Anda di halaman 1dari 4

TEKNOLOGI PENDIDIKAN PENGENALAN Pada tahun 1960-an teknologi pendidikan menjadi salah satu kajian yang banyak mendapat

perhatian di lingkungan ahli pendidikan. Pada awalnya, teknologi pendidikan merupakan lanjutan perkembangan dari kajian-kajian tentang penggunaan Audiovisual, dan program belajar dalam penyelenggaraan pendidikan. Kajian tersebut pada hakikatnya merupakan usaha dalam memecahkan masalah belajar manusia (human learning). Perkembangan kajian teknologi pendidikan menghasilkan berbagai konsep pendidikan yang banyak memanfaatkan media sebagai sumber belajar. Oleh itu, terdapat persepsi bahwa teknologi pendidikan sama dengan media, padahal kedudukan media berfungsi sebagai alat untuk mempermudah dalam penyampaian informasi atau bahan belajar. Dari segi sistem pendidikan, kedudukan teknologi pendidikan berfungsi untuk memperkuat pengembangan kurikulum. Berdasarkan sejarah perkembangannya, istilah teknologi pendidikan mula digunakan sejak tahun 1963, dan secara rasmi diikrarkan oleh Association of Educational and Communication Technology (AECT) sejak tahun 1977, walaupun terjadi pertindihan penggunaan istilah tersebut dengan teknologi pembelajaran. Namun, kedua istilah tersebut masih terus digunakan sesuai dengan pertimbangan penggunanya. Finn (1965) menyatakan bahawa di England dan Kanada lebih lazim digunakan istilah teknologi pendidikan, sedangkan di Amerika Syarikat banyak digunakan istilah teknologi pembelajaran. Apakah yang dimaksudkan dengan teknologi pendidikan Teknologi Pendidikan ialah satu bidang yang berkaitan dengan usaha memudahkan pembelajaran dan menarik minat murid dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di sekolah. Bidang ini meliputi aktiviti berikut: Mengenalpasti semua bahan sumber pendidikan dan sumber manusia untuk P&P Membangun, menghasil, mengelola dan menggunakan bahan sumber P&P

Mengurus proses mengenalpasti, membangun, mengelola dan mengguna bahan

sumber P&P Penggunaan teknologi pendidikan secara terancang dan teratur akan menjadikan proses P&P lebih bermakna dan berkesan. Justeru, guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran teknologi pendidikan supaya dapat memilih, mengurus, mengguna dan menilai bahan untuk meningkatkan keberkesanan P&P.

Definisi teknologi pendidikan Teknologi Pendidikan ialah aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik ke arah

pencapaian P&P yang berkesan (BTP, 1991) Teknologi Pendidikan ialah kombinasi proses dan alat yang terlibat untuk

menangani keperluan dan masalah pendidikan dengan memberi penekanan kepada aplikasi alat yang terkini: komputer dan teknologi yang berkaitan (Roblyer, 2003). Teknologi Pendidikan ialah satu bidang dan amalan etika yang praktikkan untuk

memudahcara dan meningkatkan keberkesanan P&P melalui penghasilan, penggunaan dan pengurusan sumber dan proses teknologi yang sesuai (AECT, 2004). Prinsip teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Sumber pendidikan digunakan untuk membantu guru dan murid melalui proses

P&P dengan lebih berkesan. Penggunaan sumber pendidikan perlu dirancang dalam tiga peringkat, iaitu: Sebelum penggunaan - merancang masa dan cara bagaimana mengaitkannya dengan topik yang diajar Semasa penggunaan - merancang ulasan dan penekanan aspek-aspek penting yang dapat membantu proses P&P

Selepas penggunaan - merancang aktiviti lanjutan/pengayaan dan pengukuhan

Sumber pendidikan dipilih berdasarkan kesesuaiannya dari segi topik dan objektif

P&P, latar belakang murid, saiz kelas dan keadaan fizikal bilik darjah Sumber pendidikan perlu digunakan untuk mencapai objektif dan peringkat

perkembangan P&P P&P Sumber pendidikan digunakan mengikut masa yang sesuai untuk mengoptimum

Ciri-ciri teknologi pendidikan yang sesuai Bahan yang dapat menjelaskan idea, konsep; dan menerangkan isi kandungan

pelajaran Bahan yang bersaiz sesuai dan jelas untuk dilihat oleh semua murid Tulisan dan gambar yang berwarna-warni bagi menarik minat murid Bahan yang digunakan tahan lama dan mudah disimpan

kepentingan teknologi pendidikan Melancarkan proses P&P Menjimatkan masa, tenaga dan kos Mengekalkan minat dan perhatian murid Mengelakkan berlakunya kekeliruan atau salah tafsir terhadap konsep yang diajar

Membetulkan sebarang kekeliruan atau salah tafsir terhadap konsep dengan

memberi gambaran yang menyeluruh dan jelas Melibatkan pelbagai deria dan meningkatkan daya ingatan murid Membantu murid mendapat kesan pembelajaran yang optimum Memperkayakan pengalaman murid

Anda mungkin juga menyukai