Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI UMUM

Pada umumnya pengalaman 3 bulan pertama di sekolah adalah sangat-sangatberharga dan penting
dalam pengadaptasian guru dengan budaya sekolah danPengajaran & Pembelajaran (P&P) subjek yang
ditugaskan. Program PembangunanGuru Baharu adalah satu inisiatif yang saya kira amat bagus dan
melambangkankeprihatian Kementerian Pelajaran Malaysia dan semua pegawai dari peringkatpusat, ke
Pejabat Pendidikan Daerah dan dari sekolah sendiri
Pementoran amat berkesan bagi saya kerana merasakan adanya figure untuk saya
merujuk apa sahaja kekusutan dan masalah yang saya hadapi selama sayamenyesuaikan diri kerana
sememangnya sebagai guru baharu, segalanya adalahbaru bagi saya. Pengalaman semasa Rancangan
Orientasi Sekolah dan Praktikum 3bulan semasa KPLI adalah sangat terhad dan tidak merangkumi segala
yang guruharus laksanakan secara realitinya di sekolah. Dengan adanya mentor, saya tidakakan merasa
malu untuk bertanya kerana mentor sememangnya sedar akanketerbatasan saya
Bimbingan dan tunjuk ajar yang berterusan akan memastikan guru berkualiti dapatdihasilkan dan
membendung apa-apa masalah adaptasi yang seringkali dihadapiguru baru. Sememangnya mencegah
adalah lebih baik dan lebih mudah daripadamerawat
Sepanjang fasa orientasi, saya merasakan bahawa saya telah mendapatpengalaman yang sangat
berharga dan saya bersedia menjadi guru untuk jangkamasa yang lebih lama. Tugas sebagai guru
dirasakan amat sesuai bagi saya yangberjiwa keibuan dan mengutamakan keluarga. Pelajar harus
dianggap seperti anaksendiri supaya didikan dapat dialirkan dengan ikhlas dan berkesan
Selain P&P, saya menyedari tugas guru lebih besar dan banyak dari berada didalam kelas. Kita harus
sentiasa bersedia memikul pengurusan sekolah secarabekerjasama kerana kejayaan sesuatau sekolah
adalah hasil usahasama semuapihak, bukan hanya pengetua, atau sesetengah guru, atau pelajar sahaja.
Semuaguru memikul tanggungjawab ini dah harus ikhlas dalam melaksanakan semuatugas yang tidak
terbatas kepada P&P sahaja. Ini juga memberi pendedahan kepadasaya tentang pengurusan organisasi
yang cemerlang

KEKUATAN / KELEMAHAN / KEKANGAN / HALANGAN / ISU BERBANGKIT


Saya merasakan maklumat yang disampaikan tidak selaras dan agak keliru apasebenarnya yang harus
saya lakukan, contohnya folio ini, pada awalnya sayaberkefahaman ianya adalah untuk tempoh setahun.
Tetapi saya agak terkejutapabila diarahkan menghantar sebelum cukup tempoh 3 bulan kami
ditempatkan disekolah. Tetapi tidak dinafikan taklimat bersama mentor tempoh hari sangat bergunadan
padat dengan informasi. Cuma mungkin ada sedikit aspek tentang pengurusanmaklumat kepada pihak
sekolah perlu diselaraskan dengan lebih baik
Dari segi kekangan, sebagai guru, banyak tugasan sedia ada selain menyiapkantugasan PPGB ini. Jadi
guru mungkin agak tertekan dari segi priority kerja keranasemuanya harus dilaksanakan secepat

mungkin. Waktu P&P sudah memenuhiwaktu persekolahan/kerja guru jadi masa untuk membuat
tugasan lain agak terhad.Tetapi tidak dinafikan segalanya sangat mampu dilakukan oleh guru cuma
mungkintekanan akan timbu

CADANGAN
Saya mengharapkan template laporan disediakan dengan lebih informasi tentangapa yang diingini oleh
pihak pengurusan PPGB kerana saya sendiri sedikit keliruapa yang saya harus tuliskan diruangan
Bidang/Aspek.Pada keseluruhannya, Program Pembangunan Guru Baharu ini amat bermakna bagisaya
kerana saya mendapat perhatian mentor dan pihak pengurusan sekolah sertaPPD dan membantu saya
dalam menyesuaikan diri dengan budaya danpersekitaran sekolah

Anda mungkin juga menyukai