Anda di halaman 1dari 2

Yang mulia tuan pengerusi majlis,barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana .

Yang dihormati penjaga masa ,guru-guru dan rakan rakan sekalian. Mari-mari dengar ini cerita , Kisah teladan dizaman anbia, Nabi sulaiman dan hudhudnya, Seekor burung yang bijaksana. Hadirin sekalian, Nabi sulaiman seorang raja yang luar biasa,ini kerana baginda mempunyai ramai rakyat dan tentera yang kuat.mereka terdiri daripada manusia,jin,burung,dan haiwan-haiwan lain. Pada suatu hari, nabi sulaiman memeriksa pembarisan tentera burung-burung .Baginda mempunyai keistimewaan kerana memahami percakapan haiwan.Mana hudhud?tanya nabi sulaiman a.s kehairanan.Beta tidak nampak ia di sini.Jika tiada alasan yang kukuh,beta akan hukum atau bunuh ia. Tidak lama kemudian,muncullah hudhud.Hamba baru saja menyaksikan apa yang tuan hamba tidak tahu,kata hudhud tercungap-cungap.Hamba membawa berita dari saba,sambung hudhud.di sana terdapat seorang pemerintah wanita bernama Ratu Balqis. Dia seorang yang baik hati, tambah hudhud.Dia mempunyai sebuah singgah sana yang sangat indah .Tetapi dia dan rakyatnya menyembah matahari, bukanya Allah. Hudhud menyambung lagi,Syaitan telah menyesatkan mereka.Mereka percaya bahawa mereka berbuat perkara yang benar.Jadi mereka tidak mahu menyembah Allah,Tuhanyang mencipta sekalian makhluk.Hudhud seraya beristigfar lalu berkata:Aku beriman dengan Allah .Tiada tuhan selain Allah!Dialah tuhan sekalian alam!jelas hudhud.

Hal ini diabadikan dalam al-quran sebagaimana Firman Allah Dan aku datang kepadamu dari negeri sabadan membawa khabar berita yang diyakini kebenaranya (surah an naml ayat 22)
Selepas mendengar cerita hudhud nabi sulaiman menulis sepucuk surat untuk mengajak Ratu

Balqis dan rakyatnya mengikut perintah Allah. Hud- hud terbang kembali ke negeri Saba,dan melemparkan surat itu tepat di depan Ratu Balqis yang sedang duduk megah di atas takhtanya.
Didalam surat itu bertulis Daripada sulaiman: Dengan nama Allah yang Maha Mengasih lagi Maha Penyayang. Janganlah menganggp dirimu lebih berkuasa daripadaku, datanglah kepadaku, datanglah kepadaku dengan penuh kesyukuran.

Maka, Ratu Balqis mengutuskan beberapa pembesar menghadap nabi Sulaiman dengan hadiah yang mewah. Setelah itu, utusan tersebut kembali menceritakan pengalamannya kepada Ratu Balqis. Tatkala mendengar perkhabaran tersebut, tahulah dia bertapa kuatnya Nabi Sulaiman dan bala tenteranya. Maka dikumpulkannyalah seluruh tentera menuju ke Syam demi menemui Nabi Sulaiman.

Rakan-rakan sekalian , Negeri saba aman sentosa , Diperintah oleh ratu jelita, Keinginan ratu balqis telah tergendala, Kerana hudhud pengintip setia.
Dalam pada itu, nabi sulaiman a.s menanyakan pembesar-pembesarnay, Siapakah yang boleh membawa singgahsana ratu itu ke sini sebelum dia samapi di sini? Jin Ifrit, iaitu jin yang sangat berkuasa bersedia untuk melakukannya , Aku akan membawanya kepadamu sebelum sempat kamu bangun daripada duduk. Tetapi seorang pembesar lain yang dalam ilmunya, Berjaya membawa singgahsana itu dalam sekelip mata sahaja. Melihatkan singgahsana di sisinya, Nabi Sulaiman a.s berasa snagat terharu . Baginda sangat bersyukur lalu berdoa:Inilah rahmat daripada Tuhanku untuk menguji imanku . Dia akan memberi apa yang dihajati hambanya tetapi rugilah bagi mereka yang tidak bersyukur . Allah Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani! Hadirin sekalian , Apabila ratu balqis tiba Jerusalem, baginda dijemput duduk di atas singgahsana baginda sendiri.walaupun singgahsana itu telah diubah suai sedikit,tetapi ratu balqis mengenalinya.baginda berasa kagum dengan kekuasaan Allah. Nabi sulaiman a.s mempersilakan ratu balqis masuk ke istana baginda yang cantik.wah indahnya istana ini.kata ratu balqis semasa berjalan masuk,ratu balqis menyingsing kainnya ,menyangka ada air di atas lantai istana itu. Nabi Sulaiman a.s menerangkan bahawa tiada air di atas lantai itu.lantai istana itu diperbuat daripada kaca yang kelihatan seperti berair,tetapi sebenarnya tiada. Samalah seperti hanya satu yang hakiki, iaitu Allah yang maha mencipta,semuanya ciptaan Allah.jadi ratu balqis patut berhenti dari menyembah matahari kepada menyembah tuhan yang menciptakan semua makhluk.ratu balqis memahami mesej yang disampaikan oleh nabi sulaiman a.s.baginda segera mengakui kebenaran agama yang dibawa oleh nabi sulaiman a.s seraya berkata:ya Allah, aku telah banyak membuat dosa.sekarang aku menyerahkan diriku kepadaMU,bersamasulaiman,kepada tuhan sekalian alam.

Rakan-rakan sekalian, pengajaran dari cerita ini ialah 1) kita hendaklah berani berdakwah dan menyampaikan ajaran islam kepada sesiapa saja dan dimana saja. 2) Kita hendaklah berani menyatakan kebenaran sebagai mana hud-hud berani menyampaikan berita kepada nabi sulaiman walaupun takut dimurkai oleh nabi sulaiman. 3) Kita hendaklah mengamalkan kesederhanaan dan tidak bongkak dengan apa yang kita miliki.

Anda mungkin juga menyukai