Anda di halaman 1dari 5

TGFU PENGENALAN TEACHING GAMES FOR UNDERSTANDING (TGFU) Pendekatan TGFU yang diperkenalkan oleh Bunker dan Thorpe

(1982)memfokuskan perbezaan terhadap pengajaran permainan daripada cara tradisional yang menekankan kepada technical know-how kepada pendekatan

pengajaran secara taktikal yang bercirikan kepada persoalan APA dan KENAPA. Model Bunker dan Thorpe (1982) ini boleh diaplikasikan kepada empat kategori permainan iaitu sasaran ,jaring, dan dinding, memandang dan menyerang. Semua permainan dalam kategori ini mempunyai konsep dan berkongsi masalah taktikal yang perlu diselesaikan dan menggalakkan pemindahan pemahaman taktikal merentas permainan. Tujuan TGFU ialah meningkatkan kefahaman murid dalam pendidikan jasmani supaya dapat melahirkan murid y ang aktif dan mahir dalam bidang sukan terutamanya permainan yang melibatkan kemahiran dan taktikal tertentu. Melalui kaedah TGFU dapat menambahkan ilmu kefahaman mengenai cara untuk menguasai sesuatu permainan contohnya bola baling. Pada mulanya guru akan menggunakan bahan yang lain untuk menggantikan alat permainan. Setelah mereka menguasai kemahiran dengan sepenuhnya mereka akan diberi alat permainan yang digunakan dalam pertandingan yang sebenar. Selain itu, TGFU dapat melatih pelajar supaya menjadi lebih berkemahiran dalam setiap permainan sukan. Pelajar dapat dilatih dengan teknik yang betul melalui konsep TGFU. Teknik dan peraturan sesuatu permainan sukan akan didedahkan kepada pelajar secara amali dan teori supaya mencapai tahap kefahaman yang maxima. Model TGFU yang akan digunakan oleh para guru bagi mencapai tujuan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran subjek Pendidikan Jasmani.

Permainan Murid perlu diberikan pendedahan awal mengenai cara dan teknik dalam sesuatu permainan supaya mereka memahami konsep tersebut dan mempunyai gambaran awal sebelum permainan itu mula dimainkan. Mereka dimulakan dengan permainan bersaiz kecil. Apresiasi Permainan Murid-murid perlu memahami peraturan dan konsep permainan walaupun permainan itu adalah mudah dimainkan. Hal ini demikian adalah untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dan kecederaan berlaku semasa permainan dijalankan. Selain itu, apresiasi permainan dapat meningkatkan peluang dalam sasaran dan mendapat markah yang maksima. Kesedaran taktikal Peraturan mesti dikuasai sepenuhnya bagi menangani masalah taktikal sesuatu permainan. Contohnya permainan bola baling ,antara masalah taktikal nya ialah bagaimana melontar bola dengan cara yang betul agar kumpulan pemain yang menyerang tidak berjaya mendapat bola daripada kumpulan bertahan. Masalah taktikal perlu diperbaiki jika berlaku semasa permainan. Pembetulan perlu dilakukan segera agar pelajar mampu mempelajari cara bermain dalam masa yang cepat. Membuat keputusan yang bersesuaian Dalam proses membuat keputusan, minda mereka akan mengeluarkan persoalan iaitu apa yang perlu saya lakukan dan bagaimana ia dilakukan dengan sempurna. Setelah memahami segala masalah taktikal dan pelajar mampu membuat keputusan yang sesuai untuk mencapai sasarannya. Murid-murid digalakkan membuat

keputusan sendiri dalam sesuatu permainan agar dapat memperkembangkan potensi dan bakat mereka.

Melaksanakan Kemahiran Setelah murid-murid menguasai segala teori dan kemahiran. Mereka akan melaksanakan kemahiran dengan berterusan. Contohnya bola baling , murid -murid akan berlatih secara berkadar untuk sasaran gol. Mereka telah didedahkan dengan kemahiran membaling dan cara gol. Oleh itu, latihan kemahiran perlu dilaksanakan oleh para murid Persembahan /Prestasi Prestasi murid-murid akan dipantau oleh guru dan dinilai serta dikritik mengikut kriteria agar dapat memantapkan kemahiran mereka dalam sesuatu permainan. Daripada persembahan mereka , guru dapat mengklasifikasikan tahap murid mereka. Antara cemerlang , baik, sederhana dan memuaskan. Dari persembahan mereka , guru dapat mengetahui kelemahan murid -murid dan cara membaiki muridmuridnya. Dalam teaching games for understanding , guru dapat memberi tunjuk ajar kepada pelajar agar mereka dapat membentuk permainan sendiri dengan mengambil contoh permainan sukan yang pernah dimainkan oleh mereka. Dengan adanya rekaan permainan baru , murid dapat mengetahui pentingnya peraturan dalam sesuatu permainan dan tujuan mereka main permainan tersebut. Selain itu, mereka dapat melibatkan diri dalam proses pembelajaran sesuatu permainan dan saling bertukar-tukar idea dengan rakan-rakan mereka. Secara tidak langsung semangat kerjasama antara satu sama lain dapat dipupuk dan mereka berupaya membentangkan perkembangan permainan mereka seterusnya dapat mengajar rakan-rakan dan para guru dengan adanya kemahiran yang telah dipelajari Modifikasi permainan dapat meningkatkan kemahiran dan teknik para murid dalam sesuatu permainan sukan terutamanya kepada pelajar yang tidak mempunyai pengalaman. 1.Penggunaan peralatan yang sesuai untuk murid -murid tahap satu: - objek ringan, lembut dan kecil.

2.Mengurangkan keupayaan sasaran bagi sesuatu permainan kurangkan ketinggian net/jaring.

3.Pembelajaran yang selamat dan tapak permainan yang kondusif dengan permainan sukan-menggunakan pakaian keselamatan seperti topi keledar, sarung tangan. 4.Memberikan peluang yang maksima dalam elemen teknikal kurangkan bilangan pemain. 5. Meningkatkan tahap perkembangan melalui penyelesaian masalah taktikal kurangkan body contact dan pemeriksaan peralatan agar memanjangkan masa untuk membuat keputusan yang sesuai. 6.Meningkatkan peluang kerjasama dalam satu kumpulan -memberi masa yang secukupnya ketika masa rehat kepada pemain untuk berbincang penyelesaian taktikal. 7.Memberi peluang kepada pelatih dalam kemenangan dan mencapai jaringan/goalmemberi peluang untuk skor. 8.Memberi semangat kepada pelatih- mengecilkan ruang permainan. 9.Memantapkan permainan-kurangkan pemain dalam permainan sasaran dan permainan memadang. 10.Kurangkan dominasi pemain yang berkeupayaan -semua pelatih berpeluang bermain dalam satu permainan. 11.Kurangkan dominasi permainan dalam aspek tertentu- kawalan dalam jenis atau bilangan serves. 12.Memastikan pelatih memahami keseluruhan permainan - memberi peluang kepada semua pelatih untuk mencuba setiap peranan atau rol dalam satu permainan.

ASPEK KESELAMATAN Sebelum para pelajar diminta untuk memainkan sebarang permainan, terlebih dahulu kita haruslah memastikan aspek keselamatan dititikberatkan sama ada sebelum, semasa dan selepas permainan supaya selamat untuk dijalankan. Sebelum permainan dijalankan: Para pelajar mestilah memakai pakaian yang sesuai. Pastikan kawasan itu selamat untuk menjalankan sebarang aktiviti Periksa peralatan terlebih dahulu sebelum dibawa ke padang. Semasa permainan: Kawalan kelas mestilah dititikberatkan bagi memastikan semua pelajar berada di padang ketika aktiviti dijalankan Melakukan aktiviti memanaskan badan (warming up) bagi meregangkan otototot. Pastikan ketika aktiviti hendak dijalankan, cuaca mestilah berkeadaan baik. Guru-guru diingatkan supaya mengajar murid-murid tentang kemahiran asas terlebih dahulu sebelum beralih kepada permainan sebenar. Selepas permainan: Murid -murid hendaklah melakukan aktiviti menyejukkan badan(cooling down) selepas melakukan sebarang aktiviti bagi memastikan tidak berlakunya sebarang kecederaan. Pastikan peralatan yang digunakan disimpan semula dengan rapi di stor sukan Kira kembali bilangan pelajar sama ada mencukupi atau tidak.Ini bertujuan untuk memastikan sebarang kecemasan yang berlaku dapat dikenal pasti

Anda mungkin juga menyukai