Anda di halaman 1dari 1

BLUEBERRY CHEESE TART

Bahan untuk Sweet Pastry:

125 gm mentega/marjerin
60 gm gula kaster
1 biji telur (gred B) saiz sederhana besar
240 gm tepung gandum

Bahan untuk Cheese Filling (inti)

250 gm cream cheese


50 gm gula kaster/aising
20 gm mentega (lembutkan)
sudu besar perahan lemon
1 biji telur (gred B)
Blueberry pie filling

Cara-caranya:
1. Panaskan ketuhar pada suhu 180oC.
2. Untuk membuat sweet pastry:
Pukul mentega/marjerin dan gula kaster sampai kembang.
Masukkan telur, pukul lagi.
Selepas itu, masukkan tepung.
Gaul hingga membentuk doh.
Tekankan doh tadi ke dalam bekas tart. Tekan ke dalam kemaskemas.
Trim tepinya dengan batang sudu atau pisau.
Bakar pada suhu 180oC untuk 15-20 minit.
Tunggu sejuk dulu baru keluarkan dari acuan tart.
3. Untuk membuat cheese filling:
Pukul cream cheese, mentega dan gula kaster hingga kembang.
Akhir sekali masukkan telur dan perahan lemon, pukul.
4. Sendukkan cheese filling tadi ke dalam piping bag dan pipekan ke
dalam doh tart yang sudah dibakar tadi.
5. Hiaskan di atas dengan blueberry filling dan susun di atas dulang
pembakar.
6. Bakar pada suhu 180oC selama 10 minit.

Anda mungkin juga menyukai