Anda di halaman 1dari 7

PENULISAN DESKRIPTIF/ ILMIAH Bersifat ilmiah, akademik dan mempunyai kaitan dengan bidang epistemologi 4 bentuk penjelasan (exposition),

, penghujahan (argumentation), penceritaan (narration) dan penghuraian (description)

Jenis esei akademik, rencana, berita, laporan, buku dan autobiografi a. Penjelasan Tujuan: memberi pemahaman kepada pembaca tentang teks atau perkara. Dikenali dalam kewartawanan Menjawab soalan 5W1H 6 metod perlu dilaksanakan dalam menjawab 6 soalan tersebut; 1. Identifikasi tentukan subjek 2. Perbandingan dan perbezaan Menerangkan subjek dengan memberi imej persamaan dan pertentangan dengan subjek lain. 3. Ilustrasi kegunaan contoh dan gambaran untuk menjelaskan idea yang umum dan idea-idea fokus 4. Klasifikasi penjelasan tentang sesuatu proses, perkara atau cara melakukan. 5. Definisi memberi pengertian tertentu, makna dan takrifan subjek. 6. Analisis pembahagian komponen dan menerangkan satu-persatu. b. Penghujahan Mengandungi pendapat dan penilaian penulis tentang sesuatu perkara atau subjek. 3 kaedah rayuan logik, rayuan emosi dan rayuan etika 1. Rayuan logik hujahan berlandaskan alasan dan kesimpulan dengan pembuktian secara induktif dan deduktif 2. Rayuan emosi (pathos) menguasai pemikiran pembaca melalui elemen perasaan, pengaruh, peribadi dan gaya kepengarangan. 3. Rayuan Etika (Ethos) hujahan dari kombinasi bahasa, suasana atau bunyi dan mesej. Wacana bermoral, berbudi dan waras. c. Penceritaan Pemberitahuan tentang sesuatu cerita. Boleh dituls dlm bentuk naratif, esei atau rencana.

Berdasarkan manusia dan peristiwa realiti. Untuk penekanan terhadap subjek, peristiwa yang berlaku, tema atau tentang tokoh. d. Penghuraian Menterjemah sesuatu tanggapan, subjek, objek, atau manusia. 1. Huraian Objektif menerangkan dengan tepat bentuk luaran sesuatu subjek dan bebas mengikut tanggapan penulis kamera terhadap situasi sebenar. 2. Impresionis sebagai pemberitahu dan memanipulasi emosi pembaca sehingga ditafsir secara berbeza.

STRUKTUR PENULISAN DESKRIPTIF 1. Pendahuluan kemuka definisi, sejarah atau pernyataan tesis 2. Isi mengandungi idea topik yang mengembangkan idea utama (tesis) dan dibina dalam perenggan. 3. Kesimpulan penutup yang berupa penemuan, cadangan, ringkasan dan rumusan.

JENIS PENULISAN ILMIAH

Esei Ilmiah - panjang antara 4 - 20 halaman bergantung kepada instruktor Diterbitkan dalam jurnal, buletin, kertas persidangan dll. bukan kertas penyelidikan formal w/p ada kajian ringkas diperlukan untuk mengukuhkan topik; Elemen: Ada pernyataan tesis, pembuktian dan contoh dan bersifat objektif/ bukan pandangan peribadi. Penulisan ilmiah dan formal dari segi bentuk dan gaya bahasa. Untuk tujuan akademik yang memerlukan sokongan, penerangan, hujahan dan pembuktian. Esei ilmiah - tugasan untuk pelajar IPT. Ia memerlukan fakta dan maklumat menerusi sumber sekunder spt. Buku, jurnal, akhbar, prosiding dan majalah atau disebut kajian literatur atau kajian perpustakaan.

Laporan Penyelidikan: Tesis/ Disertasi/Kertas projek - kajian yang mendalam melibatkan hipotesis bagi membuktikan kebenaran berdasarkan metodologi saintifik dan analisis terperinci. Bentuk hasil penyelidikan yang mempunyai format tertentu. Mengandungi latar belakang masalah, literature review, hipotesis kajian, metodologi kajian, analisis kajian/ penemuan dan kesimpulan. Laporan ditulis dalam Latihan Ilmiah, Disertasi, Tesis dan Kertas Kerja Pembentangan Tesis, disertasi, kertas projek - hasil kajian ilmiah yang dilaporkan secara kemas dan sistematik. Tesis, disertasi dan kertas projek memerlukan data primer untuk mengukuhkan fakta dan hasil kajian, manakala maklumat sekunder diselitkan sebagai kaedah penjelasan dan pernyataan umum terhadap fakta primer yang diperolehi.

Buku Ilmiah - berdasarkan piawai ilmiah yang standard berdasarkan prosedur penerbitan penerbit tertentu. Genre terpenting dalam hierarki ilmu. Buku karya asli, terjemahan, kamus, ensiklopedia dll

KEPENTINGAN PENULISAN ILMIAH Penulisan ilmiah merupakan alat komunikasi yang penting bagi tujuan memberi maklumat kepada khalayak yang berupa fakta. Lantaran itu, tujuan penulisan ilmiah ialah untuk;

Penyebaran Ilmu: berdasarkan bidang yang dipilih oleh pengkaji atau penulis itu sendiri.

Pembangunan minda: Meningkatkan kemantapan intelek penulis dan pembaca.

Memahami manusia dan masyarakat: kajian yang berkaitan dengan penulisan ilmiah mestilah berkaitan dengan manusia dan masyarakat terutama untuk bidang sastera dan sains sosial.

Meningkatkan ketakwaan: Hasil kajian dan penulisan akan dapat melahirkan sifat taabud dalam diri tentang keindahan dan kebesaran Allah SWT yang mengatur hidup manusia sebaik-baik aturan.

FALSAFAH PENULISAN ILMIAH

Keesaan Allah (konsep Taabud) Allah adalah punca ilmu dan perkara yang diketahui manusia amat terbatas. Penulis perlu akur, ilmu yang diterima dan diperolehi akan dipertanggungjawabkan. Autoriti ilmu adalah milik Allah dan penulis terikat dengan etika penulisan yang berhemah dan dibenarkan Islam

Alam sejagat medan atau bahan fokus penulis. Penulis meneroka segala ilmu dalam alam sejagat menerusi kajian dan pemerhatian. Ilmu disaring dan dirakam dalam bentuk penulisan ilmiah. Penulis perlu mematuhi hukum dan fitrah alam- memilih metod yang sesuai

Penulis dan teks ilmiah Penulis bertanggungjawab merangka, menyusun dan menyiapkan teks ilmiahnya. Penulis perlu memiliki kekuatan ilmu, ikhlas, jujur, tabah, kritis, peka, kreatif, pencinta bahasa, realis, objektif dan pragmatik

Pembaca Pembaca ialah orang yang kritis dan analitis terhadap teks yang dibaca, membaca, memahami dan mengguna semula fakta dan data. Pembaca - dicerna sebaqai ilmu dan hikmah untuk pembangunan insaniah.

Ciri-ciri Penulisan Ilmiah 1. Maklumat benar, sahih spt fakta, data, carta, rajah dll 2. Sumber maklumat sahih dari sumber sekunder dan primer 3. Format standard dari segi kandungan teks, kutipan, rujukan (bibliografi) dan elemen-elemen mekanisme penulisan berformat 4. Gaya yang formal 5. Meneroka dan menggali isu

TUJUAN PENULISAN ILMIAH Pembelajaran - mengikut bidang tertentu bagi memahami subjek yang dipelajari dalam kelas Penyelidikan penyelidikan mengikut bidang tertentu untuk membuat penemuanpenemuan baru dan membuktikan kemantapan ilmu dan teori bagi memantapkan kepakaran seseorang Penaakulan berdasarkan pengertian yang jelas, pertimbangan yang teliti, pemikiran yang logik. Perlukan hujahan yang mantap- wacana ilmiah

Etika Penulisan Ilmiah Prinsip moral dalam penulisan agar tidak berlaku plagiat dalam penulisan; - Akta percetakan, Akta keselamatan Dalam Negeri (1960), Akta Menghasut (1948) Akta Pindaan Perlembagaan (1971), Akta Hak Cipta (1987)

Kecelaruan dalam Penulisan Ilmiah Penggunaan MLA atau APA dalam penulisan bibliografi sering berlaku apabila pelajar tidak memahami kaedah yang sedang digunakan. Dalam peraturan umum, kaedah bebas boleh digunakan asalkan ia bersifat berterusan atau tidak mencampur-baurkan kaedah. walau bagaimanapun, sesetengah Universiti telah menetapkan kaedah tertentu dalam penulisan. maka pelajar perlu mengikuti kaedah yang ditetapkan.

Petikan bibliografi yang amat sedikit (hanya 5 sumber shj). Bibliografi perlu

mencukupi untuk menunjukkan kesungguhan pelajar mencari bahan rujukan perpustakaan.

Terlalu banyak rujukan sekunder dari majalah dan akhbar, terutama masalah yang bersifat popular kerana bahan ini dianggap kurang berautoriti.

kesilapan bahasa - ejaan dan istilah kerana kelemahan pelajar menguasai bahasa.

kesalahan teknikal - tanda baca dan taip- kecuaian pelajar dan memperlihatkan kemalasan pelajar membuat semakan atau editing terhadap penulisannya.

Penggunaan kata kekunci untuk mengakses maklumat on-line - kaedah penulisan bahan interenet perlu dinyatakan tarikhnya berserta alamat lamannya dengan lengkap.

Plagiarisme dalam Penulisan Ilmiah- kaedah cut and paste sering dilakukan oleh pelajar semasa mengambil rujukan. hal ini memperlihatkan kesilapan pelajar dalam mengambil idea dan membuat petikan. kesilapan kaedah citation boleh menyebabkan pelajar dituduh menciplak dan Integriti ilmu akan dipertikaikan serta kesyumulan ilmu tercabar

Cara hindari plagiarisme; - Memetik perkataan, frasa atau ayat - catat sumber rujukan kemudian berikan pandangan tentang kutipan itu. - Rumus atau ringkaskan petikan dari mana-mana sumber rujukan dan catatkan sumbernya.

Senarai Semak semasa membuat penyemakan penulisan ilmiah; Topik tepat Pernyataan tesis yang sesuai Ejaan betul

Istilah tepat Tanda baca tepat Pengenalan menarik Penutup menarik Laras bahasa betul Semakan draf pertama Semakan draf kedua Kaedah Pemerengganan betul

http://teknikpenulisanilmiah.blogspot.com/2009/10/kuliah-1-pengenalan-penulisanilmiah.html

Anda mungkin juga menyukai