Anda di halaman 1dari 1

Permainan dalam pendidikan khas : Pada pandangan anda, 'permainan' yang berkesan adalah di dalam kelas atau pun

di luar kelas. Berikan rasional anda. Pembelajaran yang bermakna berlaku terutama ketika bermain. Murid-murid pendidikan khas dapat merangsang naluri ingin tahu, mengukuhkan koordinasi motor kasar dan motor halus, menggunakan daya kreatif, mempertingkatkan kemahiran sosial dan berdisiplin apabila mereka bermain. Pada pandangan saya aktiviti permainan yang berkesan adalah di luar kelas. Hal ini demikian kerana penggunaan sumber-sumber luar daripada bilik darjah untuk mencapai matlamat dan objektif permainan adalah lebih berkesan. Di samping itu, aktiviti permainan di luar kelas membolehkan murid-murid pendidikan khas berasa bebas untuk bergerak sekaligus dapat menerokai alam sekitar. Interaksi dalam kalangan murid-murid pendidikan khas dan masyarakat juga dapat ditingkatkan kerana mereka bebas untuk berhubung antara satu sama lain. Dalam usaha mendidik murid-murid pendidikan khas, guru tidak harus memikirkan pencapaian akademik semata-mata tanpa memikirkan aspek perkembangan yang lain. Murid-murid pendidikan khas tidak harus dibebankan dengan aktiviti-aktiviti kelas yang terlalu berat dan rigid kerana boleh menghilangkan minat mereka untuk belajar. Permainan di luar kelas merupakan satu pendekatan meneroka bagi memenuhi perasaan ingin tahu, kemahiran motor kasar dan halus, kemahiran inovatif, kritis dan kreatif serta membantu mengatasi perasaan bimbang dan tertekan. Permainan di luar kelas menekankan aktiviti yang menggembirakan, penerokaan dan interaksi dengan persekitaran, permainan bebas dan terancang, kelonggaran masa, percubaaan idea sendiri serta peluang untuk memberikan tumpuan dan perhatian. Selain itu, perkembangan fizikal dapat dikuasai melalui aktiviti fizikal di laur bilik darjah dengan menggunakan pelbagai alat permainan yang disediakan dan aktiviti pergerakan lokomotor kreatif. Komponen perkembangan fizikal yang diperoleh daripada aktiviti permainan di luar kelas antaranya menguasai kemahiran motor halus untuk membantu aktiviti dalam pembelajaran, membina kemahiran pergerakan asas dan kekuatan fizikal, mengamalkan cara hidup yang sihat dan selamat serta membina minda yang sihat cerdas. Konklusinya, permainan di luar kelas lebih menyeronokan dan menggembirakan murid-murid pendidikan khas.

Anda mungkin juga menyukai