Anda di halaman 1dari 15

MINGGU ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 5 SESI 2001

1.0 PENGENALAN Usaha yang berterusan perlu dilakukan untuk mewujudkan budaya sekolah yang mantap. Langkah-langkah untuk mewujudkan budaya sekolah yang mantap ini haruslah dimulakan dengan usaha membentuk disiplin pelajar yang meliputi aspek-aspek kekemasan diri, menepati waktu, dan kecintaan terhadap kemudahan sekolah serta keceriaan persekitarannya. Masih terdapat banyak ruang untuk warga SMTSP 1 untuk melakukan sesuatu bagi memperbaiki aspekaspek fizikal, pencapaian akademik, pengurusan hal ehwal murid, pengurusan asrama, kantin, bengkel, dan lain-lain lagi. Justeru itu, program orientasi semula pelajar tingkatan 5 sangat penting untuk merealisasikan hasrat ini. 2.0 MATLAMAT Menggembeling tenaga dan memupuk persefahaman di kalangan warga SMTSP 1 untuk mewujudkan budaya sekolah yang mantap Memupuk sikap bertanggungjawab dan berdisiplin di kalangan pelajar untuk mencapai masalah disiplin sifar Meningkatkan motivasi, kefahaman, dan keupayaan pelajar terhadap pelajaran sebagai persediaan menmghadapi Peperiksaan SPM 2001 Mewujudkan persekitaran sekolah yang ceria dan bersih yang dapat merangsang suasana pembelajaran yang berkesan Membina sahsiah dan akhlak pelajar yang mantap meliputi aspek kerohanian dan moral 3.0 OBJEKTIF Meningkatkan tahap sekolah ke tahap 5 bintang seperti yang digariskan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Meningkatkan tahap disiplin pelajar dalam aspek kekemasan diri, kebersihan, ponteng sekolah dan kelas, merokok dan sebagainya Meningkatkan kesedaran pelajar terhadap pentingnya pelajaran dan dapat menguruskan masa dengan baik dan berkesan Mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih dan ceria secara berterusan Melahirkan pelajar yang berakhlak mulia, menghormati diri sendiri, guru, ibubapa, tetamu dan rakan-rakan Melahirkan pelajar yang beriman dan beramal soleh

4.0

Pengurusan diri. PESERTA Peserta untuk program ini adalah tediri dari para pelajar tingkatan 5 sesi 2001 seramai 461 orang.

5.0

TARIKH PERLAKSANAAN Program ini akan dijalankan pada 07.01.2001 hingga 17.01.2001

6.0

TEMPAT Program ini akan dijalankan di sekolah.

7.0

PERUNTUKKAN KEWANGAN Perbelanjaan Makan/Minum (jemputan) Bayaran penceramah jemputan Hadiah/Cenderahati Buku Program Peralatan Lain-lain JUMLAH Pendapatan Sumbangan sekolah JUMLAH RM 1000.00 RM 1000.00 RM 3.00 x 20 RM 100.00 x 5 RM 20.00 x 8 RM 60.00 RM 500.00 RM 160.00 RM 30.00 RM 300.00 RM 50.00 RM 1000.00

8.0

TENTATIF PROGRAM - Rujuk lampiran l -

9.0

STRUKTUR ORGANISASI - Rujuk lampiran ll -

10.0

PENUTUP Diharapkan program orientasi kali kedua ini akan dapat dilaksanakan sebagaimana yang dirancang demi memperoleh manfaat dalam memupuk disiplin diri yang mantap dikalangan pelajar.

MINGGU ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 4 SESI 2001


1.0 PENGENALAN Sekolah bukan sahaja sebagai satu institusi pendidikan formal semata-mata malah sebagai satu gelanggang dalam mempelajari dan memperaktikkan kemahiran sosial yang sihat sesama insan. Untuk itu, bersesuaian dengan kemasukan pelajar baru tingkatan 4 sesi 2001 pada 19 Februari nanti, satu progam orientasi dirancang sebagai pendedahan kepada suasana serba baru selain untuk mempekenalkan iklim, budaya, keadaan fizikal dan infrastruktur yang terdapat di sekolah mahupun di asrama. 2.0 RASIONAL Program orientasi ini bertujuan untuk memberi gambaran awal kepada pelajar baru akan budaya sekolah yang harus mereka patuhi yang sedikit sebanyak berbeza dengan sekolah mereka sebelum ini. Selain itu suai kenal yang diadakan antara sesama pelajar junior dan senior malah dengan guru-guru juga dapat menanam perasaan diterima selain membentuk hubungan silahturrahim sebagaimana yang dituntut oleh Islam. 3.0 OBJEKTIF Memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang sukatan pelajaran Tingkatan 4 Memberi penjelasan secara menyeluruh berkenaan pensijilan terbuka SPM Membentuk ikatan silahturrahim sesama warga mendedahkan akan iklim serta budaya sekolah. SMTSP 1 selain

Memotivasikan pelajar-pelajar menjadi pelajar yang berjaya Menanam sikap bertanggungjawab di kalangan pelajar-pelajar terhadap diri sendiri, ibu bapa, guru-guru, dan sekolah 4.0 PESERTA Peserta untuk program ini adalah terdiri dari para pelajar baru Tingkatan 4, seramai 5.0 TARIKH PERLAKSANAAN Program ini akan dijalankan pada 20.02.2001 hingga 25.02.2001

6.0

TEMPAT Program ini akan dijalankan di sekolah.

7.0

PERUNTUKAN KEWANGAN Perbelanjaan Makan/Minum (jemputan) Bayaran penceramah jemputan Peralatan Lain-lain JUMLAH Pendapatan Sumbangan sekolah JUMLAH RM 206.00 RM 206.00 RM 3.00 x 2 RM 100.00 x 1 RM 6.00 RM 100.00 RM 50.00 RM 50.00 RM 206.00

8.0

TENTATIF PROGRAM - Rujuk lampiran l -

9.0

STRUKTUR ORGANISASI - Rujuk lampiran ll -

10.0

PENUTUP Diharapkan program orientasi ini akan dapat dijalankan dengan berkesan dalam memupuk budaya suka dan ciintakan sekolah dikalangan pelajar baru.

KURSUS KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN

1.0

PENGENALAN Dalam meningkatkan prestasi pelajar dari segi kurikulum dan ko-kurikulum, kita perlu sedar bahawa pelajar adalah golongan yang mempunyai kuasa besar untuk membentuk masa hadapan negara. Mereka perlu dibimbing sebaikbaiknya, bukan sahaja dari segi intelek tetapi juga dari segi rohani, emosi, dan jasmani seperti yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Negara. Pelajar menimba pelajaran dan pengetahuan daripada guru, tetapi mereka juga belajar membina nilai dan sikap daripada rakan sebaya, terutama apabila masuk ke ambang remaja. Oleh itu, dengan adanya kursus kepimpinan seperti ini, para pelajar akan dilatih kemahiran memimpin yang bakal digunakan dalam mempengaruhi rakan mereka kearah yang positif atau diingini. Usaha murni ini sudah pastinya akan dapat menyumbang kepada peningkatan tahap disiplin dan prestasi akademik keseluruhannya.

2.0

RASIONAL Kursus kepimpinan ini dirasakan perlu bagi mendedahkan para pelajar sebagai bakal pemimpin dengan ciri kepimpinan yang berkesan dan cemerlang serta menjurus kepada akhlak sebagai paksi dalam menjamin kualiti kepimpinan dan kecemerlangan yang hakiki.

3.0

OBJEKTIF Mendedahkan kepada pelajar ciri kepimpinan yang berkesan dan cemerlang Mengenalpasti potensi diri Membina keyakinan dirimelalui aktiviti berkumpulan Memberikan ilmu pengetahuan kepada para pelajar melalui pengisianpengisian yang diberikan Mengamalkan cara gaya kepimpinan yang terpuji berpaksikan kepada akhlak yang mulia Membina pelajar yang penyayang, berakhlak mulia, berilmu pengetahuan dan berkemahiran untuk mengimbangkan aktiviti seharian di sekolah, rumah dan masyarakat.

4.0

PESERTA Peserta untuk program ini adalah terdiri daripada ................ . Bilangan pelajar adalah seramai ----- orang. Senarai peserta, rujuk lampiran l

5.0

TARIKH PERLAKSANAAN Program ini akan dijalankan pada

6.0

TEMPAT Proram ini akan dijalankan di --------

7.0

PERUNTUKAN KEWANGAN Perbelanjaan

Pendapatan

8.0

TENTATIF PROGRAM - Rujuk lampiran ll -

9.0

STRUKTUR ORGANISASI - Rujuk lampiran lll -

10.0

PENUTUP Diharapkan melalui program ini, para peserta akan dapat mengenali potensi dan daya kepimpinan yang terdapat dalam diri dan menjadikannya sebagai pengerak kearah pengembangan potensi serta perlaksanaan tanggungjawab dengan lebih berkesan.

IKRAR
BAHAWASANYA KAMI PELAJAR-PELAJAR BARU SEK. MEN. TEKNIK SG. PETANI 1 BERIKRAR
akan sentiasa MENJAGA PERILAKU DAN MENINGKATKAN DISIPLIN DIRI kami pada setiap masa. Kami juga berjanji untuk Menjadi pelajar berilmu, berakhlak mulia, dan mengamalkan budaya hidup yang sihat Mematuhi segala peraturan dan undang-undang pada setiap masa Merancang dan melaksanakan semua tugasan yang diberikan dengan penuh tanggungjawab DAN Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang berguna serta berfungsi kepada sekolah, masyarakat, dan negara.

KONTRAK DIRI

Saya _____________________________________ dengan ini berjanji akan sentiasa MENJAGA PERILAKU DAN MENINGKATKAN DISIPLIN DIRI saya supaya tidak menimbulkan sebarang maslah antara saya dengan pihak sekolah. Saya juga berjanji akan Menjadi pelajar berilmu, berakhlak mulia, dan mengamalkan budaya hidup yang sihat. mematuhi segala peraturan dan undang-undang pada setiap masa Merancang dan melaksanakan semua tugasan yang diberikan dengan penuh tanggungjawab DAN Melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang berguna serta berfungsi kepada sekolah, masyarakat, dan negara.

________________________________ Tandatangan pelajar Nama No. K/P Tingkatan Tarikh : ________________________________________ : _________________________ : _________________________ : _________________

KERTAS SENARAI KENYATAAN DIRI

PENGENALAN DIRI

Nama Peserta -------------------------------------No. Kad Pengenalan -------------------------------------Warna Kegemaran ------------------------------------Kedudukan Dalam Keluarga -------------------------------------Makanan Kegemaran

-----------------------------------Mata pelajaran Disukai ------------------------------------Buah Kegemaran -------------------------------------Minuman Kegemaran ------------------------------------

Ruj. Kami : SMTSP 1/02/05/002 ( Tarikh : 12 Februari 2001 Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Muda Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan Jalan Sekerat 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Tuan, JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH Adalah dengan hormatnya dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan minggu orientasi untuk pelajar-pelajar baru tingkatan 4 pada 20 hingga 25 Februari nanti.

2. Program ini dijalankan untuk memberi pengetahuan dan pendedahan kepada para pelajar baru akan budaya sekolah disamping mengerat silaturrahim antara warga SMTSP 1. 3. Sehubungan itu, saya bagi pihak sekolah dengan sukacitanya ingin memohon jasa baik tuan untuk membenarkan Encik Ishak bin Ismail menjadi penceramah seperti ketetapan berikut:3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 Tajuk Ceramah Tarikh/Hari Masa Tempat Bil. Pelajar : : : : : Ceramah Motivasi 22 Februari 2001 12.00 1.45 petang Dewan Salahuddin Al-Ayubi, SMTSP 1 400 orang

Sekian dimaklumkan. Kerjasama pihak tuan bagi menjayakan program ini amat diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

............................................. s.k Guru berkenaan, Encik Ishak bin Ismail Pegawai ADK, PPD KMY.

Ruj. Kami Tarikh Ketua Polis Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda 08000 Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Tuan, PERASMIAN MINGGU ORIENTASI

: SMTSP 1/02/05/002 ( : 12 Februari 2001

Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan minggu orientasi untuk pelajar-pelajar baru Tingkatan 4 pada 20 hingga 25 Februari 2001 nanti. 2. Program ini dijalankan untuk memberi pengetahuan dan pendedahan kepada para pelajar baru akan budaya sekolah disamping mengerat silahturrahim antara warga SMTSP 1. 3. Sehubungan itu bagi memeriahkan lagi majlis ini, pihak sekolah dengan berbesar hati ingin menjemput tuan untuk merasmikan pembukaan minggu orientasi berkenaan mengikut ketetapan berikut :Tarikh Masa Tempat : 20 Februari 2001 (Hari Selasa) : 8.30 pagi : Dean Salahuddin Al-Ayubi, SMTSP 1

4. Bersama-sama ini disertakan atur cara majlis perasmian minggu orientasi untuk makluman tuan. Sekian dimaklumkan. Kerjasama pihak tuan untuk memenuhi undangan ini amat diharapkan serta didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. BERKHIDMAT UTNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah, ................................................

s.k.

C/INSP 10730 Zuhairi Bin Mohamad Pegawai Perhubungan Sekolah, Sek. Men. Teknik Sungai Petani 1.

Ruj. Kami Tarikh Tuan Pengetua, SM. Teknik Sungai Petani 1 08000 Sungai Petani Kedah Darul Aman Tuan, PERASMIAN PENUTUP MINGGU ORIENTASI

: SMTSP 1/02/05/002 ( : 15.02.2001

Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa pihak sekolah akan mengadakan minggu orientasi untuk pelajar-pelajar baru Tingkatan 4 pada 20 hingga 25 Februari 2001 nanti. 2. Program ini dijalankan untuk memberi pengetahuan dan pendedahan kepada para pelajar baru akan budaya sekolah disamping mengerat silahturrahim antara warga SMTSP 1. 3. Sehubungan itu bagi memeriahkan lagi majlis ini, pihak sekolah dengan berbesar hati ingin menjemput tuan untuk merasmikan penutupan minggu orientasi berkenaan sebaik sahaja selesai perhimpunan mingguan sekolah seperti mana ketetapan berikut :Tarikh Masa Tempat : 25 Februari 2001 (Hari Ahad) : 8.30 pagi : Dewan Salahuddin Al-Ayubi, SMTSP 1

Sekian dimaklumkan. Kerjasama pihak tuan untuk memenuhi undangan ini amat diharapkan serta didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menjalankan tugas, ................................................ (MOHD FAUZI ABD. RAZAK) Ahli Jawatankuasa Program Orientasi Tingkatan 4 SM. Teknik Sg Petani 1

ATUR CARA MAJLIS PERASMIAN MINGGU ORIENTASI

8.30 pagi 8.35 pagi 8.40 pagi 9.00 pagi

Ketibaan Tuan Ketua Polis Daerah Kuala Muda Bacaan Doa Ucapan Pengetua SM. Teknik Sungai Petani 1. Ucapan dan Perasmian Oleh Tuan Ketua Polis Daerah Kuala Muda.

Ruj. Kami Tarikh En Ishak bin Ismail Pegawai ADK, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda/Yan, Jalan Sekerat, 08000 Sungai Petani. Tuan, UCAPAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN

: SMTSP 1/02/05/002 ( : 22.02.2001

Merujuk kepada perkara di atas, saya bagi pihak keseluruhan warga SMTSP 1 ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan di atas sumbangan yang telah diberikan dalam menjayakan program di sekolah ini. Kerjasama pihak tuan amat kami sanjungi dan diucapkan ribuan terima kasih. BERKHIDMAT UNTUK NEGARA Saya yang menurut perintah,

..............................................

Anda mungkin juga menyukai