Anda di halaman 1dari 2

LAMPIRAN 1 BAHAGIAN BADAN LUAR IKAN HIASAN

FUNGSI BAHAGIAN BADAN LUAR IKAN HIASAN

a) Sisik Sisik berfungsi sebagai pelindung daripada musuh, kecederaan dan penyakit.

b) Sirip Terdapat dua jenis sirip, iaitu sirip berpasangan dan tidak berpasangan. Sirip berpasangan adalah seperti sirip ekor (kaudal(, sirip dorsal, dan sirip anal. Sirip ini membantu ikan bergerak lurus dan juga sebagai kemudi pergerakan ikan di dalam air. Sirip tidak berpasangan pula adalah seperti sirip ridip (pektoral) dan sirip kepak (pelvic). Sirip ini berfungsi untuk kestabilan, berundur, berpusing, dan juga mengapungkan diri.

c) Garis Saraf (Lateral) Garis saraf kelihatan seperti bintik-bintik di sisi badan ikan, bermula dari penutup insang hingga ke ekor. Garis saraf ini berfungsi untuk mengesan objek lain dan getaran di dalam air serta berfungsi sebagai telinga ikan.

d) Insang Ikan di dalam air dengan menggunakan insang. Ikan menyedut air yang mengandungi oksigen ke dalam mulutnya lalu mengalir melalui insang. Semasa air yang mengandungi oksigen bergerak melalui insang, oksigen akan diserap ke dalam badan ikan.

Anda mungkin juga menyukai