Anda di halaman 1dari 12

TEKS PENGACARAAN MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN IPG KAMPUS TAWAU 2013

Cue: Ketibaan pengarah. Max : Mengumumkan Ketibaan Yang Berbahagia Puan Hajah Masni binti Madat, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau. Cue : Apabila semua hadirin dan tetamu selesai duduk. Ifa : Bismillahirrahmannirrahim. Sirih berlipat sirih pinang Sirih berasal Pulau Mutiara Pemanis kata Selamat Datang Awal Bismillah pembuka bicara

Yang Berbahagia, Puan Hajah Masni binti Madat, Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau. Yang Berusaha, Dr Haji Mohd Johan bin Zakaria, Timbalan Pengarah IPG Kampus Tawau, Yang berusaha, En. Mohammad bin Omar, Ketua Unit Kokurikulum IPG Kampus Tawau,

Yang dihormati, Ketua-ketua jabatan, ketua-ketua unit, para pensyarah, tetamu-tetamu jemputan, Yang dihormati, Saudara Sunardi bin Asmad Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar sesi 2013/2014 Yang dihormati, Saudara Mohd Hasmadil bin Mohd Tahir Pengerusi Pelaksana Kejohanan Olahraga Tahunan IPG Kampus Tawau 2013

Yang dikasihi, barisan jawatankuasa pengelola, jawatankuasa perwakilan pelajar dan seterusnya rakan guru pelatih sekalian. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam satu Malaysia. Max : Ke pekan kita membeli tepung tepung dibeli bersama kari Di padang ini kita berkampung menjayakan majlis penuh berseri.

Selamat datang diucapkan ke Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Olahraga Tahunan Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau tahun 2013. Majlis mengalu-alukan kehadiran tetamu jemputan dan para hadirin sekalian.

2. Perbarisan Lintas Hormat Ifa : Untuk memulakan acara, majlis perasmian penutupan dimulakan dengan perbarisan lintas hormat daripada rumah-rumah sukan yang telah mengambil bahagian dalam Kejohanan Olahraga Tahunan 2013. Cue : Muzik (5 langkah sebelum kon merah) Dengan hormatnya, dipersilakan Yang Berusaha, En Mohammad bin Omar, untuk menjemput dan seterusnya mengiringi Yang Berbahagia, Puan Hajah Masni binti Madat, Pengarah IPG Kampus Tawau untuk menerima tabik hormat daripada kontingen perbarisan. Majlis dengan penuh hormat dan takzimnya mempersilakan. Max : Kontinjen perbarisan yang pertama/seterusnya adalah kontinjen perbarisan dari rumah sukan ____________________ dan dibimbing oleh ______________________________________. Perbarisan ini diketuai oleh saudara/saudari __________________________________ dengan kekuatan anggota seramai 33 orang bermottokan __________________________________. Merah Pensyarah : En. Adnan bin Wahab Ketua : Shantene Naidu Motto : Superb Joo ! Hijau Pensyarah : En.Ong Lock Tong Ketua : Ahmad Firdaus bin Sallehan Motto : Hulk Menang Hulk Kami ! Biru Pensayarah : En.Mohd Zain bin Badwi Ketua : Muhammad Shafie bin Omar Motto : Tuah, Pantang Berundur Walaupun Banjir Melanda ! Jingga Pensayarah : Ustaz Mohd Shahirudin bin Amir Ketua : Ali bin Mohammad Amir Motto : Agi Hidup Agi Ngelaban !

Cue: Selesai lintas hormat, semua dalam keadaan sedia Max : kepada yang berbahagia, majlis mengucapkan terima kasih, Cue: pengarah duduk Demikianlah berakhirnya perbarisan lintas hormat bagi Kejohanan Olahraga Tahunan IPG Kampus Tawau. Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan Pengarah atas kesudian menyempurnakan upacara.

3. Nyanyian 3 buah lagu Cue: Pengarah duduk Ifa : Hadirin sekalian, seterusnya marilah kita sama-sama menyanyikan 3 buah lagu iaitu Sabah Maju Jaya, kami Guru Malaysia, dan Lagu Rasmi Institut Pendidikan Guru. Hadirin diminta bersedia. Cue : selesai lagu institut Terima kasih diucapkan dan hadirin dijemput duduk..

4. Persembahan Ifa : Hujan gerimis lebat di hulu haba di muara terasa nyaman kejohanan sukan tengah berlalu arena persembahan jangan dilupakan

Hadirin sekalian, sekarang majlis akan dimeriahkan lagi dengan persembahan khas sempena Kejohanan Olahraga Tahunan bagi tahun 2013. Untuk pengetahuan para hadirin, persembahan pertama diketuai oleh saudari Andrea Joy Apostol. untuk itu dipersikan PISMP TESL Januari 2013. Cue : selesai persembahan Begitulah tadi persembahan yang begitu bersemangat dari PISMP TESL Januari 2013 Cue : Penyampaian Hadiah dan Piala Kejohanan.

5. Penyampaian hadiah Max : Kini, sampailah kita ke upacara yang ditunggu-tunggu iaitu penyampaian hadiah dan piala kejohanan. Untuk itu, dijemput En Mohammad bin Omar untuk mengiringi dan mempersilakan Timbalan Pengarah, Dr Haji Mohd Johan bin Zakaria, bagi menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Dipersilakan. (Rujuk senarai pemenang) i. 8x50 m (3,2,1)

Penyampaian hadiah bagi acara 8X50 Meter iaitu acara khas untuk pensyarah. Tempat ketiga dimenangi oleh rumah sukan ______________. Tempat kedua pula dimenangi oleh rumah sukan __________________. Manakala Johan bagi acara 8X50 Meter dimenangi oleh rumah sukan _____________. Tahniah diucapkan.

ii.

Cheerleaders (4,3,2,1)

Bagi pertandingan Cheerleaders, tempat keempat dimenangi oleh pasukan __________________ dari rumah sukan ____________________. Tempat ketiga dimenangi oleh pasukan __________________ dari rumah sukan ____________________. Tempat kedua dimenangi oleh pasukan __________________ dari rumah sukan __________________. Manakala Johan bagi pertandingan Cheerleaders sempena Kejohanan Olahraga Tahunan tahun 2013 ini dimenangi oleh pasukan _________________ dari rumah sukan _____________. Tahniah diucapkan.

iii.

Perbarisan (4,3,2,1)

Seterusnya, bagi pertandingan perbarisan pula, tempat keempat dimenangi oleh kontinjen perbarisan dari rumah sukan _____________________ Tempat ketiga dimenangi oleh kontinjen perbarisan dari rumah sukan _____________________ Tempat kedua dimenangi oleh kontinjen perbarisan dari rumah sukan _____________________ kontinjen yang mendapat markah tertinggi sekaligus menjadi johan adalah kontinjen perbarisan dari rumah sukan _______________________________. Tahniah diucapkan. iv. Khemah

bagi pertandingan hiasan khemah tercantik, telah dimenangi oleh khemah rumah sukan _________________________ Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas penyempurnaan upacara sebentar tadi.

Persembahan 2 Cue : persembahan kedua Max : Kita teruskan lagi kehangatan kejohanan olahraga tahunan dengan persembahan kedua yang diketuai oleh saudara Lancelot Doom. Untuk itu dipersikan PISMP PJ januari 2012 Cue : Selesai persembahan. Max : Demikianlah tadi persembahan yang penuh bertenaga daripada PISMP PJ Januari 2012. untuk pengetahuan para hadirin, Kedua-dua persembahan yang telah kita saksikan sebentar tadi adalah dibawah bimbingan En Mohd Foazi bin Mohd Nor yang merupakan pensyarah di Jabatan Pendidikan Jasmani.

Cue : penyampaian hadiah Ifa : Kita teruskan dengan penyampaian hadiah bagi johan keseluruhan rumah sukan, Olahragawati, dan Olahragawan. Majlis menjemput dan mempersilakan, Yang berbahagia, Puan Hajah Masni binti Madat, Pengarah IPG kampus Tawau diiringi oleh En.Mohammad bin Omar untuk menyampaikan hadiah, dipersilakan. v. Johan keseluruhan rumah sukan

Johan Keseluruhan bagi Kejohanan Olahraga Tahunan IPG Kampus Tawau tahun 2013 ialah dari rumah sukan _________________. Syabas dan Tahniah diucapkan kepada pemenang. vi. Olahragawati

Olahragawati pada Kejohanan Olahraga Tahunan IPG kampus Tawau pada tahun ini ialah saudara _________________________________. Tahniah diucapkan. vii. Olahragawan

Maka tibalah kita ke acara yang ditunggu-tunggu iaitu olahragawan pada kejohanan Olahraga Tahun IPG kampus Tawau bagi tahun 2013. Olahragawan pada Kejohanan Olahraga Tahunan IPG kampus Tawau pada tahun ini ialah saudara _________________________________. Tahniah diucapkan. Cue : Selesai penyampaian hadiah dan piala kejohanan. cenderamata Max : Sebagai tanda kenang-kenangan kejohanan olahraga tahunan 2013, majlis mempersilakan, Yang berusaha, En. Mohammad bin Omar, Ketua Unit Kokurikulum untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berbahagia, Puan Pengarah Puan Hajah Masni binti Madat. Dipersilakan. Cue : selesai cenderamata Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas penyempurnaan upacara sebentar tadi.

6. Ucapan Cue : Ucapan Perasmian Penutupan. Ifa : Para atlit datang berhimpun, Padang ini medan bertemu, Sepuluh jari tertib disusun, kesudian tuan datang bertamu Hadirin sekalian, seterusnya majlis dengan sukacitanya menjemput dan mempersilakan Yang Berbahagia, Puan Hajah Masni binti Madat, Pengarah IPG Kampus Tawau untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya menyempurnakan majlis penutupan rasmi Kejohanan Olahraga Tahunan IPG Kampus Tawau 2013. Dengan penuh takzimnya, dipersilakan.

7. Gimik Cue : pelepasan burung merpati Max: Dengan itu, maka sempurnalah sudah majlis perasmian penutupan kejohanan olahraga peringkat IPG kampus Tawau 2013. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

8. Bendera Cue : Upacara menurunkan bendera kejohanan. Ifa : Para hadirin sekalin, majlis kita teruskan lagi dengan upacara menurunkan bendera kejohanan sebagai simbolik penangguhan Kejohanan Olahraga Tahunan bagi tahun 2013 yang akan disempurnakan oleh ahli-ahli Pasukan Pengakap KLM24 dan Kadet Remaja Sekolah yang diketuai oleh saudara Sunardi bin Asmad. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Cue : turun bendera selesai/ bendera dilipat Seterusnya dipersilakan Puan Pengarah, Puan Hajah Masni binti Madat untuk menerima bendera kejohanan dan seterusnya diserahkan kepada En Mohammad bin Omar.

Cue : selesai upacara menurunkan bendera kejohanan. Terima kasih diucapkan atas upacara sebentar tadi.

9. Penutup Max: Anak haruan di tasik Delima Mati ditimpa punggur berdaun Budi kalian kami terima Jadi kenangan bertahun-tahun Majlis dengan berbesar hati ingin merakamkan jutaan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan Pengarah, Timbalan Pengarah dan para pensyarah atas kesudian bertandang bagi memeriahkan majlis pada kali ini. Pihak majlis juga ingin memohon maaf sekiranya terdapat kekhilafan sepanjang majlis berlangsung. Cue: Nyanyian lagu Negaraku. Ifa: Burung belatuk burung kedidi terbang hinggap di pinggir kali terima kasih daun keladi semoga kenangan kekal abadi Mengakhiri majlis, hadirin dipersilakan berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu negaraku, dipersilakan Cue : Majlis selesai/tamat. Mengumumkan Puan Pengarah, Timbalan Pengarah, meninggalkan majlis. Dipersilakan. Majlis merakamkan jutaan terima kasih di atas kerjasama padu yang telah diberikan sepanjang mejayakan Kejohanan Olahraga Tahunan pada kali ini. Sukan Pemangkin Transformasi 1 Malaysia Sekian Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Kita jumpa lagi. para pensyarah dan tetamu jemputan

Anda mungkin juga menyukai