Anda di halaman 1dari 19

Bab 8 : Perkembangan Profesional Guru

Putri Balkish Nurul Amirah Noratiqah Nor Faridah

SOALAN OBJEKTIF

SOALAN 1
Berikan maksud pembelajaran sepanjang hayat
A. Motivasi kendiri ke arah pencarian dan peningkatan ilmu mengikut kehendak pentadbiran. B. Trend pembelajaran masa kini. C. Motivasi kendiri ke arah pencarian dan peningkatan ilmu secara sukarela berdasarkan personal mahupun profesional. D. Menghadiri seminar dan bengkel menyertai kursuskursus pendek dan kursus panjang, terlibat dalam konsultasi, budaya membaca dan menjalankan peyelidikan.

SOALAN 2
Pilih tokoh-tokoh dalam bidang penyelidikan dibawah, kecuali A. Zaba B. Profesor Tan Sri Dr Awang Salleh C. Tan Sri Dr Wan Zahid D. Dr Hashim bin Deraman

SOALAN 3
Pembelajaran di rumah adalah salah satu pelan pembelajaran perbadi. Berikut merupakan cara pembelajaran di rumah, kecuali A. Dikendalikan oleh ibu bapa atau tutor. B. Pembelajaran secara talian atau online. C. Pembelajaran tanpa modul khas di rumah D. Pembelajaran dengan cara bersemuka dengan pensyarah melalui panggilan video dan email.

SOALAN 4
Sebagai pembelajaran yang tidak formal. Ianya boleh berlaku dengan pengawasan sesuatu pihak yang menyediakan kurikulum yang telah diluluskan. Contoh Online Learning Pernyataan di atas merujuk kepada pembelajaran..
A. Pendidikan dewasa B. Pendidikan berterusan C. Pembelajaran di rumah D. Pembelajaran kendiri

SOALAN 5
Berikut adalah kepentingan penyelidikan pendidikan, KECUALI?
A.Menambah baik amalan P&P kendiri guru atau pendidik. B.Memfokus pada suatu kajian yang spesifik yang perlu diberi perhatian. C. Menggalakkan budaya kolaborasi dengan pihak lain. Selain percambahan ilmu dalam bidang-bidang tertentu. D. Mengubah satu sistem pendidikan dalam Negara.

SOALAN 6
Berikut adalah ciri-ciri pembelajaran autentik menurut Reeves,Horington dan Oliver(2002),kecuali:
A. Aktiviti pembelajaran berasaskan keadaan sebenar B. Siapkan tugasan melalui aktiviti kenalpasti, teliti tugasan & menginterprestasikannya secara terbuka C. Pelajar berpeluang memeriksa & mengkaji tugasan dlm jangka masa tertentu. D. Menekankan pembelajaran teoritikal dan tidak berorientasikan kehidupan seharian.

SOALAN STRUKTUR

SOALAN 1
Nyatakan 4 panduan budaya membaca yang boleh diamalkan.
i. Peruntukkan masa sekurang-kurangnya 10 minit pada setiap hari untuk membaca . ii. Bawa buku ke mana-mana sahaja anda pergi. iii. Kurangkan aktiviti lain yang sia-sia dan isikan masa dengan aktiviti membaca. iv. Dapatkan suatu ruang yag sunyi dan tidak diganggu ketika membaca v. Kunjungi pameran buku dan kedai untuk memupuk minat membaca.

SOALAN 2 Apakah kepentingan amalan reflektif dalam bidang keguruan.


i. Guru pelatih dapat dibantu dalam pelaksanaan p&p berkesan melalui refleksi. ii. Sebagai pembelajaran kendiri. iii. Untuk mengimbangi antara pengalaman dengan kejayaan golongan terdahulu iv. Untuk meningkatkan profesionalisme melalui imbasan p&p yang telah dilaksanakan

SOALAN 3 Jelaskan maksud i. Kolaborasi : ii. Musyawarah :

i. Kolaborasi : ~ bekerja dengan orang lain dalam projek bersama yang mempunyai matlamat yang sama hendak dicapai.
ii. Musyawarah : ~ rundingan yang berlangsung dan mencapai kata sepakat atau persetujuan terhadap sesuatu tindakan yang di ambil.

SOALAN 4 Jelaskan tujuan latihan dalam perkhidmatan (LDP)


i. Menyediakan peluang-peluang kepada guru untuk memperbaharui dan menambah pengetahuan. ii. Membaiki kecekapan mereka dan membawa anjakan paradigma ke dalam diri mereka terhadap isu-isu pendidikan. iii. Menjadikan guru celik TMK.

ESEI

SOALAN 1
Perkembangan dalam dunia pendidikan menuntut setiap guru meningkatkan ilmu dan kemahiran mereka sejajar dengan tuntutan semasa. Maka, Pembelajaran Sepanjang Hayat adalah suatu amalan yang sangat tepat dan para guru perlu mengamalkannya dalam kehidupan mereka. Pembelajaran Sepanjang Hayat memerlukan guruguru bersiap sedia dengan pelan pembelajaran peribadi. Nyatakan dan huraikan tentang pelan pembelajaran peribadi yang anda fahami.

SOALAN 2
Pada tahun 1988, mantan Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr Mahathir bin Mohamed telah melancarkan Tahun Pembaca yang bertemakan Membaca Jambatan Ilmu. Bagi memastikan guru-guru mampu menguruskan masa dengan tidak mengabaikan amalan membaca, beberapa panduan telah dikeluarkan. Nyatakan panduan-panduan tersebut.

SOALAN 3
Dalam pendidikan guru, pengurusan portfolio menjadi suatu alat untuk menggalakkan pelajar menjana pengetahuan dan kemahiran serta merangsang pemikiran mereka terhadap tugas mereka dalam pengajaran. Dengan menggunakan reka bentuk yang diadaptasi daripada Model Penaakulan Pedagodi dan Tindakan Shulman (1987), Pengurusan Portfolio pelajar memberikan kesan terhadap perubahan dalam tindakan pelajar. Jelaskan tentang model ini dengan lebih terperinci.

SOALAN 4
Kursus Dalaman Perkhidmatan (KDP) merupakan kursus yang dibentuk dan disediakan kepada guruguru dalam perkhidmatan adalah berbeza-beza dari masa ke semasa. Ianya bergantung kepada keperluan semasa dan tuntutan terhadap sistem pendidikan Negara. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menggunakan KDP sebagai salah satu mekanisme utamanya dalam menyampaikan dan memenuhi aspirasi KPM. Bincangkan objektif pelaksanaan KDP.

Anda mungkin juga menyukai