Anda di halaman 1dari 4

TEKS UCAPAN YANG BERBAHAGIA PUAN HAJAH MASNI BTE MADAT, PENGARAH IPG KAMPUS TAWAU SEMPENA MAJLIS

PERASMIAN PENUTUPAN KEJOHANAN OLAHRAGA 2013 PADA HARI SABTU , 16 MAC 2013 JAM PAGI DI ASTAKA PADANG IPG KAMPUS TAWAU ___________________________________________________________________ Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia. Terima kasih Saudara Pengacara Majlis 1. Encik Mohd Amin Tan Tua , Pengerusi Persatuan Permuafakatan Waris Prasekolah Sri Murni, 2. 3. 4. 5. Puan Habibah bte Mohd Kassim, Pen.Penyelaras Prasekolah & Teaching School, Puan Flora, Guru Prasekolah Sri Murni, Ahli-ahli Jawatankuasa Sukaneka 2012, Dan seterusnya para ibu bapa dan penjaga, para guru pelatih Opsyen Prasekolah dan anak-anak yang disayangi.

__________________________________________________________________ Alhamdulillah, Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia serta izinnya ,maka kita dapat bersama sempena Majlis Perasmian Penutupan Kejohanan Olahraga IPG Kampus Tawau bagi tahun 2013.Terlebih dahulu saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Ohlaraga berserta ahli jawatankuasa penganjur atas kesudian mengundang saya bagi menyempurnakan majlis penutupan ini.

1 Tuan-tuan dan puan-puan, Kejohanan Olahraga Tahunan ini merupakan aktiviti sukan tahunan bagi guru pelatih IPG Kampus Tawau. Ia akan menjadi suatu pemangkin dalam pembentukan individu yang cergas lagi

cerdas melalui aktiviti-aktiviti sukan yang teramat penting kemahiran fizikal pelajar.

dalam perkembangan

Matlamat utama Olahraga ini adalah untuk mengetengahkan potensi diri pelajar untuk bertanding ke peringkat lebih tinggi terutamanya dalam bidang sukan. Menerusi aktiviti sukan, kanak-kanak akan dapat menunjukkan kemahiran dan kemampuan fizikal mereka dengan sepenuhnya. Selain itu, semasa aktiviti sukan juga, kanak-kanak akan didedahkan dengan semangat kesukanan seperti semangat berpasukan, tidak mudah berputus asa dan berusaha untuk menang.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Dengan adanya Hari Sukaneka, kebolehan dan potensi kanak -kanak dalam bidang sukan akan dapat ditonjolkan. Ibu-bapa juga akan dapat lebih memahami minat dan kebolehan anak melalui aktiviti ini. Diharapkan dengan sukaneka ini akan dapat menanamkan minat dalam diri kanakkanak untuk bidang sukan dan menggalakkan mereka untuk berjaya dalam bidang ini pada masa hadapan. Di samping itu, Hari Sukaneka ini juga akan dapat merapatkan lagi hubungan silaturahim antara pihak ibu-bapa, AJK Pengurusan dan para pensyarah Prasekolah Sri Murni .

Tuan-tuan dan puan-puan,

Saya juga menerima maklum bahawa Sukaneka ini juga melibatkan pelajar-pelajar PISMP Prasekolah sebagai AhliJawatankuasa Pelaksana . Penglibatan para guru pelatih dalam

pengurusan sukaneka seperti ini secara tidak langsung akan dapat memberikan pendedahan kepada mereka tentang proses pengendalian aktiviti aktiviti seperti Hari Sukaneka di sekolah nanti.

Tuan-tuan dan puan-puan, Sesungguhnya telah diperlihatkan saya amat berbesar hati dengan komitmen yang

oleh ibu bapa dan para penjaga.Kehadiran yang amat

menggalakkan ini menunjukkan betapa para ibubapa begitu prihatin terhadap perkembangan dan kemajuan pendidikan anak-anak sekolah. Demikian juga, Syabas dan tahniah saya ucapkan.kepada Jawatankuasa walaupun di peringkat pra-

Sukaneka Prasekolah Sri Murni yang diterajui oleh Puan Habibah Mohd Kassim , Puan Flora dan Puan Salijah dalam menjayakan acara sukaneka pada pagi ini dengan jayanya. Semoga acara sukaneka seumpama ini akan diteruskan pada masa akan datang dengan pelbagai pengisian yang menarik dan bersesuaian menurut tahap umur pelajar-pelajar berkenaan, etika, moral dan agama. Dengan lafaz yang mulia Bismillahirahmanirahim, saya merasmikan Sukaneka Prasekolah Sri Murni bagi Tahun 2012. Sekian, terima kasih. 3

Anda mungkin juga menyukai