Anda di halaman 1dari 3

Soalan Amali Sistem Urinari

Gary telah menghadiri sebuah majlis dan minum tiga gelas wain. Keesokan paginya, dia berasa sangat dahaga dan mengalami sakit kepala yang teruk. 1. Berdasarkan pernyataan di atas, jawab soalan yang berikut: i) Jelaskan bagaimana simptom-simptom tersebut terhasil daripada

pengambilan alkohol (menjelaskan proses sistem urinari di mana saluran darah mengandungi alkohol). ii) Jelaskan tiga pengambilan makanan yang harus dilakukan untuk pulih semula.

Jawapan: i) Simptom-simptom yang dialami menandakan yang Gary mengalami

hangover. Mengambil minuman alkohol yang mengandungi impurities atau pengawet akan menyebabkan hangover walaupun hanya segelas sahaja. Ethanol yang terdapat dalam minuman meningkatkan penghasilan air kencing dan akan menyebabkan dehidrasi. Alkohol mengandungi ADH. Ini menyebabkan Loop of Henley di dalam ginjal tidak menyerap semula air seperti biasa. Air kencing yang terhasil adalah lebih cair yang mengandungi banyak air dan sodium, menyebabkan dehidrasi, isipadu darah rendah dan tekanan darah rendah. Ini adalah punca berlakunya hangover. Ini adalah kerana melalui pengambilan alkohol, saluran darah kita mengandungi alkohol seterusnya mengganggu fungsi-fungsi tubuh badan yang lain. Seperti yang diketahui, sistem urinary yang terdiri daripada ginjal, ureters, pundi kencing dan urethra merupakan sistem yang membantu homeostasis iaitu keseimbangan fungsi-fungsi dalam tubuh badan manusia. Ginjal adalah organ utama homeostasis kerana ia menstabilkan asid asas dalam badan dan air serta garam dalam darah. Pertamanya darah yang mengandung air, garam, glukosa, urea, asid amino, dan amonia mengalir ke dalam glomerulus untuk menjalani proses filtrasi. Proses ini terjadi dengan adanya tekanan darah melalui arteri yang menuju

ke glomerulus. Akhir filtrasi dari glomerulus ditampung oleh kapsul Bowman dan menghasilkan filtrat glomerulus atau urine primer. Filtrat glomerulus ini kemudian dibawa oleh tubulus kontortus proksimal. Di tubulus kontortus proksimal zat-zat yang masih berguna direabsorpsi. Seperti asid amino, vitamin, dan beberapa ion iaitu Na+, Cl, HCO3, dan K+. Sebahagian ion-ion ini diserap kembali secara penghantaran aktif dan sebahagian yang lain secara difusi. Proses reabsorpsi masih tetap berlanjut seiring dengan mengalirnya filtrat menuju lengkung Henle dan tubulus kontortus distal. Pada umumnya, peresapan zat-zat yang masih berguna bagi tubuh seperti glukosa dan asid amino berlaku di tubulus renalis. Namun, apabila konsentrasi zat tersebut dalam darah sudah tinggi, tubulus tidak mampu lagi meresap zat-zat tersebut. Apabila hal ini terjadi, maka zatzat tersebut akan dikumuhkan bersama urin. Selain penyerapan, di dalam tubulus juga berlaku rembesan seperti K+, H+, NH4+ yang dirembeskan dari darah menuju filtrat. Rembesan ion hidrogen (H+) berfungsi untuk menyeimbangkan pH dalam darah. Namun jika terdapat alkohol dalam darah dalam kuantiti yang berlebihan maka rembesan ion hidrogen tadi sukar untuk memberi keseimbangan pH dalam darah. selain itu, rembesan K+ juga berfungsi untuk menjaga mekanisme homeostasis. Apabila konsentrasi K+ dalam darah tinggi, dapat memberi rangsangan impuls serta menyebabkan kontraksi otot dan jantung menjadi menurun dan melemah. Jika keupayaan ginjal kurang kerana pengambilan alkohol berlebihan, K+ kemudian dirembeskan dari darah menuju tubulus renalis juga akan turut terganggu mengakibatkan simptom-simptom tertentu dalam tubuh badan manusia, selanjutnya menyebabkan homeostasis tubuh badan tidak seimbang.

ii)

Untuk pulih semula daripada hangover, minum banyak air. Air dalam badan

kita sudah berkurang oleh it kita hendaklah minum banyak air untuk rehidrasi. Kita perlu mengembalikan air yang telah hilang ke dalam badan kita. Minum jus buah dan sayur-sayuran.

Makan makanan yang kaya dengan mineral dan protein. Makanan seperti telur dan udang selalu diambil untuk pulih semula. Telur mengandungi cysteine. Susu juga membantu untuk rehidrasi. Di Poland, air acar merupakan ubat untuk hangover. Air acar mengandungi i kadar elektrolit yang tinggi kerana kandungan garam. Selain dapat menggantikan cairan tubuh, air acar juga diyakini dapat memperbaiki kerosakan organ hati akibat pengambilan alcohol yang banyak. Alternatif dari air acar sayuran adalah air acar ikan dan jus kol.

Anda mungkin juga menyukai