Anda di halaman 1dari 3

Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa / Kejadian Tajuk Jurnal

: Ke-2 : Kedua : 1 Julai 2012 5 Julai 2012 : Bahan Bantu Mengajar

1. Masalah / Peristiwa Penggunaan bahan bantu mengajar yang tidak tahan lama dan mudah rosak terutamanya ketika murid-murid tidak berhati-hati menggunakannya dalam aktiviti permainan. Tiada ruang penyimpanan bahan bantu mengajar yang telah digunakan menyebabkan saya mengalami kesukaran untuk menyimpan bahan tersebut dengan selamat dan terpaksa membawanya balik ke rumah. Tiada peruntukan kad manila dan sebagainya oleh pihak sekolah

menyebabkan saya mengalami masalah dalam penghasilan bahan bantu mengajar yang berkualiti dan baik.

2. Analisis Jenis bahan yang digunakan tidak tahan lama dan mudah rosak. Selain itu, murid-murid tidak diberi peringatan agar menggunakan sesuatu bahan dengan cermat. Malah, ruang penyimpanan bahan bantu mengajar yang tidak tersusun.

3. Cadangan Tindakan Susulan

1)

Membeli bahan yang berkualiti agar bahan bantu mengajar yang digunakan tahan lama dan boleh digunakan kembali pada masa akan datang

2)

Mengemas stor penyimpanan bahan bantu mengajar subjek Pendidikan Seni Visual

3)

Mengubah bahan bantu sedia ada mengikut kesesuaian yang topik yang hendak diajar pada hari tersebut.

4. Tempoh Masa dan Keberkesanan Tindakan Susulan Masalah perlu diatasi dengan secepat mungkin dan perlu diambil tindakan segera dengan mengubah bahan bantu mengajar mengikut topik di dalam rancangan pengajaran harian. Cara saya menilai kejayaan tindakan yang dilakukan adalah apabila murid dapat memahami apa yang disampaikan oleh saya semasa mengajar dengan menggunakan bahan bantu mengajar tersebut. Selain itu, saya meminta pandangan dan nasihat daripada rakan-rakan dan guru pembimbing dalam penghasilan sesuatu bahan bantu mengajar yang mantap. Tindakan yang dapat saya lakukan pula adalah dengan menggunakan kembali bahan bantu mengajar yang telah digunakan dalam sesi pengajaran lalu dengan mengubahnya kepada bahan bantu mengajar yang baharu mengikut kreativiti yang ada. Malah saya juga telah berkongsi dengan rakan yang lain untuk membeli bahan yang berkualiti agar dapat menghasilkan bahan bantu mengajar yang tahan lama.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disemak oleh Guru Pensyarah Penyelia

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Tandatangan : Nama Tarikh : :

Anda mungkin juga menyukai