1. Disiplin Diri
Anda perlu ada disiplin diri yang tinggi. Ini ada kaitan dengan penggunaan masa. Sekiranya anda tidak berdisiplin, maka anda tidak akan bertemu dengan masa untuk menulis. Dalam hal ini jua, anda tidak boleh berputus asa sekalipun sudah banyak kali mencuba dan tidak menjadi. Dengan disiplin diri yang baik, anda akan terus mencari masa dan membuat semakan bagi membolehkan anda menulis.
2. Imej Penulisan
Anda perlu mencari suatu imej yang anda ingin tonjolkan dalam penulisan anda. Imej ini ada kaitan dengan genre yang anda pilih dan juga diri anda sendiri. Jangan tiru imej orang lain kerana ia tidak sesuai kalau tidak kena dengan diri anda itu. Ingat imej inilah yang akan kekal dengan pembaca nanti.
3. Kajian
Sebagai penulis kreatif, anda perlu rajin. Anda wajib lakukan kajian, mencari fakta yang tepat dan seterusnya mencari bahan yang sesuai untuk penulisan anda. Tidak kiralah apa genre nya dan apa imej yang ingin anda ketengahkan, anda mesti lakukan kajian. Jangan main agak-agak. Penulis mesti andaikan pembacanya adalah terdiri daripada orang yang bijak pandai dan kerana itu juga penulis tidak boleh acuh tak acuh dalam membentangkan apa sahaja maklumat dalam penulisannya.
5. Belajar
Dalam proses penulisan, anda mesti anggap diri anda sedang belajar. Sebagai manusia, kita tidak lengkap dan kerana itu kita perlu terus belajar perkara yang baru. Belajarlah dari mereka yang lebih tahu, dari teman-teman dan juga dari pembaca. Belajar juga dari buku-buku dan maklumat yang terdapat di Internet.
7. Perancangan
Buat perancangan tentang subjek yang anda ingin tuliskan. Pastikan objektifnya. Perancangan penulisan ialah seperti menguruskan sebuah projek.
9. Tajuk Tentatif
Tajuk atau judul sementara perlu ada. Ini akan memudahkan kerja anda. Perlu ingat bahawa judul ini adalah sementara sahaja kerana biasanya pihak penerbit akan menukar mengikut keperluan semasa.
11. Watak
Bagi penulisan buku cerita atau novel, anda perlu tahu watak-watak yang akan berperanan dalam penulisan anda. Aturkan watak utama dan kemudiannya watak-watak sampingan. Anda perlukan deskripsi watak-watak ini, misalnya gambaran sebagainya. fizikalnya, kelakuannya, teman-temanya, ahli keluarga dan
12. Lokasi
Bagi penulisan fiksyen, anda perlu tahu lokasi yang anda ingin gambarkan dalam penulisan. Tidak kira sama ada cerita itu berbentuk sci-fi, dogeng atau present date, anda perlu gambarkan latar tempat.
14. Mesej
Pastikan penulisan anda membawa mesej-mesej tertentu yang akan memberi makna kepada pembaca.