Anda di halaman 1dari 3

PEMBIASAAN BILIK (ROOM FAMILIARISATION) Tujuan: Untuk memberikan kefahaman kepada klien akan ciri-ciri yang berhubung-kait tentang

sesuatu bilik supaya dia dapat bergerak dengan selamat, selesa dan berkesan. Teknik: 1. Klien hendaklah menggunakan pintu masuk ke bilik ataupun petanda kekal yang boleh digunakan sebagai tanda panduan untuk dia mula orientasikan dirinya pada bilik tersebut. 2. Semua kelengkapan dan perabot di dalam bilik hendaklah digunakan sebagai petanda dan petunjuk objek-objek yang tegak atau melintang. 3. Bermula dengan klien menyusur (trailing) sekeliling bilik supaya klien dapat idea/gambaran tentang keluasan bilik itu. 4. Seterusnya pastikan yang klien dapat menentukan kedudukan semua ciri-ciri yang terdapat di dalam bilik tersebut dengan menggunakan teknik Pengadang Bawah dan Menyusur. Perhatian: 1. Semua petunjuk yang terdapat di sekeliling seperti bunyi, bau, suhu, permukaan dan lain-lain boleh membantu mencapai matlamat. 2. Sekiranya agak mengelirukan, klien boleh belajar berperingkat-peringkat. 3. Biarkan klien berjalan sekeliling dengan menyusur dinding supaya dia dapat mengesan kedudukan petanda kekal atau petunjuk-petunjuk yang ada seperti papan hitam, papan notis, tingkap dan lain-lain. 4. Semasa menyusur dinding sebaiknya gunakan teknik Pengadang Atas di mana ia dapat melindungi dirinya daripada benda-benda yang menonjol (terjulur) keluar. 5. Klien juga diajar menggunakan suis lampu dan kipas. Adalah mustahak memasang lampu apabila ada tetamu yang celik (sighted) yang datang ke bilik itu.

PEMBIASAAN BILIK (ROOM FAMILIARISATION) Kaedah Keliling (Perimeter)

Pintu Pilih petanda kekal seperti pintu. Klien berdiri sesiku (Squaring Off). Kemudian berikan sedikit idea tentang ruang dan jarak dan juga di mana kedudukan bendabenda/perabot yang berhubung kait dengan pintu dan klien. Mulakan dengan Teknik Pemandu Celik di sekeliling bilik dan pastikan klien biasakan dirinya dengan perabot di bilik itu. Setelah orientasi, klien dikehendaki berjalan tanpa Pemandu Celik dan juga mencari benda-benda/perabot yang telah ditunjukkan.

PEMBIASAAN BILIK (ROOM FAMILIARISATION) Kaedah Berpetak dan Pepenjuru

Anda mungkin juga menyukai