Anda di halaman 1dari 16

KRP 3013 KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH Bahagian C : Analisis Susunan Bilik darjah

KUMPULAN : EL-R01(A121PJJ)

DISEDIAKAN OLEH

NAMA

NO. ID

NO. TELEFON

MOHD YATIN YAZIX BIN AHMAD D20111049935

017 4343407

NAMA TUTOR E-LEARNING : TARIKH SERAH :

DR. IKHSAN OTHMAN 23/11/2012

1.

Sudut Matapelajaran Sudut Bahasa Inggeris

Nama: Sudut Bahasa Inggeris Kelas: Tahun 1 Gemilang

2.

Justifikasi

i.

Sudut mata pelajaran diwujudkan di dalam semua bilik darjah KSSR untuk memberi infomasi untuk pengayaan dan pemulihan kepada tajuk atau unit yang telah dipelajari. Sudut mata pelajaran yang diwujudkan oleh guru diharapkan dapat menghasilkan pembelajaran yang kekal. Pelajar-pelajar boleh merujuk

kepada bahan-bahan yang dipamerkan dalam masa senggang mereka.

ii.

Sejajar dengan tujuan pendidikan di sekolah rendahadalah untuk melatih pelajar mempunyai sikap ingin tahu, suka berfikir dan rajin untuk terus belajar sudut mata pelajaran yang disediakan oleh guru memberi ruang untuk semua di atas. Pembelajaran secara tidak langsung boleh juga berlaku apabila pelajar-pelajar melihat,merujuk atau membaca bahan di sudut mata pelajaran pilihan mereka.

iii.

Sudut mata pelajaran yang pelbagai dapat menceriakan suasana bilik darjah dan dekorasi adalah salah satu aspek fizikal yang dititikberatkan dalam pengurusan bilik darjah. Ia kemudian mempengaruhi aspek psikologikal contohnya suasana yang kondusif yang paling sesuai untuk pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

3.

Kekuatan

i.

Gambar-gambar dan kad-kad bacaan yang dipamerkan di sudut mata pelajaran berunsur kartun dan binatang amat bersesuaian dengan pelajar tahun 1. Warnawarna yang dipilih cerah dan cantik dapat menarik minat pelajar untuk melihat dan seterusnya membaca infomasi yang dipamerkan. Font tulisan yang

digunakan bertepatan dengan abjad sekolah rendah dengan itu pelajar boleh melakukan pembelajaran kendiri.

ii.

Bahan yang yang dipamer oleh guru adalah bersesuaian dengan kandungan pembelajaran pelajar. Pelajar dapat meneroka maklumat yang dipamerkan serta

dapat menimbulkan keinginan untuk mencari maklumat terkini dan membantu mereka dalam proses memahami tajuk yang diajar guru.

iii.

Saiz bahan, tulisan dan gambar yang besar sesuai untuk tujuan pameran. Pelajar-pelajar boleh membaca bahan dari sudut sejauh 2 meter dan sesuai dengan aras pandangan pelajar seusia 7 tahun.

4.

Kelemahan

i.

Ruang yang agak terhad menjadikan sudut mata pelajaran itu

sesak

dan

bercampur. Apabila dirujuk tajuk pembelajaran ternyata ada di antara bahan adalah sejak awal tahun dan terus ditokok tambah. Faktor ini mengelirukan dan melengahkan pelajar mencari maklumat dari sudut yang disediakan oleh guru.

ii.

Bahan hanya untuk tujuan lihat dan baca. Faktor ini dirasakan tidak mesra pelajar. Tiada bahan yang boleh disentuh atau dipegang untuk pelajar bebas menggunakannya di tempat duduk.

iii.

Tiada rangka pemisah antara sudut mata pelajaran menjadikan maklumat di sudut tersebut bercampur aduk. Ini mungkin membuatkan pelajar merasakan sudut tersebut tidak mesra pelajar, ia hanya untuk menceriakan bilik darjah dan bukan untuk mencari maklumat.

5.

Latar belakang konsep.

Sudut mata pelajaran adalah suatu elemen yang dipentingkan dalam pengurusan bilik darjah sekolah rendah. Guru-guru akan menampal atau menggantung bahan pengajaran yang digunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran untuk satusatu tajuk. Menurut Noraziah Abd. Hamid (1981) dalam bukunya Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Bahasa; Alat bantu mengajar menambah kelancaran perhubungan antara guru dan percepatkanngan pelajar dan sebaliknya antara pelajar dengan pelajar dan membantu mempercepatkan proses pemahaman mereka.

Sudut mata pelajaran dalam bilik darjah di sekolah rendah diwujudkan sebagai daya penarik, mempamerkan bahan pembelajaran yang kekal sekaligus merangsang aktiviti bagi membantu pemahaman pelajar.

Dan menurut Cheah Phaik Hook, seoarang guru Pusat Sumber Sekolah dari SMJK Perempuan China, Pulau Pinang dalam artikel beliau Sudut Inovasi Mata Pelajaran; Sudut mata pelajaran bertujuan untuk memperkukuh kemahiran pembelajaran kendiri dalam kalangan pelajar dan menghasilkan bahan pembelajaran yang bermutu dan dapat dikongsi dengan semua pelajar. Oleh itu pameran yang menarik dan kandungan yang bersesuaian amatlah penting juga dapat menimbulkan keinginan untuk pelajar mencari maklumat terkini dan bantu mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

2.

Susunatur kerusi meja.

Nama kelas : Kategori: Bilangan murid:

Tahun 1 Wawasan Kelas LINUS 16 orang

2.

Justifikasi.

i.

Susunan kerusi dan meja yang dicantum menyediakan ruang bagi aktiviti yang bertepatan dengan pendekatan KSSR yang bersifat interaktif, berkesan dan menarik kea rah pembelajaran berterusan KSSR juga menyarankan agar handson-learning berlaku untuk menjadikan learning is fun. Kerusi juga boleh dialihkan mengikut kesesuaian, mengadap papan putih jika perlu atau membentuk semi bulatan di ruang yang kosong.

ii.

Ruang yang lapang di tengah dan di belakang boleh digunakan untuk sesi belajar sambil bermain. Ia juga sesuai apabila guru ingin menjalankan sesi bercerita dimana pelajar-pelajar boleh duduk ditikar yang disediakan. Meja yang diletakkan di tengah-tengah bilik darjah memberi pilihan kepada pelajar semasa membuat kerja bertulis atau mewarna selain daripada situasi biasa; duduk dikerusi pelajar boleh duduk di tikar yang disediakan.

iii.

Susunan kerusi meja sebegitu sesuai untuk tumpuan, sama ada tumpuan dan kawalan guru terhadap murid yang hampir ke bahagian hadapan bilik darjah atau pun tumpuan pelajar kepada pengajaran guru dan papan putih yang digunakan baik untuk menulis ataupun meletakkan alat bantu mengajar seperti kad bacaan atau kad gambar.

3.

Kekuatan

i.

Meja yang dicantum menyediakan ruang untuk pelajar berkongsi peralatan, kad bacaan, gambar atau bahan-bahan lain semasa pengajaran dan pembelajaran. Ini dapat menggalak sikap bekerjasama dan bertoleransi sesama pelajar. Ia sejajar dengan konsep bilik darjah KSSR yang melibatkan murid dalam aktivitiaktiviti kumpulan dalam proses pengajaran dan pembeljaran.

ii.

Meja yang bercantum juga dapat mengelak alat tulis pelajar kerap jatuh dan mengganggu pengajaran dan pembelajaran seterusnya rosak. Faktor ini mungkin nampak remeh tetapi amat membantu guru selaku pengurus dalam bilik darjah. Tambahan pula ini adalah kelas pelajar-pelajar LINUS yang boleh dikategorikan sebagai bermasaalah dan lambat dalam pembelajaran gangguangangguan sebegitu perlu dihindari bagi memastikan objektif pembelajaran tercapai.

iii.

Susunan yang dipilih memberi peluang kepada guru untuk memberi tunujk ajar kepada kumpulan yang lebih kecil dan ia memberi impak yang lebih berkesan dari segi pengayaan mahu pun pemulihan. Kedudukan kerusi meja pelajar biasanya bersifat tidak static sebaliknya mengikut pembelajran murid. Kerusi meja disusun tanpa meja menjadi separuh bulatan untuk aktiviti perbincangan

4. Kelemahan

i.

Cantuman 7 dan 8 meja agak besar bilangan nya. Bertepatan dengan pelajarpelajar kelas LINUS yang memerlukan perhatian, peluang dan ruang kumpulan yang lebih kecil 4 hingga 5 adalah lebih berkesan. Penjelasan serta pemulihan yang disampaikan guru lebih menepati individu dalam kumpulan yang lebih kecil. Kemungkinan ada pelajar yang rasa tersisih dan tidak dimotivasikan oleh guru adalah tinggi.

ii.

Susunatur kelompok meja tidak seimbang dan menjadikan ruang di belakang tanpa tilkar tampak kosong dan menjadikan ruang seolah-olah berat sebelah dan tidak menarik. Ruang kosong itu juga mungkin menyediakan peluang untuk pelajar-pelajar berlari-lari atau melakukan tingkahlaku di luar kawalan.

Iii

Sebaiknya diadakan pemisah antara ruang meja dan kerusi dengan ruang kosong di belakang. Guru selaku pengurus bilik darjah boleh meletakkan tikar dan meja rendah di situ dan isytiharkan ruang tersebut sebagai ruang bacaan atau bercerita atau sudut kerja kendiri di samping bertegas dengan peraturanperaturan di bilik darjah. 8

5.

Latarbelakang konsep.

Bilik darjah boleh didefinisikan sebagai ruangan bilik di mana sekumpulan murid diajar oleh seorang guru. Bagaimanapun menurut Abdullah Sani Yahya (2003), bilik darjah didefinisikan sebagai suatu tempat di mana berlakunya segalan pengajaran dan pembelajaran secara formal dan selalunya pelajar menghabiskan sebahagian besar masanya di dalam bilik darjah. Dari segi susun atur kerusi meja dalam bilik darjah KSSR pelajar-pelajar tidak lagi duduk secara baris demi baris seperti KLSR sebaliknya mereka akan duduk mengikut kumpulan-kumpula kerana kebanyakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung adalah secara kumpulan, selain secara kelas atau individu.

Agihan kumpulan adalah tidak rigid sebaliknya lebih bergantung kepada keperluan objektif pengajaran dan pembelajaran yang ingin dicapai. Penagihan kumpulan juga boleh mengikut kebolehan yang sama, berbeza atau mengikut kecenderungan dan jantina.

Objektif susunatur bilik darjah Tahun 1 Wawasan yang dipilih adalah bersesuaian dengan konsep KSSR yang berpusat pelajar, ruang pembelajaran disediakan untuk memastikan penglibatan murid secara aktif semasa belajar. Mereka berpeluang untuk bergerak dan berbincang dengan guru dan rakan sedarjah.

3.

Sudut Kad Bacaan

Nama Sudut: Kelas:

Sudut Kad Bacaan Tahun 2 Bestari

10

2.

Justifikasi

i.

Sudut ini diwujudkan di sudut belakang kelas oleh guru kelas tersebut yang juga mengajar mata pelajaran Matematik di kelas tersebut. Kad-kad bacaan yang terkandung di dalam fail-fail ialah bahan bantu mengajar guru.

ii.

Kad-kad bacaan di dalam fail yang meliputi mata pelajaran Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Sesuai dengan kategori kelas lemah kad-kad bacaan yang disediakan adalah pada aras perkataan, frasa dan ayat mudah di samping gambar-gambar yang menarik minat pelajar.

iii.

Bahan yang dipamerkan diletakkan di tempat yang sesuai dan bilik darjah ini mempunyai ruang yang luas dan disediakan meja dan tikar sebagai ruang aktiviti kendiri pelajar-pelajar.

3.

Kekuatan

i.

Kad-kad bacaan disimpan di dalam fail berkulit keras dan setiap sekeping di salut plastic untuk tujuan tempoh penggunaan yang lama. Bahan-bahan tersebut dibeli untuk digunakanpakai bagi mendapat manfaat bukan hanya untuk dipamerkan sahaja.

ii.

Sejajar dengan konsep KSSR pelajar digalakkan untuk meneroka sendiri maklumat maka kad-kad bacaan yang disediakan menarik dari segi gambar, warna dan infomasi. Bahan yang dipamerkan diletakkan di tempat yang sesuai dan bilik darjah ini mempunyai ruang yang luas dan disediakan meja dan tikar sebagai ruang aktiviti kendiri pelajar-pelajar.

iii.

Kad-kad bacaan tersut juga mudah diakses oleh pelajar pada bila-bila masa. Ia juga menyediakan latihan mudah bagi memnjamin kefahaman pelajar dan pengukuhan pembelajaran. 11

4.

Kelemahan i. Tajuk atau mata pelajaran tidak dipamerkan di muka depan atau tulang fail bagi memudahkan pelajar untuk mengakses fail bila perlu. Pelajar terpaksa mengambil masa untuk mencari kad-kad bacaan yang diperlukan.

ii.

Sudut yang di pilih tidak dilabelkan dan tiada peraturan bertulis dipamerkan bagi membimbing tingkah laku yang diharapkan sepanjang pelajar berada di dalam bilik darjah tersebut.

iii.

Bahan atau kad-kad bacaan perlu dikemaskini dengan yang yang baru mengikut tajuk-tajuk pembelajaran. Sebaiknya guru menyediakan rekod penggunaan bagi memantau kekerapan pelajar menggunakan kad-kad bacaan tersebut.

5.

Latarbelakang dan konsep.

KSSR yang diperkenalkan pada 2011 menambah KBSR. KSSR mengekalkan konsep kesepaduan seperti yang terdapat dalam KBSR yang menyepadukan beberapa disiplin ilmu untuk menjadikan proses pembelajaran lebih menyeronokkan, bermakna dan berkesan. Sudut kad bacaan yang diwujudkan di Tahun 2 Bestari member ruang untuk pelajar-pelajarnya mencapai kemahiran membaca di samping lain-lain kemahiran asas 4M ; menulis, mengira dan menaakul.

12

4.

Sudut Papan Kenyataan

Nama kelas: Tahun 1 Gemilang 2012

13

2.

Justifikasi

i.

Sudut papan kenyataan diwujudkan disetiap bilik darjah di sesebuah sekolah. Di sudut inilah guru kelas mempamerkan bebrapa perkara wajib untuk kelas yang beliau dipertanggungjawabkan. Seperti sudut yang dipilih guru tersebut mempamerkan jadual waktu kelas Tahun 1 Gemilang 2012, jadual bertugas pelajarnya, calendar, jadual pentaksiran bertulis bagi PBS, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Prinsip Rukun Negara.

ii.

Sudut papan kenyataan yang telah dikhaskan bersebelahan dengan papan hitam atau putih di hadapan bilik darjah diberi sentuhan dekorasi terbaik oleh guru kelas. Sudut papan kenyataan serta informasi yang disenarai di para i. menjadi kriteria penting dalam Pertandingan Keceriaan Kelas di sekolah. Aspek kosmetik dalam suasana fizikal bagi pengurusan bilik darjah akan menceriakan dan mewujudkan suasana yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam KSSR.

iii.

Sudut papan kenyataan juga dikenali sebagai sudut maklumat pentadbiran kerana di situ dipaparkan maklumat tentang jadual waktu dan jadual bertugas pelajar yang kekal sepanjang tahun. Manakala jadual yang berkala dan maklumat terkini juga dipaparkan di sudut papan kenyataan bilik darjah. Poster Prinsip Rukun Negara, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan kalendar tahun semasa juga member infomasi dari semasa ke semasa.

3.

Kekuatan

i.

Jadual waktu kelas yang dipaparkan disediakan dengan kemas, berwarna terang dan menarik juga memberi maklumat lengkap tentang masa, mata pelajaran serta nama guru yang berkaitan kepada sesiapa yang membacanya. Pelajarpelajar terutamanya boleh diajar oleh guru untuk membaca atau mencari maklumat daripadanya untuk persediaan mata pelajaran seterusnya.

14

ii.

Begitu juga dengan jadual bertugas yang lengkap dengan organisasi kelas: nama guru kelas, ketua dan penolong ketua kelas serta nama pelajar yang bertugas membersihkan bilik darjah mengikut hari. Faktor ini mendidik pelajar di Tahun 1 Gemilang mengetahui tentang pentadbiran bagi kelas mereka di samping tanggungjawab membersihkan bilik darjah secara bergilir.

iii.

Faktor kosmetik yang menarik dengan gambar-gambar kartun, binatang dan berwarna- warni yang ada pada dekorasi sudut papan kenyataan menceriakan kelas Tahun 1 Gemilang sekaligus mewujudkan suasana yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam KSSR. Papan kenyataan ini juga tidak sesak dengan pelbagai infomasi maka guru kelas boleh menukar infomasi terkini dan berkala di ruang kosong yang disediakan di situ.

4.

Kelemahan

i.

Dekorasi bendera Malaysia yang digantung di bahagian atas papan kenyataan tidak kemas dan menutup label papan kenyataan itu sendiri. Ia mencacatkan pemandangan dan beberapa infomasi di bahagian atas itu terlindung.

ii.

Kalendar yang di paparkan kurang sesuai untuk saiz bilik darjah yang luas dan pelajar yang berusia 7 tahun kerana label penting seperti nama bulan dan tarikh terlalu kecil. Paparan untuk mendapat maklumat agak kurang berkesan.

iii.

Terdapat bahan-bahan yang dipamerkan ditampal dengan kurang kemas. Guru kelas perlu sentiasa mengemaskini bahan yang dipamerkan di situ.

15

5.

Latarbelakang dan konsep.

Secara fizikalnya bilik darjah yang biasa terdapat di sekolah di Negara ini adalah sama sahaja baik semasa KLSR kepada KBSR dan kini KSSR. Papan hitam atau papan putih dan meja guru tetap diletakkan di hadapan bilik darjah. Menurut modul KRP 3013 Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah UPSI (2011), papan kenyataan atau papan bulletin perlu ada di dalam bilik darjah di samping perabot,, meja-kerusi guru, mejakerusi murid,papan hitam atau papan putih dan sudut mata pelajaran.

Konsep pendekatan KSSR menyediakan ruang dan peluang untuk pelajar mencari maklumat maka sudut papan kenyataan sepatutnya ada kesemua yang disebut di atas.

16

Anda mungkin juga menyukai