Anda di halaman 1dari 41

SOALAN 1 PETA MINDA Maksud/ Pengertian Kebudayaan

Penutup/ kesimpulan / rumusan

Menghuraikan perkembangan kebudayaan di Malaysia.

Sejarah Kebudayaan di Malaysia

Perkembangan kebudayaan di Malaysia

SOALAN 1 Menghuraikan perkembangan kebudayaan di Malaysia.

Pengertian Budaya

Budaya yang dikonsepsikan oleh orang ramai selalunya meliputi hal-hal mengenai kesenian. Sedangkan pengertian budaya dalam pengajian anthropologi adalah suatu jalinan yang kompleks. Perlakuan manusia yang dipelajari (learned behaviour) adalah menjadi asas kepada pertumbuhan budaya. Definisi budaya itu berbagai-bagai sebagaimana yang diberikan oleh sarjana-sarjana anthropologi budaya. A.L. Kroeber dan C. Kluckhohn pernah mengumpul sehingga 160 definisi budaya yang telah digunakan oleh sarjana-sarjana. Kemudian mereka menganalisis dan membuat kesimpulan.

Dalam bahasa Melayu budaya itu berasal daripada perkataan budi, iaitu kata Sanskrit yang bermaksud akal. Budaya itu ialah perlakuan-perlakuan manusia yang berkaitan dengan akal fikiran. Dalam intepretasi lain difahamkan bahawa budaya itu daripada rangkaian daya dan budi yang dapat dikatakan segala yang berupa cipta, rasa dan penggunaan fikiran manusia. Kebudayaan itu bermaksud segala hasil dari ciptaan itu. Budaya adalah kata singkat daripada kebudayaan.

Budaya itu dapat dilihat dari aspek perlakuan dan hasil perlakuan anggota-anggota masyarakat. Perlakuan manusia didorongkan oleh berbagai-bagai aspek lain, seperti norma, nilai, peraturan, adat resam, kepercayaan, undang-undang dan sebagainya. Perlakuan ini adalah hasil dari berbagai-bagai proses dan ini juga yang melahirkan berbagai-bagai peralatan budaya. Sesuatu sistem itu merupakan perlakuan individu dan gabungan dengan alat-alat yang dihasilkan.

Sejarah Kebudayaan Kebangsaan Latarbelakang

Kebudayaan merupakan keseluruhan cara hidup manusia. Ia berperanan penting dalam proses pembangunan negara di Malaysia di mana keperibadian Malaysia harus dipupuk dalam usaha-usaha yang dijalankan ke arah meningkatkan pembangunan sosioekonomi dan politik. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan. Bagi sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti di Malaysia, proses pembentukan kebudayaan nasional memerlukan perancangan yang teliti dan rapi supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat keMalaysiaan. Perancangan kebudayaan ini harus menentukan sifat-sifat yang baik, mulia dan utama bagi pembinaan bangsa dan ketahanan negara.

Rasional

Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah penting bagi sesebuah negara membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti Malaysia. Dasar ini nanti akan dapat menjadi Garis panduan dalam membentuk, newujud dan mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Penggubalan dasar ini perlu dibuat dengan mempertimbangkan fakta-fakta perkembangan sejarah serantau dan kedudukan negara ini sebagai pusat pertemuan serta pusat tamadun dan perdagangan sejak dua ribu tahun yang lampau. Peranannya sebagai sebuah pusat pertemuan, telah melahirkan proses interaksi, pengenalan, penyerapan dan penerimaan pelbagai unsur-unsur yang sesuai kepada kebudayaan asas rantau ini dari pelbagai unsur-unsur kebudayaan dunia. Dengan yang aemikian, sebagai satu proses yang berterusan, penwujudan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia akan terus berlandaskan unsur-unsur dan tiga prinsip yang ditetapkan oleh Kerajaan sebagai Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu:

(i) Berteraskan kepada Kebudayaan Rakyat Asal Rantau ini. Rantau ini yang merangkumi kawasan Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan Kampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia dan Oceania) sehingga Malagasi adalah merupakan bahagian utama dari kawasan tamadun atau budaya Melayu. Rantau ini merupakan pusat pemancaran, pengembangan dan warisan Kebudayaan Melayu sejak zaman berzaman dan ditandai pula oleh kegemilangan dan keagungan tamadun Melayu yang berpusat di Melaka yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antarabangsa (linguafranca). Kebudayaan serantau ini digambarkan oleh persamaan-persamaan di bidang bahasa yang berasaskan keluarga bahasa Melayu Austronesia, kedudukan geografi, pengalaman sejarah, kekayaan alam, kesenian dan nilainilai keperibadiannya. Budaya Melayu pada hari ini merupakan cara hidup, lambang identiti dan asas ukuran keperibadian kepada lebih 200 juta umat manusia yang menuturkan satu rumpun bahasa yang sama. Dengan yang demikian, kebudayaan rakyat asal rantau ini dalam pengertian sempit atau luasnya kebudayaan Melayu telah dijadikan teras kepada Kebudayaan Kebangsaan.

(ii)

Unsur-unsur Kebudayaan Lain yang sesuai dan wajar boleh diterima. Kebudayaan sebagai sesuatu yang dinamik, sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan

dan penyesuaian secara berterusan. Prinsip ini bertepatan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya. Dengan itu unsur-unsur budaya Cina, India Arab, Barat dan lain-lain yang sesuai dan wajar diberi penimbangan dan penerimaan dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. Kesesuaian penerimaan dalam penyerapan ini adalah bergantung kepada tidak wujudnya percanggahan dengan Perlembagaan dan prinsip-prinsip Rukun Negara dan kepentlngan nasional serta asas-asas moral dan kerohanian sejagat pada amnya dan pada Islam sebagai agama rasmi negara khasnya.

(iii)

Islam Menjadi Unsur Yang Penting Dalam Pembentukan Kebudayaan Kebangsaan.

Agama atau kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berakhlak dan berperibadi mulia. Agama Islam member panduan kepada manusia dalam mengimbang dan memadukan usaha bagi mengisi kehendakkehendak emosi dan fizikal dan kerana itu patut menjadi unsur yang penting dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan memandangkan kedudukannya sebagai agama rasmi negara, di samping telah wujudnya fakta sejarah dan nilai-nilai Islam yang telah sedia didukung oleh sebahagian besar rakyat rantau ini. Ketiga-tiga prinsip asas di atas adalah melambangkan penerimaan gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971.

Objektif

Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan bagi negara-negara yang baru merdeka amatlah penting untuk mewujudkan sebuah Negara yang stabil dan bersatupadu. Dengan yang demikian usahausaha pembentukan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia adalah bertujuan untuk mencapai tiga objektif penting iaitu:

(i) Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui Kebudayaan;

(ii) Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada Kebudayaan Kebangsaan; dan

(iii) Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosioekonomi.

Strategi dan Pelaksanaan Objektif dasar ini boleh dicapai melalui strategi-strategi berikut:

(i) Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya;

(ii) Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan seluas-luasnya sebagai jentera pembangunan yang berkesan;

(iii) Mewujudkan komunikasi yang berkesan kearah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia;

(iv) Memenuhi keperluan sosiobudaya; dan

(v) Meninggikan taraf dan mutu kesenian.Di samping Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan, penglibatan pihak lain juga adalah penting dalam pelaksanaan dasar ini. Mereka termasuklah Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan Pusat, Kerajaan-kerajaan Negeri, badan-badan berkanun dan pihak swasta serta pertubuhan- pertubuhan kebudayaan. Peranan Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Pelancongan dalam pelaksanaan matlamat dan strategi dasar ini adalah penting. Antara lain Kementerian ini menguruskan penyelidikan, pembangunan dan penggalakan, pendidikan dan pengembangan kesenian dan perhubungan ke arah kemajuan kebudayaan kebangsaan. Usaha-usaha itu dicapai melalui aktiviti-aktiviti pembangunan, persembahan seni oleh Kompleks Budaya Negara sebagai pengelola dan urusetia perhubungan kebudayaan antarabangsa, Majlis Kebudayaan Negeri, khidmat nasihat bagi mengukuhkan pertubuhan-pertubuhan kebudayaan dan kerjasama dengan badan-badan antarabangsa. Peranan Kementerian/Jabatan, Kerajaan-kerajaan Negeri dan badan-badan berkanun yang lain adalah sama penting dalam melaksanakan strategi dasar ini di dalam pengurusan harian dan pelaksanaan dasar-dasar semasa. Peranan pihak swasta dan pertubuhanpertubuhan kebudayaan kian diperlukan di mana badan-badan ini boleh memainkan peranan menjalankan usaha pembinaan dan kemajuan kebudayaan di peringkat organisasi masing-masing

dan seterusnya membiayai penajaan program atau projek-projek kebudayaan.

Pencapaian dan Masalah

Berbagai usaha telah dijalankan bagi mencapai matlamat dasar ini. Secara umumnya pencapaian matlamat dan objektif dasar telah menunjukkan kejayaan yang boleh dibanggakan. Perlu diingat bahawa di dalam pembentukan dan pewujudan satu Kebudayaan Kebangsaan, proses penyerapan dan penerimaannya menambil masa yang lama, melangkaui satu generasi ke satu generasi yang lain. Penggubalan dan pelaksanaan dasar ini, meskipun masih lagi baru usianya (iaitu sejak penerimaan prinsip asas gagasan Kongres Kebudayaan Kebangsaan pada tahun 1971) namun pembentukan identiti nasional dan perpaduan kaum dan nilai murni Islam telahpun dilaksanakan. Adalah didapati bahawa pencapaian ke arah ini telahpun jelas kelihatan sejak kebelakangan ini.

Identiti kewarganegaraan dan seni budaya Malaysia juga didapati di dalam perayaanperayaan antarabangsa dan juga di dalam kegiatan seni sukan dan perayaan sama ada di peringkat rasmi atau tidak rasmi. Secara ringkas bolehlah dikatakan identiti negara Malaysia telah dapat diwujudkan secara beransur-ansur. Walau bagaimanapun, ada kalangan yang mempersoalkan sejauh mana unsur-unsur kebudayaan lain telah diterapkan dalam proses penwujudan Kebudayaan Kebangsaan itu. Sebenarnya persoalan ini tidak harus ditimbulkan. Misalnya, Kerajaan Malaysia menyediakan pendidikan asas percuma selama 6 tahun yang melibatkan sekolah-sekolah, guru-guru dan buku-buku dalam bahasa Tionghua dan Tamil. Di peringkat menengah pula, Kerajaan dikehendaki oleh undang-undang untuk menyediakan guru bahasa Cina atau Tamil sekiranya ibu-bapa kepada 15 atau lebih orang pelajar Cina dan India meminta kelas-kelas bahasa ibunda. Di peringkat pengajian tinggi pula kerajaan telah lama menubuhkan jabatan-jabatan pengajian Cina dan Tamil di Universiti Malaya. Program-program dalam bahasa Cina dan Tamil kerap disiarkan oleh Radio dan Televisyen Malaysia. Tidak ketinggalan juga Tahun Baru Cina, Deepavali, hari Wesak dan Krismas telah diisytiharkan sebagai hari kelepasan am. Namun demikian ukuran secara terperinci terhadap pencapaian dan kekesanan pelaksanaan dasar ini adalah sukar dibuat memandangkan bahawa pembentukan sesuatu budaya negara bukanlah dapat diusahakan dalam satu atau dua dekad.

Antara kelemahan-kelemahan pencapaian dan masalah yang wujud kebelakangan ini adalah berpunca daripada perkembangan sosioekonomi yang pesat di dalam suasana perhubungan luar secara terbuka dan tidak terhad. Perkara ini jelas kelihatan di dalam pencemaran bahasa yang tidak terkawal, penamaan dan perancangan taman-taman perumahan, perbandaran, seni bina yang tidak sepenuhnya mencerminkan identiti Malaysia, kemasukan unsur-unsur seni dan muzik luar yang tidak ada kaitan langsung dengan seni budaya asal rantau ini. Kejayaan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan ini adalah bergantung kepada peruntukan kewangan, kepakaran dan kecekapan pengurusan yang mengendali dan melaksanakan dasar ini. Sokongan secara langsung atau tidak langsung oleh semua adalah penting bagi kejayaan program dan aktiviti-aktiviti dasar ini.

Penutup Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi negara Malaysia yang sedang membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum yang mengamalkan budaya yang berbeza. Dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan satu bangsa yang bersatu-padu serta mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa. Namun demikian pelaksanaannya adalah rumit dan tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat. Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu tercapainya hasrat dan cita-cita pelaksanaan dasar ini kerana dengan keinsafan itu sahaja Kebudayaan Kebangsaan akan dapat dibezakan dengan kebudayaan kesukuan atau kebudayaan kaum. Kebudayaan yang dipupuk itu akan mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan memperlihatkan keperibadian kcbangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah.

(Sumber : Pejabat Perdana Menteri)

Perkembangan kebudayaan di Malaysia. Dalam penyelidikan anthropologi budaya memerlukan satu proses yang kompleks bagi memahami perhubungan dan interaksi individu dalam sesuatu masyarakat itu. Perlakuan itu harus mencerminkan budaya yang menjadi tumpuan kajian itu.

Anika budaya Budaya dan masyarakat itu didapati berbagai-bagai, diversiti dalam dimensi masa dan ruang. Oleh kerana terdapat diversiti dalam budaya itu maka didapati berbagai-bagai usaha untuk mengkelasifikasikannya; misalnya pembahagian seperti barat dan timur; primitif dan moden; tradisi dan moden, berdasarkan sekitaran alam, kawasan budaya dan ke dalam kulturkreise. Pembahagian itu berasaskan pada masa atau ruang. Dalam proses mengkelasifikasikan budaya terdapat berbagai-bagai kritik, tentangan dan terdapat pula berbagai-bagai sokongan dan ulasan.

Proses perubahan/perkembangan kebudayaan Perubahan berlaku kerana budaya itu dinamis, iaitu berlaku perubahan dari masa ke masa. Perubahan itu adakala terjadi dalam jangka masa yang lama dan adakala berbentuk reformasi atau revolusi. Evolusi budaya. Evolusi budaya ialah suatu proses perubahan masyarakat dan budaya yang mengambil masa yang lama. Perubahan yang berlaku itu lebih berupa secara bersendirian, iaitu tidak ada tekanan dari luar. Konsep perubahan budaya pula merupakan perubahan yang terjadi dalam jangka masa yang lebih pendek dan mungkin hasil dari pertembungan dengan luar atau lebih bersifat tekanan dari luar. Perubahan budaya itu terjadi secara asimilasi dan akultrasi.

Proses evolusi yang mengambil masa lama itu dalam anthropologi dikatakan directional processes yang dilihat dari jauh. Proses evolusi secara berulang-ulang itu dipanggil proses recurrent.

Inovasi Inovasi ialah proses perubahan budaya yang besar tetapi terjadi dalam jangka masa yang tidak begitu lama. Penemuan baru disebarkan kepada masyarakat, dan budaya itu diterima serta dipelajari dan akhirnya menjadi kebiasaan dalam masyarakat.

Penemuan (discovery dan invention) ialah penemuan unsur budaya baru. Bila penemuan itu diserap ke dalam budaya maka ia dikatakan penciptaan.

Perkembangan Budaya Popular

Kemunculan budaya popular dalam konteks masyarakat moden adalah berkaitan dengan pembangunan ekonomi, misalnya perkembangan ekonomi kapitalis. Budaya popular moden di Malaysia pula mulai berkembang berikutan dengan perubahan ekonomi yang dibawa oleh pemerintah kolonial. Pusat perubahan ekonomi itu ialah di bandar. Oleh itu kemunculan fenomenon budaya popular moden itu turut berpusat di bandar-bandar besar. Bandar itu juga sebagai pusat perubahan budaya. Dalam konteks ini proses modenisasi dan urbanisasi memainkan peranan penting dalam kemunculan dan perkembangan fenomenon budaya popular. Perubahan yang berlaku di bandar-bandar kolonial itu kemudian turut mendorongkan kemunculan budaya popular Melayu.

Pembangunan bandar-bandar moden telah membawa perubahan pesat kepada gaya hidup penduduk bandar. Pembangunan ekonomi yang berpusat di bandar-bandar itu telah menarik ramai pekerja dari luar bandar. Mereka ini memerlukan penawaran unsur-unsur budaya bagi mengisi masa lapang, dan keperluan yang lebih tinggi. Gaya hidup mereka yang berbeza daripada gaya hidup golongan elit di bandar, memberikan peluang penawaran unsur-unsur budaya bercorak popular untuk mengisi keperluan mereka itu.

Unsur-unsur budaya mulai ditawarkan secara komersial, misalnya sebagai bahan hiburan, mainan, pengisian masa lapang atau keperluan mengisi gaya hidup moden. Oleh itu unsur-unsur budaya menjadi komoditi budaya atau bahan budaya yang dikomersialkan untuk mengisi

keperluan orang ramai.

Pembangunan teknologi dan ilmu pengetahuan moden turut mendorongkan peningkatan perkembangan budaya popular. Teknologi membolehkan produktiviti ditingkatkan dan dengan itu penawaran bahan-bahan budaya boleh disebarkan secara meluas. Dengan teknologi itu juga membolehkan penawaran bahan-bahan budaya itu dapat dipertahankan mutunya. Malahan, dengan pesatnya pembangunan teknologi, penawaran bahan-bahan budaya itu dapat dipelbagaikan. Misalnya, teknologi telekomunikasi terkini membolehkan penawaran bahanbahan budaya dilakukan secara global dan penyebarannya dapat disegerakan.

Perkembangan budaya popular yang berasaskan kegiatan komersial itu, maka pihak pengusaha menguruskan dagangan itu sebagai suatu industri sebagaimana pengurusan industri yang lain juga. Dalam perjalanan pengurusan industri budaya itu, bahan-bahan yang ditawarkan adalah selaras dengan cita rasa budaya orang ramai. Sebagai gaya hidup bandar, yang melalui proses modenisasi dan urbanisasi maka bahan-bahan budaya itu perlu selalu dilakukan perubahan untuk menyesuaikan dengan perubahan selera orang ramai. Oleh itu bahan budaya popular sebagai komoditi budaya sentiasa berubah dan diperbarui selaras dengan perubahan nilai-nilai sosial.

Perkembangan budaya popular telah dapat melahirkan golongan profesional, dan peluang pekerjaan kepada ramai orang, terutama dalam industri budaya. Mereka yang berkebolehan dan berbakat dapat bergantung hidup dalam bidang berkaitan. Seterusnya mereka boleh meningkatkan mutu kerana perlibatan sepenuh masa mereka dalam bidang mereka Itu.

Budaya popular merupakan suatu kepentingan dalam menyatakan gaya hidup baru masyarakat moden. Semakin maju sesuatu masyarakat itu, penumpuan, misalnya permintaan terhadap budaya popular semakin meningkat. Orang ramai bekerja kuat boleh dikatakan tidak lagi bertujuan untuk mengisi keperluan-keperluan asas sebagaimana masyarakat tradisional. Budaya popular sebagai keperluan yang lebih tinggi tidak lagi terbatas kepada perkara-perkara yang merupakan pengisian asas semata-mata. Misalnya, hiburan hanya merupakan sebahagian daripada unsur budaya popular yang didapati semakin penting dalam masyarakat maju.

Keperluan yang lebih tinggi semakin beragam dan berbagai-bagai keinginan yang lebih tinggi boleh merupakan suatu dorongan atau impian penting bagi orang ramai untuk bekerja lebih kuat.

Fenomenon budaya popular itu berbagai-bagai, adakala berasaskan kepada keperluan asas. Dalam masyarakat moden kini kita dapati keperluan-keperluan asas itu juga semakin bertambah bergantung kepada kemajuan yang dicapai oleh masyarakat. Misalnya, pakaian sebagai keperluan asas, orang ramai mendapatkan pakaian umumnya kurang menitikberatkan lagi tentang keperluan asas sebagaimana konsep yang terbina masa lalu. Tetapi kini orang berusaha mendapatkan pakaian yang lebih menekankan kepada fesyen, mutu dan kecantikan. Unsur-unsur fesyen dan jenama selalu menjadi pertimbangan utama. Kepentingan seperti ini lebih menekankan kepada keperluan sosial. Dalam memahami keperluan atau kepentingan yang lebih mengutamakan kepada keindahan dan kepuasan diri tidak dapat dipisahkan daripada kepentingan sosial sebagaimana yang diberikan nilai oleh anggota-anggota masyarakat. Keperluan individu tidak dapat dipisahkan daripada pengaruh keperluan sosial. Dalam keadaan ini, budaya popular yang terbina adalah berasaskan kepada citarasa golongan majoriti yang mempengaruhi individu. Kedua-dua pihak iaitu individu dan masyarakat saling mempengaruhi. Individu sebagai anggota masyarakat adakala dapat memainkan peranan mempengaruhi citarasa anggota-anggota kelompok dan seterusnya masyarakat.

Budaya popular yang berkembang pesat dalam masyarakat moden merupakan penghasilan industri budaya yang berasaskan kepada kegiatan komersial. Unsur-unsur budaya menjadi tumpuan pengusaha yang menjadikan sebagai bahan-bahan yang dapat dikeluarkan secara besar-besaran bagi mengisi kepentingan dan keperluan orang ramai. Dalam keadaan ini unsur-unsur budaya itu menjadi barang-barang dagangan sebagaimana barang-barang dagangan yang lain juga. Misalnya, unsur-unsur hiburan didapati semakin penting menjadi bahan dagangan. Bahan-bahan budaya kini dapat disebarkan secara meluas dengan terdapatnya berbagai-bagai kemudahan teknologi moden seperti pengangkutan dan saluran media massa. Industri budaya dapat berkembang pesat, terutama apabila kemudahan teknologi moden didapati semakin digunakan dengan meluas. Teknologi moden memainkan peranan penting dalam membolehkan penawaran bahan-bahan budaya popular yang berbagai-bagai bentuk tersebar luas dalam pasaran.

Pemisahan budaya kepada sub-budaya rakyat, popular dan elit adalah berasaskan kepada kelas sosial. Pada satu pihak menerangkan bahawa kita membicarakan tentang gaya hidup kelompok-kelompok sosial yang berkaitan. Hal ini kerapkali menimbulkan kekeliruan antara sub-budaya dan kelas sosial. Misalnya, apabila membicarakan budaya rakyat bermakna kita berusaha menerangkan gaya hidup kelas tani, budaya tinggi pula menyatakan kelas berada yang merupakan kelas elit di bandar. Sub-budaya itu menyatakan gaya hidup kelompok-kelompok sosial. Setiap kelompok sosial sudah pasti tidak dapat dipisahkan daripada keseluruhan masyarakat yang lebih luas, namun demikian perbezaan gaya hidup mereka melahirkan perbezaan sub-budaya, tetapi pada paras yang lebih luas perbezaan sub-budaya di antara kelompok-kelompok sosial itu tidak menonjol. Namun demikian, suatu pola umum dapat dinyatakan sebagai sub-budaya yang berbeza antara kelompok-kelompok sosial itu berasaskan kepada kedudukan sosio-ekonomi. Sub-budaya itu tidak boleh dipisahkan daripada keseluruhan masyarakat dan budaya. Dalam konteks ini fenomenon budaya popular tersebar luas merintasi kelompok-kelompok sosial.

RUMUSAN Perkembangan kebudayaan tersebar luas merentasi kelas sosial. Perkembangannya yang menawarkan kegiatan komersial memberikan pulangan ekonomi yang baik kepada negara, dan memberikan peluang pekerjaan kepada ramai orang yang terlibat dalam industri itu.

Budaya Melayu tradisional pernah berkembang secara popular masa lalu dalam konteks budaya rakyat. Budaya popular tradisional itu berbeza daripada budaya popular moden yang telah mengalami proses modenisasi dan urbanisasi. Perkembangan ekonomi, teknologi dan pendidikan moden memainkan peranan penting dalam melahirkan fenomenon budaya popular moden Melayu. Ini boleh dikesan sejak perkembangan bandar-bandar moden semasa pemerintahan kolonial. Budaya popular Melayu merupakan urban product yang membawa ciri-ciri kemodenan dan pembandaran.

Perkembangan budaya popular moden membawa kesan-kesan perubahan sosial dan budaya yang berlaku di kalangan orang-orang Melayu. Budaya popular yang tersebar luas itu membawa kemerosotan kepada budaya tradisi, sedangkan dalam konsep pembinaan budaya kebangsaan, unsur-unsur budaya tradisional itu sangat penting sebagai lambang jatidiri negara. Kesannya itu meletakkan budaya rakyat itu menghadapi masalah untuk dapat diterima ramai. Walau bagaimanapun, Kementerian yang terlibat berusaha di samping memulihara ialah menghidupkan berbagai jenis seni tradisional dengan cara melibatkan industri budaya dalam kegiatan pelancongan.

Budaya Melayu tradisional menyatakan aspek ekspresif dan simbolik kehidupan orang Melayu. Berbagai usaha dilakukan dalam menentukan tradisi itu tidak lenyap begitu sahaja. Walau bagaimanapun dalam proses globalisasi yang pesat kini, orang Melayu menyedari kesankesan yang kurang baik dibawa oleh bahan-bahan budaya popular dari negara-negara maju(Negara-negara zaman pemerintahan kolonial) itu. Ini memberi kesedaran masyarakat Melayu untuk mengembali dan mempertahankan identiti Melayu itu. Antaranya, ialah dengan berusaha meletakkan warisan tradisi budaya Melayu di tempat sewajarnya. Namun, unsur-unsur budaya tradisi itu boleh dipopularkan apabila unsur-unsur budaya itu dapat disesuaikan dengan keperluan semasa.

Perkembangan budaya popular Melayu itu juga menyatakan dengan jelas dinamiks budaya Melayu itu. Dan dalam pembinaan budaya kebangsaan, peranan budaya moden dalam konteks budaya popular itu perlu juga diberikan tumpuan. Tetapi tidak semua bahan budaya popular itu dapat dianggap penting dalam pembinaan budaya kebangsaan. Pertimbangan mutu sangat penting dalam meletakkannya sebagai budaya kebangsaan. Adakala orang berpendapat bahan-bahan budaya popular bermutu rendah, hanya mementingkan pulangan ekonomi sematamata. Walau bagaimanapun kita tidak boleh ketepikan nilai mutu itu, memandangkan penawaran bahan-bahan budaya itu ialah untuk kepuasan orang ramai. Oleh itu perkara mutu itu juga sentiasa diberikan perhatian agar penawarannya itu mendapat perhatian orang ramai.

Perkembangan budaya popular itu, terutama bahan-bahan budaya popular dari negaranegara maju dalam konteks global memberikan persaingan kepada perkembangan budaya popular Melayu. Pengusaha dan mereka yang terlibat dalam industri budaya berusaha meningkatkan mutu pengeluaran dan ini merupakan cabaran bagi perkembangan budaya popular Melayu agar dapat bersaing di pasaran.

Pembangunan dalam penawaran bahan-bahan budaya popular Melayu boleh dianggap sangat penting untuk mengimbangi pesatnya kemasukan bahan-bahan budaya dari negara-negara maju. Bahan-bahan budaya popular Melayu masih berteraskan kepada nilai-nilai sosial yang diberikan oleh ajaran Islam. Dengan ini dapat memberikan pilihan kepada orang Melayu yang kian terdedah dengan bahan-bahan budaya dari luar.

Bahan-bahan budaya dari barat, di samping terdapat nilai-nilai yang patut dicontohi, terdapat pula nilai-nilai yang dinyatakan dalam perlakuan yang bercanggah dengan nilai-nilai sosial Melayu dan Islam. Perlakuan itu boleh menimbulkan konflik nilai dan mempengaruhi golongan muda yang seterusnya boleh membawa berbagai-bagai masalah sosial atau kelainan budaya.

Kini penyebaran bahan-bahan budaya dari negara-negara maju semakin meluas dalam berbagai saluran yang tidak mungkin boleh diawasi lagi. Oleh itu, ketahanan diri individu perlu

diperkukuhkan. Generasi muda perlu dipupuk dengan nilai-nilai moral dan akhlak yang tinggi berasaskan Islam bagi membolehkan mereka berhadapan dengan penyebaran bahan-bahan budaya yang tidak sesuai dengan budaya Melayu dan Islam.

Bahan-bahan budaya popular itu juga memainkan peranan penting dalam membawa orang Melayu mengalami proses modenisasi dan urbanisasi. Selain itu, melaluinya dapat dipupuk nilai-nilai sosial secara berkesan kepada orang ramai. Budaya popular itu yang sentiasa berubah menyesuaikan dengan perubahan cita rasa budaya ramai menyalurkan berbagai-bagai nilai sosial, adakala nilai-nilai sosial itu bercanggah dengan tradisi budaya Melayu dan Islam. Perkembangan budaya popular itu yang merupakan sebahagian kehidupan moden terdapat kesankesan baik dan buruknya. Impaknya yang begitu meluas sentiasa disedari anggota-anggota masyarakat. Anggota-anggota masyarakat Melayu perlu dilengkapkan dengan ketahanan diri yang kuat, terutama asas Islam dan pendidikan, agar orang Melayu mampu menerima cabaran dan dapat bersaing dalam berbagai bidang dan lapangan berikutan pesatnya proses kemodenan, urbanisasi dan globalisasi. Bahan-bahan budaya popular itu mendapat populariti berasaskan peranannya membawa perubahan, pembaharuan dan menyatakan gaya hidup moden dan bandaran.

Tidak dapat dinafikan lagi peranan fenomenon budaya popular itu dalam kehidupan masyarakat Melayu moden kini yang perkembangannya semakin meluas dan merupakan sebahagian daripada fenomenon budaya moden. Semua pihak perlu memahami kepentingan dan peranan budaya popular dari aspek positifnya, iaitu budaya popular itu boleh memberikan sumbangan penting dalam pembangunan masyarakat dan budaya. Untuk meletakkan budaya Melayu sebagai budaya kebangsaan yang berteraskan Islam, maka budaya popular itu perlu digunakan seluasnya agar dapat memberikan kesan yang baik, terutama kepada generasi muda. Bahan-bahan budaya popular itu juga boleh digunakan dengan berkesan sebagai saluran pemupukan nilai-nilai sosial yang berteraskan Islam, khususnya ke arah pembangunan orang Melayu. Dalam perancangan pembangunan sosial dan kebudayaan, peranan dan kepentingan fenomenon budaya popular perlu diberikan pertimbangan serius sebagai fenomenon yang dapat membawa perubahan masyarakat dan budaya, seterusnya meningkatkan peradaban Melayu.

SOALAN 2 PETA MINDA. Pengenalan Penutup/ke simpulan Maksud

Konsep Bentuk Menjelaskan konsep, fungsi, ciriciri dan bentuk sastera moden.

Ciri-ciri

Fungsifungsi

Menjelaskan konsep, fungsi, ciri-ciri dan bentuk sastera moden. Pengenalan. Seperti mana yang kita ketahui, sastera Melayu moden mempunyai banyak persoalan dan sering dibahaskan penggunaannya oleh sarjana-sarjana di Negara kita.Kesusasteraan Melayu tetap terbahagi kepada dua kategori, iaitu moden dan tradisional atau klasik.Jika kita lihat juga, terdapat banyak pendapat tentang siapakah bapa kesusasteraan moden kita.Terdapat pandangan ahli-ahli sarjana yang menyatakan di dalam hasil-hasil tulisan mereka bahawa Abdullah Munshi ialah bapa kesusasteraan moden(Ismail Hussein dan RJ Wilkinson) kita dan ada pula yang menyatakan bahawa bapa kesusasteraan kita ialah Hamzah Haji Fansuri(Syed Muhammad Naquib al-Attas,1972).Kami telah menbuat rujukan di Dewan Bhasa dan Pustaka bahawa bapa kesusasteraan moden kita ialah Abdullah Munshi. Kami juga akan cuba menjelaskan konsep, fungsi,ciri-ciri dan bentuk sastera moden mengikut pandangan-pandangan ahli sarjana, kerana pandangan mereka ternyata berbeza di antara satu sama lain.

Istilah Moden. Dalam Kamus Dewan (1984), istilah moden bermaksud masa sekarang,yang terbaharu, muktahir, dan terkini.Berdasarkan Kamus Dewan, kita dapat merumuskan bahawa istilah moden itu dipakai untuk maksud yang terkini.Manakala Syed Naquib al-Attas pula telah memberikan konsepnya tersendiri dengan hanya meminjam istilah tersebut dan menyatakan bahawa proses pemodenan dalam masyarakat Melayu bermula sejak mereka memeluk Islam.Dengan yang demikian Syed Muhammad Naquib al-Attas telah membawa kita jauh ke belakang setidak-tidaknya pada abad ke 13 iaitu tarikh yang tertulis pada batu bersurat di Kuala Berang, iaitu sekitar tahun 1275M.

Konsep Sastera Moden. Kami telah mengambil tiga pandangan darioada ahli-ahli sarjana terhadap konsep sastera moden: Ismail Hussein dan RJ Wilkinson mempunyai pendapat yang sama.Mereka menyatakan bahawa peranan teknologi dalam penentuan moden atau tidak sesebuah karya itu.Ismail menerima pakai pandangan Wilkinson yang mengatakan moden Abdullah Munsyi itu kerana dia menulis sesuatu yang nyata dan dia juga adalah orang pertama yang berani memberikan kritikan terhadap system feudal .Sebelum tahun 1850-an hasil-hasil sastera Melayu adalah dalam bentuk lisan dan juga dalam bentuk tulisan jawi.Apabila Abdullah Munsyi berkarya, beliau telah menggunakan media cetak untuk menyebarkan hasil karyanya sedangkan pengarang-pengarang lain yang sezaman dengannya tidak menggunakan kaedah tersebut. Syed Muhammad Naquib al-Attas pulakedatangan agama Islam kea lam Melayu telah membawa angin perubahan yang cukup besar.Masyarakat Melayu telah menerima ajaran Islam dan meninggalkan ajaran Buddha dan Hindu yang ternyata begitu rapuh menyelimuti fahaman mereka sebelum ini.Berdasarkan perubahan yang berlaku selepas kedatangan Islam ke kepulauan Melayu, al-Attas tidak ragu-ragu untuk menyatakan bahawa itulah menandakan kedatangan dan permulaan zaman moden dan sastera moden di alam Melayu. Sebenarnya pandangan yang dikemukakan oleh al-Attas,Wilkinson dan Ismail Hussein telah menggunakan ukur kata yang berbeza bagi menentukan konsep sastera moden.Wilkinson memilih kandungan karya manakala Imail Hussein mengambil kira teknologi dan juga kandungan karya sebagai asas untuk membezakan di antara moden dan tradisional.Al-Attas pula mengambil isi kandungan sesebuah karya (pemikiran) yang dihubungkan dengan ajaran Islam sebagai asas untuk menentukan karya itu moden atau tidak moden dan istimewa di sini bahawa al-Attas tidak menggunakan istilah tradisional, sebaliknya beliau menggunakan istilah tidak moden.

Fungsi Sastera Moden.

Ciri-ciri Sastera Moden. Ciri-ciri moden mengikut pandangan Syed Muhammad Naquib al-Attas terlihat pada bahasa dan tulisan yang mencarakan daya budi dan akal merangkumi daya pemikiran.Karyakarya yang digolongkan ke dalam kategori ini harus memperlihatkan kebebasan individu, keadilan, kemuliaan, kesamaan taraf dan nilai di antara seorang dengan seorang yang lain.Atas alas an yang sedemikianlah al-Attas telah mengatakan bahawa hanya karya-karya tasawuf dapat dianggap sebagai moden.Sastera itu dikatakan moden apabila ia mempunyai nilai-nilai intelek, rasional, memperlihatkan kebebasan individu , keadilan, kemuliaan, dan memperlihatkan persamaan taraf dan nilai.

Bentuk Sastera Moden.

Kesimpulan. Kesusasteraan Melayu adalah hasil usaha orang-orang Melayu sendiri.Ianya bukan berasal dari India, Arab-Parsi, ataupun Jawa.Usaha melabelkan kesusasteraan Melayu sebagai mempunyai pengaruh atau elemen di atas dilakukan oleh penjajah barat.Dan dengan itu, tidak hairanlah jika istilah moden juga adalah hasil agenda tersembunyi penjajah.Tokoh-tokoh seperti Ismail Hussein adalah di antara anak tempatan yang mula mendpat pendidikan peringkat menara gading yang diterajui oleh barat.Jadi sudah tentulah timbul kekaguman terhadap istilah-istilah baruatau ilmu-ilmu baru yang dibawa oleh barat. Moden membawa maksud karya-karya yang mempunyai cirri-ciri mendidik, beradap, berakhlak dan mampu memberikan kesedaran kepada pembaca.Manakala karya-karya yang tidak mempunyai ciri-ciri ini kita katakana sebagai tidak moden.Bagi pengarang-pengarang yang berkarya dengan mengekalkan cirri-ciri penulisan tersebut, maka kita boleh katakana mereka sebagai tokoh sastera moden dan karya-karnya pula boleh kita katakana sebagai mengekalkan tradisi sastera moden.

SOALAN 3 PETA MINDA Pengenalan Penutup/ke simpulan Maksud Drama

Format skrip drama


Menjelaskan dan menghuraikan ciri ciri drama

Ciri-ciri Drama

Skrip Drama

Jenis-jenis Drama

Stail dan perwatakan Struktur Drama

Elemenelemen Drama

SOALAN 3 Menjelaskan dan menghuraikan ciri-ciri dan konsep drama. PENGENALAN Sebelum menulis sebuah skrip drama, kita terlebih dahulu perlu mengetahui apakah itu drama. Jika kita pernah menonton drama pentas atau lebih dikenali sebagai teater. Kita perlu tahu apa yang dimaksudkan dengan drama dan apakah yang membezakannya daripada teater.Selain itu kita perlu tahu bahawa teknik menulis skrip drama itu berbeza daripada menulis novel dan apakah yang membezakan skrip drama pentas daripada drama televisyen. MAKSUD DRAMA Drama berasal daripada perkataan dran (Greek) yang bermaksud melakukan atau melakonkan. Drama ialah aksi mimetic (peniruan), iaitu aksi yang meniru atau mewakilkan perlakuan manusia. Menurut Aristotle, drama ialah peniruan kehidupan, sebuah cermin budaya dan suatu bayangan kebenaran. Dalam buku The American College Dictionary, drama didefinisikan sebagai karangan prosa dan puisi yang menyajikan dialog, pantomin atau cereka yang mengandungi konflik untuk dipentaskan. Mengikut Oxford Dictionary, drama sebagai komposisi prosa boleh disesuaikan untuk diaksikan di atas pentas yang ceritanya disampaikan melalui dialog dan aksi, dan dipersembahkan dengan bantuan gerak, kostum dan latar hiasan seperti kehidupan yang sebenar. Bagi Aristotle, plot merupakan penggerak utama sesebuah drama dan drama harus dibina daripada tiga kesatuan, iaitu aksi, tempat dan masa. Elemen-elemen inilah yang menyebabkan drama ialah sebahagian daripada cabang sastera. Selain elemen sastera, drama juga merangkumi elemen-elemen seni yang lain seperti lakon, seni muzik, seni bina, seni busana dan seni tari. Drama bukan hanya untuk dibaca , tetapi untuk dilakonkan di atas pentas, dengan penghayatannya berbeza antara dibaca dengan pementasannya. Di sinilah letaknya perbezaan maksud antara drama dengan teater. Sebuah drama ialah naskhah skrip yang boleh dibaca secara individu tanpa memerlukan ruang, pelakon atau bantuan seni yang lain. Apabila skrip drama itu

dilakonkan di atas ruang pentas dengan gabungan pelbagai seni yang lain dan ditonton pula oleh khalayak secara kolektif, maka ia dinamakan teater. CIRI-CIRI DRAMA Pada umumnya, drama mempunyai ciri-ciri yang berikut:
y

Drama merupakan prosa moden yang dihasilkan sebagai naskhah untuk dibaca dan dipentaskan.

y y

Naskhah drama boleh berbentuk prosa atau puisi. Drama terdiri daripada dialog yang disusun oleh pengarang dengan watak yang diwujudkan.

y y

Pemikiran dan gagasan pengarang disampaikan melalui dialog watak-wataknya. Konflik ialah unsur penting dalam drama. Konflik digerakkan oleh watak-watak dalam plot, elemen penting dalam sesebuah skrip.

Konflik ialah unsur penting dalam drama. Konflik digerakkan oleh watak-watak dalam plot, elemen penting dalam sesebuah skrip drama.

y y

Sebuah skrip yang tidak didasari oleh konflik tidak dianggap sebuah drama yang baik. Gaya bahasa dalam sesebuah drama juga penting kerana ia menunjukkan latar masa dan masyarakat yang diwakilinya, sekali gus drama ini mencerminkan sosiobudaya masyarakat yang digambarkan oleh pengarang.

y y y y y

Mesti ada konflik. Mesti ada aksi. Harus dilakonkan. Tempoh masa kurang dari 3 jam. Tiada ulangan dalam satu masa.

Jenis-jenis drama Pada umumnya terdapat tiga jenis drama yang utama, iaitu: a)Tragedi. b)Komedi. c)Melodrama.

a)Tragedi - sebuah drama yang mengisahkan suka duka dan tragisnya kehidupan wira utamanya. Kisah wira ini selalunya berakhir dengan tragedi. Dalam drama ini perjalanan kisahnya menemui tragedi itulah yang utama. b)Komedi - Drama ini memaparkan kisahnya dalam bentuk lucu dan menghiburkan. Ceritanya serius, tetapi disampaikan dalam bentuk kelucuan oleh watak-wataknya. Drama ini selalunya digunakan untuk menyindir masyarakat. Plot drama komedi boleh berakhir dengan kepuasan penonton (kegembiraan) dan boleh juga berakhir dengan kedukaan .Drama begini dikenali juga sebagai tragik-komedi. c)Melodrama - Drama ini bersifat sentimental dan ceritanya sering berpusat pada persoalan keluarga atau wanita. Drama ini selalunya akan menyentuh emosi pembaca atau penonton. Antara jenis-jenis drama yang lain: a)Tragi-Komedi - Mengandungi unsur-unsur kesedihan dan unsur-unsur lucu. b)Opera -Mengemukakan cerita yang digabungkan dengan muzik. Pantomim - Lakonan dipersembahkan melalui gerak badan dan memek muka yang berlebihan untuk menyatakan aksi dan perasaan watak.

Bangsawan - Para pelakon membentuk dan mengubah sendiri dialog-dialog yang ingin disampaikan. ELEMEN DRAMA Elemen drama yang perlu diketahui oleh bakal penulis skrip ialah: a)Tema/Pemikiran. b)Plot. c)Latar. d)Babak. e)Adegan. f)Bahasa. g)Ekonomi, emosi dan keseimbangan. a)Tema/Pemikiran Tema ialah idea atau persoalan pokok yang dapat dirumuskan daripada keseluruhan inti pati cerita. Persoalan pokok ini merupakan gagasan yang ingin disampaikan oleh penulis dalam skripnya. Pemikiran ini disampaikan melalui dialog dan aksi watak-wataknya. Pembaca naskhah atau penonton drama yang sensitif akan dapat menangkap idea atau persoalan pokok ini selepas selesai membaca skrip atau menonton teater. Malah, selalunya mereka bukan sahaja dapat menangkap idea atau tema drama tersebut, tetapi juga mereka akan dapat menjaring maksud lain atau lapisan maksud yang lain yang terkandung dalam drama tersebut. Pemikiran yang tersembunyi yang hanya dapat ditafsir oleh pembaca atau penonton yang mahu berfikir atau memahami perlambangan yang digunakan atau unsur cerita yang disampaikan oleh penulis dinamakan sebagai sub-teks. b)Plot

Plot sangat penting dalam pembinaan struktur drama. Plot adalah struktur drama yang dibina melalui dialog dan aksi setiap watak. Dialog terbina melalui kata-kata atau bahasa. Melalui dialog inilah konflik dan perkembangan cerita berlaku. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, konflik memainkan peranan yang cukup penting dalam membangunkan struktur sebuah drama. Bertolak daripada konflik dan ketegangan inilah sesuatu peristiwa digerakkan dan dilanjutkan perkembangannya hingga kepada peleraiannya atau kesimpulan cerita. Plot bukan cerita atau naratif. Mengikut E.M. Forster cerita ialah huraian tentang peristiwa yang disusun mengikut urutan waktu. Plot ialah jalan cerita yang memberikan maklumat cerita. Ia dibina oleh watak dan apa yang berlaku melalui kesan sebab dan akibat dalam ruang dan waktu. Penulis perlu memahami bahawa dalam sesebuah persembahan teater, usaha menarik perhatian penonton dan menahan perhatian mereka selama mungkin ialah tugas yang cukup penting. Sebuah plot mesti berupaya menarik perhatian dan mencipta suspens dan di sinilah kesemua binaan dramatik memberi tumpuan. Harapan atau jangkaan penonton atau pembaca mesti dibina (tetapi hanya diselesaikan pada babak adegan terakhir), aksi (adegan) mesti kelihatan hampir mencapai objektifnya tetapi ia perlu tidak tercapai sehinggalah di akhir adegan, dan yang paling penting sebuah plot mesti mempunyai kepelbagaian (variasi) rentak dan tempo. Sebuah plot yang monotonos akan hanya menghilangkan minat penonton dan akhirnya kelihatan hambar dan mendatar. Terdapat beberapa bentuk suspens atau ketegangan yang boleh dicipta dalam sesebuah skrip. Soalan-soalan asas ini boleh menjadi contoh ketika hendak memulakan tulisan skrip anda, Apa yang akan berlaku selepas ini?, atau yang sama maksudnya, Saya tahu apa yang akan berlaku, tetapi bagaimana ia akan berlaku? Atau, Saya tahu apa yang akan berlaku dan saya tahu bagaimana ia akan berlaku, tetapi bagaimanakah watak X memberi reaksi atau bertindak balas kepadanya? Soalan-soalan asas ini wajar berlaku di awal bahagian skruktur dramatik skrip anda supaya pembaca atau penonton anda dapat terus bersedia kepada elemen utama suspens dalam drama anda. Seseorang mungkin mengatakan tema utama sesuatu drama itu mesti jelas. Bagaimanapun dalam sebuah skruktur skrip drama yang baik, ia terletak pada persoalan. Contohnya, siapakah yang melakukan pembunuhan itu, lelaki manakah yang akhirnya berjaya memiliki gadis itu, atau bagaimana bila sesorang suami mengetahui yang isterinya berlaku curang dan memiliki kekasih lain?

Apabila penonton atau pembaca telah mengetahui tema dan persoalan dan objektif aksinya, maka jangkaan mereka akan tertumpu kepada titik akhir drama tersebut (penyelesaian) dan tahu ke mana tumpuan drama tersebut akan bergerak. Perhatian penonton tertumpu ke arah yang betul. Bagaimanapun perlu juga diketahui, tumpuan perhatian penonton selalunya adalah pendek. Satu elemen suspens utama tidak mencukupi untuk terus mengikat perhatian penonton. Oleh itu, sebuah struktur skrip drama memerlukan suspens sampingan. Jadi suspens sampingan ini akan mendukung elemen suspens yang utama. Suspens sampingan ini diperlukan pada setiap adegan atau bahagian drama, yang akhirnya bergabung dengan keseluruhan momentum struktur drama tersebut. Dalam pembentukan plot, setiap watak bergerak dalam kerangka sebab dan akibat. Sesuatu peristiwa berlaku disebabkan oleh sesuatu alasan yang kukuh dan ia akan menghasilkan sesuatu akibat yang wajar. Ia merupakan hukum yang mempunyai logikanya yang tersendiri. Oleh itu, seseorang penulis perlu memastikan tindakan sesuatu watak itu wajar mengikut latar watak, tempat dan waktu, dan peristiwanya dan akibat yang berlaku itu adalah munasabah. c)Latar Elemen tempat, masa atau zaman serta masyarakat yang diceritakan selalunya dijelaskan melalui latar. Latar dalam drama penting dijelaskan, tetapi perincian latar dalam drama adalah terhad. Ia hanya perlu untuk tujuan pementasan untuk menjelaskan tentang tempat dan masa, cukup untuk memberikan panduan kepada pembaca atau penonton. Berbanding dengan filem atau televisyen, drama pentas menghadapi kekangan dalam menukar set atau prop yang kerap dari satu babak ke satu babak yang lain. d)Babak Bahagian dalam drama yang menjelaskan peristiwa yang berlaku dalam sesuatu latar tempat dan masa disebut babak. Pertukaran latar tempat dan masa membawa perubahan babak. e)Adegan Adegan merupakan pecahan dalam sesuatu babak yang menjelaskan sesuatu peristiwa yang berlaku dalam sesuatu latar tempat tetapi pada masa yang berbeza.

f)Bahasa Asas sebuah drama ialah perkataan atau dialog. Drama terbina oleh dialog dan aksi. Oleh itu, bahasa yang menjadi asas perkataan adalah elemen yang cukup penting bagi sesebuah drama. Daripada bahasa yang dituturkan oleh pelakon itu, pemikiran dan gagasan pengarang disampaikan. Sesebuah drama yang baik akan menggunakan bahasa yang ringkas, padat dan mudah difahami supaya berkesan kepada penonton. Gaya bahasa atau dialog yang meleret dan sukar difahami akan menyebabkan pembaca dan penonton bosan dan akhirnya hilang tumpuan. Gaya bahasa yang baik dalam sesebuah drama akan memberikan latar zaman, masyarakat dan tempat. Justeru itu, dialek sesuatu daerah boleh digunakan oleh sesuatu watak untuk menghidupkan lagi perwatakannya, tetapi pastikan yang pembaca dan penonton dapat memahami dialek tersebut. Kekuatan sesuatu watak itu terpancar daripada kualiti dialog yang diucapkannya. Watak yang gagal mengucapkan dialog kuat, humor dan menarik akan sukar menarik perhatian penonton. Oleh itu, pemilihan diksi, ayat atau unsur bahasa penting dalam mengekalkan keinginan pembaca dan penonton sesebuah drama. g)Ekonomi, emosi dan keseimbangan Secara keseluruhannya struktur sesebuah drama bergantung kepada keseimbangan dalam semua elemen. Setiap suatu elemen tersebut mestilah memberikan sumbangan dalam membentuk corak dan pola sesebuah drama itu. Setiap suatu elemen itu sentiasa berkaitan dan bergantungan antara satu sama lain. Satu aspek yang mesti juga diberi perhatian oleh penulis skrip ialah faktor ekenomi. Hai ini demikian kerana drama ialah satu bentuk komunikasi yang elemen masa memainkan peranan yang penting. Oleh itu, faktor masa perlu diberikan perhatian. Selain itu, drama juga merangkumi aspek emosi. Hai ini demikian kerana sesebuah drama itu dihasilkan untuk manusia dan emosi memainkan peranan penting dalam soal komunikasi kemanusiaan. STRUKTUR DRAMA Pada dasarnya sesebuah drama mempunyai struktur tiga bahagian babakan (three act structure). Sejak drama tragedi Greek, drama Elizabeth (Inggeris) hingga drama moden dan lakon layar filem, kesemua struktur skripnya dipecahkan kepada tiga bahagian. Perbandingannya adalah seperti kehidupan manusia yang terbahagi semasa dilahirkan, dewasa dan akhir hayatnya.

Sebelum memulakan sebarang bentuk tulisan, kita perlu mempunyai asas yang kukuh. Hal ini demikian kerana asas yang teguh akan mendukung struktur, konsep dan visi sesebuah drama. Ia akan menghasilkan satu rangka kerja atau karya yang kukuh yang tidak mudah pecah. Tanpa asas yang kukuh akan hanya menghasilkan kekecewaan, kebuntuan atau yang sering dikatakan sebagai writers block. Kebuntuan lahir disebabkan tidak adanya perancangan. Tanpa perancangan, ia menyukarkan penulis mencari arah atau jalan yang betul dalam menghasilkan cerita. Tiga elemen yang cukup penting yang perlu diberikan tumpuan oleh penulis sebelum memulakan penulisan skripnya ialah: a) Fokus b) Logik c) Perwatakan. a)Fokus Untuk sebuah cerita sentiasa dalam kesatuan, watak-watak dan cara mereka berfungsi memerlukan fokus atau tumpuan. Ia tidak ada bezanya sama ada jalan cerita kita berbentuk linear, non-linear (spiral) atau selari. Sentiasa memberikan tumpuan yang kukuh akan menjadikan proses penulisan kita mudah dan lancar. Fokus memerlukan beberapa pertimbangan. Yang utama adalah dengan mengetahui watak-watak (siapa mereka?), latar, sifat dan perkembangan mereka. Fokus juga memerlukan perwatakan dan cerita secara keseluruhan mempunyai matlamat yang jelas pada akhirnya. b)Logik Apabila kita menghasilkan cerita dengan segala perwatakannya, tema dan ruang tempat, kita sebenarnya terlibat dengan penciptaan. Segala perwatakan, tema dan ruang masa serta tempat mempunyai peraturannya sendiri sebagaimana sebuah dunia dicipta. Sebab itu penulis drama sering dikatakan mencipta sebuah dunia. Akan tetapi dunia bagaimanakah yang dicipta itu? Bagaimanakah kehidupannya? Drama mengangkat atau meniru realiti (kehidupan), tetapi realiti

yang bagaimana? Oleh itu realiti sesebuah drama perlu dilihat dalam konteks ceritanya, perwatakan dan temanya. Di sinilah logik drama tersebut diukur. c)Watak dan Perwatakan Sebuah skrip drama yang baik mesti mempunyai watak-watak yang mampu membawa cerita untuk terus berkembang. Watak-watak inilah yang menjadi cerita, dan kuasa merekalah yang menghidupkan cerita. Oleh itu watak ialah elemen terpenting dalam drama. Wataklah yang menggerakkan plot cerita. Dalam sesebuah drama terdapat watak utama dan watak sampingan. Selalunya dalam sesebuah drama terdapat satu watak utama, tetapi pada saya sesebuah drama mempunyai dua watak utama, iaitu watak protagonis (watak yang menyokong idea penulis) dan watak antogonis (watak yang menentang idea penulis). Pertentangan idea ini akan menimbulkan konflik dan pertentangan konflik inilah yang membentuk struktur konflik dramatik yang menarik. Watak sampingan ialah watak-watak yang lain yang menyokong protagonis ataupun antogonis atau watak-watak yang melengkapkan cerita. STAIL DAN PERWATAKAN Drama merupakan karya seni yang mempunyai sifat sosial yang paling luas. Drama bersifat kerja berkumpulan kerana gabungan pekerja seni yang lain dan juga kerana reaksi penonton yang bersifat langsung (hal ini tentu berbeza daripada reaksi penonton yang menonton filem atau televisyen). Skrip drama yang menjadi sebahagian daripada cabang sastera bersifat tetap dan kekal secara keseluruhan, tetapi setiap kali naskhah drama itu dipersembahkan (dilakonkan) di atas pentas, produksi teks (skrip) akan berlaku perbezaan. Hal ini demikian kerana pelakon akan memberikan reaksi yang berbeza kepada penonton yang berbeza dan juga kesan daripada mood pelakon yang berbeza dalam setiap persembahan. Gabungan antara nilai yang tetap dan berubah inilah menjadi kelebihan sesebuah teater yang membezakannya daripada drama yang dirakamkan secara mekanikal, iaitu filem, drama radio dan drama televisyen. SKRIP DRAMA Sebuah skrip drama berbeza daripada novel dan cerpen atau puisi. Bagi novel dan cerpen, pembaca akan dijelaskan secara terperinci tentang sesuatu situasi dan latar bagi sesuatu peristiwa

yang berlaku melalui penerangan pengarang, manakala dalam sesebuah naskhah drama, seseorang pembaca hanya akan diberikan gambaran umum (deskripsi) tentang sesuatu situasi, latar atau tempat, dan dialoglah yang akan menyampaikan mesej dan pemikiran pengarang. Hal inilah yang membezakan drama daripada karya sastera yang lain. Sememangnya sifat sesebuah naskhah drama digerakkan oleh dialog. Pemikiran atau gagasan pengarang disampaikan melalui dialog pelakon (watak-watak) yang berinteraksi dalam sesebuah drama. Sebuah naskhah drama yang baik akan dapat memberikan gambaran jelas tentang pemikiran pengarang melalui unsurunsur dramatik dalam dialog yang dihasilkan. Unsur dramatik bermaksud diksi atau ungkapan yang boleh membangunkan konflik dalam drama seperti dialog yang menimbulkan perasaan marah, gembira, lucu, dan seumpamanya. Sebuah drama yang baik juga harus mempunyai unsur suspens, ketegangan dan seharusnya mampu membina rasa ingin tahu pembaca atau penonton. Format Skrip Drama Pentas Skrip drama pentas mempunyai formatnya yang sendiri. Anda wajar mengikut format yang standard apabila menulis skrip supaya ia mudah dibaca, difahami oleh pengarah drama dan yang penting ia menunjukkan yang anda memahami genre sastera yang anda tulis. Dalam format penulisan skrip, anda perlu memuatkan perkara-perkara yang berikut: a)Muka surat judul yang mempunyai judul drama anda, nama penulis (nama anda), judul sumber asal (novel) jika skrip drama itu karya adaptasi, nama dan tempat terbit (jika diterbitkan) dan tahun. b)Sinopsis. Anda perlu juga menulis sinopsis atau ringkasan drama anda (kira-kira 150 patah perkataan). Sinopsis ini perlu memberikan maklumat tentang watak, tema dan perjalanan cerita dan yang penting mampu menarik minat pembaca untuk membaca seterusnya skrip drama anda. c)Watak dan senarai watak Anda perlu memberikan senarai watak yang terlibat dalam drama anda serta deskripsi ringkas tentang perwatakannya seperti bentuk fizikal, usia dan sifat-sifat tertentu watak itu. d)Pecahan babak juga perlu.

e)Adegan atau babak sesebuah drama berlaku dalam satu ruang tempat, masa dan watak. Oleh itu, ruang tempat, masa dan watak perlu juga diberitahu sebelum sesuatu adegan itu bermula. f)Format atau stail menaip skrip terdapat beberapa bentuk. Lihatlah bentuknya daripada beberapa skrip yang pernah anda baca.

Di sini kami sertakan satu contoh bagaimana sebuah skrip drama pentas ditulis, petikan babak 12 drama Patah Sayap Terbang Jua tulisan Othman Haji Zainuddin yang diadaptasi daripada novel Patah Sayap Terbang Jua karya A. Samad Ismail. BABAK 12 12. DERETAN KEDAI/ SINGAPURA/MALAM Wahab masuk ke kawasan itu. Seketika dia berdiri di jalanan yang diterangi oleh lampu elektrik yang muram. Kelihatan Inah mengekorinya. Seketika dia memerhatikan kelakuan wahab. Dari jauh kedengaran muzik mengalun dari antara beberapa buah rumah yang masih diterangi oleh lampu. Wahab bersiul-siul kecil dan mendendangkan lagu keroncong Kemayuran. WAHAB (Menyanyi)

Kiri jalan, kanan pun jalan Nona manis endung disayang Lateralala lala lala. Di tengah-tengah pohon mengkudu Kirim jangan Pesan pun jangan Sama-sama Menanggung rindu.

Ketika ini Inah ikut sama menyanyi INAH & WAHAB Kirim jangan Pesan pun jangan Sama-sama Menanggung rindu

Inah tepuk tangan. Wahab terkejut Inah di sisinya. INAH : Ada apa Hab, kau nak jumpa aku?

WAHAB : Banyak perkara. INAH WAHAB INAH Penutup Setelah anda membaca tulisan ini, diharapkan anda mendapat sedikit pengetahuan tentang kaedah-kaedah penulisan skrip drama pentas. Ia mungkin belum cukup untuk menjadikan anda penulis skrip yang baik kerana penulis skrip drama pentas yang baik menuntut kerja-kerja pemerhatian masyarakat , banyak membaca naskhah skrip drama yang baik dan perlu juga banyak menonton teater. Bagaimanapun ia sudah cukup untuk menggerakkan anda memulakan suatu penulisan skrip. : Apa yang boleh ku tolong? : Kau tolong aku seperti kau tolong Hashimoto : Tolong Hashimoto?

Anda mungkin juga menyukai