Anda di halaman 1dari 2

1. Mencirikan Definasi: Mengenal pasti kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu konsep atau objek.

Kemahiran ini digunakan untuk: a. Mendefinisikan konsep atau item. b. Mengenali antara konsep atau item yang hampir serupa. Contohnya: Pelajar perlu mendifinisikan apa itu warna serta mengenali jenis-jenis warna. Warna adalah unsure yang amat penting kerana warna dapat mempengaruhi perasaan kita. Contohnya warna yang terang dan cerah menimbulkan perasaan yang terang dan gembira. Sebaliknya warna yang gelap dan kelam menimbulkan perasaan muram dan sedih. 2. Membandingkan dan Membezakan Definasi: Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu objek atau peristiwa. Kemahiran ini digunakan apabila: a. Terdapat dua atau lebih ciri atau kemungkinan. b. Membuat pilihan atau keputusan. Contohnya : Semasa pelajar ingin membuat sesuatu karya, pelajar terlebih dahulu harus mengetahui jenis-jenis warna untuk membentuk gubahan warna yang sesuai agar dapat disesuaikan dengan tema subjek yang dipilih. Terdapat tiga jenis kumpulan warna dalam roda warna iaitu warna asas, warna sekunder dan warna tertier. Warna asas juga dikenali sebagai warna utama merupakan warna yang hebat kuasanya dan sering digunakan dalam ciptaan logo, lambing, poster dan sebagainya. Warna ini tidak boleh terhasil daripada campuran warna lain. Warna sekunder dihasilkan dengan campuran dua warna asas. Ia terdiri daripada warna hijau,jingga dan ungu. Warna tertier pula dapat menimbulkan kesan yang lebih lembut dan dapat mengurangkan kehebatan kuasa warna asas dan warna sekunder jika digunakan bersama-sama. Oleh itu, pelajar harus tahu mengaplikasikan setiap warna dalam karya mereka. 3. Mengumpulkan dan Mengelaskan Definasi: Mengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan kriteria tertentu seperti ciri atau sifat. Pengumpulan ini adalah berdasarkan ciri atau sifat sepunya. Kemahiran ini digunakan apabila terdapat: a. Banyak item atau maklumat. b. Item atau maklumat yang tidak tersusun. Contohnya semasa kita membicarakan mengenai suhu warna. Suhu warna hanya diamati melalui emosi pelihat dari segi nilai estetiknya dan

bukan oleh pancaindera penglihatan. Terdapat dua jenis suhu warna iaitu warna panas dan warna sejuk. Warna panas terdiri daripada warna-warna antara merah ungu hingga kuning hijau pada roda warna itu mempunyai kehebatan warna dan cahaya yang tinggi manakala warna sejuk yang terdiri daripada warna-warna antara hijau hingga ungu pada roda warna itu mempunyai kehebatan warna dan cahaya yang rendah. Semasa pelajar ingin membuat sesuatu karya seni, mereka harus peka terhadap suhu warna dari segi sifat atau ciri-cirinya supaya hasil karya yang diperoleh akan dapat memenuhi tema yang dikehendaki. 4. Membuat urutan : Menyusun mengikut keutamaan 5. Menganalis : Menyusun mengikut kecondongan 6. Menilai : Membuat kesimpulan Penjelasan mengenai setiap ciri kemahiran di dalam kemahiran berfikir kritis: 1. Menjana Idea Menjanakan idea yang banyak secara spontan berkaitan dengan sesuatu perkara. Kemahiran ini digunakan apabila - Mencari idea baru - Mencari alternative Contohnya, semasa pelajar ingin membuat imitasi (peniruan) terhadap karyakarya tokoh sedia ada seperti Stary Night yang dilukis oleh Van Gogh, palajar cuba menjana idea baru dengan mengaplikasikan warna yang lain ke atas karya tersebut. Jika kita perhatikan, karya ini banyak menggunakan warna biru. Untuk menjana pemikiran kreatif dalam kalangan pelajar, guru harus memberi peluang kepada pelajar untuk menjana idea baru tetapi masih menggunakan subjek matter yang sama. 2. Membuat Inferens Membuat kesimpulan awal yang mungkin benar atau pun tidak berdasarkan maklumat daripada pemerhatian. Kemahiran ini digunakan apabila : - Hendak merancangkan langkah-langkah tindakan atau membuat pilihan. Menganalisis sebab dan akibat keputusan atau kesan a. b. c. d. Membuat Hipotesis : Meramal Menghubungkaitkan : Mensintesis Membuat gambaran mental Mereka cipta

Anda mungkin juga menyukai