Anda di halaman 1dari 4

Contoh kertas kerja PKBP KERTAS KERJA PERANCANGAN AKTIVITI HAL EHWAL MURID DAN KOKURIKULUM PROGRAM PENDIDIKAN

KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN SMK DEMAK BARU 2009

1.0 PENDAHULUAN Kertas kerja ini bertujuan untuk memohon peruntukan kewangan dari Jabatan Pelajaran Unit Pendidikan Khas bagi melakasanakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang untuk 2010 bagi Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran SMK Demak Baru. 2.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF 2.1 Memantapkan lagi matlamat kokurikulum iaitu,mewujudkan minat serta meningkatkan keupayaan murid PKBP bagi menceburi bidang sukan dan permainan dari peringkat sekolah sehinggalah meninggalkan alam persekolahan. 2.2 Memberi suntikan motivasi yang konsisten kepada murid PKBP supaya mereka terus mantap dalam bidang sukan dan permainan. 2.3 Menyedarkan murid-murid PKBP tentang kepentingan amalkan gaya hidup yang sihat dengan aktiviti yang dirancangkan. 2.4 Explotasi kemahiran-kemahiran teknikal dan taktikal sukan. 2.5 Memantapkan interaksi sosial. 2.6 Melahirkan murid PKBP yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial. 2.7 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang disediakan. 2.8 Berusaha menerapkan nilai-nilai murni melalui pelbagai aktiviti yang di rancang oleh PKBP. 2.9 Meningkatkan keceriaan bilik darjah dan persekitaran. 3.0 TARIKH DAN TEMPOH PERLAKSANAAN 3.1 Tarikh akan ditentukan sepanjang tahun 2010 3.2 Masa perlaksanaan merangkumi sehari, 3 hari 2 malam (bergantung kepada aktiviti yang akan dijalankan). 4.0 KUMPULAN SASARAN

4.1 Murid-murid PKBP SMK Demak Baru

5.0 PROGRAM YANG AKAN DIJALANKAN 5.1 Perkhemahan (Program Bina Insan ) PKBP 5.2 Sukaneka 5.3 Lawatan Sambil Belajar 5.4 Aktiviti Kebudayaan (nasyid,kompang,tarian,nyayian) 5.6 Sambutan Bulan Patriotisme 5.7 Ceramah Kesihatan 5.8 Projek Keceriaan (persekitaran kelas dan bilik darjah) 5.8 Pertandingan Bocce 5.9 Pertandingan Futsal dan Bola Jaring 5.10 Aktiviti Pakaian Beragam 5.11 Anugerah Student Of The Month 5.12 Projek Kraftangan 5.13 Aktiviti Kelab Keceriaan 6.0 PERALATAN YANG DIPERLUKAN DAN ANGGARAN KOS

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM) 1. Baju Tarian 12 orang x RM100 RM 1200.00 2. Aksesori Tarian RM 1000.00 3. Kompang 12 x RM 130 4. Khemah 10 x RM 300 5. Bola Bocce 6. Mounting Board 7. Getah Paip 8. Bola Jaring 9. Bola Futsal

10. Batten 11. Peti Kecemasan 12. Kasut Bola 13. Manila Kad 14. HI FI set 15. Kertas Fotostat 16. Corum 17. Tiang Gol Mini Bola Sepak 18. Pelaka 2 x RM 250 19. Berus Cat 20. Punch Berbentuk 5 x RM 35

BIL PERKARA KUANTITI JUMLAH (RM) 21. CD Tradisional 1 set x RM300 22. Selindang 12 x RM20 23. Gong 1 x RM 600 24. CD Nyayian 1 x RM 300 25. Set Karaoke 1 x RM 2000 26. Pakaian Sembahyang 10 x RM 60 27. Sejadah 10 x RM 30 28. CD Nasyid 2 x RM 30 29. Bunga Tiruan RM 500.00 30. Alatan Asas Solekan 1 x RM 100 31. Gerudi Elektrik 1 x RM 1500 32. Gunting Pemangkas Pokok 5 x RM 30 33. Tukul Besi 8 x RM 25 34. Ketam Elektrik 1 x RM 1000 35. Pemutar Skru Mata Rata 10 x RM 10 36. Pemutar Skru Mata Philip 10 x RM 10 37. Gergaji Kayu Kecil 10 x RM 5 38. Buku Cerita 10 set x RM 100 39 Magnetik Dart Set 1 set x RM 120 JUMLAH

6.0 PENUTUP Semoga dengan adanya aktiviti aktiviti yang akan dilangsungkan nanti dapat membolehkan murid dan guru PKBP menjalankan aktiviti dengan sebaiknya.Oleh itu, besarlah harapan kami agar pihak di Unit Pendidikan Khas mempertimbangkan dan meluluskan permohonan peruntukan seperti yang dinyatakan dalam kertas kerja ini.

Disediakan oleh,

(NORZITA MOHAMED) Setiausaha HEM PKBP SMK Demak Baru

Anda mungkin juga menyukai