Anda di halaman 1dari 23

Kelebihan Al-Quran

Al-Quran ialah Kitabullah yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Al-Quran merupakan senjata yang paling mujarab yang melimpah ruah, mata air yang tidak
mungkin kering, di dalamnya penuh dengan nur hidayah rahmat dan zikir.
Al-Quran diturunkan untuk mengajar manusia tentang pengesaannya kepada Allah (tauhid).
Konsep ibadat yang jelas dan menyeluruh agar manusia sentiasa mendapat bekalan yang baru
dan segar. Mengajak manusia berfikir tentang ciptaan, pengawasan dan penjagaan yang
ditadbirkan oleh yang Maha Agong agar dapat mengenal sifat-sifatNya yang Unggul.
Di dalam Al-Quran dipaparkan juga contoh tauladan dan juga kisah-kisah yang benar berlaku
sebelum turunnya Al-Quran dan pada masa penurunan Al-Quran. Dengan itu manusia mendapat
pengajaran dan panduan dalam mengharungi kehidupan sebagai muslim yang sejati dan benar
dalam semua bidang kehidupan.
Al-Quran menjelaskan juga persoalan tentang akhir kehidupan manusia, situasi terakhir yang
akan dirasai oleh manusia sebelum bumi ini dihancurkan oleh Allah untuk bermulanya hari
qiamat dan nasib tiap-tiap insan sama ada ke syurga atau ke neraka.
Sebelum Al-Quran diturunkan ada banyak kitab suci dan suhuf yang diturunkan oleh Allah
S.W.T kepada nabi-nabi dan rasul-rasulNya. Antara yang termasyhur ialah kitab Zabur yang
diturunkan kepada nabi Daud a.s, kitab Taurat yang diturunkan kepada nabi Musa a.s, dan kitab
Injil yang diturunkan kepada nabi Isa a.s tetapi tidak syak lagi bahawa Al-Quran adalah kitab
yang paling utama dan termulia di sisi Allah S.W.T.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w:
Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga
dengannya dan menjadi kemegahan kebanggaan umatku ialah Al-Quran yang mulia.

Al-Quran terpelihara dan susunannya tidak berubah-ubah dan tidak boleh dipinda atau
dihapuskan. Walaupun banyak usaha dilakukan oleh musuh-musuh Islam untuk mengubah dan
meminda isi kandungan Al-Quran atau memutar belit ayat-ayat dan surah-surah, setiap kali
usaha itu dibuat ia tetap dapat diketahui termasuk juga usaha golongan-golongan kuffar.
Al-Quran adalah satu perlembagaan yang lengkap bagi semua aspek kehidupan, mengandungi
semua yang dihajati oleh manusia walaupun sebahagian daripada huraiannya tidak terperinci.
Tujuannya Allah menyuruh manusia menggunakan fikiran yang sihat dan sempurna untuk
mencari dan mengkaji berpandukan saranan yang diberi oleh Allah S.W.T.
Dalam Al-Quran Allah S.W.T berfirman:
;g`4 -g~-.- W-EO7~ ^^) -O4O=4^
4^'OE= _11g` W-OOOE4 EEO Og)`
W-NO]O gO) E4uC4O^N N_E4uO4
E4-EE^- 47._^4l^-4 _O) gO4C
gOE41^- _ =O;OEc4 O_NO)O:4[NC +.-
E) W-O+^ ]ONE44C ^j u-^4C
U4-:^- ;~ 47.E_ E47Oc4O -))-4lNC
7 -LOOg1 Og)` +4 ]O^Cq` =}g`
U4-:^- W-Ou4C4 ;4N OOgV _ ;~
47.~E} ;g)` *.- EOO+^ _U4-4 g--)lG` ^)
Sesungguhnya telah datang kepada kau cahaya kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w) dari Allah
dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata kebenarannya dengan itu Allah menunjukkan jalan
keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya dan denganya
Tuhan keluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang benderang
dengan izinNya dan dengannya juga Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang betul dan harus.
(Surah Al-Maidah: 14 &15)




Firman Allah S.W.T lagi:
ElgO CU4-:^- =UuC4O O gOOg O O1-
=}1+Ug ^g
Kitab Al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya dan ianya menjadi petunjuk bagi orang yang
bertaqwa.
(Surah Al-Baqarah: 2)

Sebuah hadis dari Rasulullah s.a.w bermaksud:
Abu Zar r.a berkata bahawa beliau meminta Rasulullah s.a.w memberi satu pesanan yang
berpanjangan. Rasulullah s.a.w bersabda:
Semaikanlah perasaan taqwa kepada Allah kerana ia adalah sumber bagi segala amalan-amalan
baik. Aku meminta supaya baginda menambah lagi. Tetapkanlah membaca Al-Quran kerana ia
adalah nur untuk kehdupan ini dan bekalan untuk hari akhirat.
Kita dikehendaki membaca, mendalami dan menghayati isi kandungan Al-Quran kerana ia
diturunkan bukan untuk dijadikan perhiasan sahaja, dengan itu kita mendapat faedah yang besar
bukan sahaja pahala da keredhaan Allah tetapi juga kegunaan lain dalam kehidupan sehari-hari.
Membaca Al-Quran dikira sebagai berzikir dan zikir membaca Al-Quran lebih afdal dan
utama daripada zikir-zikir yang lain. Oleh itu membaca Al-Quran adalah sebagai ibadat tetapi
tidaklah melebihi daripada ibadat-ibadat yang wajib.

Dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda yang bermaksud:
Semulia-mulia ibadat umatku ialah membaca Al-Quranul Karim ( ibadat yang bukan wajib).
Membaca Al-Quran disifatkan sebagai santapan rohani kepada tiap-tiap orang Islam.

Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan
menyinarkannya.

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda:
Daripada Ibnu Umar r.a berkata:
Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh
air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati
mati dan membaca Al-Quran.

PAHALA MEMBACA AL-QURAN
Allah S.W.T. Yang Maha Pemurah memberi pahala yang amat besar kepada orang yang
membaca Al-Quran, tiap-tiap satu huruf ada pahalanya dan tiap-tiap satu ayat pun ada ditentukan
pahalanya yang tidak sama antara satu dengan yang lain.
Pahala tiap-tiap huruf Al-Quran dijelaskan dalam sebuah Hadis dari Ibnu Masud r.a dari
Rasulullah s.a.w:
Daripada Ibnu Masud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda/;
Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap
kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif
satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.
Mengenai pahala tiap-tiap ayat telah disebut dalam beberapa hadis antaranya yang
diriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w:
Sesiapa yang membaca Al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam tidak dimasukkan ke dalam
golongan yang lalai.


Sesiapa yang memelihara sembahyang fardu tidak termasuk dalam golongan yang lalai dan
sesiapa yang membaca 100 ayat pada satu malam dimasukkan ke dalam golongan yang taat.
Barangsiapa yang mendengarkan satu ayat daripada Al-Quran ditulis baginya satu kebajikan
yang berlipat kali ganda dan barang siapa yang membacanya adalah baginya cahaya pada hari
Qiamat.
Adapun pahala membaca surah-surah banyak diriwayatkan dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w
antaranya:
Sesiapa yang mambaca surah Yasin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu dipenuhi.
Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada tiap-tiap malam kebuluran/kepapaan tidak akan
menima dirinya.
Selain daripada pahala yang disebut sebelum ini, pahala membaca dalam solat dan pahala
membaca dengan berwuduk lebihbesar ganjarannya daripada tidak berwuduk. Berpandukan
Hadis Rasulullah s.a.w yang panjang dapat disimpulkan seperti berikut:
1. Pahala membaca Al-Quran dalam solat bagi tiap-tiap satu huruf seratus kebajikan.
2. Pahala membaca dengan berwuduk di luar solat bagi tiap-tiap satu huruf sepuluh
kebajikan.

KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN
Orang yang selalu membaca Al-Quran semata-mata kerana Allah diberi kelebihan yang
tinggi dan berbeza semasa mereka masih hidup ataupun sesudah berada di akhirat di samping
kemuliaan yang dikurniakan kepada orang yang membaca Al-Quran kelebihan melimpah juga
kepada kedua ibubapanya.


Hadis dari Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
Sesiapa yang membaca Al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya,
ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada
cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini. Jadi
bayangkanlah bagaimana pula orang yang dirinya sendiri mengamalkan dengannya.
Al-Quran juga dapat memberi syafaat (pertolongan) yang paling tinggi di sisi Allah S.W.T di
hari qiamat. Ini berpandukan kepada Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
Tidak ada syafaat yang paling tinggi melainkan Al-Quran yang bukan Nabi dan bukan malaikat
dan sebagainya.
Hadis lain daripada Othman Ibnu Affan r.a dari Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
Sebaik-baik kamu yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain.

Hukum Membaca Istiazah:
Jumhur ulamak bersepakat menetapkan hukum membaca Istiazah ketika hendak memulakan
bacaan Al- Quran adalah Sunat Muakkad (sunat yg. dituntut)
Dalil :
-O) =4O~ 4p-47O^- 'Og4-c
*.) =}g` ^}C^OO=- 1_O- ^_g
Surah An-Nahl Ayat (98)
Maksudnya : Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, Maka hendaklah engkau terlebih
dahulu memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan syaitan yang direjam.



Kaedah Membaca Istiazah
Terdapat 4 wajah dalam membaca istiazah pada awal surah :
1. Membaca istiazah, waqaf. Kemudian membaca basmalah, waqaf. Kemudian membaca
awal surah.
2. Membaca istiazah, waqaf. Kemudian membaca basmalah dengan disambung membaca
awal surah.
3. Membaca istiazah dengan disambung membaca basmalah, kemudian waqaf. Kemudian
membaca awal surah.
4. Membaca istiazah, basmalah dan awal surah tanpa waqaf.


HUKUM BACA BASMALAH


Ada lima hukum berkaitan dengan basmalah iaitu:-

1. Sunah, jika dibaca pada permulaan tiap perkara yang penting didalam syari'at, seperti
mengarang kitab.
2. Haram, jika dibaca untuk perkara yang haram, seperti meminum minuman keras.
3. Makruh, jika dibaca untuk perkara makruh,seperti saat melihat faraj isteri.
4. Wajib, jika dibaca pada tempat yang wajib dibaca, seperti pada waktu sebelum membaca
alfatihah dalam sholat.
5. Mubah, jika dibaca pada perkara yang tidak ada kemuliaan sama sekali didalamnya, seperti
memindah harta dari satu tempat ketempat lain



Dalil









HUKUM MELAUNGKAN TAKBIR BERAMAI-RAMAI

Takbir yang dimaksudkan di sini adalah laungan Allahu Akbar yang dilaungkan secara kuat
dan beramai-ramai ketika diarahkan oleh si ketua dengan ucapan takbiiir!. Ia kini seolah-olah
menjadi satu trend baru yang lazimnya dilakukan ketika dalam ceramah atau perhimpunan yang
berkait dengan Agama.
Sekiranya diamati, akan didapati bahawa perbuatan ini bercanggah dengan Syarak. Ini kerana
ucapan Allahu Akbar adalah termasuk dalam ibadah zikir yang terikat dengan garis panduan
dan adab-adab berzikir yang telah ditetapkan Syarak.




) ( :








Percanggahan-percanggahan ini dapat dilihat daripada beberapa sudut:

1. Ia dilaungkan secara kuat dan beramai-ramai ketika diarahkan oleh si ketua walhal Syarak
menetapkan bahwa zikir hendaklah dilakukan dengan suara perlahan dan bersendirian tanpa
arahan sesiapa.
2. Cara seperti ini menyalahi matlamat utama berzikir yang bertujuan untuk menimbulkan rasa
rendah diri, patuh dan tunduk kepada suruhan Allah di samping mewujudkan perasaan takut atas
kekurangan diri serta merasai keagongan Allah dan kehebatanNya. Kebiasaannya mereka yang
melaungkan takbir secara kuat apatah lagi menjerit akan merasa diri kuat dan bertenaga jauh
sekali daripada perasaan takut.
Bahkan kalau diamati, ia sememangnya bertujuan untuk menimbulkan perasaan berani dan
merasa diri hebat khususnya dalam ceramah atau perhimpunan yang bertujuan untuk membantah
atau mengkritik pihak-pihak tertentu. Hal ini bercanggah dengan sifat orang mukmin,
Sesungguhnya orang yang beriman apabila disebut nama Allah gementarlah hati mereka (Al-
Anfaal, 2) dan firmanNya, Orang-orang beriman tenang tenteram hati mereka dengan berzikir
kepada Allah (Al-Raad, 28). Bukan merasa gemuruh dan resah.
3. Perbuatan ini lebih hampir kepada riyak serta menunjuk-nunjuk. Jika tidak, apa perlunya
dilaungkan secara kuat dan beramai-ramai. Kepada siapakah laungan Allahu Akbar ditujukan?
Apakah ia bertujuan untuk menguatkan keyakinan bahawa Allah itu Maha Besar atau terdapat
tujuan lain di sebaliknya?
4. Apa yang pasti ia adalah ibadah dalam bentuk gaya baru yang tidak ada contohnya daripada
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, para Sahabat radhiyallahu anhum dan generasi Salaf Al-
Soleh. Bahkan tidak ada seorang pun ulamak muktabar dahulu yang menganjurkannya.
Dalam suatu peristiwa ketika Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersama para Sahabat
dalam perjalanan ke medan perang, mereka bertakbir secara kuat (ketika naik ke tempat tinggi
sebagaimana yang dianjur dalam Sunnah) lalu Baginda bersabda, Wahai manusia, berpadalah
pada diri kamu, sungguh kamu tidak menyeru kepada Tuhan yang pekak mahupun jauh;
sebaliknya kamu berdoa kepada Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat (Bukhari dan
Muslim).
Walaupun dalam keadaan bersemangat menuju ke medan perang beramai-ramai bersama
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam, tetapi Baginda tetap menegur perbuatan mereka
melaungkan takbir secara kuat walaupun ia dilakukan secara berasingan dan secara individu, dan
atas sebab yang syarie. Bagaimana pula sekiranya takbir dilaungkan secara kuat dan keras secara
beramai-ramai tanpa sebarang sebab yang syarie?
Lebih buruk kalau ia dilakukan dalam ceramah politik yang penuh dengan maki hamun
mengajak kepada parti dan kumpulan masing-masing, memecah-belahkan Umat Islam serta
mengajak kepada revolusi menjatuhkan pemerintah Islam. Jelas ia lebih tercela.
5. Kesimpulannya, perbuatan melaungkan Allahu Akbar secara beramai-ramai bercanggah
dengan Syarak dan termasuk dalam larangan Baginda sallallahu alaihi wasallam, Barangsiapa
melakukan suatu amalan yang tidak ada perintahnya daripada kami maka ia adalah tertolak
(Bukhari dan Muslim).
HUKUM KHATAM ALQURAN
Dalam mengkhatamkan al-Quran ini, ada satu kaedah yg dipanggil al-Hal wa al-Murtahil.. Ini
merupakan amalan yg lebih afdhal seperti mana yg dijelaskan oleh Nabi s.a.w. :



Seorang lelaki bertanya : Wahai Rasulullah s.a.w., apakah amalan yg lebih afdhal? Sabda
Baginda s.a.w. : al-Hal wa al-Murtahil. Kata lelaki itu : Apakah itu al-Hal wa al-Murtahil?.
Jawab Nabi s.a.w. : Membaca dari awal al-Quran sehingga akhirnya, dan dari akhirnya hingga
awalnya (HR. at-Tirmidzi)

: : . :
:

Sesetengahnya mengatakan bahawa hadis ini dhaif.. tapi al-Mubarakfuri menyebutkan dalam
Syarah Tirmidzi sebuah hadis yg sama (spt di atas), tapi daripada riwayat ibn Abbas sebagai dalil
bahawa ianya amalan sunat. Dan ia juga merupakan amalan ahli Mekah.


Adalah Nabi s.a.w. apabila membaca membaca sampai surah an-Nas, dibuka kembali dengan al-
Fatihah, kemudian Nabi s.a.w. membaca surah al-Baqarah sampai la ayat ke 5.

ISRAILIYYAT DAN BAHAYANYA TERHADAP ISLAM

Lafaz Israiliyat menurut bahasa Arab adalah lafaz Jamak , dan mufradnya adalah Israiliah. Ia
adalah kisah dan peristiwa yang direkodkan dari sandaran bangsa Israil. Dan dihubungkan
kepada bangsa Israil. Mereka adalah golongan Yahudi dari keturunan Nabi Ya`kob bin Ishak bin
Ibrahim (Bapa 12 Kabilah).
Lafaz Israiliat, walaupun secara zahirnya membawa maksud cerita-cerita yang direkodkan
secara asalnya dari sandaran bangsa Yahudi, para ulama Tafsir dan Hadith juga memberi maksud
yang lebih meluas dan menyeluruh berbanding hanya kisah-kisah Yahudi. Dari Istilah mereka
(ulama Tafsir dan Hadith), perkataan Israiliyat menunjukkan kepada setiap jalan (memahami)
tafsir dan hadith dari lagenda-lagenda lama yang pada asalnya direkodkan dari sandaran bangsa
Yahudi atau Kristian atau selainnya.
Sebahagian ulama Tafsir dan Hadith pula, ada yang memperluaskan lagi maknanya dengan
menyatakan: apa sahaja (cerita) yang dimasukkan oleh musuh-musuh Islam dari kalangan
Yahudi dan selainnya kedalam (pemahaman) Tafsir al-Quran dan Hadith. Ianya adalah berita
yang tiada sumber asal dari sandaran kuno. Ia hanya ciptaan musuh-musuh Islam, mereka
menciptanya dengan niat yang kotor, dan suara hati yang jahat. Lalu mereka masukkan kedalam
(pamahaman) tafsir al-Quran dan Hadith bagi merosakkan akidah (pegangan) umat Islam,.


Dr Mohd Asri Zainal Abidin menyebut dalam buku beliau : (Mengemudi Bahtera Perubahan
Minda) :
Kebanyakan orang Barat jika mereka tidak jelas antara Israiliyyat dengan inti kandungan asal
al-Quran, boleh menyebabkan mereka mengganggap Islam mengandungi ajaran-ajaran yang
bercanggah dengan penemuan sains yang dibuktikan kebenarannya. Maka mereka akan
memandang lekeh kepada Islam, lalu mernolak dan mempertikaikannya. Apa tidaknya, jika
mereka mendengar Ustaz di Malaysia ini yang menyatakan umur dunia ialah 7000 tahun.
Alangkah terperanjatnya mereka kerana para saintis yang mengkaji umur kehidupan di atas muka
bumi menyatakan ia sudah mencapai jutaan tahun. Mereka akan tertanya: inikah Islam yang
bersumberkan wahyu yang sebenar?!! Sedangkan mereka tidak tahu bahawa itu semua adalah
riwayat Israiliyyat. Abu Syahbah menyatakan bahawa riwayat yang menyatakan Nabi melihat
usia dunia berusia 7000 tahun adalah Israiliyat dan dusta, tidak kaitan dengan Islam. (Lihat:
Muhammad Muhammad Abu Syahbah, Al-Sirah al-Nabawiyyah fi Dau al-Quran wa al-Sunnah,
1/14, Damsyik: dar al-Qalam)
Benar seperti kata Dr.Yusuf al-Qaradawi:
Sesungguhnya antara yang mencemarkan warisan ilmu kita, terutamanya di medan tafsir ialah
meresapnya Israiliyyat, dan sukar pula untuk dibersihkan. Katanya juga: Seakan-akan Yahudi
ketika tentera mereka tewas di hadapan dakwah Islam di Madinah, Khaibar dan selainnya, maka
mereka cuba menghadapi Islam dengan senjata yang lain sebagai ganti kepada kekalahan
mereka. Demikian itu ialah senjata peperangan pemikiran. Lalu mereka memasukkan riwayat
israiliyyat yang pelik-pelik. Dalam kecuaian, maka tidak sampai sekejap, lalu israiliyyat telah
mencekik kitab-kitab kaum muslimin. (Al-Qaradawi, Thaqafah al-Da`iyyah, 41, Beirut:
Muassasah al-Risalah).
Nafas baru perlu diberikan kepada penafsiran al-Quran demi generasi baru. Nafas itu
membawa kita kembali kepada wajah Islam yang asli dan tulen.



Penjelasan Hadith Nabi Tentang Israiliyat

Abu Hurairah bercerita:
Bahawa Ahli Kitab (Orang Yahudi) membaca at-Taurat dalam (bahasa) Ibrani dan mereka
menafsirkannya ke dalam (bahasa) Arab kepada umat Islam. Lantas Rasulullah berkata:
Janganlah kamu membenarkan (tafsiran) Ahli Kitab dan jangan pula kamu menyatakan bahawa
mereka berbohong. Dan {Katalah aku beriman dengan apa yang diturunkan kepada kami-al-
Ankabut: 46}
Hadis di atas direkodkan oleh al-Bukhari dalam Kitab Tafsir (4485), Kitab Akhbar Ahad
(7265), dan Kitab Tauhid (7542).
Syeikh Ibnu Uthaimin membahagikan cerita Israiliyyat kepada tiga bahagian:
1. Berita yang disahkan oleh Islam dan disahkan benar. Maka ia adalah benar.

Ini sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari bahawa daripada Ibnu Masud
Telah datang seorang pendita Yahudi kepada Rasulullah s.a.w. dan berkata:
Wahai Muhammad, sesungguhnya kami dapati (dalam kitab kami) bahawa Allah meletakkan
tujuh petala langit atas satu jari, tujuh petala bumi atas satu jari, segala pokok atas satu jari, air an
tanah atas satu jari dan seluruh makhluk atas satu jari lalu berkata, Akulah raja.
Mendengar itu, Nabi tergelak sehingga ternampak gusinya, membenarkan kata-kata pendita itu.
Kemudian Baginda membaca (ayat 67 surah al-Zumar 39 yang bermaksud):
Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya padahal bumi
seluruhnya dalam genggamanNya pada hari kiamat dan langit digulung dengan tangan
kananNya. Maha suci Tuhan dan maha tinggi Dia dari apa yang mereka persekutukan.
[Direkodkan oleh al-Bukhari]

2. Berita yang ditolak oleh Islam dan disahkan bohong. Maka ia adalah Bathil.

Contohnya seperti yang direkodkan oleh al-Bukhari dari Jabir r.a. berkata:
Orang Yahudi mendakwa bahawa (lelaki) apabila menyetubuhi (isterinya) dari arah belakang
(dan menyetubuhi bahagian hadapan), maka anak (yang bakal dilahirkan) akan menjadi juling.
Lantas turunlah ayat:
Isteri-Isteri kamu adalah ladang-ladang kamu, oleh itu datangilah ladang kamu menurut cara
yang kamu sukai-al-Baqarah: 223
[Direkodkan oleh al-Bukhari]

3. Berita yang tidak diiktiraf dan tidak pula ditolak oleh Isla. Maka wajib tawaqquf
(berdiam diri) padanya.

Sepertimana yang direkodkan oleh al-Bukhari . Abu Hurairah bercerita:
Bahawa Ahli Kitab (Orang Yahudi) membaca at-Taurat dalam (bahasa) Ibrani dan mereka
menafsirkannya ke dalam (bahasa) Arab kepada umat Islam. Lantas Rasulullah berkata:
Janganlah kamu membenarkan (tafsiran) Ahli Kitab dan jangan pula kamu menyatakan bahawa
mereka berbohong. Dan {Katalah aku beriman dengan apa yang diturunkan kepada kami-al-
Ankabut: 46}
Kebanyakan kisah Israiliyat tidak mempunyai manfaat kepada agama dan contoh kisah-kisah
tersebut ialah warna anjing ashabul kahfi, dan sebagainya.

Adapun bertanyakan Ahli Kitab terhadap perkara-perkara agama adalah diharamkan.
Sepertimana yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari Jabir bin Abdullah, beliau berkata:
Rasulullah pernah berkata: Janganlah kamu bertanya kepada Ahli Kitab tentang suatu apa
pun, mereka itu tidak akan memberi bimbingan kepadamu, dan sesat. Mereka itu sama ada
membenarkan kebatilan, dan membohongi kebenaran. Seandainya Musa (a.s.) masih hidup
diantara kami (ketika ini), tidak halal baginya melainkan dia akan mengikutiku.
AL QURAN DAN ISU SEMASA
PENDAHULUAN
Islam merupakan agama yang agung dan syumul bukan sahaja membawa peraturan hidup
yang melibatkan di antara makhluk dengan khaliq, bahkan turut membawa syariat bagi menjaga
keharmonian hidup sesama manusia. Ia sesuai dengan sifat agama Islam itu sendiri sebagai satu-
satunya agama yang diterima oleh Allah SWT (Ali Imran : 85). Lantaran itu, jika ditinjau di
dalam al-Quran, terdapat hukum-hukum yang berkaitan dengan jual beli, peperangan, isu-isu
rumahtangga, ekonomi dan sebagainya yang menunjukkan kesyumulan agama Islam. Jelas
diletakkan panduan-panduan khusus dan umum yang melibatkan urusan hidup manusia yang
seterusnya disesuaikan menurut peredaran masa dan zaman. Fiqh atau syariat yang menjadi
peraturan hidup muslim seterusnya menjadi satu peraturan yang hidup dan berkembang bersama-
sama tamadun manusia. Ia diterjemahkan oleh para mujtahid pada setiap generasi supaya
menjadi satu peraturan yang hidup dan bersifat realistik dengan arus kontemporari.
Di antara prinsip yang terpakai di dalam menentukan amalan fiqh semasa ialah konsep
maslahah dan mafsadah. Ia merupakan konsep yang penting di dalam memastikan fiqh dan
syariat Islam dapat diterima dan diamalkan di alam realiti. Seterusnya ia menolak tanggapan
bahawa Islam adalah agama yang kuno dan hanya sesuai di zaman ia diturunkan sahaja. Namun,
walaupun ia telah wujud sejak dari zaman Rasulullah SAW lagi, ia tetap memerlukan metode
pentarjihan tertentu agar tindakan mengutamakan mana-mana posisi tidak tersasar dari kehendak
hukum Syarak yang asal. Sebenarnya pentarjihan maslahah dan mafsadah melibatkan
permasalahan dalam lingkungan semasa dan dalam pelbagai situasi dan kondisi (Ridzwan 2008 :
108). Bagaimanapun penulisan ini hanya akan memberikan fokus kepada konsep mafsadah dan
peranannya dalam menyelesaikan isu-isu semasa.
PENGERTIAN MAFSADAH
Mafsadah berasal dari kalimah fasad iaitu rosak. Di dalam istilah fiqh, ia merujuk kepada
perkara-perkara yang merosakkan salah satu dari maslahah yang utama. Maslahah yang utama
ini juga sering disebut sebagai Dururiyyat al-Khums. Maslahah yang utama tersebut ialah :
1) Al-muhafazah `ala al-din (menjaga/memelihara keselamatan agama). Ia terhasil dengan
menghindarkan timbulnya fitnah dan keselamatan dalam agama serta membasmi dorongan hawa
nafsu dan perbuatan-perbuatan yang mengarah kepada kerusakan secara penuh. Contohnya
hukuman terhadap ahli bidah yang menyebarkan kesesatannya. Ini kerana kegiatan tersebut
akan memberikan kesan kepada fahaman agama orang lain.
2) Al-muhafazah ala al-nafs (menjaga/memelihara keselamatan jiwa). Ia bermaksud jaminan
keselamatan atas hak hidup yang terhormat dan mulia. Termasuk dalam pengertian umum ini
adalah jaminan keselamatan nyawa, anggota badan dan terjaminnya kehormatan kemanusiaan.
Contohnya kewajiban hukuman qisas, karena dengan qisasjiwa-jiwa lain akan diselamatkan dari
pembunuhan.
3) Al-muhafazah ala al-aql (menjaga/memelihara keselamatan akal), iaitu menjamin akal
fikiran dari kerusakan yang menyebabkan tersebarnya masalah sosial di tengah masyarakat serta
merebaknya sampah masyarakat. Contohnya pengharaman arak dan segala sesuatu yang
memabukkan/menghilangkan daya ingatan adalah bertujuan untuk menjamin keselamatan akal.
4) Al-muhafazah ala al-nasl (menjaga/memelihara keselamatan keturunan), ialah jaminan
penerusan keturunan umat manusia agar tetap hidup dan berkembang baik. Contohnya hukuman
terhadap penzina yang bertujuan memelihara kesucian keturunan..
5) Al-muhafazah ala al-mal (menjaga/memelihara keselamatan harta). Ia dilaksanakan melalui
usaha meningkatkan kekayaan seseorang secara profesional melalui cara-cara yang halal, bukan
mendominasi ekonomi secara keseluruhannya dengan cara yang zalim dan curang. Contohnya
melalui pengharaman riba dan rasuah.
Setiap segala sesuatu yang bermaksud dan bertujuan untuk memelihara kelima-lima perkara di
atas (atau turut disebut sebagai maqasid al-syariah), dinamakan maslahah; sedangkan segala
sesuatu yang menghilangkan salah satu dari lima perkara di atas, dinamakan mafsadah, di dalam
masa yang sama menolak/menghilangkan mafsadahberarti maslahah.
STANDARD PENENTUAN MAFSADAH
Pada sudut kefahaman buat maslahah (kebaikan) mahu pun mafsadah (keburukan) dalam
kehidupan seharian sebagai seorang insan dimana-mana pun, pada dasarnya adalah sama atau
hampir sama. Seterusnya ia berubah-ubah mengikut persekitaran, pengetahuan yang dikuasai,
tabiat-tabiat yang sedia ada, penekanan dari satu-satu pihak atau sesuatu perkara, penjelasan atau
pengalaman dari kehidupan yang dilalui dan seterusnya dan yang paling penting ialah
kepatuhannya kepada syariat Islam.
Contohnya, bila memperkatakan apakah maslahah (kebaikan)untuk fizikal atau kesihatan,
tentunya adalah tentang pemakanan yang sihat atau berzat, aktiviti kehidupan seharian yang
sihat, suasana sekitar atau tempat yang diduduki adalah bersih mahupun aman dan seterusnya.
Bila memperkatakan tentang maslahah untuk mental atau jiwa, tentunya adalah tentang mentaliti
yang baik, akhlak yang murni, tingkah-laku yang beradab, pemikiran mereka yang dipersekitaran
kehidupan seharian adalah kalangan mereka yang matang, keadaan dari sekitar atau dari sesuatu
yang tidak menekan dan seterusnya.
Manakala bila memperkatakan mafsadah (keburukan)kepada individu mahupun masyarakat pula
adalah sebaliknya misalnya untuk fizikal, mafsadahnya adalah dari aktiviti kehidupan yang tidak
sihat, pengambilan makanan yang tidak berzat atau mengandungi bahan-bahan pencemaran,
tabiat-tabiat yang tidak baik seperti merokok dan lain-lain, peperangan yang mencacatkan tubuh-
badan dan seterusnya. Manakala mafsadah untuk mental atau jiwa pula seperti dari gejala-gejala
tidak elok samaada keruntuhan moral mahupun pengaruh budaya songsang di persekitaran,
kerosakan akhlak, tekanan dalam kehidupan seharian dan seterusnya.
Secara umumnya, manusia dengan fitrahnya tidak berbeza di dalam menngiktiraf maslahah dan
mafsadah. Apa yang seterusnya membezakan ialah tahap pegangan beragama masing-
masing. Contohnya, loteri adalah suatu perjudian yang membawa mafsadah buat masyarakat,
manakala yang tidak kuat pegangan agamanya mahupun mereka yang tiada beragama,
menganggap loteri itu bukanlah satu mafsadah bahkan satu maslahah untuk menanam harapan
menjadi kaya.
Perbezaan dan penafian tentang apa yang membawa maslahah atau mafsadah yang terjadi
terutama berasal dari pegangan, kebiasaan, pemikiran mahupun kehendak individu atau
masyarakat adalah seterusnya merupakan dataran untuk membina kebudayaan dan cara hidup
berlandaskan di atas kefahaman terhadap sesuatu tersebut.
MENYELESAIKAN PERMASALAHAN DENGAN MENGGUNAKAN PENDEKATAN
PENOLAKAN MAFSADAH JIKA BERLAKU PERTEMBUNGAN DI ANTARA DUA
MAFSADAH
Untuk melihat permasalahan ini secara terperinci, perbahasan berkaitan dengan penentuan
terhadap pertentangan di antara dua mafsadah dapat dilihat sebagaimana berikut :
1. Pertentangan di antara dua mafsadah yang sama kedudukannya
dalam daruriyyah,hajiyyah dan tahsiniyyah.
Dalam keadaan ini mafsadah hendaklah ditolak dan dilenyapkan tanpa diganti dengan mana-
mana mafsadah lain yang setaraf dengannya. Hal ini berdasarkan kaedah fiqh
iaitu sebarang kemudharatan tidak boleh dihilangkan dengan kemudharatan yang setaraf
dengannya.
Contohnya, seseorang itu tidak dibolehkan membunuh orang lain apabila dia dipaksa
melakukannya walaupun demi memelihara nyawanya. Dalam situasi ini hendaklah dia bersabar
terhadap pembunuhan itu jika tidak mampu mempertahankan diri. Ini kerana bersabar ke atas
pembunuhan dirinya adalah lebih ringan mafsadahnya daripada bertindak menjadi pembunuh.
Begitu juga dalam permasalahan untuk menyelamatkan kapal dari tenggelam, tidak boleh
memilih mana-mana anak kapal untuk dibuang ke laut semata-mata untuk
menyelamatkan sebahagian anak kapal yang lain. Ini kerana kesemua mereka adalah sama. Oleh
itu tidak dibolehkan mafsadah digantikan dengan mafsadah yang sama.
1. Pertembungan di antara mafsadah rajihah dengan mafsadah marjuhah.
Apabila berlakunya kontradiksi di antara mafsadah rajihah mafsadah marjuhah maka hendaklah
diutamakan penolakan terhadap mafsadah rajihah. Permasalahannya untuk menilai
penentuan mafsadah rajihah dan mafsadah marjuhah perlukan piawaian tertentu. Kadangkala
pertembungan berlaku di antara kedua mafsadah dalam keadaan yang tidak mampu diraikan
melainkan terpaksa memilih mana-mana mafsadah. Dalam situasi salah satu mafsadah perlu
dikorbankan untuk memilih mana-mana mafsadah maka piawaian berikut perlu diambil kira :
2.1 Mengutamakan penolakan mafsadah yang lebih berat ke atas mafsadah yang ringan. Ini
berdasarkan kaedah-keadah fiqh seperti berikut :
2.1.1 (kemudharatan yang besar dihilangkan dengan
kemudharatan yang lebih ringan) (al-Zarkashi : 2000)
2.1.2 (bila bertembung di antara dua
kemudharatan, ditolak mudharat yang lebih besar dengan melakukan mudharat yang lebih
ringan)
2.1.3 (dipilih yang lebih ringan dari dua mudharat)
Di antara contoh yang dikemukakan oleh sebahagian fukaha dalam kes ini ialah berkaitan
dengan kelayakan sebagai pemimpin negara. Pada asalnya pemimpin bagi umat Islam hendaklah
di kalangan mereka yang terbaik di kalangan umat Islam. Ini supaya pemimpin tersebut ditaati
dalam tindakannya mencapai kemaslahatan dan menolak mafsadah. Walau bagaimanapun ketika
berhadapan dengan ketiadaan calon pemimpin yang terbaik, yang ada hanya dua orang yang
fasiq, maka hendaklah dipilih yang paling kurang fasiqnya. Walaupun keduanya
membawa mafsadah kepada negara namun memilih mafsadah yang ringan diutamakan dari
memilih mafsadah yang berat.
2.2 Utamakan memilih mafsadah kassah untuk menolak mafsadah ammah. Kaedah ini
dilaksanakan berdasarkan kepada kaedah-kaedah seperti berikut :
2.2.1 (Ditanggung kemudaratan khas demi menolak
kemudratan yang umum) (Ibn Nujaym : 1999)
2.2.2 (Menolak kemudaratan umum itu wajib dilakukan
dengan mensabitkan (mengambil) kemudaratan khas) (Al-Husayni : 1350H)
Di antara contoh dalam permasalahan ini ialah pemerintah boleh menegah doktor yang jahil dari
mengubati pesakit demi menolak kemudaratan terkena kepada orang awam akibat kejahilan
tersebut Ini termasuklah mengenakan hukuman yang setimpal terhadap para doktor yang cuai
dalam melakukan tugas kedoktorannya memandangkan kes-kes kecuaian doktor kerap berlaku
sejak akhir-akhir ini. Demikian juga Kerajaan hendaklah bertindak mengawal dengan ketat
semua makmal ujian perubatan sama ada dimiliki oleh pihak kerajaan mahupun swasta yang
menjalankan sesuatu ujian perubatan walaupun tindakan tersebut mendatangkan kesukaran
kepada pihak-pihak yang terlibat.
2.3 Mengutamakan penolakan mafsadah qat
c
iyyah ke atas mafsadah mawhumah. Kaedah ini
sudah jelas di dalam hukum syarak dan merupakan di antara kaedah-kaedah asas yang disepakati
oleh para ulama fiqh. Di antara contoh yang boleh dikaitkan dengan kaedah ini ialah
melaksanakan hukum hudud sekalipun dikhuatiri tidak berlaku keadilan. Sesetengah pihak
mendakwa hukuman Hudud tidak boleh dilaksanakan selagi pelaksanaan hukuman tersebut
masih menimbulkan keraguan terhadap keberkesanannya dalam menegakkan keadilan.
Sebenarnya mafsadah yang hendak ditolak merupakanmafsadah shar
c
iyyah yang bersifat pasti
kerana telah ditunjukkan oleh nass-nass Syarak sedangkan semua tegahan Allah s.w.t.
merupakan mafsadah sama ada bersifat di dunia mahupun di akhirat. Apabila Allah s.w.t.
mengetahui sebahagian dari manusia yang tidak gerun dengan ancaman dan janji buruk yang
diberikanNya maka disyariatkan hukuman Hudud dan Qisas demi menolak mafsadah dan jalan-
jalannya (wasilahnya) Apabila cara tersebut merupakan penyelesaian dari Allah maka semua
muslim wajib meyakininya tanpa berbelah bagi. Manakala keadilan yang dipersoalkan itu hanya
berupa andaian yang tidak berlandaskan fakta yang meyakinkan bahkan satu prejudis dan
provokasi terhadap hukum Islam apabila hukuman konvensional yang terbukti telah gagal
menjelmakan keadilan kepada manusia sehingga kini tidak dihighlightkan. Oleh itu hendaklah
diutamakan penolakan mafsadah qat
c
iyyah (pasti) terhadap mafsadah mawhumah (samar-samar).
2.4 Mengutamakan mafsadah yang disepakati oleh para ulama terhadap penolakannya ke
atas mafsadah yang masih diperdebatkan lagi. Di antara contoh situasi yang boleh dikaitkan
dengan kaedah ini ialah :
2.4.1 Seorang lelaki dipaksa melakukan pembunuhan ataupun dirinya akan dibunuh jika
enggan melakukannya. Dalam situasi ini hendaklah diutamakan kesabaran diri dibunuh dari
bertindak membunuh. Ini kerana tegahan membunuh merupakan mafsadah yang disepakati oleh
para ulama yang membawa kepada haram secara mutlak. Manakala hukum menyerah diri
dibunuh, mafsadah yang masih diperdebatkan di kalangan ulama sama ada diharuskan atau tidak.
2.4.2 Begitu juga pengamalan bay
c
al-
c
inah oleh kebanyakan bank di Malaysia ketika ini
dalam menghadapi kemelut riba yang masih menghantui ekonomi Malaysia. Golongan jumhur
mengharamkan bay
c
al-
c
inah manakala Imam Al-Shafi
c
i mengharuskannya. Demi
mengelak mafasadah riba sebenar yang masih diperkenalkan oleh bank-bank konvensional maka
pengamalan bay
c
al-
c
inah adalah sebahagian dari alternatif untuk mengeluarkan umat Islam dari
kemelut riba ketika ini. Dengan adanya transaksi bay
c
al-
c
inah sebagai alternatif maka menjadi
haram umat Islam terlibat dengan pinjaman konvensional. Oleh itu diutamakan
penolakan mafsadah yang disepakati ke atas mafsadahyang masih diperdebatkan lagi.
2.5 Mengutamakan penolakan mafsadah yang membawa kepada terhapusnya Syariat Islam ke
atas mafsadah lain yang melibatkan kehidupan manusia. Ini kerana mafsadahyang menimpa
sebahagian manusia itu boleh ditangani dengan memperkemaskan penghayatan Syariat Islam
secara global dan bukannya dengan cara mencari jalan menghapuskan mana-mana Syariat Islam
yang asal. Terhapusnya mana-mana Syariat Islam merupakan mafsadah yang paling besar
sedangkan Syariat Islam itu sendiri berdiri berasaskan pencapaian maslahah dan
penolakan mafsadah terhadap manusia. Contohnya isu poligami iaitu apabila hak poligami yang
pada asalnya diberikan Islam kepada lelaki diswastakan (dipindahmilikkan) kepada isteri. Sama
ada sedar atau tidak tindakan mewajibkan persetujuan isteri secara mutlak sebenarnya membawa
kepada terhapusnya salah satu Syariat Islam yang dibenarkan walaupun mereka mendakwa hal
tersebut untuk menghapuskan mafsadah yang ada iaitu suami tidak mampu bertanggungjawab,
tidak memberi keadilan dan sebagainya.
PENUTUP
Menjadi satu tuntutan yang sangat penting bagi setiap individu umat Islam mempelajari atau
sekurang-kurangnya mengetahui konsep mafsadah di dalam menjalani kehidupan sehari-hari.
Walaupun sebahagian mafsadah ini tidak dinyatakan oleh para ulama silam secara terperinci dan
terarah dalam kitab-kitab klasik mereka namun ianya mampu difahami hasil kefahaman terhadap
standard mafsadah dalam pelbagai situasi dan posisi yang merupakan manifestasi dari
kefahaman yang mendalam terhadap ilmu maqasid al-shari
c
ah.
Selain itu maqasid al-shari
c
ah sewajarnya dijadikan salah satu ilmu terpenting sebagaimana
pentingnya ilmu sains dan teknologi masa kini. Kalau ilmu sains dan teknologi bertindak sebagai
pelengkap kepada keperluan hidup manusia yang sentiasa berubah-ubah, ilmu maqasid al-
shari
c
ah pula melalui standard maslahah dan mafsadahyang didukunginya secara terarah dan
berterusan akan melengkapkan lagi keperluan manusia kepada agama dan kehidupan mereka di
dunia.


















RUJUKAN
Al-Quran Al-Karim

Abdul Fattah as-Sayyid `Ajmi al-Mursifi (2001), Hidayah al-qari` ila
Tajwidi Kalam al-Bari, Madinah al-Munawwarah: Dar al-Fajr
al-Islamiyyah.

Abu Mardhiyah. 2004. Tajwid al-Quran aashim ,riwayat hafsh
toriq al-syatibi. Cetakan Kedua. Kuala Lumpur : Al-Jenderaki
Enterprise

Fahad bin abdul Rahman bin Sulaiman ar-Rumi Ustaz Dr.(1420H).
Buhuth fi usul at-tafsir wa manahijuhu. Riyadh: Maktabah
at-Taubah (cet.5)

Muhammad Abdul Azim al-Zarqani. (2001). Manahil al-irfan fi ulum
al-quran. Beirut: Al-Maktabah Al-Asriyyah.

Anda mungkin juga menyukai