Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI KENDIRI

Tugasan Pendidikan Sirah Sekolah Rendah ( PIM 3106 ) yang diberikan kepada saya banyak memberi cabaran, manfaat dan ilmu untuk saya lebih memahami segala teori yang dikehendaki melalui kajian dan pencarian bahan ilmu untuk menyiapkan tugasan ini.Banyak pengalaman dan ilmu bahan dan juga rujukan. Sememangnya tugasan ini memberi cabaran yang agak sukar bagi saya kerana faktor kekangan masa, ini kerana sebagai seorang guru, saya perlu melaksanakan tugas sebagai pendidik di sekolah dari jam 7 pagi sehingga jam 5 petang melibatkan aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum,ini tidak termasuk tugasan memeriksa buku kerja murid dan juga soalan peperiksaan. Sebagai seorang suami dan ayah pula, tugasan di rumah menanti pula bila tiba di rumah, kewajipan seorang ayah dan suami tidak boleh diabaikan, begitu juga kewajipan sebagai seorang anggota masyarakat. Semua kewajipan ini saya kena tunaikan menyebabkan saya mempunyai masa yang amat terhad untuk menyiapkan semua tugasan terutamanya melibatkan tugasan baru dapat saya temui semasa mencari

berkumpulan, ini kerana semua anggota kumpulan tinggal berjauhan dan mempunyai masalah yang sama. Semoga pengalaman yang saya perolehi ini baik dalam penambahan ilmu

pengetahuan dan juga pengalaman bekerja dengan kekangan masa, banyak memberi manfaat untuk diri saya. Semoga tugasan ini mampu memberi impak kepada semua pihak terutamanya diri saya dalam menjayakan hasrat kerajaan untuk memajukan Malaysia dengan modal insan yang berilmu, beriman dan bertakwa. InsyaallahAmin.

Anda mungkin juga menyukai