Anda di halaman 1dari 11

Pengenalan

Tingkah laku disruptif ialah tingkah laku yang membahayakan diri tetapi juga membahayakan pelajar lain, kerana pelajar yang hiperaktif sering bertindak tanpa memikir akibatnya. Contohnya seperti berikut: Hiperaktif kelakuan atau bertingkah laku yang tersangat agresif Kelakuan nakal suka menggangu kawan-kawan, membuli atau menyakat kawan-kawan sekelas. Bising menganggu ketenteraman bilik darjah, banyak bercakap . Bergerak sesuka hati suka keluar masuk kelas tanpa kebenaran, berjalan-jalan di dalam kelas semasa sesi

pembelajaran berlaku, melakukan aktiviti yang disukai bila-bila masa. Ketawa kuat ketawa dengan suara yang nyaring dan kuat tanpa menghiraukan orang yang berada di sekelilingnya Agresif secara lisan / fizikal menggunakan kata-kata kasar, lucah, kurang ajar, tidak sopan

TEKNIK-TEKNIK MODIFIKASI TINGKAH LAKU

Masalah tingkah laku adalah sebagai perlakuan yang di manifestasikan secara konsisten dalam satu jangka masa yang lama yang mana ianya akan memberikan kesan buruk dalam perkembangan pembelajaran murid dan ini boleh menghalang mereka terlibat secara aktif di dalam atau di luar bilik darjah.Modifikasi tingkah laku ialah suatu pendekatan yang sistematik untuk mengubah tingkah laku melalui aplikasi prinsip-prinsip pelaziman. Guru boleh menggunakan banyak teknik-teknik untuk memodifikasikan tingkah laku muridmuridnya. Menurut Dr. Ragbir Kaur, guru-guru perlu menggunakan satu sistem pengurusan tingkah laku bermasalah dengan membuat pemantauan dan penilaian terhadap tingkah laku bermasalah di dalam bilik darjahnya. Guru juga mesti menyimpan rekod salah laku murid-muridnya seperti bila ia berlaku, dan bagaimana ia berlaku. Menurut Dr. Ragbir lagi, proses merekod ini amat penting dalam teknik memodifikasikan tingkah laku. Antara teknik-teknik yang sesuai digunakan untuk pelaksanaan program modifikasi tingkah laku murid-murid di sekolah ialah : PENEGUHAN Terdapat dua jenis teknik peneguhan iaitu Peneguhan Positif dan Peneguhan Negatif.

Peneguhan Positif

Peneguhan positif ialah satu proses di mana guru akan cuba mengawal tingkah laku murid dengan motivasi, hadiah, ganjaran, dan sentuhan serta kata-kata perangsang yang dapat membaiki, mengubah tingkah laku murid-muridnya. Menurut Skinner, apabila sesuatu gerak balas operan diikuti dengan sesuatu peneguhan positif, sebagaimana yang disebut oleh Thorndike sebagai sesuatu yang memuaskan, maka kebarangkalian bagi gerak balas operan itu berlaku akan bertambah. Peneguhan positif di sini berfungsi sebagai ganjaran yang mendorongkan individu berulang-ulang gerak balas responden tersebut. Terdapat dua jenis ganjaran/peneguhan positif iaitu: (a) Ganjaran primer ( susu, makanan, gula-gula ) (b) Ganjaran Terlazim ( bintang, token, markah tinggi, penerimaan sosial, sentuhan, perkataan ( lisan dan bertulis ), permainan dan aktiviti, ekspresi dan wajah guru ( muka atau badan ). Peneguhan positif ialah stimuli yang boleh menambahkan kebarangkalian berulangnya sesuatu tingkah laku operan ( Mok Soon Sang,2006 ) seperti memberi pujian, penghargaan, hadiah dan sebagainya sebaik sahaja tingkahlaku operan itu berlaku. Contoh yang dibuat oleh Muhammad ialah: Contoh : Guru Murid Guru : Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang ke-4? : Tun Dr. Mahathir Mohd. : Tahniah! Kamu dapat menjawab dengan betul.

Selain daripada aktiviti diatas, terdapat pelbagai lagi aktiviti yang boleh dibuat oleh guru untuk memberi peneguhan positif kepada murid, antaranya ialah :

(a) (b) (c)

Murid disuruh untuk menjadi pembantu guru Menjaga binatang peliharaan di dalam bilik darjah

5-10 minit aktiviti bebas (murid boleh membuat apa sahaja aktiviti yang merekasuka)

(d) (e) (f) (g)

Menulis satu nota pujian daripada guru kepada ibu bapa murid Murid Murid diberikan diberi masa untuk untuk menjadi pergi ketua ke perpustakaan kumpulan

peluang

aktiviti

Murid dapat mendengar satu cerita yang dirakam oleh guru.

Peneguhan Negatif Jika teknik peneguhan positif tidak berkesan, maka guru perlu menggunakan peneguhan negatif untuk mengawal tingkah laku murid seperti denda, memarahi murid, atau menyuruh mereka menjalani time out. Peneguhan negatif ialah stimuli yang dipindahkan atau dihapuskan dengan tujuan menguatkan tingkah laku positif supaya ia dapat diteruskan. Contohnya, menghalau seorang murid yang membuat bising dari kelas akan dapat menambahkan peluang murid-murid lain supaya dapat meneruskan aktiviti pembelajaran mereka tanpa gangguan.

Selain daripada itu, terdapat juga peneguhan negatif yang boleh menyakiti atau menghindari seseorang individu kerana tingkah laku operannya yang kurang sesuai, seperti mengejek kesilapan seseorang individu di depan orang ramai. Contohnya : Contoh: Guru Murugan Guru : Siapakah Perdana Menteri Malaysia yang ke-4? : (tidak menjawab) : Murugan mungkin kurang pasti jawapannya

Peneguhan tersebut yang digunakan tidak akan mengubah sikap Ali. Sebaliknya, ia akan menambah kebarangkalian berulangnya tingkah laku operan itu pada masa depan.

Cadangan Teknik-teknik Pengurusan Modifikasi Tingkah laku di bahagikan kepada beberapa bahagian antaranya:

a. Alat Pengukuran Personal Teknik ini bermula dengan guru dahulu. Ini memandangkan guru akan menggunakan pendekatan fizikal seperti akan mendekatkan diri mereka dengan murid-murid yang mempunyai masalah tingah laku ini. Ini kerana jarak yang hampir itu akan memudahkan guru itu menghampiri dan melihat perlakuan muridnya secara dekat. Guru juga akan menggunakan pendekatan secara

mobiliti fizikal yang mana guru akan berjalan dari depan ke belakang di dalam kelas sebagai tanda pengawasan di dalam bilik darjah. Guru juga akan menggunakan ekspresi wajah yang mana ia merupakan satu teknik terbaik khususnya dalam pengurusan displin kerana dengan menunjukan wajah sahaja pelajar akan faham arahan guru tersebut. b. Teknik Pencegahan Teknik ini di gunakan oleh guru bagi mengatasi masalah tingkah laku pelajar di dalam bilik darjah. Ketegangan antara pelajar dan guru boleh berlaku jika terdapat tingkah laku yang bermasalah di dalam bilik darjah. Dengan mengambil tindakan bagi menghindari situasi ini akan dapat meningkatkan lagi kualiti persekitaran dan pembelajaran dengan mengurangkan tahap ketegangan di dalam bilik darjah ini. Beberapa cara yang baik boleh juga di lakukan untuk menghalang tingkah laku yang bermasalah antaranya seperti: 1 . mewujudkan iklim positif untuk merangsang dan menggalakan tingkah laku yang 2 . baik.

Tumpukan pada hubungan seperti menunjukan sikap peramah, memberi Peneguhan diri yang cukup dan tunjukan sikap berhati-hati. patuhi peraturan rutin bilik darjah memberi salam.

Kekalkan persekitaran yang terurus,

untuk memasuki bilik darjah seperti dengan 4 .

Bentuk peraturan untuk menjelaskan kepada murid perlakuan yang di terima dan perlakuan yang tidak dapat di terima.

c.Tindakan Pembetulan. Kategori ketiga teknik pengurusan tingkah laku ialah tindakan pembetulan. Ia adalah cara untuk menangani masalah tingkah laku ini secara spontan dan juga untuk menghentikan perlakuan mereka dengan cara yang baik dan tidak merosakan. Tindakan pembetulan bukan sahaja menghentikan tingkah laku yang tidak di ingini tetapi juga bagi penambah baikan keadaan persekitaran bilik darjah. Terdapat beberapa tindakan pembetulan seperti berikut: Gunakan hukuman yang memang di ketahui oleh murid yang melanggar peraturan dan pastikan hukuman itu relevan dan bepatutan. Memberhentikan tingkah laku yang tidak di ingini dengan cara menukarkan tempat duduk dan berjumpa selepas tamat belajar. Bimbing perlakuan yang tidak baik kearah yang positif kerana lebih banyak murid belajar perlakuan yang baik , semakin kuranglah mereka melakukan perlakuan yang tidak baik. Jelaskan hak-hak di dalam bilik darjah dan ingatkan mereka semula apabila mereka mula menunjukkan tingkah laku masalah.

KAEDAH

PENGAJARAN

UNTUK

MEMBANTU

PELAJAR-PELAJAR

BERMASALAH TERSEBUT. Puan Zuraini harus menerima hakikat bahawa punca utama yang menyebabkan tingkah laku disruptif ialah cara penyampaiannya semasa

pengajaran dan pembelajaran yang kurang menarik. Ditambah pula oleh set induksi yang lemah menyebabkan murid berasa terlalu sukar untuk memahami keseluruhan aktiviti di dalam kelas. Puan Zuraini harus menggunakan pelbagai teknik mengajar termasuklah penggunaan alat bantu mengajar yang menarik perhatian pelajar. Mok Soon Sang (2006), kaedah mengajar merujuk kepada satu siri tindakan guru yang bersistematik dan berlandaskan kepada satu pendekatan yang dipilih, dengan tujuan mencapai objektif pelajaran dalam masa jangka pendek. Dengan perkataan lain, kaedah mengajar ialah cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun. Manakala, teknik mengajar boleh diertikan sebagai kemahiran guru dalam pengelolaan dan perlaksanaan kaedah mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Belajar Sambil Bermain. Puan Zuraini boleh menggunakan kaedah pengajaran Belajar Sambil Bermain bagi mata pelajaran Bahasa Melayu tahun 4 Bestari. Ia adalah satu teknik dan kaedah mengajar yang memberi peluang kepada murid-murid untuk melakukan aktiviti berpura-pura di bawah keadaan terkawal. Secara tidak langsung murid yang mempunyai tingkah laku disruptif berminat untuk belajar bersama-sama tanpa menganggu murid yang lain. Contohnya Puan Zuraini mengajar di bawah tajuk Kata nama . Puan Zuraini perlu menyediakan gambargambar objek yang boleh menerangkan contoh kata nama am,kata nama khas

dan juga kata ganti nama diri. Murid-murid kelas 4 Bestari akan cuba memadankan gambar kata nama am, kata nama khas dan juga kata ganti nama diri mengikut kelompoknya. Secara tidak langsung aktiviti permainan ini memberi peluang kepada murid-murid mengembangkan potensi intelek dan sosial di samping mengukuhkan kemahiran-kemahiran yang baru diperolehi.

Main Peranan Puan Zuraini juga boleh menggunakan kaedah Main Peranan dalam aktiviti di dalam kelas 4 Bestari. Ia merupakan satu lakonan oleh sekumpulan murid di hadapan kelas tanpa mempunyai skrip. Murid yang mempunyai tingkah laku disruptif ini perlu diarahkan menjadi pelakon. Sudah tentu mereka akan rasa seronok diberi peluang untuk beraksi di hadapan muri- murid lain. Contohnya Puan Zuraini mengajar di bawah tajuk Kata Nama iaitu mengenali kata ganti nama diri. Murid boleh melakonkan watak manusia. Murid perlu melakonkan watak manusia dengan menggunakan kata ganti nama diri pertama, kedua dan ketiga dengan betul. Di akhir lakonan Puan Zuraini akan berbincang dengan murid-murid mengenai prestasi pelakon-pelakon. Puan Zuraini perlu

membimbing murid-murid membuat rumusan betapa pentingnya mengetahui dan menggunakan kata ganti nama diri yang betul.

Kaedah dan teknik pengajaran Tematik

Puan Zuraini perlu menggunakan kaedah dan teknik pengajaran Tematik. Mok Soon Sang (2006), tema ini boleh diertikan sebagai pokok pembicaraan atau topik utama yang dijadikan sesuatu pembicaraan atau kajian. Strategi pengajaran tematik juga berkait rapat dengan aktiviti pengajaran secara kumpulan, khasnya kumpulan yang mempunyai pelbagai kebolehan. Murid yang mempunyai tingkah laku disruptif akan dipecahkan. Puan Zuraini akan membentuk kumpulan yang pelbagai kebolehan. Seterusnya tema yang sama akan diberi kepada setiap kumpulan. Setiap kumpulan akan berbincang sesama sendiri mengenai tema Kata Nama. Puan Zuraini akan memantau setiap kumpulan. Di akhir perbincangan setiap kumpulan akan menghantar wakil ke hadapan untuk membentangkan hasil perbincangan. Kaedah dan Teknik Pemudahcaraan Puan Zuraini perlu menggunakan kaedah dan teknik pemudahcaraan semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Teknik ini menumpukan kepada kemahiran Puan Zuraini sendiri untuk memotivasikan murid-murid, membimbing menggalakan mereka aktif dalam proses pembelajaran tanpa sebarang gangguan atau hentian. Teknik Penyoalan perlu dilakukan

terutamanya di dalam set induksi. Puan Zuraini mesti menyoal murid yang mempunyai tingkah laku disruptif berselang seli dengan murid lain. Secara tidak langsung murid dapat mengingati ilmu pengetahuan yang lepas. Di peringkat perkembangan, soalan demi soalan dikemukakan untuk membantu murid

mengikuti pelajaran dengan lebih berkesan. Di peringkat penutup, soalan ditanya untuk menilai pencapaian objektif. Tunjuk Cara (Demonstrasi) Puan Zuraini mesti menggunakan teknik pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan demonstrasi di hadapan murid. Semasa berdemonstrasi, Puan Zuraini perlu menerangkan sekali lagi jika murid masih ragu- ragu. Teknik penyoalan tentang tajuk yang didemonstrasikan perlu dibuat. Di sini semua pelajar akan memberi tumpuan kerana teknik tunjuk cara amat diminati terutamanya oleh murid disruptif. Selepas demonstrasi, perbincangan hendaklah dilakukan. Murid-murid dapat mengetahui tujuan demonstrasi dan membuat rumusan dengan cepat. Aktiviti pengukuhan perlu dilakukan dan murid diminta mencatitikan di dalam nota.

Anda mungkin juga menyukai