Anda di halaman 1dari 3

Rancangan Pengajaran

Draf pertama ( Draf ke( RP terakhir (

) ) )

Nama Guru: Cik Nor Azwa bt Husin Masa: 1.45 3.30 pm Saiz Kelas: 21 orang pelajar Mata Pelajaran: Kemahiran Hidup

Tarikh: 25 April 2012 Kelas: 1 Merah Tahap Pencapaian Pelajar: Bagus

Topik: Asas Elektromekanikal

Subtopik: Pengenalan Pergerakan Mekanikal (Jenis-jenis gear)

Konsep Utama: Jenis dan fungsi gear

Pengetahuan Sedia Ada : Pelajar pernah bermain kereta kawalan jauh atau permainan yang mempunyai gear ringkas dan pernah melihat komponen gear.

Hasil Pembelajaran : Di akhir pembelajaran, pelajar akan dapat: 1. Menyatakan konsep pergerakan mekanikal 2. Mengenal pasti jenis-jenis dan fungsi gear

Kemahiran Berfikir : Membanding beza, mengkategori

Nilai Murni: Teliti, memberi perhatian

Bahan Bantu Mengajar : Buku teks m/s 139-141, slaid Power Point, lembaran kerja

Strategi P & P : Persembahan informasi

Langkah / Masa Set Induksi 5 minit Memperjelaskan konteks 5 minit

Isi Pembelajaran Tayangan video pendek mengenai gear

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan / Nilai BBM: video

Guru menayangkan video pendek yang memaparkan pergerakan gear.

Guru menanyakan pelajar mengenai video tersebut. Guru mengaitkan video dengan tajuk pembelajaran.

Pengajaran 25 minit

Penerangan konsep dan fungsi pergerakan mekanikal

Guru menerangkan mengenai konsep pergerakan mekanikal Pelajar bersoal jawab dengan guru mengenai konsep Guru meminta pelajar menamakan alat yang menggunakan kaedah pergerakan mekanikal.

BBM: gambar mesin gerudi, jam berkunci, basikal Nilai: tekun Strategi: deduktif

Pengajaran 25 minit

Pengenalan pergerakan mekanikal dan jenis gear

Gear serong Gear taji Gear belitan Gear rak dan pinan Gear heliks

Guru meminta pelajar memberikan perhatian kepada tayangan MS Power Point. Pelajar mengenalpasti jenis gear melalui P/Point. Guru secara tidak langsung menerangkan mengenai jenis dan fungsi gear.

BBM: slaid Power Point Nilai: teliti Strategi: kontekstual dan induktif

Aplikasi/Latihan Penilaian 25 minit

Guru memberi lembaran kerja kepada setiap pelajar. Pelajar dikehendaki menjawab soalan berkaitan pelajaran hari ini. Guru mengutip kertas lembaran kerja

BBM: lembaran kerja Strategi: pengukuhan

Perbincangan 15 minit

Perbincangan berpasangan

Pelajar dikehendaki duduk berpasangan dan membincangkan mengenai apa yang telah dipelajari dan mencatat hasil perbincangan. Pelajar perlu berkongsi dengan rakan sekelas mengenai apa yang telah dibincangkan.

Nilai: Kerjasama Strategi: Kooperatif

Penutup 5 minit

Rumusan pelajaran

Konsep gear Jenis gear Fungsi gear

Guru meminta pelajar secara bergilir merumuskan apa yang telah dipelajari menggunakan ayat: Saya belajar tentang

Nilai: berani dan yakin pada diri Strategi: kognitif dan sosial

Disediakan oleh (senarai nama ahli lesson study): 1. Cik Nor Azwa Husin 2. Puan Maliha Kamaruzaman 3. En. Ooi Choon Eng

Tarikh: 25 April 2012

Versi ke (1)

Anda mungkin juga menyukai