Anda di halaman 1dari 3

SEKAPUR SIRIH, SEULAS PINANG Salam sejahtera saya ucapkan.

Terlebih dahulu,saya bersyukur ke hadrat Tuhan dengan limpah kurniaNya kami dari SJK(T) Kahang berjaya menyiapkan Folio Pengurusan SBPT dengan sempurna.

Pada kesempatan ini,saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu kami dalam pengumpulan maklumat hingga terhasilnya Folio Pengurusan SBPT ini.Ucapan terima kasih ditujukan khas kepada guru-guru SJK(T) Kahang yang telah banyak memberi dorongan serta sokongan sepanjang kajian ini dijalankan.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Bahagian Buku Teks (KPM, JPN, PPD) yang memberi peluang kepada Sekolah kami bagi menyertai pertandingan ini.Tidak lupa juga En.Kanan Krishnan yang memberimasa yang secukupnya bagi menghasilkan Folio Pengurusan SBPT serta memberikan kerjasama yang baik dan amat dihargai. Akhir kata , saya ingin mengucapkan sekali lagi jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu kami sehingga terhasilnya Folio Pengurusan SBPT ini.Hanya Tuhan yang mampu membalas jasa baik semua.

Selamat Maju Jaya.

PN. VIGNESWARI A/P VELOO GURU BESAR SJK (T) KAHANG

SEJAMBAK KATA, SETULUS HATI Salam sejahtera saya ucapkan. Terlebih dahulu,saya bersyukur ke hadrat Tuhan dengan limpah kurniaNya kami dari SJK(T) Kahang berjaya menyiapkan Folio Pengurusan SBPT dengan sempurna. Pada kesempatan ini,saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu kami dalam pengumpulan maklumat hingga terhasilnya Folio Pengurusan SBPT ini.Ucapan terima kasih ditujukan khas kepada guru-guru SJK(T) Kahang yang telah banyak memberi dorongan serta sokongan sepanjang kajian ini dijalankan. Kami juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu kami secara langsung aatau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini. Akhir kata, saya ingin mengucapkan sekali lagi jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu kami sehingga terhasilnya Folio Pengurusan SBPT ini.Hanya Tuhan yang mampu membalas jasa baik semua.

Selamat Maju Jaya.

CIK.ANITA A/P CHALURAJU GPK HEM SJK (T) KAHANG

Anda mungkin juga menyukai