Anda di halaman 1dari 6

1

SKRIP PENGERUSI MAJLIS HARI ANUGERAH TEKNOPEN PUSAT KEGIATAN GURU ROMPIN 2007
1. Pengumuman Para hadirin yang dihormati, ketibaan Yang Berhormat Dato Seri Utama Tan Sri Haji Mohd Isa bin Dato Haji Abdul Samad, Ahli Parlimen Jempol Para hadirin yang dihormati, Marilah kita bersama-sama berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku. Para hadirin dijemput duduk. Demi keberkatan majlis kita pada petang ini, dengan hormatnya dijemput Ustaz Sayuthi bin Ibrahim untuk mengetuai bacaan doa. Majlis merakamkan ucapan terima kepada Ustaz Sayuthi bin Ibrahim atas kesudian mengetuai bacaan doa sebentar tadi. 4. Ucapan Alu-aluan Pengerusi Bersyukur kami ke hadrat Ilahi, Atas limpah kurnia yang diberi; Bersama hadirin yang dikasihi,, Menjayakan hasrat PKG kami. Ya Allah Rabbul Izzati, Hajat kami telah disahuti; Majlis anugerah kami mulai, Dengan kalimah suci dan murni . Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera. 4.1 Yang Berhormat Dato Seri Utama Tan Sri Haji Mohd Isa bin Dato Haji Abdul Samad, Ahli Parlimen Jempol 4.2 Yang Berusaha Ustaz Ramadzan bin Mohd Yusof Wakil Pegawai Pelajaran Daerah Jempol dan Jelebu 4.3 Yang Berusaha Encik Abu Bakar bin Abd Rahman Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan PKG Rompin 4.4 Pengetua SMK Seri Perpatih, Mejar Mohd Tahir bin Mustapha

2. Nyanyian Lagu Negaraku 3. Bacaan Doa

2 4.5 4.6 Para pengetua dan Guru-guru Besar Guru-guru Penolong Kanan

4.7 Para Pegawai PKG Rompin 4.8 Para hakim dan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Hari Anugerah TEKNOPEN PKG Rompin 4.9 Guru-guru Perpustakaan dan Media 4.9 Para jemputan, murid-murid dan seterusnya hadirin dan hadirat yang dihormati. Allah jua yang dipuji dengan lidah dan hati, kerana dengan izin-Nya jua membolehkan kita berkumpul pada petang yang bermakna ini untuk bersama-sama meraikan Hari Anugerah TEKNOPEN PKG Rompin bagi sesi 2007. 5. Para hadirin yang dihormati, bagi meneruskan majlis ini, dijemput Yang Berusaha Encik Abu Bakar bin Abd Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan PKG Rompin untuk menyampaikan ucapan. Dengan hormatnya dijemput. ... Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berusaha Encik Abu Bakar bin Abd Rahman atas ucapan sebentar tadi. Seterusnya, dijemput pula Yang Berusaha Ustaz Ramadzan bin Mohd Yusof, Wakil Pegawai Pelajaran Daerah Jempol dan Jelebu untuk menyampaikan ucapan beliau. Dengan hormatnya dipersilakan. ... Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Ustaz Ramadzan bin Mohd Yusof, Wakil Pegawai Pelajaran Daerah Jempol dan Jelebu. 7. Para hadirin yang dimuliakan, Majlis dengan sukacitanya menjemput Yang Berhormat Dato Seri Utama Tan Sri Haji Mohd Isa bin Dato Haji Abdul Samad, Ahli Parlimen Jempol untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan Hari Anugerah TEKNOPEN PKG Rompin sesi 2007. Dengan penuh takzim dipersilakan. ... Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berhormat atas ucapan dan kesudian menyempurnakan perasmian Hari Anugerah TEKNOPEN PKG Rompin pada kali ini.

6.

3 8. Tuan-tuan dan puan-puan, 8.1 Andai dipisah lagu dan irama, maka pincanglah seni. Andai hiburan tidak diserta, majlis hambar kehilangan seri. Justeru, marilah kita bersama-sama berhibur dengan persembahan murid-murid yang dimulai dengan persembahan tarian daripada muridmurid SK Palong 9 yang berjudul _______________________________________ __________________________________________________________________ Majlis mempersilakan. Terima kasih diucapkan kepada murid-murid SK Palong 9 atas persembahan tarian sebentar tadi. 8.2 Seterusnya, kita ikuti pula persembahan tarian daripada murid-murid SJK (T) Tanah Panjis dengan judulnya __________________________________________ __________________________________________________________________ Dipersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada kumpulan tarian SJK (T) Tanah Panjis. 8.3 Warna-warna keunikan budaya kaum di tanah air kita diteruskan lagi dengan persembahan tarian daripada murid-murid SJK ( C ) Chung San dengan tarian yang berjudul ______________________________________________________ Dipersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada kumpulan tarian SJK ( C ) Chung San. 8.4 Berikutnya, kita ikuti pula persembahan groups singing daripada murid-murid SK Palong 1 (F) yang bertajuk ____________________________________________ Majlis mempersilakan. Terima kasih diucapkan kepada kumpulan groups singing daripada SK Palong 1 (F). 9. Kini tibalah saat yang dinanti-nantikan iaitu penyampaian Anugerah TEKNOPEN PKG Rompin sesi 2007. Bagi atur cara ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Encik Abu Bakar bin Abd. Rahman menjemput dan mengiringi Yang Berhormat Dato Seri Utama Tan Sri Haji Mohd Isa bin Dato Haji Abdul Samad untuk menyempurnakannya.

4 9.1 Kita mulai dengan penyampaian Anugerah Pembaca Terbanyak (NILAM) Kategori Sekolah Rendah. Untuk Tahap Satu Tempat Ketiga Naib Johan Johan Untuk Tahap Dua Tempat Ketiga Naib Johan Johan Norhafiza binti Mohd Zohir Ruzaini binti Marzuki Hazirah binti Hussin SK Rompin SK Palong 14 (F) SK Palong 12 (F) Nik Afif bin Zulmajdi Nuryasmin Nabila binti Rosli Nor Shaliza binti Abd Halim SK Palong 4 (F) SK Palong 14 (F) SK Palong 12 (F)

9.2 Seterusnya, disampaikan pula Anugerah Pembaca Terbanyak (NILAM) Kategori Sekolah Menengah. Bagi Peringkat Menengah Rendah Tempat Ketiga Naib Johan Johan Muhammad Sadam bin Dahlan Nurul Ain binti Yusuf Noraifieka binti Abd Malik SMK Palong 2 (F) SMK Palong 11 (F) SMK Seri Perpatih (F)

Bagi Peringkat Menengah Atas Tempat Ketiga Naib Johan Johan Siti Sufiah binti Md Zin SMK Seri Perpatih Hafiza binti Md Lajis SMK Palong 2 (F) Nur Izzatie Hazwani binti SMK Palong 11 (F) Abd. Razak 9.3 Berikutnya, disampaikan Anugerah Pembaca Terbanyak (NILAM) bagi Kategori Guru. Tempat Ketiga Naib Johan Johan Puan Norsalawati binti Mohd Jaya SMK Seri Perpatih Puan Fazilawati binti Bahar SK Rompin Encik Nazari bin Othman SMK Palong 2 (F)

9.4 Diumumkan pula nama-nama webmaster yang memenangi Anugerah Pembina Laman Web Sekolah. Tempat Ketiga Naib Johan Johan Encik Azlirul Aznan bin Abd. Aziz Encik Hassan bin Nordin Encik Khairul Anwar bin Abdul Rahman SMK Seri Perpatih SMK Palong 11 (F) SK Rompin

5 9.5 Seterusnya, penyampaian Anugerah Pembina Bahan Multimedia Berasaskan Power Point. Bagi Peringkat Prasekolah Naib Johan Johan Puan Rohana binti Abd Majid Puan Mazita binti Ahad SK Palong 4(F) SK Palong 3 (F)

Bagi Peringkat Sekolah Rendah Tempat Ketiga Naib Johan Johan Encik Mohd Arif bin Abu Suid Puan Anita binti Bosman Puan Rozita binti Nawi SK Palong 14 (F) SK Palong 1 (F) SK Palong 12 (F)

Bagi Peringkat Sekolah Menengah Tempat Ketiga Naib Johan Johan Encik Samsul Fuad bin Situ SMK Palong 2 (F) Encik Zulraimizan bin SMK Seri Perpatih Abd Syukor Encik Zulkifli bin SMK Palong 11 (F) Shahruddin

9.6 Diumumkan pula, penerima Anugerah Pusat Sumber Sekolah Cemerlang. (dijemput GPM untuk menerima hadiah) Bagi Kategori Sekolah Rendah Tempat Ketiga Naib Johan Johan SK Palong 1 (F) SJK (T) Ladang Middleton SK Palong 9 (F)

Bagi Kategori Sekolah Menengah Tempat Ketiga Naib Johan Johan SMK Palong 2 (F) SMK Palong 11 (F) SMK Seri Perpatih

9.7 Bagi Johan Keseluruhan TEKNOPEN 2007 (Dijemput Pengetua/Guru Besar untuk menerima hadiah) Untuk peringkat sekolah rendah Dimenangi oleh SK Rompin, manakala Untuk peringkat sekolah menengah Dimenangi oleh SMK Seri Perpatih

6 9.8 Seterusnya, dijemput Yang Berhormat menyampaikan cenderamata kepada: 9.8.1 Yang Berusaha Ustaz Ramadzan bin Mohd Yusof, Wakil Pegawai Pelajaran Daerah Jempol dan Jelebu 10. Akhir sekali, sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih daripada kami, dipersilakan Yang Berusaha Encik Abu Bakar bin Abd. Rahman untuk menyampaikan cenderamata kepada Yang Berhormat Dato Seri Utama Tan Sri Haji Mohd Isa bin Dato Haji Abdul Samad. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Encik Abu Bakar bin Abdul Rahman atas penyampaian cenderamata itu tadi. Untuk pengetahuan para hadirin, cenderamata-cenderamata yang disampaikan sebentar tadi merupakan hasil kerja tangan murid-murid dari SK Palong 14 (F). Berpantun sudah, bermadah pun sudah, Bermesra sahaja yang kalian belum; Perasmian sudah, menerima anugerah pun sudah, Ke pameran sahaja yang kalian belum. Majlis dengan berbesar hati mempersilakan Yang Berhormat dan para jemputan, serta hadirin hadirat ke ruang legar untuk menyaksikan pameran TEKNOPEN, dan seterusnya dijemput untuk menikmati jamuan yang disediakan. Sebelum mengundur diri, saya bagi pihak warga PKG Rompin dan BTPNNS mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi kepada tuan-tuan dan puan-puan yang telah sudi memeriahkan majlis anugerah pada petang ini. Wasalamualaikum warahmatullah. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai