekatan ini bertujuan :

Menjadikan pelajar lebih aktif dalam memperolehi pengetahuan dan kemahiran. Menggalakkan pelajar bertanggungjawab untuk pembelajaran mereka sendiri. Mengamalkan model pengajaran dan pembelajaran aktif bersesuaian dengan peringkat pengajian.

Antara kaedah dan teknik pengajaran berpusatkan murid ialah :

Simulasi murid melakonkan watak di dalam satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar. Perbincangan satu aktiviti berkumpulan di mana murid-murid akan bekerjasama antara satu sama lain berkongsi pendapat dalam mencari jawapan/penyelesaian bagi sesuatu masalah. Sumbangsaran satu cara yang berkesan untuk mendapatkan banyak idea daripada murid. Lawatan luar membawa sekumpulan pelajar ke tempat tertentu dengan tujuan tertentu.

http://rujukpendidik.blogspot.com/2012/10/kaedah-dan-teknik-berpusatkanmurid.html

Anda mungkin juga menyukai