Anda di halaman 1dari 60

PROGRAM JAWAB UNTUK JAYA 2011

BAHASA MELAYU KERTAS 1

BAHAN SEMINAR GURU JUJ 2011

ISI KANDUNGAN
1. Definisi Penulisan Karangan 2. Ciri-ciri Penulisan Karangan Cemerlang 3. Skop Penulisan Karangan SPM 4. Analisis Format, Tema dan Dimensi Soalan BM 1 SPM (2001 2010) 5. Tip Penulisan Karangan Berkesan 6. Tip Membina Perenggan yang Matang 7. Rujukan Bestari 8. Kriteria Penskoran Karangan Bahagian A & B 9. Latihan Penandaan Skrip Jawapan Pelajar 10.Lampiran

1.

DEFINISI PENULISAN KARANGAN:

Satu proses yang melibatkan penyusunan dan pembentangan idea-idea oleh penulis tentang sesuatu isu untuk dipersembahkan kepada pembaca/ pemeriksa. Setiap idea yang disampaikan itu hendaklah jelas maksudnya iaitu berkemampuan menyalurkan idea kepada pembaca/ pemeriksa, menerusi penggunaan bahasa yang tepat dan berkeupayaan menggunakan teknik penulisan yang sesuai . (Samsu Yaacob, Bahasa Melayu Kertas Satu, Masa Enterprise, Kajang 1995)

2. 2.1

CIRI-CIRI PENULISAN BERKESAN: Karangan Cemerlang (Bahagian A):

PERINGKAT CEMERLANG ( 26-30 markah) TEMA: Menepati tema & tugasan bahan rangsangan BAHASA: Gramatis dari segi kata dan ayat Tanda baca betul dan tepat Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru Kosa kata luas dan tepat WACANA: Lengkap Unsur bahasa bervariasi Guna ungkapan yang menarik IDEA: Relevan dengan tema & tugasan bahan rangsangan Dihuraikan dengan jelas dan mata

2.2

KARANGAN CEMERLANG (BAHAGIAN B):

PERINGKAT CEMERLANG (80 100 MARKAH) Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis Ejaan dan tanda baca betul Laras bahasa sesuai dengan tugasan Penggunaan kosa kata luas dan tepat Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas dan matang, disertakan dengan contoh yang sesuai Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas antara perenggan Penggunaan unsur bahasa bervariasi Gaya bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata atau frasa (Kriteria Pemarkahan Lembaga Peperiksaan Malaysia, SPM 2010) 3. SKOP KARANGAN SPM MENGIKUT DIMENSI & JENIS / BIDANG:

BAHAGIAN A : KARANGAN BERPANDUKAN BAHAN RANGSANGAN : Jenis Bahan Rangsangan; Gambar Foto Gambar rajah Ilustrasi kartun Pelan Iklan Petikan Catatan

BAHAGIAN B : KARANGAN RESPONS TERBUKA : Tajuk karangan berdasarkan kombinasi: BIDANG INTERPERSONAL BIDANG MAKLUMAT BIDANG ESTETIKA (IP) (M) (E)

Skop Soalan Merangkumi 5 Dimensi : DIRI KELUARGA & MASYARAKAT NEGARA ANTARABANGSA UNSUR SASTERA

i. BIDANG INTERPERSONAL Surat Rasmi Surat Tidak Rasmi Wawancara Forum Syarahan Ucapan Ceramah* Perbahasan

ii. BIDANG MAKLUMAT Rencana Laporan Berita Pendapat Mengulas Pendapat Perbincangan Membahaskan Tajuk Ulasan Buku Ulasan Cerpen/Novel/ Drama/ Puisi 5

Peribahasa/ Cogan Kata Menulis Minit Mesyuarat iii. BIDANG ESTETIKA Gambaran/ Keperihalan Menulis Cerpen Menulis Skrip Drama 4. ANALISIS FORMAT, TEMA & DIMENSI SOALAN KERTAS 1 BAHASA MELAYU SPM (SPM NOV 2001 SPM NOV 2010) TAHUN FORMAT NOV 1 Keperihalan 2001 2 Pendapat 3 Perbahasan 4 Rencana 5 Surat Tidak Rasmi 6 Penceritaan JUN 2002 1 Huraian 2 Pendapat TEMA / ISU Tersesat sewaktu perjalanan ke kompleks beli-belah Kemiskinan menimbulkan masalah sosial Sekolah khas bagi pelajar lelaki atau perempuan sahaja patut dihapuskan Kejayaan yang dicapai oleh Malaysia Kepentingan membaca Penceritaan novel yang telah dibaca Peribahasa Sediakan payung sebelum hujan Seni mempertahankan diri lebih banyak membawa keburukan Arah aliran golongan remaja kini dari segi pakaian, pemikiran, hobi dan sebagainya Ceramah Perpaduan Negara Tanggungjawab Bersama Prinsip-prinsip Rukun Negara Menyambungkan dialog Perasmian pusat perniagaan & pentas utama runtuh Aktiviti sukan lasak di peringkat sekolah Pengguna Bijak Masyarakat Bahagia Pelajar Cemerlang Kokurikulum Aduan pembuangan sisa toksik Keistimewaan drama pentas yang ditonton Membantu keluarga 6 DIMENSI Individu Keluarga/Masyarakat Negara Negara Individu Individu/Masyarakat Masyarakat Masyarakat

3 Surat Tidak Rasmi 4 Ceramah 5 Huraian 6 Cerita NOV 2002 1 Gambaran 2 Pendapat 3 Syarahan 4 Wawancara 5 Surat Rasmi 6 Ulasan

Individu/ Negara

Masyarakat/Negara Masyarakat/Negara Individu Keluarga/Masyarakat Masyarakat/Negara Masyarakat Individu Masyarakat/Negara Individu/ Masyarakat

JUN

1 Gambaran

Individu/ Keluarga

2003 2 Komentar

3 Wawancara 4 Ulasan 5 Perbahasan 6 Pendapat

meyempurnakan majlis perkahwinan angoota keluarga Mutu sukan negara ini masih belum dapat dibanggakan Anugerah pelajar cemerlang Rakyat yang kurang memahami sejarah negara tidak patriotik Program Televisyen Lebih Banyak Bercorak Hiburan Cara untuk menimbulkan minat golongan muda menceburkan diri dalam bidang penulisan TEMA / ISU Hobi memancing Faktor-faktor pembentukan sahsiah Wabak penyakit berjangkit Faedah menyertai koperasi sekolah Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung Ulasan cerpen yang dibaca Faedah lebuh raya kepada rakyat dan negara Masalah gangguan bekalan air Masalah remaja terlibat gejala negatif Rahsia kejayaan ahli sukan dan pengalaman beliau dalam bidang tersebut Lawatan sambil belajar ke beberapa destinasi pelancongan di negara kita Menulis cerpen Isu Pembangunan & Alam Sekitar Peranan remaja untuk mencapai hasrat negara Tokoh sanjungan Persediaan pelajar menghadapi persaingan kerja pada masa akan datang Keluarga Bahagia Penjana Masyarakat Harmoni Usaha-usaha untuk memartabatkan golongan yang terlibat dalam bidang sastera

Negara

Individu Masyarakat/ Negara Masyarakat/Negara Individu/ Negara

TAHUN FORMAT NOV 1 Pendapat 2003 2 Perbincangan 3 Laporan 4 Rencana 5 Pendapat 6 Ulasan JUN 2004 1 Ulasan 2 Huraian 3 Pendapat 4 Wawancara

DIMENSI Individu Keluarga/Masyarakat Negara Individu Masyarakat Keluarga/Masyarakat Masyarakat/Negara Masyarakat/Negara Individu/ Negara Individu

5 Laporan 6 Cerpen NOV 2004 Bhg A Pendapat Bhg B 1 Perbincangan 2 Fakta 3 Rencana

Individu/ Masyarakat Individu Negara Individu Masyarakat individu

4 Syarahan 5 Pendapat

Keluarga/Masyarakat Masyarakat/Negara

JUN 2005

Bhg A Pendapat Bhg B 1 Pendapat 2 Komen

Masalah tanah terbiar Cabaran untuk mencapai cita-cita dan langkah mengatasinya Masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja berpunca daripada kegagalan institusi keluarga Budi Bahasa Amalan Mulia. Hubungan baik antara Malaysia dengan negara-negara jiran wajar dipelihara Peranan pelbagai pihak untuk mempopularkan sastera tradisional. TEMA / ISU Usaha menangani masalah vandalisme Remaja suka mengikut trend semasa yang mempengaruhi budaya hidup masyarakat Peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak Usaha Kementerian Belia dan Sukan juga persatuan sukan bagi meningkatkan mutu sukan Persengketaan dan peperangan telah menjejaskan keharmonian sosial dan perkembangan ekonomi dunia Berdasarkan maksud peribahasa; menggambarkan kerjasama dalam kehidupan masyarakat majmuk (isu sastera) Peluang untuk melanjutkan pelajaran Amalan Gaya Hidup Sihat Peranan ibu bapa, sokongan ahli keluarga dan usaha sendiri mempengaruhi kejayaan seseorang Aktiviti yang dapat dilaksanakan oleh masyarakat untuk menjayakan hasrat mengukuhkan perpaduan antara rakyat Peranan negara untuk terus mengekalkan kesejahteraan dan keamanan dunia Saranan menggalakkan remaja membaca karya bertemakan 8

Negara Individu Masyarakat

3 Syarahan 4 Perbincangan

Masyarakat/Negara Negara

5 Pendapat

Masyarakat/Negara

TAHUN FORMAT NOV Bhg A 2005 Pendapat Bhg B 1 Ulasan 2 Pendapat 3 Rencana

DIMENSI Masyarakat Individu

Keluarga Negara

4 Pendapat

Antarabangsa

5 Cerpen

Masyarakat

JUN 2006

Bhg A Pendapat Bhg B 1 Syarahan 2 Pendapat

Individu Masyarakat Keluarga

3 Pendapat

Masyarakat

4 Perbincangan

Antarabangsa

5 Pendapat

Individu

semangat patriotik

NOV 2006

Bhg A Pendapat Bhg B 1 Pendapat 2 Ceramah 3 Pendapat 4 Perbincangan 5 Pendapat

Usaha meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan remaja Faedah menguasai ICT Menghargai jasa ibu bapa Peranan pelbagai pihak memajukan pertanian Cara menangani masalah jerebu Penghayatan nilai-nilai murni berperanan membentuk peribadi yang baik Aktiviti yang berfaedah untuk mengisi masa lapang Cara anda melaksanakan amalan berjimat cermat Kebaikan mengadakan majlis rumah terbuka Kesan buruk tabiat merokok terhadap kesihatan Kemasukan pekerja asng membawa kebaikan kepada negara (pencadang) Pembacaan karya sastera dapat meningkatkan penguasaan bahasa, kemahiran menghasilkan karya kreatif dan penerapan nilai murni dalam diri murid Usaha-usaha yang dapat di lakukan untuk menjaga kebersihan kawasan persekitaran Rukun Negara Membentuk Rakyat Berkualiti. Kebaikan-kebaikan pelaksanaan waktu bekerja lima hari seminggu Institusi pendidikan berasaskan Bentuk sumbangan yang dapat diberikan oleh negara-negara kaya untuk membantu negara-negara miskin Tulis sebuah cerpen atau skrip drama yang berakhir dengan dialog.

Individu Negara Keluarga Masyarakat Antarabangsa Masyarakat

JUN 2007

Bhg A Pendapat Bhg B 1 Perbincangan 2 Pendapat 3 Rencana 4 Perbahasan

Masyarakat Induvidu Masyarakat Masyarakat Negara

5 Pendapat

Individu/Masyarakat

NOV 2007

Bhg A Pendapat Bhg B 1 Syarahan 2 Penjelasan 3 Pendapat 4 Saranan

Masyarakat/Negara

Masyarakat/Negara

Keluarga/Negara Masyarakat/Negara Antarabangsa

5Cerpen/Skrip Drama

Individu

JUN 2008

Bhg A Pendapat Bhg B 1 Penjelasan 2 Perbincangan

3 Pidato 4 Pendapat

5 Cerpen

Peluang kerjaya dalam bidang pertanian di Malaysia Kebaikan-kebaikan amalan kitar semula Hubungan baik antara ahli keluarga dapat menjamin kebahagiaan sesebuah keluarga Dadah Membawa Padah Peranan rakyat Malaysia di luar negara untuk mempromosikan negara kita dalam pelbagai aspek pada peringkat antarabangsa Peribahasa Belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam

Individu Masyarakat/Negara Keluarga

Negara Antarabangsa

Individu

NOV 2008

Bhg A Pendapat Bhg B 1 Laporan 2 Penjelasan 3 Huraian

Punca-punca pencemaran sungai Laporan tentang Majlis Anugerah Cemerlang yang diadakan di sekolah Ciri-ciri sebuah petempatan yang menjadi idaman keluarga Faktor-faktor yang menyebabkan merebaknya demam denggi dan langkah-langkah bagi menanganinya Penyertaan setiap negara dalam pertandingan sukan pada peringkat antarabangsa dapat mengeratkan hubungan masyarakat dunia Bincangkan kepentingan amalan berbudi bahasa dalam masyarakat (pantun diberi sebagai pernyataan soalan)

Masyarakat/Negara Individu Keluarga Masyarakat/Negara

4 Pendapat

Antarabangsa

5 Perbincangan

Masyarakat

TAHUN FORMAT JUN Bhg A 2009 Pendapat Perbincangan Syarahan Pendapat Pendapat Pendapat

TEMA / ISU Sumbangan Untuk Membantu Mangsa Banjir Perkara yang dilakukan untuk berjaya dalam temuduga biasiswa Keluarga Bahagia Penentu Kecemerlangan Anak-anak Kebaikan Menyertai Aktiviti Sukan Lasak Usaha meningkatkan Pengeluaran Bahan Makanan dalam Negara Langkah Mempromosi Seni dan Warisan Negara ke Luar Negara

DIMENSI Masyarakat Diri Keluarga Masyarakat Negara Antarabangsa

10

TAHUN FORMAT NOV Bhg A 2009 Pendapat Bhg B 1 Perbincangan 2 Pendapat 3 Jelaskan pendapat 4 Rencana 5 Pendapat

TEMA / ISU Aktiviti Badan Beruniform dan Faedahnya Usaha usaha melahirkan anak-anak sebagai insan berguna Kebaikan Aktiviti Bercucuk Tanam Untuk Keperluan Harian Pengetahuan Tentang Sejarah Penubuhan Negara Penting Difahami Oleh Setiap Rakyat Kesan Pemanasan Global Terhadap Bumi dan Hidupannya Pengajaran daripada novel yang boleh dijadikan pedoman hidup Punca-punca Pencemaran Udara Pengalaman membantu mangsa bencana alam Kepentingan meraikan hari-hari istimewa (Hari Ibu, Hari Bapa dan Hari Lahir setiap ahli keluarga) Peranan Pelbagai Pihak dalam Menangani Isu Kenaikan Harga Barang Manfaat hubungan baik antara pemimpin- pemimpin negara di dunia Kepentingan Menguasai Pelbagai Ilmu ( gurindam sebagai pernyataan soalan) TEMA / ISU Cara menjalani kehidupan yang sihat Peranan pengawas membantu pihak sekolah membentuk murid berdisiplin Tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapanya Peranan rakyat Malaysia dalam menjamin kesejahteraan negara Langkah negara-negara di dunia menangani wabak penyakit berjangkit Di mana ada kemahuan di situ ada jalan 11

DIMENSI Diri / Masyarakat Keluarga Masyarakat Negara

Antarabangsa Diri

JUN 2010

Bhg A Pendapat Bhg B 1 Gambaran 2 Pendapat

Negara Diri Keluarga

3 Rencana

Negara

4 Perbincangan

Antarabangsa

5 Pendapat

Masyarakat

TAHUN FORMAT NOV Bhg A 2010 Pendapat Bhg B 1 Perbincangan 2. Jelaskan pendapat 3 Perbincangan 4 Huraian/ Perbincangan 5 Cerpen

DIMENSI Diri / Masyarakat Diri Keluarga Negara Antarabangsa Masyarakat

5.

TIP PENULISAN KARANGAN YANG BERKESAN

Untuk menulis, pelajar mestilah mempunyai strategi tertentu yang dapat menarik perhatian pemeriksa. Lima strategi tersebut ialah : i. memilih soalan yang tepat ii. mengenal pasti kata kunci soalan iii. menyediakan rangka karangan iv. menulis karangan v. menyemak karangan

5.1

MEMILIH SOALAN YANG TEPAT

Para pelajar perlu membaca kesemua soalan yang dikemukakan sambil menggarisi setiap kata kunci dalam soalan. Pilih soalan yang paling sesuai dengan pengetahuan anda untuk menjawabnya.

5.2

MENGENAL PASTI KATA KUNCI SOALAN

Para pelajar perlu memahami setiap kata kunci yang terdapat dalam soalan peperiksaan. Setiap soalan peperiksaan mempunyai tiga perkara utama yang perlu dikesan oleh pelajar. Tiga perkara itu ialah TEMA (T), SKOP (S) dan FORMAT (F). Baca dan garisi ayat yang mengandungi tiga kata kunci tersebut.

Contoh soalan:

Sejak akhir-akhir ini, program televisyen realiti telah mendapat tempat dalam hati masyarakat. Program seperti ini mendatangkan pelbagai impak negatif kepada penonton

Bincangkan kesan buruk program tersebut dalam kalangan masyarakat.

12

TEMA : SKOP : FORMAT :

persoalan yang dibincangkan program televisyen realiti kehendak soalan kesan buruk kepada masyarakat jenis karangan perbincangan/pendapat

5.3

MERANGKA PENULISAN KARANGAN

Setelah mengenal pasti tema, skop, dan format pelajar perlu mula merangka untuk menulis karangan. Sama seperti manusia, karangan juga mempunyai anatomi yang terdiri daripada kepala, tubuh, dan kaki.

PERENGGAN PENDAHULUAN

Bahagian kepala sama maksud dengan perenggan pendahuluan. Perenggan ini melibatkan tema dan isu semasa. Jangan masukkan apa-apa contoh dalam perenggan ini. Ayat akhir dalam perenggan ini sebaiknya menggunakan ayat tanya yang merujuk kepada skop soalan. Perenggan pendahuluan hendaklah mempunyai lima perkara yang ditulis dalam satu perenggan:

I. AYAT TEMA : MERUJUK KEPADA TEMA KARANGAN II. ISU SEMASA III. HURAIAN ISU IV. PENDAPAT V. PENDIRIAN PENULIS : MERUJUK KEPADA SKOP SOALAN

Contoh:

(Tema)Komuniti hari ini sering digembar-gemburkan dengan pelbagai rancangan televisyen realiti. (Isu semasa) Rancangan televisyen realiti kini semakin mendapat tempat dalam hati populasi di negara ini. (Huraian isu) Tambahan pula , setiap rumah di negara ini sekurang-kurangnya mempunyai sebuah televisyen. Hal ini memudahkan penerbit untuk menerbitkan pelbagai rancangan televisyen realiti. Oleh sebab itu, pertambahan rancangan televisyen realiti semakin meningkat dari semasa 13

ke semasa. Antara rancangan televisyen realiti yang sering dipaparkan melalui skrin televisyen sekarang termasuklah `Akademi Fantasia, `Mentor, `One In A Milion dan banyak lagi. (Pendapat) Penerbit rancangan-rancangan tersebut berpendapat bahawa dengan penerbitan rancangan tersebut dapat menyediakan ruang bagi mencungkil bakat-bakat dalam bidang nyanyian dan lakonan melalui mekanisma yang betul. Walhal, mereka mengaut keuntungan yang besar daripada penonton dengan mengadakan undian melalui sistem pesanan ringkas. Hal ini dapat diibaratkan seperti pepatah Melayu sambil menyelam minum air. (Skop soalan). Persoalannya apakah kesan-kesan rancangan televisyen realiti kepada komuniti di negara kita?

Selangkan sebaris untuk menulis perenggan berikutnya iaitu perenggan isi.

PERENGGAN ISI

Seterusnya ialah bahagian tubuh karangan atau juga dikenali sebagai perenggan isi karangan. Perenggan isi karangan juga mestilah dibina secara sekata bagi setiap perenggan. Penulisan isi karangan yang baik mesti mempunyai empat unsur/perkara. Unsur-unsur tertsebut terdiri daripada:

I. AYAT FOKUS

: ISI / IDEA UTAMA

II. AYAT HURAIAN : 5W1H (MASB2D) III. AYAT CONTOH : RELEVAN DAN TERKINI IV. AYAT SIMPUL : KESIMPULAN PERENGGAN

Ayat fokus mestilah dimulakan dengan pernyataan isi dalam satu ayat sahaja. Gunakan ayat penyata yang jelas dan berwibawa. Ini diikuti dengan ayat huraian daripada penyataan isi. Gunakan teknik penyoalan 5W1H. Jumlah ayat huraian tidak terhad tetapi bergantung pada kemampuan pelajar. Seterusnya, pelajar perlu mengemukakan contoh atau bukti bagi menyokong huraian di atas. Contoh / bukti yang diberikan mestilah relevan dan terkini. Gunakan sumber rujukan daripada majalah atau akhbar harian. Setiap isi karangan mesti diakhiri dengan ayat kesimpulan. 14

Perenggan isi mesti terdiri sekurang-kurangnya lima isi yang ditulis dalam lima perenggan. Setiap perenggan mesti diselangkan dengan satu baris. Jangan dicampuradukkan beberapa isi dalam dalam satu perenggan.

Contoh: (Ayat fokus) Rancangan televisyen realiti mendatangkan pelbagai impak negatif kepada masyarakat di negara kita. (Ayat huraian) Rancangan televisyen realiti ini menyebabkan berlakunya pembaziran sama ada masa atau wang. Rancangan ini melalaikan para penonton. Hal ini kerana penonton yang menggemari rancangan ini akan setia menanti di hadapan televisyen untuk menonton rancangan tersebut. (Ayat contoh) Selain itu, mereka sanggup juga membatalkan janji temu mereka dengan sahabat handai semata-mata ingin menonton rancangan tersebut yang tidak membawa keuntungan kepada penonton. Para pelajar turut membuang masa dengan menonton rancangan tersebut dan menggadaikan masa ulang kaji mereka. Sehubungan dengan itu, rancangan televisyen realiti ini juga membazirkan wang para penontonnya. Hal ini kerana para penonton akan mengundi artis pilihan mereka. Walaupun satu undian hanya bernilai RM, tetapi para penonton perlu menghantar undian mereka beberapa kali untuk memastikan artis yang diminati mereka berjaya. (Ayat simpul) Jelaslah di sini bahawa rancangan televisyen realiti ini membazirkan masa dan wang.

PERENGGAN PENUTUP

Akhir sekali, sesebuah karangan perlu mempunyai kaki supaya boleh berdiri kukuh. Perenggan penutup ini tidak boleh diabaikan oleh pelajar kerana berperanan sebagai pelengkap sesebuah karangan. Unsur yang perlu ada dalam perenggan ini ialah:

I. AYAT KESIMPULAN II. AYAT CADANGAN III. AYAT HARAPAN IV. AYAT PENEGASAN

15

Ayat pertama yang ditulis merumuskan keseluruhan isi yang telah dibincangkan. Jangan masukkan isi baru dalam perenggan ini. Rumusan secara umum keseluruhan isi sudah memadai untuk menyimpulkan karangan. Kemudian, nyatakan cadangan dan harapan anda terhadap isu yang telah dibincang. Sebagai penutup ayat karangan anda, pelajar digalakkan menegaskan pendirian terhadap keseluruhan isi karangan.

Contoh:

(Ayat kesimpulan) Kesimpulannya, rancangan televisyen realiti mendatangkan pelbagai kesan dan dapat memudaratkan masyarakat di negara kita. (Cadangan) Bagi penerbit yang ingin menerbitkan rancangan televisyen realiti ini haruslah semata-mata untuk mencungkil bakat baru dalam kalangan masyarakat di negara kita. Pihak penerbit tidak seharusnya mengambil kesempatan daripada rancangan yang diterbitkan. Selain itu, pihak penerbit perlu juga mengurangkan undian melalui sistem pesanan ringkas. Peserta-peserta haruslah dinilai berdasarkan bakat yang terpendam dalam diri mereka bukan kerana kecantikan rupa paras semata-mata. Rancangan televisyen realiti haruslah dikurangkan. Ini penting untuk mengelakkan pertambahan masalah sosial dalam kalangan remaja di negara kita. Pihak penerbit haruslah menggantikan rancangan televisyen realiti dengan rancangan-rancangan ilmiah yang lebih memberikan keuntungan sama ada kepada penerbit ataupun penonton. (Harapan) Dengan ini, masyarakat yang berilmu dapat dilahirkan di negara kita. (Penegasan) Saya yakin andainya cadangan ini dapat dilaksanakan sudah pasti akan dapat meningkatkan imej dan karier masyarakat di negara ini walaupun sebagai seniman dan seniwati dalam bidang seni nyanyian dan lakonan.

5.4

MENULIS KARANGAN

i. Karangan yang ditulis mestilah mepunyai TUJUH perenggan yang terdiri daripada Pendahuluan (1 perenggan), Isi (5 perenggan) dan Penutup (1 perenggan) ii. Setiap perenggan terdiri daripada 12 baris yang sekata. Pastikan karangan berselang sebaris antara perenggan. 16

iii. Isi utama merupakan ayat pertama dalam karangan. iv. Ayat huraian menggunakan teknik 5W1H (MASB2D) v. Setiap isi perlu ada kesimpulan. vi. Ungkapan menarik berupa peribahasa, cogan kata, kata-kata hikmat tokoh, pantun, dan seumpamanya mesti diselitkan dalam setiap perenggan. vii. Gunakan kosa kata yang luas seperti anjakan paradigma, kedangkalan ilmu dan seumpamanya. viii. Susun isi mengikut kepentingan, contohnya diri keluarga negara global. ix. Setiap ayat yang ditulis mestilah mempunyai subjek dan predikat dengan jelas. Ayat mesti betul. x. Kertas karangan mesti bersih, kemas dan mudah dibaca. Setelah menulis karangan, pelajar perlu menyemak karangan yang telah siap. Pastikan ejaan, tanda baca, penanda wacana dan struktur ayat telah ditulis dengan betul. Kesalahan-kesalahan yang dilakukan akan menyebabkan pemotongan markah.

5.5

TIP-TIP LAIN

i. Pelajar MESTI membaca akhbar setiap hari. Luangkan masa sekurang-kurangnya 15 minit sebelum P&P dengan membaca isu semasa. ii. Guru menggunakan akhbar untuk membina karangan di samping sebagai bahan rujukan. iii. Latihan menulis karangan perlu dilakukan pada setiap hari dalam tempoh yang ditetapkan. iv. Gunakan kertas berformat kertas jawapan LPM untuk latihan (boleh difotokopi). Ini untuk membiasakan pelajar dengan kertas peperiksaan sebenar. v. Semua pelajar menggunakan pena yang sama jenis semasa peperiksaan. vi. Pelajar boleh menyalin karangan contoh sekurang-kurangnya seminggu sekali. vii. Sebulan sekali perlu diadakan ujian masa menulis karangan. Patuhi masa peperiksaan sebenar.

17

6.0

TEKNIK MEMBINA PERENGGAN YANG MATANG :

6.1

Teknik 1: Menggunalkana Lembaran Pengurusan Grafik Jadual (Sumber : Saudara Asmui Mustafa) :

Isi Pokok

Isi Pokok

Siapa?

Bagaimana?

Analogi

Kesan/akibat

Kesan lanjutan

Peribahasa

Penegasan

18

CONTOH APLIKASI TEKNIK 1 : Soalan: Negara kita merupakan salah sebuah negara di dunia yang mencatatkan kadar kemalangan jalan raya yang tinggi. Jelaskan punca-punca berlakunya kemalangan jalan raya di negara kita. Analisis Soalan: TEMA FORMAT TUGASAN : : : kemalangan jalan raya perbincangan punca-punca :

Kerangka isi

a) faktor kecuaian pemandu b) faktor jalan raya c) faktor cuaca d) faktor kenderaan e) kelemahan penguatkuasaan undang-undang

Prosedur Menggunakan Teknik 1 1) Guru menerangkan kaedah mengembangkan idea yang matang 2) Guru menjelaskan lapan (8) peringkat pengembangan isi iaitu; i. ii. iii. iv. v. vi. vii. viii. Isi pokok Siapa Bagaimana Analogi Kesan / akibat Kesan lanjutan Peribahasa Penegasan

3) Guru menayangkan contoh pengembangan isi kepada pelajar. 4) Guru membahagikan pelajar kepada 5 kumpulan, setiap kumpulan terdiri daripada 5 hingga 6 pelajar. 5) Setiap kumpulan dikehendaki mengembangkan isi mengikut peringkat yang ditunjukkan. 19

6) Guru mengedarkan lembaran pengurusan grafik kepada pelajar 7) Pelajar berbincang untuk mengisi petak yang disediakan. 8) Pelajar membentangkan hasil perbincangan 9) Pelajar bersoal jawab dengan memberi komen terhadap bahan pembentangan 10)Guru mengarahkan pelajar menggabungkan semua isi yang dibentangkan 11)Pelajar menulis karangan penuh di dalam buku latihan. 12)Pengukuhan: secara individu, pelajar melengkapkan lembaran pengurusan grafik berdasarkan tajuk karangan yang diberi i. Kemenangan dan kegagalan ialah adat hidup. Berikan pandangan anda tentang cara-cara yang patut diambil oleh ibu bapa untuk membantu anak yang kalah atau gagal supaya bangkit semula. Isi-isi : a. Tidak menyalahkan anak b. Memberikan sokongan c. Memberikan bantuan yang praktikal

20

Contoh Olahan Isi : Kecuaian pemandu menjadi punca kemalangan

Isi Pokok

Pemandu kenderaan yang cuai selalu menjadi punca berlakunya kemalangan. Pemandu yang paling berisiko penunggang motosikal. tinggi ialah

Siapa?

Bagaimana?

Pemandu yang kurang sopan sewaktu di jalan raya selalunya memandu secara berbahaya, contohnya ialah pemandu yang terlibat dengan lumba haram, mabuk dan lain-lain. Kalau berjalan di jalan berduri, perlulah berhati-hati, begitulah juga di jalan raya, umpama mulut harimau yang sentiasa ternganga menunggu mangsa. Diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain turut terdedah untuk mendapat kemalangan. Kadangkala orang yang tidak bersalah turut menjadi mangsa disebabkan oleh golongan cuai ini. Mangsa kemalangan akan merana sepanjang hayat. Pemandu ini umpama apabila dibawa keranda barulah mereka bercucuran air mata atau sudah terhantuk baru tengadah. Setelah mereka terkena barulah mereka menyesal. Justeru, sebelum roh meninggalkan jasad, sebelum nasi menjadi bubur, pemandu mestilah berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu perkara. Jadilah seorang pengguna yang berhemah tinggi.

Analogi

Kesan/Akibat

Kesan lanjutan

Peribahasa

Penegasan

21

Soalan Latihan 1. Kemenangan dan kegagalan ialah adat hidup. Berikan pandangan anda tentang cara-cara yang patut diambil oleh ibu bapa untuk membantu anak yang kalah atau gagal supaya bangkit semula. Isi-isi d. Tidak menyalahkan anak e. Memberikan sokongan f. Memberikan bantuan yang praktikal 2. Kesihatan sangat berharga kepada kita. Oleh itu, pemakanan yang sihat penting kepada kita. Bincangkan cara-cara yang patut anda amalkan dalam pemakanan yang sihat. Isi-isi a. Makan mengikut piramid makanan b. Menjauhi makanan segera dan makan ringan c. Makan mengikut waktu dan kadar 3. Tabiat membaca dalam kalangan masyarakat negara kita masih rendah. Ulaskan pernyataan ini. Isi-isi a. Membaca semata-mata mencapai kejayaan b. Kurang prasana untuk orang awam c. Pengaruh rancangan hiburan daripada media elektronik 4. Jenayah-jenayah antarabangsa berleluasa di banyak negara terutamanya di negara-negara membangun. Bincangkan langkah-langkah yang patut diambil oleh negara-negara di dunia ini untuk membendung jenayah-jenayah tersebut. Isi-isi a. Perkongsian pintar antara negara b. Mendapatkan bantuan kepakaran / teknologi c. Menggubal undang-undang baharu yang sesuai

22

5. Pelbagai cabaran perlu dihadapi untuk menjadi penulis yang berjaya. Berikan pendapat anda tentang cabaran-cabaran yang perlu dihadapi untuk menjadi penulis yang berjaya. Isi-isi a. Cabaran menghasilkan karya bermutu d. Cabaran mendapatkan penerbit e. Cabaran mempopularkan karya (Teknik Jadual ini amat efektif untuk digunakan bagi penulisan karangan perbincangan, huraian, fakta, dan perbahasan)

6.2 Teknik 2 : FORMULA / RUMUS PENGEMBANGAN ISI ATAH (5W 1H 1I) ACAS
(Sumber: Datuk Hajah Meriam Mehad)

Ayat Topik Ayat Huraian Ayat Huraian Ayat Contoh Ayat Simpul 1 I (Sekiranya) Merujuk kepada KBKK - Kaitan atau perhubungan

Ayat arah soalan isi/idea utama Ayat rangsangan(apa, siapa, bila, di mana, mengapa) Ayat rangsangan(bagaimana, sekiranya) 5W 1H 1I* Ayat contoh / tokoh( Menurut./ Hal ini) Ayat Simpul

- Membanding atau membeza - Meramal - Merujuk kepada peribahasa

23

CONTOH APLIKASI RUMUS

Tema

Menabung Langkah menghadapi kemelut ekonomi

Arah soalan :

Menabung merupakan aktiviti tradisi yang kita warisi sejak zaman nenek moyang lagi tetapi caranya sahaja yang berbeza. AT Aktiviti ini perlulah dihidupsuburkan bagi menghadapi kemelut ekonomi yang melanda negara.

AH 1 Apa

AH 2 Mengapa

Kita pasti berasa terjamin terutama sekali pada masa kecemasan sekiranya tabungan sudah memadai.

AH 3 Bagaimana

Sementara itu, menabung tiga puluh peratus daripada pendapatan sangatlah digalakkan kerana jumlah ini dianggap berpatutan.

AH 4 Bila

Kita semua tentu sependapat bahawa kepentingan menabung perlu ditekankan kepada setiap anggota keluarga sejak zaman kanak-kanak lagi.

AH 5 Siapa

Pelbagai bentuk tabung telah direka dan ditawarkan oleh bankbank atau institusi kewangan untuk menarik perhatian kanakkanak menabung.

AH 6 Sekiranya

Sekiranya setiap anggota keluarga memberikan komitmen yang tinggi terhadap aktiviti menabung, tentulah kemelut ekonomi akan dapat diatasi.

AC Di mana

Sebagai contoh, kita boleh menyimpan di bank dalam bentuk simpanan tetap, simpanan semasa atau melabur dalam dana tertentu.

AS Peribahasa

Jadi, pepatah nenek moyang kita yang berbunyi beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis patutlah dijadikan amalan hidup dan pegangan yang berterusan.

24

6.3

TEKNIK 3 : TEKNIK MUDAH PERENGGAN (Sumber : Saudara Mohd Nazir Noh)

A. STRUKTUR SETIAP PERENGGAN A1 = Idea utama A2 = Huraian A3 = Huraian A4 = Data, contoh, statistik, pendapat, peribahasa, ungkapan menarik A5 = Kesimpulan perenggan * A ialah ayat

B. PANDUAN PERMULAAN PERENGGAN PENDAHULUAN Pelajar memulakan karangan dengan kata / frasa berikut ; Akhir-akhir ini,...... Kebelakangan ini,..... Belakangan ini......... Mayapada,............. Marcapada,........... Dalam mengejar era modenisasi.......

1. Pelajar tahu mengesan tema dan arah soalan dalam soalan yang diberi. 2. Selepas mengesan tema dan arah soalan, pelajar mula menulis ayat 1 hingga ayat 5 mengikut kerangka konsep penulisan yang dicadangkan di bawah. 3. Pelajar tidak boleh memasukkan isi seperti sebab, cara, langkah, kesan, kepentingan dan sebagainya dalam bahagian pendahuluan. 4. Pelajar boleh memasukkan peribahasa dan kosa kata menarik dalam bahagian pendahuluan sama ada dalam ayat 4 atau ayat 5 sebelum ayat kesimpulan perenggan.

25

Secara ringkasnya, perenggan pendahuluan mempunyai bentuk seperti berikut: Ayat 1 Ayat 2 Ayat 3 Ayat 4 Ayat 5 Ayat penyataan tema(mayapada,marcapada..) Definisi tema(Dari segi konsepsinya.....) Ayat rangsangan (mengapa/bagaimana/siapa) Ayat contoh / tokoh(Menurut......) Ayat arah soalan (Oleh itu,... arah soalan)

MENGESAN TEMA DAN ARAH SOALAN Latihan 1 Nyatakan tema dan arah soalan tajuk karangan di bawah. Kegilaan terhadap pelbagai program televisyen realiti mengakibatkan tumpuan dalam bidang pelajaran anak-anak terabai . Berikan pendapat anda tentang peranan ibu bapa dalam usaha mengawal kecenderungan anak-anak terhadap program televisyen realiti ini. Tema : ................................................................................................................

Arah soalan : ................................................................................................................

C. PANDUAN MEMULAKAN PERENGGAN IDEA Mulakan ayat idea utama kata arah soalan seperti berikut; Punca/ cara / usaha / kepentingan yang perlu diperhalus ialah, ..................... 1. Pelajar mengesan arah soalan dalam soalan yang diberi dan menyatakan isi. 2. Pelajar boleh mula menulis isi mengikut kerangka konsep penulisan yang dicadangkan di bawah. 3. Pelajar memasukkan isi seperti sebab, cara, langkah, kesan, kepentingan dan sebagainya. 4. Pelajar boleh memasukkan peribahasa dan kosa kata menarik dalam bahagian pendahuluan sama ada dalam ayat 4 atau ayat 5 sebelum ayat kesimpulan perenggan. 26

5. Pelajar perlu menjawab persoalan mengapa, bagaimana, dan siapa, bagi menjelaskan isi secara terperinci. Secara ringkasnya, perenggan isi TMP mempunyai bentuk seperti berikut: Ayat 1 Ayat 2 Ayat 3 Ayat 4 Ayat 5 Ayat arah soalan isi Ayat rangsangan ( mengapa, bagaimana, siapa) Ayat rangsangan( mengapa, bagaimana, siapa) Ayat contoh / tokoh( Menurut./ Hal ini) Ayat kesimpulan perenggan (Sekiranya,...)

D. PANDUAN MENULIS KESIMPULAN / PENUTUP KARANGAN Mulakan ayat kesimpulan dengan kata berikut; Kesimpulannya,..... Secara tuntas,......... Sebagai akhir kalam,....... Konklusinya,............ Sebagai intiha,.......... Ayat 1 Ayat 2 Ayat 3 Ayat 4 Ayat 5 Ayat penyataan tema(Akhirulkalam.....)salin A1P1 Ayat rangsangan harapan (Semoga.) Ayat rangsangan Pandangan (sememangnya,.....) Ayat rangsangan cadangan(Oleh itu, kita perlu....) Ayat rangsangan kesimpulan perenggan(Sekiranya....)

E. KONSEP ASAS YANG PERLU DIKETAHUI PELAJAR Tema Ayat Arah Ayat Huraian Ayat Contoh contoh,..) berdasarkan pengetahuan sedia ada pelajar tanpa merujuk bahan / maklumat Ayat yang menggabungkan harapan, pandangan dan cadangan terhadap isu = = isu dalam soalan ayat yang menjurus kepada kehendak soalan = ayat yang menghurai idea = ayat yang menyatakan contoh (dimulakan dengan Menurut ...atau Sebagai

Ayat Simpul

27

F. PROSEDUR PELAKSANAAN 1. Guru menjelaskan secara ringkas perkara A,B,C,D dan E 2. Guru mengedarkan bahan modul latihan bahagian pendahuluan, isi dan kesimpulan kepada pelajar. 3. Guru memudah cara dan membimbing pelajar bermula ayat 1 hingga ayat 5 bahagian pendahuluan, diikuti bahagian isi dan bahagian kesimpulan. 4. Guru perlu memastikan pelajar menulis ayat demi ayat bersamasama. Jika ada pelajar yang masih belum menghabiskan ayat sebelumnya, guru perlu memastikan pelajar tersebut menulis sebelum memulakan ayat seterusnya

G. CONTOH BAHAN PENGAJARAN Semangat kejiranan dalam kalangan rakyat di negara kita semakin longgar. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang harus diambil supaya semangat kejiranan dalam kalangan penduduk dapat ditingkatkan. PENDAHULUAN Mayapada, ..[tema]............................................................................................................... ..........................................................(AH=Apa).Dari segi konsepsinya, (tema ) ialah.................... ............................................................................................................................................................ (AH)BAGAIMANA/MENGAPA/SIAPA......................................................................................... ............................................................................................................................................................ (AC)Menurut...................................................................................................................................... ........................................................................................................................................................... ................................................................(AA)Oleh itu, ........... (ARAH) .............. ........ ... ............. ............................................................................................................................................................ ISI.

28

ISI. ........................................................................................................................................ Langkah yang harus diambil supaya semangat kejiranan dalam kalangan penduduk ............ dapat ditingkatkan ialah ....................................................................................................................... (AC)Sebagai ..............................................................(AH) Justeru, ............................................................... contoh,.................................................................................................................. .................................................................................................................................................... ........................................................................................................................................ (AH)Hal ini demikian, kerana ........................ ...................................... .................... ...... ......... ........... .................................................................................................................................................... (AS)Sekiranya,............................................................................................................... (AC)Sebagai contoh,.................................................................................................................. ............ ................................................................................................................................................... ........................................................................................................................................ (AS)Sekiranya,........................................................................................................................... ............ ...............................................................................................................................................................

KESIMPULAN Akhirulkalam, . ................................................................................................. ........... ................................... ...................................................................................................................... (Harapan)Semoga............................................................................................................................ .......................................................................................................................................................... (Pandangan)Sememangnya............................................................................................................. .......................................................................................................................................................... (Cadangan)Oleh itu, kita perlu .......................................................................................................

...............................................................................................................................................

29

7.0 7.1

RUJUKAN BESTARI UNGKAPAN MENARIK : peribahasa (simpulan bahasa, bidalan, pepatah, petitih dan perumpamaan). cogan kata. frasa menarik. petikan ucapan. kata-kata hikmat. maksud hadis. maksud ayat Al-Quran.

7.1.1 PERIBAHASA MELAYU ( JENIS DAN CIRI- CIRINYA) : Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu. Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. BIL 1 JENIS PERIBAHASA SIMPULAN BAHASA CIRI Rangkaian perkataan yang tersimpul dengan susunan yang khas. Terhasil daripada pemerhatian terhadap persekitaran, kepercayaan dan resam bahasa. Mempunyai makna yang tersirat. Terdiri daripada dua patah perkataan. Apabila perkataan dalam pasangan perkataan itu dipisahkan, perkataan yang berkenaan hanya membawa makna asalnya. Contoh : air muka, akal kancil, banyak mulut, batu api, bendera putih, cakar ayam, durian runtuh, cepat tangan. 2 PERUMPAMAAN Membandingkan dengan apa-apa yang ada di sekeliling. Didahului dengan kata-kata perbandingan, seperti umpama, bagai, seperti, laksana, ibarat dan bak Mempunyai makna tersurat dan tersirat. Contoh : seperti anjing berebut tulang; bagai ayam disambar helang; umpama burung, mata terlepas badan terkurung; ibarat air di daun keladi; laksana katak diharung ular.

30

PEPATAH

Mempunyai patah-patah perkataan yang disusun untuk menyampaikan maksud tertentu . Terdiri daripada dua baris atau lebih dan disebut satu demi satu seolah-olah orang sedang membuat perbilangan atau perkataan. Dibentuk berdasarkan sesuatu peristiwa yang berlaku dalam kehidupan . Bertujuan untuk mendidik masyarakat supaya berhati-hati dan berfikir sebelum melakukan sesuatu perkara . Mempunyai maksud yang jelas. Contoh : biar putih tulang, jangan putih mata; bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat; hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah; cubit paha kanan, paha kiri sakit juga; ditelan mati emak, diluah mati bapak.

BIDALAN

Susunan kata-kata yang umum digunakan. Seakan-akan pepatah. Mempunyai nilai, ilmu dan pengajaran. Merangkumi aspek kehidupan, pengajaran dan anutan atau fahaman sesebuah masyarakat . Mempunyai maksud selapis dan tidak mempunyai maksud tersembunyi . Contoh : air tenang jangan disangka tiada buaya; nasi sudah menjadi bubur; malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan; jika kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga; sambil menyelam minum air; rumah sudah pahat berbunyi.

31

7.1.2 A.

SENARAI PERIBAHASA DALAM BUKU TEKS BAHASA MELAYU PERIBAHASA DALAM BUKU TEKS TINGKATAN 4

1.Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat. 2. Darah daging Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri. 3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing Maksud : mengalami susah senang bersama-sama. 4. Meninggi diri Maksud : Sombong 5. Bermuka dua Maksud : Tidak jujur. 6. Baik hati Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong). 7. Tulang belakang Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan 8. Bara yang digenggam biar sampai jadi arang Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan. 9. Bagai kaca terhempas ke batu Maksud : Sangat sedih atau kecewa. 10. Melentur buluh biarlah dari rebungnya Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi. 11. Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi Maksud : Dua orang atau dua pihak yang sama darjat dalam adat 12. Seperti lembu dicucuk hidung Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang 13. Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu. 14. Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh. 15. Terang hati Maksud : Lekas pandai. 16. Rendah hati Maksud : Tidak sombong 17. Murah hati Maksud : Pemurah. 18. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh. 19. Tangan kosong Maksud : Hampa.

32

B.

PERIBAHASA DALAM BUKU TEKS TINGKATAN 5

1. Lintah darat Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi. 2. Bagai aur dengan tebing Maksud : Hubungan yang rapat antara sama-sama yang lain dan saling membantu. 3. Anak dagang Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat 4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi. 5. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah 6. Indah khabar daripada rupa Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan. 7. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah Maksud : Pengagihan yang sama banyak. 8. Bukit sama didaki, lurah sama dituruni Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama. 9. Kacang lupakan kulit Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan. 10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal. 11. Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan 12. Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya.. 13. Memerah otak Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh. 14. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya Maksud : Tidak akan tercapai maksudnya kalau tidak mahu berusaha dan bersusah payah. 15.Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari. 16. Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha 17. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

33

18. Bak cendawan tumbuh selepas hujan Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa. 19. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat. 20. Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran Maksud : Bernasib malang kerana mengejar sesuatu, yang sudah di tangan hilang pula. 21. Mencari jalan Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara. 22. Biar mati anak, jangan mati adat Maksud : orang yang kuat berpegang pada adat. 23.sediakan payung sebelum hujan Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana. 24. Berbesar hati Maksud : Gembira. 25. Anak buah Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita. 26. Tuan rumah Maksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara 27. Yang lama dikelek, yang baharu didukung Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu. 28. Batu penghalang Maksud : Halangan yang dihadapi. 29. Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan Maksud : Orang lelaki yang merisik bakal isterinya. 30. Bagai ikan pulang ke lubuk Maksud : Perantau yang pulang ke tempat asal. 7.1.3 PENERAPAN PERIBAHASA / UNGKAPAN MENARIK DALAM KARANGAN: Cara menulis peribahasa dalam karangan adalah seperti berikut: 1. Menggunakan satu tanda petik .... Tanda petik jenis ini digunakan untuk menyatakan sesuatu tajuk atau bahagian yang difokuskan. Contoh: Peribahasa usaha tangga kejayaan perlu dijadikan pegangan oleh sesiapa sahaja yang ingin mengecapi kejayaan dalam hidup ini. 2. Menggunakan dua tanda petik .... Tanda dua petik digunakan untuk maksud konsep cakap ajuk atau unsur personifikasi, iaitu seolah-olah `pepatah itu manusia atau orang tua yang memberikan nasihat atau berkata-kata.

34

Contoh: (a) Ibu bapa hendaklah mendidik anak sejak kecil bak kata pepatah,kalau hendak melentur buluh, biarlah dari rebungnya. (b) Orang tua-tua mengatakan, jauh perjalanan, luas pengalaman.(Tiada kata hubung `bahawa') 3. Tanpa menggunakan tanda petik Jika ayat tersebut berbentuk ayat cakap pindah atau keterangan, tanda petik tidak perlu digunakan. Contoh: (a) Setiap pelajar mestilah berusaha untuk mencapai kejayaan seseorang kerana kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. (b) Ibu bapa sepatutnya menjadi model kepada anak-anak mereka kerana pepatah Melayu mengatakan bahawa bagaimana acuan begitulah kuihnya. (Ada kata hubung `bahawa') 7.1.4 CONTOH PENERAPAN PERIBAHASA DALAM AYAT: 1. Hal ini bersesuaian dengan peribahasa. 2. Peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa... 3. Hal ini jelas dinyatakan dalam peribahasa.. 4. Orang tua-tua pernah berkata 5. Situasi ini boleh diperjelas melalui peribahasa 6. Perkara ini bertepatan dengan maksud peribahasa. 7. Ibu bapa hendaklah mengasuh dan mendidik anak sejak kecil kerana kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. 8. Sebagai rakyat Malaysia kita mestilah mempertahankan negara kita daripada dijajah oleh musuh bak kata pepatah biar putih tulang jangan putih mata. 9. Kita hendaklah berusaha dengan bersungguh-sungguh dalam pelajaran demi masa depan kerana usaha tangga kejayaan. 10. Sikap penduduk di taman itu yang selalu berbincang dan bermuafakat untuk melaksanakan sesuatu aktiviti ibarat hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. 11. Sikap seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing perlu dielakkan, sebaliknya sikap ke bukit sama didaki ke lurah sama dituruni perlulah diamalkan dalam kalangan masyarakat setempat untuk memperkukuh perpaduan.

35

12. Kita hendaklah menjaga perpaduan yang telah kita bina dengan menghindarkan perkara-perkara yang boleh menimbulkan ketegangan atau kehancuran ibarat telur sesangkak, pecah sebiji pecah semua. 13. Sikap sesetengah rakyat yang menjadi seperti api di dalam sekam menyebabkan pihak asing cuba mencampuri urusan pentadbiran negara kita. 14. Kita janganlah bermain api dalam keadaan negara kita yang aman damai ini kerana seekor kerbau yang membawa lumpur semuanya akan terpalit, iaitu kesilapan yang dilakukan oleh seorang akan menyebabkan semua orang di sekelilingnya ditimpa kesusahan. 15. Kita hendaklah membalas jasa ibu bapa yang telah memelihara dan membesarkan kita supaya kita tidak dikatakan bagai kacang lupakan kulit

7.1.5 PERIBAHASA PILIHAN Bil Peribahasa 1 Ada udang di sebalik batu. 2 Air dicencang tak akan putus. 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 Air perabung mengalir ke cucur atap. Alang-alang mandi biar basah / alangalang berdakwat biar hitam. Bagai kerakap di batu, hidup segan mati tak mahu. Batu yang sentiasa bergolek tidak akan mengumpul lumut. Beraja di mata bersultan di hati. Berbudi kepada tanah, tanah tidak tipu. Berjagung-jagung dahulu sementara padi masak. Berpantang mati sebelum ajal. Besar periuk, besarlah keraknya. Besar sendal daripada gelegar. Biar putih tulang jangan putih mata. Biduk berlalu kiambang bertaut. Maksud Berbuat baik kerana ada hajat terselindung. Perpecahan adik-beradik tidak berpanjangan. Semua perwatakan ibu bapa diikuti oleh anak-anak. Apabila melakukan sesuatu kerja, lakukan sampai berjaya walaupun susah. Orang yang malas berusaha tidak akan berubah selama-lamanya. Orang yang selalu bertukar kerja (berubah pendirian) tidak akan berjaya. Meletakkan hukum mengikut nafsu sendiri. Hasil usaha bercucuk tanam pasti berjaya.

Sementara beroleh kerja yang kekal buatlah kerja-kerja sementara dahulu. Jangan sengaja mencari nahas (maut). Semakin berada bertambah boros. Lebih berbelanja daripada pendapatan. Rela mati demi mempertahankan hak. Perbalahan akan selesai apabila tiada penghasut. Cakap siang pandang-pandang, cakap Mesti berhati-hati bercakap dalam perkaramalam dengar-dengar. perkara yang sulit dan rahsia. Carik-carik bulu ayam, lama-lama Perpecahan sesama ahli keluarga lambatbercantum balik. laun berbaik semula. Cubit paha kanan, paha kiri pun sakit Memberi malu kepada kaum keluarga sendiri juga. akhirnya diri kita pun terasa. 36

18 Dahan pokah (sekah) dedalu tumpang mati. 19 Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. 20 Di mana-mana air bertakung di situ ikan berkampung. 21 Direndam tak basah direbus tak empuk. 22 Gajah sama gajah berjuang pelanduk mati di tengah-tengah. 23 Harapkan pagar, pagar makan padi. 24 Harapkan sokong, sokong membawa rebah. 25 Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah. 26 Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri. 27 Ibarat berdagang buluh kasap, hujung hilang pangkal lesap. 28 Ibarat menarik rambut di dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan terserak. 29 Ikutlah resmi padi semakin berisi semakin runduk. 30 Jarak panggang dari api. 31 Jauh berjalan luas pandangan, lama hidup luas pengalaman. 32 Jikalau tiada angin masakan pokok bergoyang. 33 Jong pecah yu yang menang. 34 Kalah jadi abu, menang jadi arang. 35 Ke gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni. 36 Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi? 37 Keluar daripada mulut harimau masuk ke mulut buaya. 38 Kerana nila setitik habis susu sebelanga. 39 Kerja bertangguh tak menjadi, kerja beransur tak bertahan. 40 Keruh di muara kerana di hulu keruh juga. 41 Lempar batu sembunyi tangan. 42 Lesung sama antan bertelingkah, ayam yang kenyang. 43 Ludah ke langit jatuh atas batang

Mendapat susah apabila hilang tempat bergantung. Hormat akan tempat kita bernaung (berlindung). Di mana-mana tempat berpeluang mencari rezeki orang akan bertumpu. Sangat sukar ditewaskan / dilembutkan hatinya. Pertembungan antara kuasa besar, rakyat jelata menanggung susah. Orang yang tidak memegang amanah. Orang yang tidak memegang amanah. Rela mati demi mempertahankan hak. Susah dan senang lebih baik di tanah air sendiri. Menjalankan perniagaan yang belum pasti akhirnya menanggung rugi. Selesaikan masalah secara baik dan tidak menimbulkan masalah sampingan. Tidak sombong walaupun semakin berada. Usaha yang tidak mendatangkan kejayaan. Ilmu dan pengalaman akan diperoleh apabila sentiasa belajar dan mengembara. Tidak timbul sesuatu perkara tanpa sebab. Kejatuhan sesebuah negara memberi untung kepada musuh. Tiada untung berperang sama ada yang kalah atau yang menang. Bermuafakat dan sentiasa bersatu padu. Perwatakan ibu bapa akan dituruti oleh anakanak. Tidak putus-putus dilanda bahaya (musibah). Rosak maruah masyarakat kerana keburukan seseorang. Sesuatu urusan tidak akan selesai jikalau selalu bertangguh. Rosak akhlak anak-anak akibat salah didikan ibu bapa. Perbuatan yang tidak bertanggungjawab. Bergaduh sesama adik-beradik, musuh yang mendapat habuan. Perbuatan menjatuhkan maruah keluarga 37

hidung sendiri. 44 Luka hilang parut tetap tinggal. 45 Lunak gigi daripada lidah. 46 Macam mentimun dengan durian, digelek luka, menggelek pun luka. 47 Macam melukut di tepi gantang. 48 Menahan lukah di pergentingan. 49 Mencurah air ke daun keladi. 50 Mencurahkan garam ke laut. 51 Mendengar guruh di langit, air di dalam tempayan dicurahkan. 52 Panas setahun basah bumi oleh hujan sehari. 53 Patah sayap bertongkat paruh. 54 Patah tumbuh hilang berganti. 55 Pepat di luar rencong di dalam. 56 Pipit sama pipit, enggang sama enggang. 57 Pisang berbuah dua kali. 58 Pucuk dicita ulam mendatang / orang mengantuk disorongkan bantal. 59 Pukul anak sindir menantu.

60 Rosak bawang ditimpa jambak. 61 Sehari selembar benang lama-lama menjadi kain. 62 Sekali air bah, sekali pantai berubah. 63 Seperti enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. 64 Sepuluh jong masuk kuala anjing tetap bercawat ekor. 65 Serumpun bak serai, sesusun bak sirih. 66 Sudah jatuh ditimpa tangga. 67 Tak akan buaya menolak bangkai. 68 Tak dapat tanduk telinga dipulas. 69 Tangan yang menghayun buaian memerintah dunia. 70 Telunjuk lurus kelengkeng berkait. 71 Tepuk air di dulang percik ke muka sendiri.

sendiri, akhirnya kita yang mendapat malu. Perasaan terluka tetap ada walaupun sudah berbaik-baik. Manis tutur kata apabila berhajatkan sesuatu. Orang berkuasa tetap mengatasi orang lemah sama ada benar ataupun salah. Terasing dan tidak dipedulikan. Mencari untung pada saat-saat kesusahan. Nasihat yang tidak berbekas. Berbudi kepada si kaya tiada berguna. Mengharapkan sesuatu untung yang belum pasti, harta yang ada diboroskan. Selama-lama kebaikan musnah dek sekali tersalah langkah. Gigih berusaha walaupun kudrat terhad. Memperoleh ganti yang sama dengan yang sebelumnya. Sikap yang tidak jujur. Tidak sama antara golongan berdarjat dengan golongan bawahan. Mengulangi kesilapan yang sama. Memperoleh habuan serta merta atas perkara yang amat diingini. Mengata-ngatai orang, tetapi sebenarnya perkataannya itu ditujukan kepada orang lain. Rosak anak-anak kerana perbuatan ibu bapa. Walaupun dilakukan sedikit demi sedikit akhirnya selesai. Apabila bertukar pemimpin, berubahlah stail kepemimpinannya. Hidup yang hanya mementingkan diri sendiri. Orang yang berfikiran tertutup dan tidak boleh menerima kemajuan. Hidup yang saling bermuafakat. Bencana yang bertimpa-timpa. Orang jahat tetap memilih kejahatan. Menggunakan pelbagai helah untuk memenuhi hajat. Jasa ibu terlalu besar terhadap masa depan anak-anak. Sikap yang bermuka-muka dan tidak jujur. Menceritakan cela cacat sendiri atau keluarganya, maka diri sendiri juga yang dapat malu. 38

72 Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. 73 Tidak lari gunung dikejar, hilang kabus tampaklah juga. 74 Untung sabut timbul, untung batu tenggelam.

Keterlanjuran tutur kata amat buruk padahnya. Sikap yang hanya menunggu tidak akan mendapat apa-apa faedah. Habuan atau nasib kadang-kadang bergantung kepada tuah.

7.1.5 KATA-KATA HIKMAT


Aristotle Tamadun sebenar sesuatu bangsa itu bukan terletak pada kesuburan tanahnya, tetapi kepada jiwa rakyatnya yang merdeka. Bill Gates Sekiranya kita mahu berubah selepas orang lain sudah berubah, sebenarnya kita tidak berubah. Charles Fourier Tinggi rendahnya darjat bangsa itu bergantung kepada ketinggian darjat kaum wanitanya. Hamka Hairan melihat setiap hari orang menyisir rambutnya tetapi tidak pernah menyisir otaknya, memperkemaskan dadanya tetapi tidak mencuci hatinya, digosok kasutnya tetapi tidak akalnya. - Sesuatu kuasa apabila sudah berada terlalu tinggi, itulah petanda bahawa masa untuk jatuh sudah tiba. - Wanita yang baik budi pekertinya adalah laksana matahari yang memancar pada waktu fajar bagi orang yang menunggu kedatangan siang. Hukama Orang yang mempunyai kekuatan peribadi ialah orang yang kuat kemahuannya dan sanggup melaksanakan sesuatu dengan tabah dan tekun mengikut prinsip yang dipegangnya. Imam al Ghazali Untuk mengenal wajah lihatlah pada cermin, untuk mengenal peribadi bercerminlah pada wajah. Nabi Muhammad Sebaik-baik umatku ialah mereka yang banyak manfaatnya. Berilah sesuatu walaupun sebuah senyuman sudah memadai daripada mengeluarkan kata-kata yang menyakitkan hati. Socrates Terlalu banyak bercakap kerap kali membawa kekesalan, tetapi diam itu membawa keselamatan. Sukarno Sekiranya aku diberikan 10 orang peria, aku mampu menggoncangkan dunia ini, tetapi jikalau diberikan 100 orang tua aku pasti jatuh (tewas). Tao Jikalau kamu hendak hidup setahun tanamlah gandum, jikalau kamu hendak hidup sepuluh tahun tanamlah pokok, dan jikalau kamu hendak hidup selama-lamanya tanamlah jiwa manusia. William Shakespeare Berhati-hatilah dengan cemburu. Cemburu ialah raksasa yang mengejikan daging yang dimakan sendiri olehnya.

39

7.2.0 (i)

PENANDA WACANA Fungsi :

(a) Menyambungkan ayat dengan ayat, (b) Menghubungkan perenggan dengan perenggan, agar berlaku kesinambungan antara ayat dan perenggan serta ayat menjadi gramatis. (ii) A. Contoh Penanda Wacana Bahasa Melayu : Penanda wacana memulakan karangan

a. Pada era globalisasi ini b. Dewasa ini c. Pada masa ini d. Dasawarsa ini e. Belakangan ini B. Penanda wacana untuk ayat pertama setiap perenggan

a. Sebagaimana yang kita ketahui b. Lazimnya dalam keadaan c. Umum mengetahui bahawa d. Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa e. Sementara itu f. Pada waktu yang sama C. Penanda wacana huraian isi karangan

a. Hal ini demikian kerana b. Dalam konteks ini c. Dengan berbuat demikian d. Bertitik tolak daripada itu e. Hal ini bersangkut paut dengan D. Penanda wacana bagi menerangkan huraian/pendapat yang berbeza

a. Walau bagaimanapun b. Kontradiksinya c. Jika dilihat dari sudut lain d. Di sebalik itu e. Namun demikian

40

E.

Penanda wacana untuk menyatakan contoh

a. Sebagai contohnya b. Sebagai analoginya c. Misalnya d. Tamsilnya e. Biar kita ambil contoh F. Penanda wacana untuk menunjukkan statistik

a. Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh, didapati sebanyak b. Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh kementerian pada tahun menunjukkan bahawa sebanyak G. Penanda wacana menghuraikan contoh

a. Jelaslah bahawa b. Oleh itu c. Maka d. Hal ini menyebabkan e. Hal ini menunjukkan H. Penanda wacana menutup isi

a. Kesannya b. Natijahnya c. Dengan berbuat demikian d. Justeru I. Penanda wacana untuk kesimpulan karangan

a. Sudah terang lagi bersuluh b. Intihanya (Sebagai intiha) c. Kesimpulannya d. Dengan ini diharapkan e. Konklusinya

41

7.2.1 PENGGUNAAN PENANDA WACANA DALAM KARANGAN Tajuk : Langkah-langkah untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat lebih berkesan sekiranya dimulakan dari rumah. Bincangkan peranan yang dapat dimainkan oleh ibu bapa dalam usaha menyemai semangat perpaduan yang jitu dalam diri anak-anak CONTOH APLIKASI PENANDA WACANA DALAM BAHAGIAN PENDAHULUAN : Belakangan ini, semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia sudah semakin luntur. Dari segi konsepsinya, semangat perpaduan boleh ditakrifkan sebagai kerjasama antara satu sama lain tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Semangat perpaduan sememangnya cukup penting dalam mendepani dunia yang semakin mencabar pada hari ini sehinggakan masyarakat lebih suka membuat hal sendiri. Hal ini bertepatan dengan peribahasa Melayu, bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Menurut Tun Abdullah Ahmad Badawi, untuk mewujudkan masyarakat Hadhari, perpaduan antara kaum harus dipupuk terlebih dahulu pada peringkat akar umbi. Oleh itu, ibu bapa mestilah menyemai semangat perpaduan dalam diri anak-anak supaya mereka menyedari kepentingan semangat perpaduan dalam konteks Satu Malaysia. . CONTOH APLIKASI PENANDA WACANA DALAM BAHAGIAN ISI : Antara peranan ibu bapa ialah menjadi suri teladan kepada anak-anak melalui hubungan mereka dengan jiran tetangga. Dengan kata lain, perlakuan ibu bapa memberi pengaruh yang kuat terhadap sikap anak-anak mereka. Hal ini bertepatan dengan peribahasa Melayu yang menyatakan, anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapalah yang mencorakkannya. Selain itu, tingkah laku ibu bapa merupakan elemen didikan tidak formal bagi mengukuhkan sikap positif dalam diri anak-anak. Menurut Datuk Dr. Fadzillah Kamsah, sebanyak 70 peratus masalah sosial dalam kalangan remaja berpunca daripada suri teladan tidak baik yang dipamerkan oleh ibu bapa di rumah. Di samping itu, ibu bapa boleh menunjukkan nilai perpaduan dengan jiran tetangga melalui amalan ziarah, tolong-menolong, bertoleransi dan menjaga kepentingan jiran. Secara tuntas, ibu bapa yang berjaya menunjukkan suri teladan yang baik kepada anak-anak mampu merapatkan dan mengukuhkan hubungan dengan jiran. CONTOH APLIKASI PENANDA WACANA DALAM BAHAGIAN KESIMPULAN: Akhirul kalam, perpaduan kaum di Malaysia amat penting dalam membina impian masa depan yang gemilang. Semoga ibu bapa tidak memandang enteng keperluan semangat perpaduan dalam jiwa anak-anak. Sesungguhnya, generasi yang berketerampilan, bersahsiah mulia dan berilmu perlu dijana untuk melahirkan pemimpin pelapis pada masa akan datang. Sememangnya, perpaduan perlu menjadi cerucuk utama pembangunan sesebuah negara. Oleh itu, kita perlu mengorak langkah dengan memberi sokongan dan dokongan kepada ibu bapa dalam usaha pembentukan masyarakat sakinah. Tegasnya, jika semua pihak bersinergi mewujudkan perpaduan kaum nescaya segala impian akan menjadi kenyataan. 42

8.0 8.1

KRITERIA PENSKORAN BAHASA MELAYU KERTAS SATU (1103/1) KRITERA PENSKORAN BAHAGIAN A KRITERIA Karangan menepati tema bahan rangsangan Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata luas dan tepat. Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi dan menggunakan ungkapan yang menarik Idea relevan dengan tugasan bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas dan matang. Karangan menepati tema bahan rangsangan Bahasa gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca betul dan tepat. Ejaan mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata luas. Wacananya lengkap. Unsur bahasa yang digunakan bervariasi. Idea relevan dengan tugasan bahan rangsangan dan dihuraikan dengan jelas. Karangan masih menepati tema bahan rangsangan. Bahasa masih gramatis dari segi kata dan ayat. Penggunaan tanda baca masih betul dan tepat. Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru. Penggunaan kosa kata umum. Wacananya masih lengkap. Unsur bahasa masih bervariasi. Idea masih relevan dengan tugasan bahan rangsangan. Huraian idea masih jelas. Karangan masih/ kurang menepati tema bahan rangsangan. Bahasa kurang gramatis dari segi kata dan ayat. Kesalahankesalahan tatabahasa ketara. Ejaan masih mengikut Sistem Ejaan Rumi Baru tetapi terdapat kesalahan ejaan yang ketara. Penggunaan kosa kata terhad. Wacana kurang lengkap. Unsur bahasa kurang bervariasi. Idea kurang relevan dengan tugasan bahan rangsangan dan huraiannya kurang jelas

PERINGKAT Cemerlang 26-30 (28-30)

(26-27) Baik 20-25 (23-25) (20-22) Memuaskan 15-19 (17-19) (15-16) Kurang Memuaskan 10-14 (12-14) (10-11) Pencapaian Minimum 01-09 (06-09) (01-05)

Calon tidak menunjukkan penguasaan kemahiran menulis. Banyak kesalahan bahasa dari segi kata dan ayat. Idea tidak menepati tugasan bahan rangsangan

Ungkapan menarik : peribahasa, pantun, cogan kata, frasa menarik, petikan ucapan, kata-kata hikmat, petikan hadis, maksud ayat Al-Quran, dan lain-lain.

43

8.2

KRITERIA PENSKORAN BAHAGIAN B


BAHASA Penggunaan pelbagai jenis kata yang luas dan tepat Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis Ejaan dan Tanda Baca betul Laras Bahasa sesuai dgn tugasan Penggunaan Kosa Kata luas dan tepat Penggunaan unsur bahasa bervariasi Gaya Bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata, atau frasa Wacana lengkap dan terdapat kesinambungan idea yang jelas IDEA Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dgn jelas dan matang,disertakan dengan contoh yang sesuai PENGOLAHAN Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai

PERINGKAT

CEMERLANG 80 100 (90 100) (80 89)

KEPUJIAN 66 79 (73 79) (66 72) 8

antara perenggan Penggunaan pelbagai jenis kata yang tepat Penggunaan pelbagai ayat majmuk yang gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum Ejaan dan Tanda Baca betul Laras Bahasa sesuai dengan tugasan Penggunaan Kosa Kata luas dan tepat Penggunaan unsur bahasa bervariasi Gaya Bahasa menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan seperti peribahasa, pantun, cogan kata, atau frasa Wacana lengkap & terdapat kesinambungan idea yg jelas antara perenggan

Idea yang relevan mengikut tugasan, dihuraikan dengan jelas, disertakan dengan contoh yang sesuai

Pengolahan menarik dan berkesan serta pemerengganan sesuai

44

BAIK 51 65 ( 58 65) ( 51 57)

Penggunaan pelbagai jenis kata sesuai Penggunaan ayat majmuk gramatis tetapi terdapat kesalahan yang minimum Ejaan dan Tanda Baca masih betul Penggunaan kosa kata umum Laras Bahasa sesuai mengikut tugasan Penggunaan unsur bahasa masih bervariasi Gaya Bahasa yang kurang menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan kurang berkesan Wacana masih lengkap

Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi masih jelas dan contoh masih sesuai

Pengolahan masih menarik dan pemerengganan masih sesuai

MEMUASKAN 36 50 ( 43 50 ) ( 36 42 )

Penggunaan pelbagai jenis kata terhad Ayat kurang gramatis Ejaan dan Tanda Baca betul tetapi terdapat kesalahan yang minimum Penggunaan kosa kata umum dan terhad Laras Bahasa kurang sesuai Wacana masih / kurang lengkap Penggunaan unsur bahasa kurang bervariasi Gaya Bahasa kurang menarik dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan kurang berkesan Wacana masih / kurang lengkap

Idea masih relevan mengikut tugasan, huraian isi kurang jelas dan contoh kurang sesuai

Pengolahan kurang menarik

KURANG MEMUASKAN 21 35 ( 28 35 ) ( 21 27 )

Penggunaan kata kurang tepat Ayat tidak gramatis tetapi masih difahami. Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara Unsur bahasa tidak bervariasi Gaya Bahasa dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan lemah Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak seimbang

Idea masih relevan / idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas / tidak barkembang dan contoh tidak sesuai

Pengolahan tidak menarik

45

PENCAPAIAN MINIMUM 01 20 ( 11 20) ( 01 10 )

Keseluruhannya menunjukkan penggunaan kata dan ayat yang tidak gramatis Terdapat kesalahan ejaan dan tanda baca yang ketara Gaya bahasa dari segi keindahan bahasa dan penggunaan ungkapan lemah dan tidak menarik Keseluruhan karangan sukar / tidak difahami Wacana tidak lengkap dan binaan perenggan tidak seimbang dan tidak sesuai

Idea bercampur aduk dan huraian tidak jelas / tidak berkembang dan contoh tidak sesuai

Pengolahan tidak menarik

9.0 9.1

LATIHAN PENANDAAN SKRIP CONTOH : PEMOTONGAN MARKAH Ejaan : markah dipotong untuk setiap ejaan yang salah, tetapi tiada pemotongan markah pada kesalahan yang berulang. Pemotongan markah keseluruhan (maksimum) ialah 3 markah sahaja. Format : 1 markah dipotong untuk mana-mana format yang tertinggal. Maksimum pemotongan markah format ialah 2 markah sahaja.

46

9.2

CARA MENULIS MARKAH PADA SKRIP JAWAPAN PELAJAR

K -E -F

= 64 = -2 = -2 60

60

9.3

SIMBOL- SIMBOL PENANDAAN SKRIP JAWAPAN CALON

= =

Kesalahan isi / fakta Kesalahan bahasa, rangkai kata dan perkataan Kesalahan ejaan dan huruf besar (nama khas) kesalahan ejaan yang berulang Kesalahan tanda baca

_____________

//

= =

47

9.4 BIL 1

KARANGAN BERFORMAT BAHASA MELAYU SPM (1103/1) JENIS KARANGAN Surat Kiriman Rasmi FORMAT Alamat (di sebelah kiri) Menghadap surat Tarikh Tajuk Penutup Tandatangan Alamat ( di sebelah kanan) Menghadap surat Tarikh Penutup Tandatangan Tajuk Nama Penulis Kata menghadap majlis Tuan/puan di tengah-tengah( syarahan/ ucapan/ ceramah/ pidato ) Penutup Nama buku Nama pengarang Nama penerbit Nama pengulas Tajuk drama Watak Latar Dialog Tajuk Cerpen Nama Penulis Pengenalan Wawancara/ Forum Bentuk dialog Tajuk Nama pelapor Menghadap majlis Pembentangan kes Kata sapaan (Yang berhormat) Penutup

Surat Kiriman Tidak Rasmi

3 4

Rencana Syarahan/ Ucapan/ Ceramah/ Pidato

Ulasan Buku

Drama

Cerpen

Wawancara/ Forum

9 10

Laporan Bahas Ala Parlimen

48

9.5 SKRIP CONTOH JAWAPAN PELAJAR 9.5.1 LATIHAN MENGESAN KESALAHAN: Contoh karangan (Pembangunan dan Alam sekitar) Dalam menuju era globalisasi ini, Malaysia adalah sebuah Negara yang sudah mencapai kemajuan tahap maksimum menerusi kemajuan pembangunan yang mencakar langit. Untuk memahami konteks ini, dari tahun ke tahun ada sahaja pembangunan yang di bina mengikut perancangan yang telah di rancangkan oleh pihak yang berkenaan. Jika kita lihat pada tahun 1970-an dahulu, hanya beberapa buah bangunan sahaja yang telah dibina sebagai memenuhi ruang kehidupan dengan pekerjaan yang bergajikan rendah. Lihat sahajalah pada zaman itu, majoritinya hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ada sesetengahnya yang terpaksa mengikat perut untuk menyara keluarga yang tercinta. Bukan itu sahaja, ada yang terpaksa menyekat perbelanjaan keluarga demi masa hadapan anak-anak yang akan datang untuk memberi didikan yang baik kepada mereka. Sekarang selepas berpuluh-puluh tahun lamanya, iaitu selepas negara Malaysia digelar sebagai Negara yang maju seiring dengan negara-negara luar selepas menjangkau pada tahun 2000. Di sini segalanya telah bermula. Daripada rumah setinggan, telah dirobohkan dengan menjadi rumah teres. Dari bangunan yang kecil dan rendah, telah bertukar menjadi bangunan yang besar dan tinggi. Banyak binaan-binaan yang dirancang telah dimajukan menerusi perancangan luar yang telah diuruskan oleh pihak yang berkenaan. Namun dengan kebanggaan inilah menyebabkan ada hidupan lain yang merana. Kadangkala kita tidak perasan bahawa setiap kejayaan pasti akan wujudnya pihak yang tidak berpuas hati. Sebagai contoh, hidupan di dalam air. Pembuangan sisa toksid dan sampah sarap oleh pihak yang tidak bertanggungjawab akan menyebabkan hidupan-hidupan ini akan mati dan pupus. Bukan itu sahaja, pembuangan sampah sarap yang kerap akan menyukarkan pengaliran air yang baik. Sisa toksid yang mengandungi racun yang dibuang oleh kilangkilang akan menghilangkan kandungan nutrien yang terdapat di dalam air sungai ataupun air laut sekalipun. Selain daripada itu, penebangan pokok-pokok tanpa kawalan akan menyebabkan banjir kilat akan berlaku. Ini kerana hujan yang turun akan diserap oleh tumbuhan sebagai bekalan air dalam melakukan proses respirasi dan juga fotosintesis. Jika pokok-pokok ini terus ditebang, maka natijahnya kita juga yang terkena. Hakisan tanah akan berlaku dan sekaligus menyebabkan ada bukit yang runtuh ekoran daripada kejayaan ini. Ini akan menyusahkan semua pihak untuk membaik pulihkan semula. Bukan itu

49

sahaja, malah akan berlakunya pembaziran kerana kosnya yang tinggi dan mahal. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan mencintai Negara ini, sama-samalah kita mengambil perhatian dan menjaga alam sekitar ini sebaik-baiknya. Ingatlah ada pepatah mengatakan sediakan payung sebelum hujan. Dengan itu, jadilah rakyat Malaysia dan terbilang, gemilang dan cemerlang 9.5.2 KESALAHAN YANG DIKESAN: Dalam menuju era globalisasi ini, Malaysia adalah sebuah negara yang sudah mencapai kemajuan (tahap maksimum menerusi kemajuan pembangunan yang mencakar langit). Untuk memahami konteks ini, dari tahun ke tahun ada sahaja pembangunan yang dibina mengikut perancangan yang telah dirancangkan oleh pihak yang berkenaan. Jika kita lihat pada tahun 1970-an dahulu, hanya beberapa buah bangunan sahaja yang telah dibina sebagai memenuhi ruang kehidupan dengan pekerjaan yang bergajikan rendah. Lihat sahajalah pada zaman itu, majoritinya hanya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ada sesetengahnya yang terpaksa mengikat perut untuk menyara keluarga yang tercinta. Bukan itu sahaja, ada yang terpaksa menyekat perbelanjaan keluarga demi masa hadapan anak-anak yang akan datang untuk memberi didikan yang baik kepada mereka. Sekarang selepas berpuluh-puluh tahun lamanya, iaitu selepas negara Malaysia digelar sebagai Negara yang maju seiring dengan negara-negara luar selepas menjangkau pada tahun 2000. Di sini segalanya telah bermula. Daripada rumah setinggan, telah dirobohkan dengan menjadi rumah teres. Dari bangunan yang kecil dan rendah, telah bertukar menjadi bangunan yang besar dan tinggi. Banyak binaan-binaan yang dirancang telah dimajukan menerusi perancangan luar bandar yang telah diuruskan oleh pihak yang berkenaan. Namun dengan kebanggaan inilah menyebabkan ada hidupan lain yang merana. Kadangkala kita tidak perasan bahawa setiap kejayaan pasti akan wujudnya pihak yang tidak berpuas hati. Sebagai contoh, hidupan di dalam air. Pembuangan sisa toksid dan sampah sarap oleh pihak yang tidak bertanggungjawab akan menyebabkan hidupan-hidupan ini akan mati dan pupus. Bukan itu sahaja, pembuangan sampah sarap yang kerap akan menyukarkan pengaliran air yang baik. Sisa toksid yang mengandungi racun yang dibuang oleh kilang-kilang akan menghilangkan kandungan nutrien yang terdapat di dalam air sungai ataupun air laut sekalipun. Selain daripada itu, penebangan pokok-pokok tanpa kawalan akan menyebabkan banjir kilat akan berlaku. Ini kerana hujan yang turun akan diserap oleh tumbuhan sebagai bekalan air dalam melakukan proses 50

respirasi dan juga fotosintesis. Jika pokok-pokok ini terus ditebang, maka natijahnya kita juga yang terkena. Hakisan tanah akan berlaku dan sekali/gus menyebabkan ada bukit yang runtuh ekoran daripada kejayaan ini. Ini akan menyusahkan semua pihak untuk membaik pulihkan semula. Bukan itu sahaja, malah akan berlakunya pembaziran kerana kosnya yang tinggi dan mahal. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan mencintai Negara ini, sama-samalah kita mengambil perhatian dan menjaga alam sekitar ini sebaik-baiknya. Ingatlah ada pepatah mengatakan sediakan payung sebelum hujan. Dengan itu, jadilah rakyat Malaysia dan terbilang, gemilang dan cemerlang 9.5.3 KARANGAN BAHAGIAN A:

CONTOH KARANGAN CEMERLANG (PENANDAAN) Pada era modenisasi ini, manusia sering mengejar kekayaan dan kebendaan serta kemewahan yang menyebabkan mereka alpa akan penjagaan kesihatan tubuh badan mereka sama ada dari segi fizikal mahupun mental. Sebagai akibatnya, masyarakat kita sering menghidap penyakit yang berbahaya dan kronik seperti penyakit kardiovaskular, penyakit diabetes, tekanan darah tinggi serta pelbagai kanser organ dalaman kita. Kajian statistik telah meramalkan bahawa 70 peratus kes kematian yang berlaku pada sepuluh tahun akan datang berpunca daripada penyakit-penyakit kronik seperti kanser paru-paru, diabetes, penyakit buah pinggang serta penyakit kardiovaskular yang berpunca daripada cara pemakanan dan amalan hidup yang tidak sihat. Oleh itu, penjagaan kesihatan merupakan aspek kehidupan yang amat penting. Langkah pertama untuk menjaga kesihatan tubuh badan kita adalah dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang. Makanan yang seimbang lazimnya mengandungi kandungan serat atau fiber yang tinggi serta mampu memudahkan proses pencernaan dalam tubuh badan kita. Hal ini penting untuk mengelakkan kita daripada menghadapi masalah sembelit. Sesungguhnya, kita harus mengamalkan pemakanan yang seimbang dengan berpandukan piramid makanan. Piramid makanan menentukan kuantiti dan komposisi pelbagai kelas makanan yang perlu kita ambil. Makanan yang seimbang merangkumi tujuh kelas makanan yang diperlukan dalam kuantiti yang optimum. Misalnya, karbohidrat, protein, lemak, serat, vitamin, zat-zat yang berkhasiat seperti zat besi dan kandungan air yang mencukupi. Menurut pakar kesihatan, kita harus meminum sekurangkurangnya lapan gelas air sehari untuk memastikan kesihatan tubuh badan kita terjamin. Kita juga harus mengelakkan makanan segera dan makanan makanan ringan yang tidak mengandungi nutrien serta memudaratkan kesihatan kita. Kita harus berpegang kepada prinsip makan untuk hidup dan bukannya untuk makan. 51

Selain itu, kita harus menjalankan pemeriksaan badan atau kesihatan sekurang-kurangnya dua kali setahun bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada mengubati. Pada era moden ini, pakar-pakar perubatan dunia mahupun tempatan telah berjaya mencari penawar kepada pelbagai jenis penyakit. Jikalau kita kerap menjalankan pemeriksaan kesihatan, kita mungkin dapat mengesan tanda-tanda awal sesuatu penyakit yang boleh diubati jika pemeriksaan dilakukan lebih awal. Selain itu, kita juga boleh berjumpa dengan pakar-pakar kesihatan untuk mengetahui pelbagai tip tentang gaya hidup sihat. Bukan itu sahaja, kita juga boleh neminta tunjuk ajar doktor wanita ataupun jururawat yang ada di klinik untuk melakukan pemeriksaan payu dara dengan sendiri. Hal ini mustahak kepada semua kaum wanita kerana kanser payu dara dianggap sebagai pembunuh senyap kaum wanita dan telah mengorbankan banyak nyawa. Badan cergas, otak cerdas. Slogan ini jelas memberitahu kita bahawa peri pentingnya badan yang cergas untuk melahirkan minda yang cerdas. Oleh itu, masyarakat kita seharusnya menjaga kesihatan diri masingmasing dengan bersenam dan bersukan. Kita hendaklah melakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Jikalau boleh, kita harus melakukan pelbagai bentuk senaman yang mampu mengerakkan otot-otot kita misalnya berjoging, berenang mahupun bermain badminton, bola sepak dan sebagainya. Bersenam sememang mampu meningkatkan sistem keimunan dan sistem peredaran darah kita. Namun, apa yang menyedihkan ialah pelbagai automasi yang wujud pada era moden ini menyebabkan manusia menjadi malas. Persoalannya ialah siapakah yang memulakan kehidupan harian dengan aktiviti senaman ringan? Tepuk dada, tanyalah selera. Kebanyakan masyarakat kita pada hari ini hanya perlu menggunakan pengangkutan awam seperti bas dan perkhidmatan transit aliran ringan serta memandu kereta sendiri untuk sampai di tempat kerja atau sekolah atau mana-mana sahaja. Masyarakat kini kurang bergerak atau berjalan dan amalan sebegini boleh memudaratkan kesihatan dalam jangka masa yang panjang. Oleh itu, masyarakat kita harus berusaha mengikis tabiat yang negatif. Akhir sekali, masyarakat harus tidur dan dan rehat yang cukup supaya dapat memulakan kehidupan harian dengan penuh bersemangat dan bukan sebaliknya. Oleh yang demikian, kita dapat menjamin kesihatan kita yang baik di samping memastikan kecekapan kita semasa bekerja ataupun semasa bersekolah. Kita juga boleh meminum segelas susu sebelum tidur untuk memastikan kita tidur dengan lena. Selain itu, kita patut tidur awal dan bangun awal untuk mengelakkan keletihan yang berlebihan. Kita juga boleh meluangkan masa bersama-sama ahli keluarga kita untuk berehat pada hari Ahad atau Sabtu dengan menjalankan aktiviti riadah. Hal ini boleh diibaratkan sebagai sambil menyelam minum air.

52

Tuntasnya, kesibukan yang baik merupakan anugerah daripada Yang Maha Kuasa yang tidak ternilai harganya. Oleh itu, kita harus menjaga kesihatan kita. Dengan kesihatan yang baik, barulah kita dapat membangunkan negara dengan cekap dan bijaksana. Rakyat yang sihat mampu merealisasikan Wawasan 2020 dan menyumbang ke arah pembangunan negara. Rakyat Sihat, Negara Makmur . Semua pihak patut berusaha untuk mewujudkan rakyat yang cergas dan cerdas agar mampu bersaing dengan negara lain di persada dunia dalam bidang politik, ekonomi mahupun sosial. CONTOH KARANGAN MEMUASKAN (PENANDAAN) Kesihatan merupakan anugerah Tuahn yang telah diberikan kepada semua umat di muka bumi ini.Setiap individu seharusnya menjaga dan memantau tahap kesihatan untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan sejahtera tetapi ramai yang masih mengabaikan kesihatan mereka sehingga menghidapi penyakit kronik baru ingin bertindak. Antara cara menjalani kehidupan yang sihat ialah menjalani pemeriksaan kesihatan di klinik-klinik yang terdekat. Pemeriksaan kesihatan ini hendaklah dilakukan tiga kali dalam setahun. Pemeriksaan ini amat penting bagi menguji tahap kesihatan supaya dapat mengelakkan daripada menghidapi penyakit kronik. Selain itu, kehidupan yang sihat dapat direalisasikan apabila setiap individu kerap bersenam dan bersukan untuk mengeluarkan peluh. Apabila berpeluh, toksin-toksin di dalam badan dapat dikeluarkan sekali gus membuat badan berasa sihat dan ringan. Seterusnya, tidur dan rehat yang mencukupi merupakan salah satu cara menjalani kehidupan yang sihat. Bagi individu yang telah bekerja, mereka sentiasa menginginkan tidur dan rehat yang cukup bagi menguatkan badan supaya dapat melakukan kerja dengan sempurna dan bersemangat. Bagi pelajar pula, mereka akan belajar dengan lebih tumpuan dan fokus apabila guru sedang mengajar. Hal ini kerana, tidur dan rehat mereka mencukupi. Di samping itu, mengamalkan pemakanan seimbang adalah langkah yang perlu dititikberatkan dalam menjalani kehidupan yang sihat. Bagi individu yang berikhtiar untuk mengurangkan lemak, amalan pemakanan seimbang seharusnya diamalkan. Akhirnya sekali, kita haruslah bersyukur atas nikmat kesihatan yang telah diberikan oleh-Nya. Selain itu, kita hendaklah mengamalkan penjagaan kesihatan agar dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat dana sejahtera dia atas muka bumi ini. 53

CONTOH KARANGAN KURANG MEMUASKAN (PENANDAAN) Kesihatan merupakan anugerah Tuhan yang tidak terhingga nilainya kepada manusia. Pada zaman moden kini, manusia sentiasa ingatkan kerja dan lupa kesihatan mereka. Kita ada banyak cara untuk menjalani kehidupan yang sihat. Dalam kehidupan kita, makanan adalah sangat penting. Jadi, mengamalkan pemakanan seimbang adalah sangat penting untuk menjaga kesihatan kita. Makan secara sihat, orangnya juga akan sihat. Pada zaman yang moden kini, sudah ada banyak makanan segera(Fast food), sepert (KFC), (MCD) dan lain-lain. Banyak orang suka makan makanan segera, tapi makanan segera tersebut tidak baik kepada kesihatan kita. Makanan yang kita makan mestilah seimbang dengab tujuh bahan, iaitu karbohidrat, protein, garam, lemak, vitamin, mineral dan pelawas. Tetapi makanan segera kebanyakan adalah lemak. Jadi, untuk menjaga kesihatan kita, kita boelh mengikut makan piramid makanan. Selain itu, bersenam dan bersukan juga ialah cara untuk menjaga kesihatan kita. Ramai orang hanya pentingkan kerja mereka, tetapi bersenam dan bersukan juga adalah sangat penting. Kita perlu buat aktiviti untuk mencergaskan badan kita, seperti berjoging, bersenam dan lain-lain. Aktiviti-aktiviti tersebut perlulah membuat sekurang-kurangnya tiga kali pada setiap minggu. Seterusnya, menjalani pemeriksaan kesihatan juga penting. Pemeriksaan kesihatan tersebut juga perlu dijalankan pada setiap tahun sekali. Tambahan pula, tidur dan rehat yang cukup adalah sangat penting juga. Kes-kes jalan raya semakin bertambah disebabkan oleh pemandu tidak cukup tidur dan rehat. Median masa juga selalu cakap, rehat dulu sebelum memandu. Tetapi banyak orang masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Mereka tidak mengambil tahu tentang perkara tersebut. Perkara tersebut menimbulkan banyak tragedi berlaku. Akhir sekali, sayangkan badan kita, supaya tidak mencederakan orang yang sayang kita. Kita mestilah menjaga kesihatan diri sendiri untuk menjadikan seorang yang berguna dan bantu memajukan negara kita untuk mencapai wawasan 2020.

54

9.5.4 KARANGAN BAHAGIAN B: CONTOH KARANGAN CEMERLANG (PENANDAAN) Soalan 3 Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri. Budaya kuning yang kian menular umpama virus epidemik dalam masyarakat telah menyebabkan mereka semakin alpa dan lalai tentang tanggungjawab mereka terhadap tanah air tercinta ini. Era globalisasi sejajar dengan arus pemodenan telah mengaburi mata setiap individu untuk mengutamakan kesejahteraan negara. Nilai materialistik dan individualistik yang menguasai jiwa masyarakat telah menyukarkan usahausaha kerajaan untuk menyuburkan semula semangat perpaduan atau nasionalisme yang semakin luntur .Setiap rakyat Malaysia memikul tanggungjawab yang berat untuk menghidupkan nilai perpaduan, kesyukuran dan taat setia rakyat kepada raja dan negara yang begitu syumul pada suatu masa dahulu. Sebagai warganegara yang mendukung nilai cinta akan negara, kita perlu mengamalkan prinsip bertolak ansur dalam kehidupan seharian. Dalam masyarakat majmuk ini, sikap toleransi amat diperlukan dalam mengukuhkan kesejahteraan negara. Integrasi nasional mampu dicetuskan sekiranya setiap rakyat dapat memahami satu sama lain tanpa mengira kekurangan dan kelebihan kaum lain. Hanya amalan bersatu teguh, bercerai roboh yang harus disematkan dalam sanubari setiap rakyat Malaysia. Kesepakatan yang utuh dalam masyarakat mampu menangani segala anasir subversif yang ingin mengucar-ngacirkan keamanan dan kesejahteraan negara. Pelbagai jenis perayaan yang disambut oleh rakyat Malaysia sepanjang tahun. Oleh itu, setiap rakyat Malaysia bolehlah bertindak mengunjungi rumah rakan yang berlainan kaum sewaktu musim perayaan. Lebih-lebih lagi, kerajaan juga melaksanakan program rumah terbuka pada setiap perayaan. Rakyat Malaysia boleh bertindak mengunjungi dan melibatkan diri dalam usahausaha yang diambil oleh kerajaan untuk memupuk nilai perpaduan. Hal ini kerana aktiviti sebegini dapat membuka mata dan memberi peluang kepada rakyat untuk memahami budaya dan adat resam kaum lain supaya tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung. Sementelahan, rakyat yang berminda murni dan berwatak mithali merupakan hasrat negara. Ibu bapa menjadi suri teladan dalam mendidik dan membentuk generasi pewaris yang mempunyai lahiriah dan rohaniah yang cukup ampuh dan jitu. Merujuk kepada Rukun Negara, hasrat pertama ialah Kepercayaan Kepada Tuhan. Hal ini menunjukkan masyarakat yang beragama mudah dibentuk oleh kerajaan. Dengan itu, ibu bapa berperanan memberikan didikan agama berbentuk pendidikan tidak formal untuk anakanak. Kepatuhan kepada ajaran agama mampu melahirkan rasa kesyukuran dalam diri setiap rakyat Malaysia lantas memberi jaminan 55

kepada kesejahteraan negara. Bertitik tolah daripada perkara di atas, setiap waris negara perlu berusaha melengkapkan diri dengan bekalan ilmu agama yang mencukupi agar dapat menangkis segala kepincangan sosial dan kemelut jiwa kerana hanya jauhari mengenal manikam. Kita tidak boleh memandang sebelah mata kesan kegoyahan institusi agama terhadap keamanan dan kesejahteraan negara. Setiap individu perlu sentiasa bersyukur kerana dapat menghirup udara di bumi merdeka ini hasil perjuangan para nasionalis negara. Tegasnya, walaupun kini dunia telah mencapai tahap dunia tanpa sempadan, namun kita mesti sedar akan kepentingan agama dalam usaha membangunkan negara. Tak kenal maka tak cinta. Generasi pewaris terutamanya pelajar yang bakal menerajui tampuk kepimpinan harus peka dan prihatin terhadap mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan mata pelajaran Sejarah yang diajar di sekolah. Dasar pendidikan ini bertindak sebagai serampang dua mata untuk mendidik modal insan yang berilmu dan memiliki semangat patriotik yang tinggi. Pelajar haruslah berusaha untuk memahami segala inti pati nilai-nilai murni yang cuba disampaikan oleh kedua-dua mata pelajaran ini. Pendidikan merupakan pendekatan terbaik untuk menerapkan erti kepentingan kesejahteraan negara. Tambahan pula, pelajar harus melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang dianjurkan bertujuan untuk memupuk semaangat kerjasama antara satu sama lain. Pelajar juga perlu berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan keamanan negara supaya nostalgia dan memorabilia sewaktu kita dijajah dahulu, kekal dalam lipatan sejarah. Nilai taat setia kepada rakyat dan negara boleh dihayati melalui peristiwa-peristiwa lampau melalui pembacaan buku sejarah kerana sejarah bukan bertujuan untuk dihafal tetapi untuk diselami dan difahami. Izharnya, sesebuah negara tidak akan duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara maju tanpa kesepakatan dan tanggungjawab yang dipikul oleh setiap golongan dalam mengekalkan keamanan negara. Ingatlah bahawa air mata dan titik peluh yang menitis pada hari ini akan menjadi mutiara kejayaan pada hari esok. Usaha kita tidak sia-sia sekiranya kita berkolaborasi dengan setiap pihak untuk menjulang negara ke puncak jagat. Tiada pihak yang boleh berpeluk tubuh dalam impian negara untuk mashyur dan disegani di seantero dunia. Majukan negara berpaksikan visi dan misi serta kesejahteraan negara agar bangsa kita tidak dibelenggu kejahilan dalam mengejar aspirasi negara iaitu Wawasan 2020 yang meletakkan negara di puncak kejayaan.

56

CONTOH KARANGAN BAIK (PENANDAAN)


Semangat patriotik merujuk kepada semangat kebangsaan dan sikap cinta akan negara. Negara Malaysia amat digeruni dan dihormati oleh negara-negara luar yang lain. Hal ini kerana, perpaduan yang dikecapi walaupun berlainan bangsa, warna kulit dan agama. Semangat cinta akan negara tetap utuh di dalam hati setiap rakyat Malaysia. Setiap rakyat Malaysia harus memainkan peranan yang penting dalam menjamin kesejahteraan negara seperti bertegur sapa dengan jiran walaupun jiran itu bukan sebangsa dengan kita. Hal ini kerana, hubungan yang erat dapat dibentuk dan dapat melahirkan bangsa yang menghormati bangsa lain. Selain itu, peranan setiap rakyat Malaysia dalam menjamin kesejahteraan negara iaitu tidak membuat kekecohan di dalam negara. Apabila kekecohan berlaku, ini mengakibatkan pergaduhan terjadi. Pelancong yang melancong di negara ini akan merasa takut dan mereka akan balik ke negara mereka dengan segera. Aktiviti pelancongan negara akan terjejas dan hasil pendapatan negara berkurangan akibat kekecohan yang berlaku. Seterusnya, setiap bangsa mestilah mengadakan rumah terbuka apabila perayaan utama setiap bangsa menjelang tiba. Apabila rumah terbuka diadakan, bangsa lain turut dijemput untuk memeriahkan majlis tersebut. Mereka akan bersalam-salaman dan bermaaf-maafan antara mereka. Secara tidak langsung, perpaduan telah diwujudkan. Antara peranan lain ialah setiap rakyat Malaysia haruslah bersyukur atas nikmat yang telah dikecapi selama ini. Tanpa pemimpin-pemimpin, pejuangpejuang yang sanggup menggadai nyawa mempertahankan tanah air, kehidupan kita akan menderita dan sengsara sehingga kini. Tetapi, dengan kebijaksanaan pemimpin kita telah bebas daripada penjajah sehingga ke hari ini. Di samping itu, subjek Sejarah yang kita pelajari di sekolah bertujuan mengenang jasa dan menyanjungi para pemimpin dan pejuang yang berjuang demi tanah air tercinta. Tambahan pula, setiap rakyat harus taat dan setia kepada raja dan negara. Hal ini kerana, apabila setiap rakyat taat setia kepada raja dan negara, perasaan cinta akan tanah air akan wujud. Setiap warganegara mestilah mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan. Apabila rakyat mematuhi undangundang, kesejahteraan negara terjamin Akhir sekali, perpaduan kaum mestilah diterapkan pada setiap rakyat. Selaras dengan Gagasan 1Malaysia, rakyat didahulukan pencapai diutamakan akan tercapai jikalau setiap rakyat mengamalkan konsep rukun negara dan perpaduan kaum yang erat agar kesejahteraan negara Malaysia terjamin.

57

10.0 LAMPIRAN 10.1 LAMAN BERMANFAAT ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------Laman Guru Bahasa Melayu Pahang http://abihulwa.blogspot.com http://saujanamata.blogspot.com http://teknikmudahperenggan.blogspot.com http:// http://cikguanda.blogspot.com/ http://galusbm1.blogspot.com http://ishakmdshah.blogspot.com http://noorazmanmahat.blogspot.com http://www.bm.cemerlangbm.com http://munsyibm.blogspot.com http://agy7500.blogspot.com http://spmbahasamelayu.blogspot.com/ http://bmspm.net http://www.galusbm.blogspot.com http://soalanbm2.blogspot.com/ http://cgmoinah.blogspot.com/ http://lamanbahasa.wordpress.com http://khirkassim.blogspot.com/

Laman Bahasa Melayu 1

Laman Bahasa Melayu 2

Laman Koridor ICT Perikanan Gaya Hidup Sihat Tuisyen Dalam Talian Gejala Dadah Keruntuhan Akhlak Remaja Kepenggunaan Kitar Semula Guru Kemalangan Jalan Raya Statistik Pendidikan http:// agrolink.moa.my http://keluarga.net.my http://www.tutor.com.my http://www.adk.gov.my http://www.kempadu.gov.my http://www.kpdnhp.gov.my http://www.kpkt.gov.my http://www.cikgu.net http://www.rmp.gov.my http:// www.statistics.gov.my http://www.moe.gov.my

58

10.2. KERANGKA PENULISAN KARANGAN BAHAGIAN B ANALISIS SOALAN: Tema Format : :

Tugasan : PENDAHULUAN: Ayat Rangsangan : Ayat Keterangan : Ayat Arah : PERENGGAN ISI : Isi Huraian Contoh Peribahasa/ Ungkapan Menarik

1. 2. 3. 4. 5.

KESIMPULAN :

Rumusan Umum : Ayat Pandangan : Ayat Cadangan Ayat Harapan : :

59

10.3 TEMA RAMALAN 2011: I. II. III. IV. V. VI. VII. VIII. IX. X. GEJALA BULI RANCANGAN REALITI SEMANGAT KEJIRANAN TABUNGAN KELUARGA TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI ISU PENGANGKUTAN AWAM ISU PEKERJA ASING ISU LUMBA HARAM BANGUNAN BERSEJARAH ISU PELANCONGAN (PELANCONGAN DOMESTIK / PELANCONGAN KESIHATAN) XI. XII. XIII. XIV. XV. XVI. PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR MALAYSIA SEBAGAI PUSAT PENDIDIKAN ANTARABANGSA ULASAN DRAMA KOMSAS PERPADUAN / SATU MALAYSIA JENAYAH SIBER / JENAYAH ANTARABANGSA PEMERDAGANGAN ORANG

XVII. POLISI SEKOLAH SELAMAT XVIII. AMALAN MEMBACA XIX. XX. X. PERSEDIAAN KE ALAM KERJAYA ISU BAHASA- DASAR MBMMBI MALAYSIA SEBAGAI HUB HALAL

60

Anda mungkin juga menyukai