Anda di halaman 1dari 18

AAHOPAN AKTIITI

LAPORAN AKTIVITI

HARI : ISNIN
TARIKH : 11 MAC 2013
TEMPAT : PANTAI TELUK GOREK, TANJUNG RESANG MUKIM
ENDAU,MERSING

PERJALANAN AKTIVITI
Para peserta BIG Siri 2/2013 telah berkumpul di tapak parkir bas IPTHO pada
jam 7.30 pagi. Kemudian, para peserta telah diberikan taklimat tentang perjalanan pada
pagi itu. Pada jam 8.35 pagi para peserta menaiki bas dan bertolak ke Pantai Teluk
Gorek.Sebelum tiba di destinasi yang hendak di tuju, para peserta telah di minta
bersarapan pagi di Jentayu. Kemudian perjalanan di teruskan pada jam 10 pagi.
Para peserta telah tiba di Pantai Teluk Gorek pada jam 12.00 tengahari. Setelah
di beri masa selama setengah jam untuk menikmati keindahan pantai dan kawasan
tersebut, para peserta makan tengahari bagi mempercepatkan masa untuk aktiviti
seterusnya.







LAPORAN AKTIVITI TAKLIMAT PERASMIAN DAN PERSIAPAN KHEMAH

TARIKH : 11 Mac 2013
MASA : 3.00 petang 4.00 petang
HARI : Isnin



Taklimat yang dikendalikan oleh ketua jurulatih di dewan menerangkan strukutur
organisasi jurulatih, keselamatan dan menerangakan perjalanan majlis secara ringkas,
Setelah tamat taklimat ringkas itu para peserta dikehendaki mengambil kad bernombor
yang merupakan identiti setiap peserta. Seterusnya, kami dikehendaki mendirikan
khemah di tepi pantai selama lebih kurang 20 minit. Setiap ahli khemah seramai 4
orang sahaja. Selepas itu, kami diarahkan menyimpan beg dan barang-barang di dalam
khemah.











LAPORAN AKTIVITI WATER CONFIDENT

TARIKH : 11 Mac 2013
MASA : 4.00 petang 6.30 petang
HARI : Isnin

Setelah mendirikan khemah, kami dibawa ke dalam laut untuk menjalani aktiviti
daya apungan diri (Water Confident). Peserta BIG mengambil jaket keselamatan. Kami
dipecahkan mengikut beberapa kumpulan dan bersama dengan pensyarah
pembimbing. Kami diajar cara untuk mengapungkan diri, berenang, mengiring dan
berkuak semasa di dalam air dengan memakai jaket keselamatan. Pensyarah
kumpulan saya En Nahar telah mengajar kami secara pereorangan dan kami berjaya
mengapungkan diri dan berenang dengan cara yang mudah. Seterusnya, peserta
dibawa ke tengah laut untuk membina keyakinan diri dalam air.
Sebelum mengakhiri aktiviti ini kami diberikan penerangan terlebih dahulu oleh
pensyarah. Semua pelajar berasa gembira dengan kemahiran yang telah dipelajari
walaupun terdapat 2 orang pelajar yang menghadapi kekejangan otot. Setelah itu, bagi
yang Muslim kami diminta menyiapkan diri untuk solat maghrib, manakala yang lain
mengikuti budaya moral seterusnya solat isyak dan makan malam.





LAPORAN AKTIVITI TAKLIMAT IKATAN ASAS DAN BANTU MULA

TARIKH : 11 Mac 2013
MASA : 8.00 9.00 malam
HARI : Isnin

Taklimat ikatan asas dan bantu mula ini telah di sampaikan oleh Tn Lukman b.
Saadon. Beliau turut juga membuat demonstrasi untuk mengikat ikatan buku sila di
beberapa bahagian yang tercedera seperti pada tangan. Dalam aktiviti ini, peserta
diberi pendedahan tentang asas pertolongan cemas iaitu cara ikatan untuk merawat
anggota badan yang tercedera dengan menggunakan kain anduh. Terdapat beberapa
kaedah yang boleh digunakan untuk mengikat beberapa anggota jika tercedera.
Peserta dilatih secara teori dan amali untuk membuat ikatan ini sehingga berhasil.












LAPORAN AKTIVITI LDK (ICE BREAKING)

TARIKH : 11 Mac 2013
MASA : 9.00 malam 11.00 malam
HARI : Isnin

Aktiviti LDK dikendalikan oleh Tn Mohamad Daud b. Abu Yamin. Aktiviti ini
merupakan aktiviti Mengenal Potensi Diri atau lebih dikenali sebagai ice breaking.
Beliau telah memperkenalkan semua peserta dengan hanya sekeping kertas. Aktiviti ini
sememangnya sangat menarik. Semua pelajar dikehendaki menulis nama di atas
kertas dan kemudiannya dilipat mengikut daya kreatif masing-masing. Seterusnya
kertas-kertas tersebut dikumpulkan dan kemudian ditukarkan kepada pelajar lain.
Setiap pelajar mempunyai nama rakan masing-masing tanpa diketahui oleh pemilik
kertas tersebut. Pelajar yang menerima nama pelajar itu perlu mengetahui
perkembangan individu yang namanya tertera di atas kertas tersebut selama dua hari.







LAPORAN AKTIVITI TAKLIMAT & JAGA MALAM

TARIKH : 11 Mac 2013
MASA : 12.00 am 6 am
HARI : Isnin

Setelah aktiviti LDK, taklimat dan aktiviti jaga malam dilakukan bagi mengelakkan
kejadian yang tidak diingini seperti kecurian, binatang buas, serta penceroboh yang
memasuki menganggu kawasan perkhemahan. Taklimat keselamatan telah diberikan
oleh Tn. Mohd Razali b. Hashim. Kawalan malam pula telah ditetapkan jadual oleh
penghulu. Setiap kumpulan akan bertugas mengikut giliran selama setiap 3 jam
daripada 12 tengah malam sehingga pukul 6 pagi. Beberapa orang pelajar lelaki dan
pelajar perempuan akan melakukan kawalan malam. Kawalan ini dilakukan supaya
setiap peserta tidur dan berada dalam keadaan yang baik dan tiada penceroboh yang
memasuki serta menganggu kawasan perkhemahan kami. Kod rahsia juga diberikan
sebagai langkah keselamatan. Penggunaan wisel telah diberikan penerangan dan
setiap kumpulan yang berjaga malam terdiri daripada 3 orang untuk satu tempat.
Terdapat 3 tempat yang perlu dijaga iaitu kantin, dewan dan kawasan perkhemahan.


LAPORAN AKTIVITI QIAMULLAIL & SOLAT SUBUH

TARIKH : 12 Mac 2013
MASA : 4.30 pagi 6.30 pagi
HARI : selasa

Peserta BIG bangun seawal 4.30 pagi untuk melakukan qiamullail. peserta
bersama-sama menunaikan solat sunat tahajud, solat hajat, solat, taubat dan solat witir.
Manakala peserta bukan Muslim mengikuti pendidikan moral. Selepas itu, kami
menunaikan solat subuh secara berjemaah. Kuliah subuh diberikan oleh peserta BIG
yang ditugaskan.

LAPORAN AKTIVITI SENAMAN PAGI

TARIKH : 12 Mac 2013
MASA : 7.00 am 7.30 am
HARI : selasa

Pada hari kedua program iaitu pada 19 Mac 2013, dimulai dengan aktiviti
senaman aerobik, kemudian kami diarahkan jogging beramai-ramai mengikut kumpulan
masing-masing yang dikendalikan oleh Tn Mohd Razali b. Hashim. Walaupun berasa
sedikit letih, kami tetap berasa gembira kerana kami dapat menikmati keindahan alam
semula jadi semasa jogging. Pelbagai jenis senaman badan telah kami lakukan.












LAPORAN AKTIVITI KEMBARA BIG

TARIKH : 12 Mac 2013
MASA : 9.30 am 5.00 am
HARI : selasa

Peserta berkumpul mengikut kumpulan dan kami diberikan taklimat Kembara
BIG oleh ketua jurulatih iaitu Tn Abdul Latif b. Ahmad. Setiap kumpulan dibekalkan
beberapa biji telur, peralatan memasak dan sebuah beg kembara yang mengandungi
peralatan masakan seperti beras, bawang, garam, cili, kobis, ikan bilis, makanan di
dalm tin iaitu sardin dan sudu. Mancis juga dibekalkan untuk menghidupkan unggun
api. Para peserta turut di bekalkan dengan beberapa botol air mineral, roti dan buah
epal untuk bekalan sepanjang perjalanan ke dalam hutan. Kami juga dikehendaki
mengisi maklumat di dalam borang Berkawan Dengan Pokok sepanjang perjalanan.

Setiap kumpulan berbincang dengan ahli masing-masing untuk mencari cara
yang terbaik untuk melindungi telur-telur tersebut daripada pecah kerana ia akan
dimasak sebagai hidangan makan tengahari kami setelah selesai mencari maklumat
yang berkaitan dengan pokok dan serangga. Kesemua peserta bergerak mengikut
kumpulan dengan teratur dan setiap kumpulan diketuai oleh dua atau tiga orang
jurulatih. Penat lelah tersebut hilang setelah melihat pemandangan yang mengikuti
menarik.

Setelah sampai di tempat berteduh dan lapang, kami dikehendaki melakukan
aktiviti memasak. Tempat berteduh kami agak menarik kerana berhampiran dengan
pantai. Semua peserta bersorak kegembiraan. Setiap pelatih mula menjalankan tugas
masing-masing sehingga makanan siap dimasak. Di sini merupakan pengalaman yang
amat bermakna kerana aktiviti memasak dengan menggunakan unggun api merupakan
perkara yang menarik. Setelah selesai memasak kami dikehendaki mengemas segala
kotoran dan bersedia untuk pulang ke kem.



























LAPORAN AKTIVITI LDK 2

TARIKH : 12 Mac 2013
MASA : 9.00 malam 11.00 malam
HARI : selasa

Tn Mohamad Daud b. Abu Yamin telah mengendalikan slot Mengenali Potensi
Diri. Dalam slot ini kami telah diberi borang SDS dan menjawb kesemua soalan yang
diberi. Setelah itu, Tn Mohamad Daud telah membincangkan ciri-ciri potensi diri
masing-masing. Melalui aktiviti kami dapat mengetahui potensi yang ada dalam diri
masing-masing.













LAPORAN AKTIVITI TAKLIMAT & JAGA MALAM

TARIKH : 12 Mac 2013
MASA : 12.00 am 6 am
HARI : Selasa

Setelah aktiviti LDK, taklimat dan aktiviti jaga malam dilakukan bagi mengelakkan
kejadian yang tidak diingini seperti kecurian, binatang buas, serta penceroboh yang
memasuki menganggu kawasan perkhemahan. Taklimat keselamatan telah diberikan
oleh Tn. Mohd Razali b. Hashim. Kawalan malam pula telah ditetapkan jadual oleh
penghulu. Setiap kumpulan akan bertugas mengikut giliran selama setiap 3 jam
daripada 12 tengah malam sehingga pukul 6 pagi. Beberapa orang pelajar lelaki dan
pelajar perempuan akan melakukan kawalan malam. Kawalan ini dilakukan supaya
setiap peserta tidur dan berada dalam keadaan yang baik dan tiada penceroboh yang
memasuki serta menganggu kawasan perkhemahan kami. Kod rahsia juga diberikan
sebagai langkah keselamatan. Penggunaan wisel telah diberikan penerangan dan
setiap kumpulan yang berjaga malam terdiri daripada 3 orang untuk satu tempat.
Terdapat 3 tempat yang perlu dijaga iaitu kantin, dewan dan kawasan perkhemahan.



LAPORAN AKTIVITI QIAMULLAIL & SOLAT SUBUH

TARIKH : 13 Mac 2013
MASA : 4.30 pagi 6.30 pagi
HARI : Selasa

Peserta BIG bangun seawal 4.30 pagi untuk melakukan qiamullail. Pensyarah
dan peserta bersama-sama menunaikan solat sunat tahajud, solat hajat, solat, taubat
dan solat witir. Selepas itu, kami menunaikan solat subuh secara berjemaah. Kuliah
subuh diberikan oleh ustaz atau peserta BIG yang ditugaskan.
LAPORAN AKTIVITI SENAMAN PAGI

TARIKH : 13 Mac 2013
MASA : 6.30 pagi 7.30 pagi
HARI : rabu

Aktiviti senaman pagi dibimbing olehpelajar bertugas.. Beliau telah meminta
setiap peserta berbaris mengikut kumpulan masing-masing. Peserta BIG diarahkan
untuk menyanyikan lagu Negaraku, lagu Bangsa Johor dan lagu IPTHO. Selepas itu,
peserta melakukan senaman ringan dan setiap pengerakan dilakukan dalam kiraan
lapan. Selepas itu, peserta diminta mengambil pedal kayak dan barang-barang
persediaan untuk turun ke laut.












LAPORAN AKTIVITI RAKIT

TARIKH : 13 Mac 2013
MASA : 9.00 am-12 pm
HARI : rabu

Ketua jurulatih menyampaikan taklimat aktiviti rakit kepada para peserta.
Selepas itu para peserta di minta berkumpul di dalam barisan bersama rakan masing-
masing. Sebelum memulakan aktiviti rakit terlebih dahulu peserta didedahkan kepada
ancaman semasa di dalam air yang mana kemungkinan akan berlaku perkara yang
boleh mendatangkan kemalangan, peserta juga diminta melakukan regangan serta
senaman secara ringkas bagi memastikan otot badan berda dalam keadaan yang
normal sebelum melakukan aktiviti air. Sebelum peserta malakukan aktiviti air ketua
jurulatih menjemput seorang peserta untuk membaca doa bagi memohan agar aktviti ini
berjalan lancar dan diberkati oleh Allah, pelajar yang bukan islam pula diminta untuk
bertakafur sejenak sebelum peserta melakukan aktiviti air.



Selepas itu para peserta dikehendaki menyediakan rakit masing-masing untuk
masuk ke dalam air, disini kepekaan dan ketelitian para peserta diambil berat bagi
memastikan rakit kukuh dan selamat untuk dinaikki, selepas itu para peserta diminta
naik keatas rakit mengikut kumpulan, para peserta belajar mengimbangi badan dan
belajar cara untuk mengerakkan rakit. Selepas itu aktiviti berakit dimulakan semua
aktiviti dirancang oleh jurulatih peserta hanya mengikut arahan dari masa ke semasa.
Sekitar jam 11.00 am jurulatih mengarahkan aktiviti berakit dihentikan dan para peserta
dibenarkan mandi selama sejam sebelum naik ke kem.
LAPORAN PERSEDIANAAN AKTIVITI MALAM KREATIVITI
TARIKH : 13 Mac 2013
MASA : 4.00 petang 7.00 petang
HARI : rabu

Peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan oleh ketua jurulatih untuk
mengelolakan Malam Kreativiti yang bertemakan Maharaja Lawak. Setiap peserta
diketuai oleh seorang ketua kumpulan. Peserta harus berbincang untuk memastikan
kelancaran program malam tersebut. Ketua jurulatih juga telah meminta semua pelajar
agar bersatu padu untuk menjayakan aktiviti malam.










LAPORAN AKTIVITI MALAM KREATIVITI
TARIKH : 13 Mac 2013
MASA : 9.30 malam 11.00 malam
HARI : rabu

Semua pensyarah-pensyarah kami telah dijemput ke dewan untuk menyaksikan
persembahan kami yang bertemakan 'Maharaja Lawak. Aktiviti ini berlangsung di
dewan serbaguna. Malam kebudayaan ini ternyata memperlihatkan lakonan dan
selingan berunsur lawak diterapkan dalam sketsa untuk menghiburkan hati penonton.
Semua sketsa mempunyai kelebihan yang tersendiri hingga mampu menghiburkan
penonton. Selepas tamat persembahan malam kebudayaan, kami semua bergotong-
royong membersihkan kawasan dewan tersebut agar ia kelihatan bersih seperti
keadaan asalnya. Selepas itu, kami berkumpul kembali memberi kata laluan yang khas
untuk setiap malam.











LAPORAN AKTIVITI SENAMAN PAGI

TARIKH : 14 Mac 2013
MASA : 6.30 pagi
HARI : khamis

Aktiviti senaman pagi dibimbing oleh Encik Razali Bin Hashim.. Beliau telah
meminta setiap peserta berbaris mengikut kumpulan masing-masing. Peserta BIG
diarahkan untuk menyanyikan lagu Negaraku, lagu Bangsa Johor dan lagu IPTHO.
Selepas itu, peserta melakukan senaman ringan dan setiap pengerakan dilakukan
dalam kiraan lapan. .









LAPORAN AKTIVITI MAJLIS PENUTUPAN

TARIKH : 14 Mac 2013
MASA : 12.30 tgh hari
HARI : khamis

Acara di mulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Johor, lagu
IPTHO dan lagu Guru Malaysia. Selepas itu majlis mempersilakan penghulu Kem BIG
memberikan sepatah dua kata, dan akhir sekali ucapan ringkas dari Tn Abdul Latif Bin
Ahmad akhir sekali ucapan penutup oleh Timbalan Pengarah IPTHO Tn Koh Kok Wee
seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Program BIG ini dan mengucapkan tahniah
kepada para jurulatih, tutor dan para peserta kerana berjaya menjalani kem ini.














LAPORAN AKTIVITI GOTONG ROYONG

TARIKH : 16 Mac 2013
MASA : 9 pagi
HARI : Sabtu

Kira-kira pada pukul 9 pagi, semua guru pelatih diarahkan untuk mencuci
khemah yang telah kami gunakan di sebelah padang astaka. Selepas itu, kami perlu
melipatkan semula khemah tersebut yang telah kering dan susun semula ke dalam stor.
Dengan ini, Program Bina Insan Guru Siri 2/2013 kami ini telah berjaya dilangsungkan
dengan sempurna

Anda mungkin juga menyukai