Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN AKHIR

Saya telah ditugaskan untuk menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Kolapis, Beluran. Saya berada di sekolah tersebut selama lima hari bermula pada 5 Mac 2012 dan berkahir pada 9 Mac 2012. Saya amat bersyukur kerana berjaya menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya. Seperti biasa, setiap hari saya datang ke sekolah sebelum perhimpunan bermula. SK Kolapis mengadakan perhimpunan bersama pelajar setiap hari. Semasa menghadiri perhimpunan pada hari pertama, saya telah berkenalan dengan guru-guru di sekolah tersebut. Guru pertama yang banyak membantu saya pada hari pertama di sekolah itu adalah Puan Predah binti Hj Abd. Rahman yang merupakan selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar. Guru Besar yang sepatutnya saya jumpa pada hari pertama untuk menyerahkan surat kebenaran melaksanakan PBS dan boring penilaian pelajar, tidak dapat hadir ke sekolah atas faktor kesihatan. Hari pertama saya berada di sekolah tersebut, saya bermula dengan mengambil gambar-gambar sekolah. Disebabkan hanya saya satu-satunya guru pelatih yang berada di situ, saya lebih banyak menghabiskan masa bersama guruguru dan membuat tugasan yang diberikan oleh pensyarah pada waktu lapang. Saya pulang ke rumha pada pukul 1.30 tengah hari. Hasil daripada PBS yang saya buat di sekolah tersebut telah memberi pengalaman kepada saya dalam menyedia dan membiasakan diri dengan suasana sekolah yang sebenar. Saya juga berpeluang untuk berinteraksi bersama muridmurid sebagai seorang guru di sekolah. Walapun agak baru di sekolah, muridmuridnya memberi layanan yang sewajarnya kepada saya dengan menghormati saya sebagai seorang yang lebih tua daripada mereka seperti mana mereka menghormati guru-guru lain di sekolah tersebut. Walaupun keluasan sekolahnya yang agak kecil, namun sekolah tersebut mencapai salah sebuah sekolah yang mempunyai Gred A. Walau bagaimanapun, saya amat tersentuh melihat keadaan sekolah yang masih banyak kekurangan di mana sekolah tersebut tidak dapat menyediakan kemudahan-kemudahan dan

prasarana-prasarana seperti makmal sains, makmal komputer yang rosak, padang sekolah yang tidak dapat digunakan jika hari hujan dan tidak mempunyai dewan. Namun, guru-guru di sekolah tersebut berusana dalam menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif kepada murid-murid. Saya juga melihat guru-guru bertungkus-lumus bagi menyediakan Bahan Bantu Mengajar kepada murid-murid sebelum masuk ke kelas. Secara keseluruhan, antara kelebihan yang saya dapati sepanjang menjalani PBS ini, saya dapat bekerjasama dengan guru-guru di sekolah dalam mendapatkan maklumat serta menyiapkan tugasan saya. Dalam tugasan ini, saya diminta untuk menemu bual pihak-pihak pengurusan sekolah yang terdiri daripada Guru Besar, Penolong Kanan, Guru Panitia dan Guru Kelas tentang peranan mereka dalam membantu perkembangan murid-murid di sekolah tersebut. Di samping itu, saya juga perlu mendapatkan maklumat asas sekolah seperti kemudahan-kemudahan yang sedia ada di sekolah. Secara tidak langsung, saya juga dapat mengenal pasti kelebihan dan kekurangan sekolah tersebut dalam menjalankan peranan mereka dalam membantu perkembangan kanak-kanak di sekolah itu. Kekurang yang saya dapati daripada PBS ini adalah, pada hari pertama saya agak kabur tentang fokus dan tugasan yang ingin saya capai memandang itu merupakan pengalaman pertama saya berada di sekolah. Pada hari pertama juga, saya kurang berinteraksi dengan warga sekolah kerana masih kekok dengan suasana sekolah. Namun, setelah beberapa hari di sekolah tersebut, akhirnya saya dapat membiasakan diri. Oleh itu, secara keseluruhannya, saya telah mendapat banyak pengalaman sepanjang menjalani PBS ini. Selain itu, saya juga dapat merasakan dan memahami sekolah peranan guru di dalam bilik darjah serta sistem pengurusan sekolah, tingkah laku murid, pengurusan bilik darjah dan tugas sebenar seorang guru. Cabaran yang saya hadapi sepanjang PBS ini akan saya jadikan panduan dan pedoman untuk menjalani PBS yang akan datang.

Anda mungkin juga menyukai